Sebenarnya dah lama aku nak pi cari kedai arab ni, kedai jual barang2 dari timur tengah. Ada macam2 benda yang jual kat sana, dari pelbagai jenis kurma, kismis, kekacang, rempah ratus, cekelat, biskut, segala jenis minyak, herba, cheese, bijirin, air minuman, skin care pun ada ye...ehhhhh pendek kata macam2 uolls. sediakan duit muit aje kekdahnya..
nak pergi dah lama, tapi tatau dimanakah tempatnya. puas google akhirnya berjaya gaklah aku ketemu tempatnya, tak jauh pun kat belakang sekolah teknik s.alam tu aje.
masuk2 tgk mak aihh ramainya manusia shopping, sangkaku takde lah ramai orang sangat. meh layan beberapa keping gambar yang sempat dirakam dlm keadaan curi2 (sbb segan org tgk) kekekekeke.
harga?? memang murah sgt dari kedai kat luar. kalo beli byk ada diskaun lagi. kalo org nak berniaga pun mmg pi beli kat sana jugak.
Tuesday, 25 June 2013
jerebu...
cer tengok pic kat bawah nun...apakah yang ada disebalik jerebu tebal itu??
tetiba nak feeling duk atas gunung gitukan..walaupun nak bernafas pun tak berapa mampu uolls...
pic tersebut adalah sebuah tasik yang cantik ya, petang semalam habis semua terlindung dek jerebu yang tebal...scary okeh..
tekak dah rasa perit, mata dah mula berpasir balik, idung macam dah penuh dgn habuk asap semua....
korang jgn lupa minum air lebih, jgn biarkan anak2 main kat luar rumah dan nak keluar jgn lupa pakai mask (harga mask naik mcm harga emas ye sekarang....)jugaaaaa...tolonglah jgn buat pembakaran sekarang ye.
semoga segala kesulitan ini cepat berlalu pergi. semoga Allah turunkan hujan rahmat dan keadaan cepat pulih seperti sediakala.
Friday, 21 June 2013
muhasabah diri di pagi jumaat.....
Assalamualaikum.
tetiba dipagi hari ini teringat peristiwa bersembang dengan sorang engineer kat opis ni ptg semalam. pakcik ni (engineer tu baya ayah aku aje) cerita perihal kawan kepada anak dia yang masih muda, umur lingkungan 20-an gitu.
kawan anak dia tu seorang perempuan, bujang, anak ketiga dari beberapa org adik beradik. aku namakan dia adik A ajelah ye. kisahnya, adik A ni baru aje mula kerja sebagai QS. dia ada abang & kakak. yg abang dah kahwin dan kakak dlm persiapan nak kahwin hujung tahun ni.
beberapa bulan lepas ayah adik A ni jatuh sakit. kena strok sebelah badan dan tak boleh bangun. keluarga mereka pun bukanlah senang, kira sederhana macam kita-kita juga (merujuk kepada family aku).
adik A ni masih ada adik2 yg masih belajar. sejak ayah dia sakit, pendapatan keluarga berkurang, perbelanjaan makin meningkat. Adik A ni 8am-5pm kerja kat opis sbg QS. balik kerja opis dia sambung part time kat sebuah kedai sampai jam 10 mlm. sambung pula part time kat restoran sampai jam 2 pagi. mesti penat gilakan. kita yg dengar kisah dia pun rasa betapa penatnya dan besarnya tanggungjawab adik A ni. lagilah pula dia seorang perempuan, aku terfikir faktor keselamatan dia yang keluar bekerja sampai 2 pagi tu.
adik A ini kena kerja kuat sebab dia bujang dan dah bekerja. abang & kakak pula ada tanggungjawab sendiri dan tak berapa mampu nak menolong banyak. jadi dia dengan rela hati atas nama kasih sayang seorang anak bekerja kuat untuk menampung keluarga.
pakcik yang bercerita dgn aku tu, bercerita sambil bergenang air mata. katanya, adik A tu zaman belajar badan berisi, sekarang ni dah kurus sangat. katanya adik A ni makan sekali sehari sahaja. sedihkan. kita mampu makan 3,4,5 kali sehari dengan mewahnya.
kata pakcik tu lagi, kalaulah apa yang jadi kat ayah adik A tu terjadi kat dia, mampukah anak-anak dia berbuat sebagaimana adik A tu buat. bolehkah anak-anak dia memikul tanggungjawab sepertimana adik A itu?
terfikir kata-kata pakcik tu, aku renung balik dalam diri. mampukah aku kalau benda yang sama jadi kat mak ayah aku? Ya Allah, sihatkanlah emak & ayah, peliharalah kedua ibu ayah ku dari perkara yang tidak baik. kuatkanlah hati aku dan adik-adik agar kami dapat bersama-sama walau susah & senang mengharungi hidup ini hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.
semoga Allah permudahkan perjalanan hidup adik A & family dia juga. Amin.
* kesan dari cerita itu aku teremosi sampai kemalam. hilang selera nak makan.
** kisah ini di kongsi dengan izin encik engineer tersebut.

Thursday, 20 June 2013
Pesta Buku Selangor 2013.....
iyerr...aku tau pesta buku selangor dah lama habis. aku je yang baru terhegeh2 nak cerita peristiwa hari tersebut.
01/06/2013 hari tu, aku, cik bff & k.ain telah berjaya menghabiskan masa dan duit ringgit kat PBS, SACC.
tak banyak yang aku beli kali ni, betul2 beli buku kat JS untuk diri sendiri, novel teduhan kasih kiriman dari adik yang jauh di Terengganu & buku motivasi hadiah utk opismate.
kebetulan birthday aku bulan june, dan sebagai sahabat JS, aku dapat special diskaun sebanyak 35%. wahhhh seronok tahap meloncat2 ye, beli novel bernilai RM 100++, aku bayar RM 60+ aje. siap cik bff pun tumpang sama member card aku tu. untunglah..berbaloi2 penjimatan. hahahaha.
sempatlah juga bergambar dgn 2 orang cik penulis iaitu Jill Naura & Faziela. alahaiii...comel2 aje penulisnya dan muda pula tu.
paling tak sangka, aku dah berjaya baca 4 novel dalam bulan june ini sahaja. 1 novel yg dah lama beli tapi tak berusik dan 3 novel dari pbs. kalo rajin macam ni baca buku sekolah dulu mesti aku dah pandai kan kan kan...hahaaha novel apa yg aku dah baca tu nanti aku cerita ceriti kemudian kalo ada mood ok. daaaaa.

Wednesday, 19 June 2013
malas..malas..malas...
Assalamua'laikum....
jap..jap..nak amek penyapu, nak mop lantai, nak kebas segala sawang...
almaklumlah dah lama tak update blog katakan.
sejak sakit mata hari tu, perasaan lemau melanda diri. walaupun sebenarnya ada byk cerita nak letak kat sini.
alkisahnya sakit mata hari tu aku dpt mc 2 minggu lebih ya. sampai lupalah jalan nak masuk opis, rasa macam nak duk rumah goyang kaki aje. hahaha.
sakit mata tu pula bukan yg merah biasa2 tu, siap kena pi hospital sampai 4 kali untuk cuci mata. macam ada sejenis lapisan yang kalau tidak dicuci akan mengakibatkan bebola mata kita melekat. maknanya, ko boleh pandang satu arah aje. nak pandang kiri kanan tak boleh gerak biji mata, kena gerak leher. errr faham tak??
dannnnn... 4 kali ke KPJ shah alam itu telah berjaya mengikis RM1K+ duit aku yer..huwaaaa...bajet raya lari weii..
meh nak share pic mata merah ku itu, pic ini aku hantar via wechat ye kat enche bos, sebagai tanda bukti aku mc. :P

Wednesday, 5 June 2013
sudah 35.....
Alhamdulillah...Allah masih pinjamkan aku nyawa sampai kehari ini.
genap umur aku 35 tahun. ehhh tua sudah rupanya.
macam baru aje meloncat2 dgn kengkawan semalam.
macam baru aje pakai baju putih kain biru kelmarin.
Semoga aku dapat top up lebih amalan untuk bekalan disana nanti, InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)