Monday 3 November 2014

Jeruk Mangga Asam Boi Cili Padi...


Kannnnnn....panjang sgt namanya. Namun begitu, rasanya teramatlah meletop uolls. Mangga yg lemak2 tak berapa masam ditambah dgn manis masin dan masam dari gula dan asam boi, juga pedas dari hirisan cili padi memang membuatkan kita tak mahu berhenti makan.

Sana sini org tayang gambar jeruk mangga asam boi ni kan. Kita pun terliurlah sangat2 memandangkan jeruk mangga tu peberet kita. Sekali balik rumah tgk dah tersedia satu bekas jeruk atas meja. Wahhh adik terchenta yg buat rupanya. Alhamdulillah lepas kempunan. Dah la sedap tak terhingga. Sedo tak sedo nak habis satu bekas kami makan 3 beradik. Adessss tengah menaip ni tiba2 terasa nak mkn lagi.

Nampaknya kena minta lina buatkan sekali lagi. Sedap baq hang..heheheh

Friday 17 October 2014

Kick Start...



Assalamua'laikum. Salam pagi Jumaat yg barakah.

Makan apa pagi ni? Kat atas tu kick start sy pagi ini. Satu mug kopi dan vanilla cup cake yg dibakar malam tadi utk permulaan hari sy yg bakal sibuk.

Macam2 yg nak dibuat hari ini. Tiba2 mlm tadi dpt tambahan order utk kuih raya dr customer yg nak sambut Deepavali. Stok barang mentah dah habis. Maka kenalah keluar kejap lagi membeli barang. Tengahari pula nak bawa mak pergi rutin check up di PPUM. Kemudian balik nanti nak siapkan egg tart utk adik ipar yg kepingin nak makan. Hehe...

Kemudian akan sibuk mengulit & bergaduh dgn Amsyar & Zara yg akan tidur sini malam ni. Yeahh kawan gaduh nak datang. Sbb tu malam tadi gigih sy siapkan cup cake. Cadangnya nk hias dgn aising. Tapi mkn mcm tu aje pun dah sedap + kemalasan cup cake tu togel ajelah ya.

Bila nak buat cookiesnya? Org dah nak raya tu oiii...ermmmm hari minggukan hari utk family. Kuih raya nanti2lah buat ya. Hehehehe....

Thursday 16 October 2014

Homemade Almond Milk Chocolate...




Assalamua'laikum...

Siapa suka mkn coklat? Angkat tangan. Ohhh ramai yg suka rupanya. Haaaaa kat atas tu coklat yg sy buat 2 hari lepas. Sebenarnya left over dari tempahan almond cluster utk customer. Bila tempahan dah siap, kita ambil mould utk coklat yg lovey dovey shape tu terus masukkan almond yg dah siap digaul dgn milk choc. Pastu kita paipkan pula white choc kat dlm mould tu. Taraaaa terus jadi messy almond choc. Sbb kalo org lain buat depa akan buat kemas2. Paipkan yg putih dulu. Dah keras baru buh almond dan coklat. Warna tak bercampur.

Tapi kita saja nak buat color dia bercampur2 gitu. Biar white choc tu meleleh dicelahan almond dan mengisi ruang rongga yg kosong dlm mould. Gitewww... (nak cover line sbb coklat kita comot) hehehe

Seharian yg penat dgn menyiapkan tempahan diakhiri dgn late night snack iaitu seketul coklat hirisan badan sebelum tidur. begitulah kesudahan ceritanya...



Tuesday 14 October 2014

Kuih Deepavali...



Assalamua'laikum.

Gambat kat atas ni adalah kuih raya yg ditempah khas oleh adinda sy utk diberi kpd jirannya yg bakal meraikan Deepavali tak lama lagi. Adat berjirankan, saling hormat menghormati dan sentiasa berbaik antara satu sama lain. Jiran adik sy ni pun tak pernah lupa mengirim sesuatu bila menjelang raya pada setiap tahun.

Kata lia, buatlah apa2 jenis cookies dua jenis. Hiaslah sikit2 bagi nmpk.cantik. Ehhh si kakak yg keras tangan ni seronok sgt dpt peluang nak bertukang kuih. Kebetulan ada tempahan dari dua org customer yg juga nak sambut deepavali. Repeat order sebenarnya. Customer yg berdua tu suka betul makan biskut samperit / biskut dahlia. Depa panggil biskut tu kuih kastard.

Barbalik kepada gambar kat atas tu, sy buatkan 2 jenis cookies. Satu kuih dahlia dua warna satu lagi almond cluster yg mewah dgn rasa coklat. Dua jenis cookies ni memang best seller tak kira raya atau tidak.

Sy harap cookies ini akan memeriahkan lagi hari perayaan jiran adik sy. Semoga pemberian ikhlas ini akan mengakrabkan lagi perhubungan mereka sebagai jiran tetangga.




Thursday 9 October 2014

Ombre Cake with Buttercream Frosting..


Assalamua'laikum...

Mcm mana raya haji korang? Mestilah seronokkan berkumpul sanak saudara. Kitorang raya kedua buat kenduri tahlil utk arwah nenda.
Dah lama tak buat kenduri umanghaiii penat mcm nak tercabut tulang temulang rasanya. Mujurlah ada maksu & jiran tetangga yg byk membantu. Termasuklah adik ipar yg sudi menyinsing lengan basuh periuk belanga sampai bersih.

Utk kenduri baru ni sempatlah buat beberapa jenis kuih & kek pandan. Kek tak sempat mlm siang dah selamat licin. Hehehe.
Semalam tetiba rasa nak buat kek. Bukan nk mkn sgt pun, seronok nak mencuba hias kek. Sbb akak ni kalo buat kek bolehlah makan..tp bila msk part hias menghias sgtlah gagal.

Salah satu hobi akak adalah tgk org hias kek kat youtube. Ehhh cantik pulak tgk ombre cake yg warna warni tu. Teruslah nak.mencuba wpun rupa tak seberapa hiasan kek ai tukan..hehehher...

Gigihlah mengasingkan buttercream tu beberapa tona warna pink. Sebenarnya tona warna tu ada 3. Tapi bila amek gambo nampak mcm 2 tona aje. Eiii pakai camera henpon cengginilah. Dah la tukang amek gambo pun sendu aje bakatnyakan..hehehe..

Bolehlah kejadiannya utk 1st try. Kena praktis selalu ni bg kemas lagi hiasan tu. Agaknya tgn ni kena rendam ayo bunge baru lembut kot. Ha3. Lepas ni nak cuba hias cup cake pulak. Chaiyok!!!!


Thursday 2 October 2014

Resepi Tart Telur.....


Assalamua'laikum...

Dah lama rasanya tak makan tart telor. Tiba2 dtg angin rajin nak membuat. Cek bahan dulu ada ke tidak. Okay semua ada maka bolehlah kita menjalankan projek 'mengetat' bak kata sorang kawan akak tu.

Bahan2 utk crust/kulit tart:
1 cawan marjerin
1 sudu besar gula (sy tak suka kulit yg manis) - boleh tambah kalau suka manis.
1 biji telur
1 sudi kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum (ikut keperluan)

Cara2 membuat crust/kulit tart:
1- pukul marjerin & gula hingga sebati
2- masukkan telur & esen vanila pukul sebati.
3- masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga adunan tak melekat ditangan.
4- masukkan dlm plastil dan simpan 2-3 jam dlm peti ais. (sy simpan 1 jam shj).
5- ambil sedikit adunan tekan2 dlm loyang/acuan tart. Cucuk sedikit dgn garfu.
6- bakar selama 15 minit dalam suhu 170.
7- siap masak keluar dan sejukkan dahulu.

Bahan2 filling telur:
4 biji telor
1/2 cawan gula
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna kuning telur

Cara2:
1- larutkan gula bersama dgn air suam.
2- tambah susu cair, esen vanilla & telor. Pukul sebati.
3- tuang kedalam crust. Jgn terlampau penuh.
4- bakar selama 20 minit pada suhu 170.

Mula2 buat crust tu sy letak 1/2 cawan gula halus. mak oiiii manis leting rasanya. Lepas tu upload gambar kat FB kawan sy yg cantik manis order 10 biji. Terus buat adunan lain utk kulit dan sy kurangkan gula 1 sb aje. Harap2 sahabat yg order tu berpuas hati dgn egg tart yg dibeli. Maaf kalau ada kekurangan ya iza. Terlebih terkurang minta halal yer darling. ♡♡♡

Sunday 28 September 2014

Chocolate Lava Cake...




Assalamua'laikum...

Dah 2-3 hari tekak ni teringin sgt rasanya nak makan choc lava kek ni. Tapi tahankan aje hatinya sebab konon2 nak diet. Rupanya daya tahan tu kekal sampai hari ni aje. Tengahari tadi masuk dapur keluarkan bahan2. Ehhh semua adalah pulak. Kalau ada bahan tak cukup mmg tak akan jadilah kek ni, sebab tak koser nak pi kedai. Itu tandanya takdir menyebelahi kitalahkan. Hahaha.

Nak buat tak lama pun. Bakar pun dalam 10 min aje. Keluar aje dari oven terus letak dalam piring, skop ice cream vanilla pastu nomnomnom..hoiiiii puas hati sgt bila dah dpt mkn tu. Berbaloilah buat sendiri. Kalau pergi beli seketul harus jatuh RM 7 keataskan. Pastu mana cukup seketul.

Harap maaf hari ni tak rajin nak taip resepi. Buku resepi kat dapur. Kita tgh golek2 kat depan ni. Lagipun badan dah makin berat ni, malassss nak berjalan kedapur. Macam jauhhh je rasanya. hahahaa boleh guna tak alasan tu??



Haaaa gambar kat atas ni saya buat eksperimen seketul bakar dalam 8 minit aje. Wahhhh banjir coklat cairnya...yummy..


Tuesday 23 September 2014

Cucur Flaxseed Kubis...

Assalamua'laikum...


Mesti ada yg singgah kat blog ni yg tgh berdietkan. Rasanya ramai juga yg berdiet atkins. Bagus2..kalau dah mula diet tu jgn main2 macam akak tau. Jap on jap off. Kurusnya idak. Akak tgk ramai yg dtg blog ni cari resepi diet, menu atkins, resepi flaxseed. So, meh akak nak share resepi malas utk sarapan akak pagi tadi.

Bahan-bahan:
Flaxseed yg dikisar halus
Kubis dipotong halus
Ikan bilis ditumbuk kasar
Cili padi
Sebiji telor
Sedikit garam
Sedikit serbuk cili
Sedikit air
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan dlm bekas. Gaul rata. Kendian goreng. Siapp..ha3


Walaupun rupanya tak cun, tapi rasanya tak buruk hokay. Jgn buat2 terkejut mcm iklan terlajak laris tu pulak..."eiii itamnya kuih" cuba dulu baru komen tau. Kalau nak tukar letak sayur lain pun boleh. Janji ada hidangan lengkap dalam tu. Orang 'rajin' katanya..hehehe. Selamat mencuba & berdiet uolls ;)

Sunday 21 September 2014

Resepi Cheesecake.....


Assalamua'laikum...

Ini kisah semalam. Ada budak sorang ni tiba2 ckp nk mkn cheesecake. Kakak dia yg tgh demam ni dgn baik hatinya masuk dapur. Dengan syarat pergilah beli cream cheese. Takkan nak buat cheesecake guna belacankan??? Ehh jgn lupa beli telor sekali. Laku pulak telor kat rumah ni. 2 papan sekejapan aje habis. Korang 'membela' ke hapa? Hehehe..bela lemak tu mmg sahih la kan.

Maka dgn kepala ala2 ada irama dangdut, hidung yg dh macam serombong tersumbat kakak dgn bantuan adik2 yg manja (uweekkk) pun kelentung-kelentang membina sebuah cheesecake. Hahaha... Meh intai resepi meh..

Bahan-bahan utk bawah kek:
Biskut oreo yg dihancurkan
50gm butter cair
- Satukan biskut dan mentega cair. Tekan2 dalam loyang kek. Simpan dlm peti ais sementara nak siapkan cream cheese.


Bahan-bahan cream cheese:
500gm cream cheese
100gm gula halus
1sk esen vanilla
3bj telor
200gm whipping cream

Cara-cara:
- panaskan oven 160C
- satukan cream cheese & gula pukul hingga sebati
- masukkan esen & telur pukul lagi
- tambah whipping cream pukul lagi sampai sebati / kembang
- masukkan adunan dalam loyang yg ada biskut tadi. Ratakan dan bakar guna kaedah water bath selama 1 jam.
- bila kek dah siap dibakar jgn keluarkan dl dari oven. Renggangkan pintu oven dalam 1 jam baru keluarkan kek dr oven.
- bila kek dah sejuk simpan semalaman dlm peti ais.
- esoknya sgtlah sedap dimakan..percayalah.

Alhamdulillah kek terkejut ni jadi. Mujur kek tak demam mcm tukang buatnya. Peristiwanya..kek br msk peti sejuk sejam dah ada budak merengek-rengek nak makan. Pukul 1.30 pagi kitorang mkn dgn hanya bantuan cahaya TV. Teruk sungguh kalo budak tua buat perangai mengidam ni. Nasiblah ada org nak layan..kalo tak pi la merangkak ke kedai kek la hangpa.

Wednesday 17 September 2014

Aku, Dia & Pinky Promise ~ Anna Lee



"Apabila sudah cinta, hati sudah cukup untuk memandang"

Assalamua'laikum...

Hari ni nak share lagi ttg novel yg baru aje habis sy baca. Novel yg ditulis oleh salah seorang penulis kesukaan sy Anna Lee. Novel ni sy beli dipesta buku selangor baru2 ni. Tapi syg masa sy sampai penulisnya dah takde di booth. Ai sedih tau tak dpt jmpa yu anna lee. Hehehe.

Aku, Dia & Pinky Promise itulah judul novelnya. Seperti selalu tahap teruja membaca
tulisan Anna Lee buat sy tak sanggup nak melepaskan novel ni. Berhenti membaca bila perlu sahaja. Pernahkan korang terasa menyesal atau terfikir kalaulah dapat.... Okay jgn tny org sy pun pernah juga kadang2 dlm otak ni terfikir kalaulah dpt blk zaman sekolah. Kalaulah aku tak buat mcm ni. Kalaulah...ehhhh 10000 macam kalaulah yg keluar. Padahal kita sedar kalaulah tu tak bermakna dah sbb kita takkan dpt balik jejak yg dh kita tinggalkan.

Oppsss lupa, niat cerita pasal novel ADPP ni asalnyakan. Begitulah kisah yg tertulis didalam novel ni bila siti saleha yg berusia 33 tahun yg tiba2 bgn dari tidur diusia 17 tahun. Bila sedar dirinya berada ditahun 1998 siti saleha nekad nak ubah apa yg dia rasa patut diubah supaya dirinya tak jadi seperti yang dilaluinya pada usia 33 tahun.

Maka tersenarailah 10 perkara yg cik siti kita nak ubah bila dia kembali kezaman persekolahan. Antaranya nak ubah aliran. Tak mau ambil aliran sains. Juga dia nak cari encik tunang dan hasut lelaki itu supaya jgn jadi model.

Lain daripada yg lain olahan cerita anna lee kali ini. Sepanjang baca novel ADPP ni kita mcm sedang mencantum jigsaw puzzle. Dah mcm kisah penyiasatan pulak ye. Haha takdelah mcm tu. Yang pasti baca novel ni jgn berangan nak loncat pi muka surat belakang. Memang kita tak akan nampak jalan cerita.

Satu lagi..jgn nak judge kata buku ni merepek boleh balik ke masa lepas mcm masuk pintu doraemon tu ya. jauh menyimpang sama sekali. Oklah sy bg hint sikit. Novel ni ttg siti saleha yg kemalangan dan hilang ingatan. Ok tak? Cukuplah tu ya. Sy tak nak spoilkan mood membaca korang. Sbb sy sendiri tak suka nak tau apa kisah novel tu sebelum sy mula membaca. Tak best. Takde elemen surprise.

Apa yg boleh sy katakan. Novel ni tak rugi beli jalan cerita menarik. Watak hidup. Dan..sy suka hero dia azri tu. Mengingatkan sy classmate yg ada iras2 perangai azri. Yelah..kelas sy pun ramai budak nakal. Dan..kenapa ekk budak nakal ni nampak hensem wpun taklah hensem sgt pun. Karakter depa tu yg nampak mcm...hmmmm macho? Kah3..okeh..makcik umur 36 dh berangan mcm budak2. Baiklah kita berhenti berangan sekarang.

Ohhh lupa. Baca novel ni melelehlah juga air mata. Adalah part yg syahdu..tp jgn risau cerita ni happy ending. Endingnya diluar jangkaan. Maka??? Pergilah beli dan baca.

Macam selalu, sy mmg tak pandai bila masuk part bedah-buku. Maaflah sy mmg tak mahir lgsg nk jd pencerita. Sy pandai baca dan menghayati jln cerita sahaja. :)

Friday 12 September 2014

Adik-adik...bertabahlah...

Assalamua'laikum...

Rasanya blm terlambat nak ucapkan good luck kat adik2 & anak2 yg mengambil ujian upsr thn ni. Juga nak bg semangat kat calon upsr supaya bertabah dgn dugaan-soalan-bocor yg sgt menyakitkan hati itu. Terutama kepada dear kazen nurul najihah. Yer ayong tau jia relax aje masa kitorang suh study. Jia buat pekak aje masa kitorang bebel jgn main henpon. Kitorang tau jugak jia bersungguh2 study kat belakang kitorang. Cuma jia xnak tunjuk stress dpn kitorangkan. Kitorang tau jia sebenarnya dlm hati gedebuk gedebak nak menunggu hari examkan?

Sebab tu bila kecoh soalan bocor jia marah. Jia punya api kemarahan tu mcm nak keluar kat group whatsapp kita. Yup!! Jia patut marah. Kami pun marah dgn sikap tak bertanggungjawab org yg membocorkan soalan tu. Ehhh sesuka hati dia ajekan nak bocor2kan soalan. Lempang kang!!! Dengar cerita ramai yg nangis sbb kena ulang balik buat exam. Sabar ye adik2..ada hikmahnya tu. Ayong doakan korang dpt 5A. Tak apa..korang dah belajar sungguh2..korang kena yakin pada diri sendiri.

Yer ayong tau jia (adik2 yg lain pun mungkin) marah sbb korang dah all out masa exam aritukan? Pastu korang nak enjoy puas2. .merdeka!!!! Tetiba ada pulak yg buat kerja gila mcm ni. Iskkk takde hati perut. Dgn budak pun nak buat hal. Sabar ek...sikit aje lagi korang dh blh merdeka.

Nanti dah merdeka kita pergi tgk wayang & jimba2 ye jia. Kepada semua calon upsr...gambate!!!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen.

Wednesday 10 September 2014

Kekasih Waktu ~ Noor Suraya



Assalamua'laikum...

Novel kekasih waktu tulisan kak Noor Suraya ni sy baru aje beli dipesta buku Selangor minggu lepas. Seperti biasa kalau k.su ada novel baru mesti nak pergi beli. Dan itulah perancangan awalnya sy dgn cik bff ke PBS pun. Nak beli dua buku ajeeee..janji nak dua ajeee...tapi kesudahannya terbeli sampai 6 buah novel. Bukanlah kami ni nak berkira ataupun dah tak ada novel lain yg best. Memandangkan ekonomi sedikit gawat kami ni konon2nya nak belanja berhemah. Dalam nak berhemah terjerumus jugalah dgn godaan. Hehehe...

Berbalik pada novel kekasih waktu. Meh kita telek kulit buku dulu. Cantikkan lukisan tu. Psttt kalo nak tau zaman kecik2 dulu penah berangan nak pakai bunga kalung anyam2 mcm dlm gambar tu kat kepala kalo nak kahwin dah besar nanti. Hahahaha. Bebudak kuat berangan.

Membaca kekasih waktu membuat sy teringin nak pergi melawat tasik dal di kahsmir. penceritaan kak su yg cantik tu buat kita tertarik nak google mcm mana menariknya tasik dal tu.

Selain itu byk lagi tempat2 lain yg kak su gambarkan dgn molek sekali. termasuklah idea pelancongan jika terusan Wan Mat Saman tu diperbaik dan dijadikan sumber tarikan pelancong dan pendapatan penduduk. Ehhh jgn silap. Novel ni bukan kisah pelancongan. Novel ini berkisarkan kisah kehidupan, kemanusiaan, kecintaan antara manusia dgn pencipta, antara sesama insan, kecintaan pada anak bangsa dan tanahair, tentang kehidupan yg ada pasang dan surut juga tentang ketawa dan air mata.

Sy tak pandai nak ulas tentang jalan cerita. Sy ni tak bagus kalau sampai part 'bedah-buku' ni. Yang sy tahu sy suka dgn penceritaan kak su. Jalan cerita yg kejap buat hati kita berbunga2, lepas tu buat kita menangis. satu lagi yg sy suka dgn gaya penulisan kak su ialah bahasanya yg cantik. Novel ni sesuai dibaca oleh semua dari remaja sampai ke emak ayah remaja. Pendek kata beli dan bacalah. InsyaAllah byk yg baik2 dpt kita cedok dari novel ini.

Nota kaki buat kak Noor Suraya (walaupun sy tau k.su tak baca blog ni..haha).. k.su seribu terima kasih sbb siapkan kekasih waktu. Kita suka semuanya dari kulit ke kulit. Kita dah lama tak baca novel yg bahasanya terukir macam lukisan yg cantik. Walaupun byk air mata kita tumpah, walaupun kita geram sikit knp zaynn jadi macam tu. Tapi kita redha, hidup ni kan milik Allah. Bukan semua yg kita impikan akan jadi kenyataan. Dramakan pembaca k.su yg sorang ni..hehehe.


Tuesday 9 September 2014

Santai petang....




Sedang kusyuk menelaah keindahan kahsmir dlm kekasih waktu ditemani kopi susu & kek cawan.


Berdoalah duhai hati. Doa adalah tempat beristirahat bagi mereka yang miskin, tempat berteduh bagi yang gundah dan kelegaan bagi yang terbakar api hasrat. - Kekasih Waktu ~Noor Suraya.




Monday 8 September 2014

Kek cawan coklat...


Assalamua'laikum...

Hari ni saja nak berkongsi hasil kerja sy dikala kebosanan pada hari ahad yg lepas. Iya..hari ahad yg tak ada apa2 aktiviti pada siang hari. Semua org mcm mogok aje. Tak ada mood nak keluar kemana2..

Nak tidur pun mata tak lelap. Tak tau kenapa sekarang ni mata mcm tak sudi bagi kerjasama kalau sy cuba nak tidur siang. Melawan betul mata ni. Dah berjangkit dgn penyakit anak2 buah sy si amsyar & zara agaknya. Suka lawan mata tamau tidur. Hehe.

Maka disaat semua org memerap buat aktiviti sendiri, saya sorang membawa hati bawa diri masuk dapur. Selongkar laci jumpa cawan kek. Otak duk fikir nak buat kek apa. Jumaat lepas baru aje buat 2 biji kek coklat moist. Satu adik ipar tempah utk majlis reunion dia. Satu lagi utk makan sendiri. 

Macam tak puas makan kek coklat sy buat lagi sekali kek yg sama tapi versi bakar dan letak dlm cawan pula. Selesai bakar, kek dah sejuk adik bongsu sy menawarkan diri nak tolong siramkan coklat ganache. Suka hatilah adik, benda semua dh siap. Buatlah apa nak buat jgn jahanamkan kek tu sudah...

tara...maka terhasillah kek cawan coklat moist. merasalah jiran sebelah hasil air tgn sy dikala kebosanan hehehe :p





Haiku : Hujan



~ Haiku : Hujan ~

Petang yang dingin,
Bumi disiram hujan,
Pepohon riang.


Assalamua'laikum...
Dah lama rasanya tak berhaiku. Rasa2nya kali terakhir berhaiku masa zaman aktif berforum di mesra.net dulu. Ada geng2 minat cerpen, puisi termasuk juga geng2 yg gilakan cerita JKC (jepun,cina,korea).

Sy bukanlah org yg pandai berpuisi. Tapi sukalah juga baca puisi kadang2 tu jika ada angin puisi yg dtg menyinggah.
Belajar berhaiku dari otai2 di forum yg hebat2. Dapatlah tumpang belajar ilmu baru tentang haiku puisi dari jepun ni.
Sy tak nak cerita apa itu haiku. Kalau nak tau tny en. Google ek

Gambar kat atas ni diambil 2-3 hari lepas dari pintu dapur rumah. Bertemankan sebuah novel & secawan kopi, sy duduk kat pintu dapur sambil membaca. Sesekali angin kuat membawa tempias air kemuka. Nyaman & tenang. Subhanallah...besar kuasa Allah dgn hujan sahaja pun kita dpt rasa tenang. Maka Tiba2 dtglah idea nak buat haiku. Tup2 aje dpt idea. Dah lama tak kerah otak ni bekerja. Tataulah sedap atau kena ke tidak haiku sy tu...hahaha.

P/s : sy dlm mood jiwang, mood sastera, mood puisi sbb sdg membaca sebuah novel yg indah nukilan kak Noor Suraya iaitu kekasih waktu.






Wednesday 3 September 2014

Resepi Churros....





Assalamua'laikum...

Pernah makan churros? sy pernah makan  dulu2 mak pernah buat. tapi kita tatau nama dia churros. alkisahnya sejak dua menjak ni kawan2 kat pesbuk duk tayang churros aje. nmpk mcm sedap. teringin pulak nak buat. kita pun google. ehhh...mcm senang aje..
maka...cek bahan semua ada. kita pun cubalah buat sikit dulu...meh intai resepi. minta maaf sy ada masalah lupa nak simpan nama blog yg sy singgah ambil resepi. sbb sy pergi byk blog dan bila tgk resepi semua sama sy pun salin. maka sy credit resepi ni kpd semua blog yg pernah share resepi churros nilah ye.. :D

bahan-bahan:
1 cawan air
1 sb gula
1/4 sk garam
1 sb butter/majerin
1 sk esen vanilla
1 1/4 cawan tepung gandum
1 bj telor
Minyak masak utk menggoreng
Plastik utk pam adunan
Gula icing / coklat cair / nutella utk dip @ hiasan

Cara-cara:
1- masak semua bahan kecuali tepung gandum & telor diatas dapur hingga butter cair
2. Kecilkan api masukkan tepung sikit2 sambil kacau rata. tutup api dan kacau sampai adunan sebati.
3. masukkan telur dan kacau lagi. bila adunan sebati masukkan dlm plastik beg atau pipping bag.
4. Tabur sikit tepung atas dulang. Paipkan adunan ikut bentuk sesuka jiwa anda.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan. Sy suka dia garing sikit.
6. Angkat toskan minyak dan ayak gula icing. Nak campur serbuk kulit kayu manis pun boleh. Dip dlm coklat pun masyukkk..



Churros ni rasa dia garing n rangup diluar..lembut gebu gebas didalam. Lain kali sy nak kurangkan sikit gula. Sbb sy lebih suka rasa dia lemak2 masin. Manis dr gula icing yg diayak tu dh mencukupi.




Monday 1 September 2014

Projek birthday kek zara....

Assalamualaikum...

Ini cerita sebelum merdeka. Apapun harap tak terlambat nak ucapkan selamat hari kemerdekaan ke 57 kpd rakyat malaysia. Semoga Malaysia berada dlm keadaan aman dan makmur.

Okay..berbalik pada tajuk entry. 28/8/14 genap umur zara aisyah 2 tahun. Yeahhh baby kami dh besar. Kejap sgt rasanya..
Zara dh pandai bercakap, menyanyi, menari & mcm2 lagi...

Sebab bday zara jatuh hari bekerja. Maka kami (ibu n mokcik2) zara sepakat nak potong2 kek 30/8 yakni hari sabtu.
Gigihlah ayong bako kek pandan n oren utk zara. Sbb aritu zara mkn dgn penuh nikmat katanya kek pandan yg ayong buat.


Bila masuk part nk mendekor ayong serah kat achik. Sebagai bos besaq ayong bg idea n arahan aje. Padahal ayong keras tangan. Hahahhaa. deco pun yg simple2 aje. Xde lah nak gah sgt mcm kat kedai kek. Yang pasti seronok tgk zara & amsyar excited potong kek.

Ayong doakan zara sentiasa dilindungi Allah s.w.t. dan membesar menjadi anak yg solehah. ameen.

Wednesday 27 August 2014

Tempahan cake ball utk calon UPSR...



Assalamua'laikum...

Lega rasanya dah selesai siapkan tempahan utk pusat tuisyen dunia bestari utk adik2 yg bakal menduduki peperiksaan UPSR thn ini.
Mula2 lina nak 50pax cheese cake leleh...alih2 bertukar kpd cake ball pulak.
Apa2 ajelah..yg penting apa yg dihajati dah tercapai..hehe.

Kpd sesiapa yg teringin nak buat tempahan bolehlah email kat sy ye ;)
Sesuai nak buat door gift atau nak letak kat candy bufet. Kalau nak pop cake pun boleh.


Tuesday 26 August 2014

Homemade vanilla strawberry ice cream...



Assalamua'laikum....

Sebelum tidur meh nak share gambar aiskrim vanilla strawberry yg sy buat minggu lepas.
Resepinya sama macam aiskrim vanilla coklat dlm entry yg lepas.
Cuma kali ini sy tukarkan serbuk milo dgn pes strawberry. Hasilnya??? Memang wallaaah.. :)

Oklah..mata dh ngantuk. Esok kalau rajin sy bersiaran lagi.

Friday 22 August 2014

Semoga roh mereka dicucuri rahmat - MH 17...

Walau tiada seorang pun antara mereka yg dikenali..
Sejujurnya rasa sedih dan sayu seumpama yg dibawa pulang hari ini adalah ahli keluarga sendiri. Air mata mencurah2 saat menonton siaran langsung di tv.
Tengok pula gambar2 di facebook, anak2 mangsa, ahli keluarga & kenalan yg menangis pilu...makin tercarik rasa hati.
Ya Allah..kesian anak2 yg ditinggalkan. Sedih ahli keluarga & sahabat2 yg kehilangan.
Malah seluruh negara bersedih dgn apa yg terjadi.

Semoga ahli keluarga yg kehilangan tabah menghadapi dugaan ini.
Hanya Allah yg mengetahui hikmah disebalik segala percaturannya.
Satu hikmah kejadian yg sy nampak...berjuta2 manusia mendoakan mereka.
Tidak putus2 doa utk mereka semenjak hari kejadian sehingga hari ini dan insyaAllah hari2 mendatang.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman disisi Allah. Amin.

* sesuatu yg membuat hati sy terusik..bila sy tgh menangis sambil tgk tv tadi. anak saudara sy zafri amsyar tiba2 bersuara, "semua ni Allah dah tentukan. kena terima".
Utk pengetahuan amsyar baru berumur 6 tahun. tq amsyar dgn kata2 hikmah dan memujuk hati ayong tu. kata2 amsyar betul. kita terima dan doakan yg terbaik utk mereka yg dah pergi dan juga mereka yg ditinggalkan agar tabah dan redha dgn apa yg terjadi. Al-Fatihah.


Thursday 21 August 2014

Orange snow cheese cake @ kek oren keju meleleh....



Assalamualaikum...

ni cerita pasal semalam juga. lepas buat aiskrim sy buat pula kek keju meleleh yg dah berkurun2 org heboh tergila2 tu. sy sebelum ni rajin makan aje. buat tak rajin...

yg jd rajin tu sbb lina nak order 50 pek kecik cheese cake meleleh ni utk student kat pusat tuisyen dia kerja tu. nak belanja anak murid yg nak ambil upsr katanya. maka kenalah sy praktis dulu buat sbb dah lama sgt tak buat kek ni.

perisa kek yg dibuat semalam ialah oren. hmmmm sebiji kek bulat besar tu dah selesai pun dimakan kami semua  tak sempat nak satu hari. maknanya sedap lah tu kot ek...atau mmg kami ni buruk lantak sampai sekejapan aje dah habis.

yg buat lagi cepat habis tu sbb depa makan dgn aiskrim yg sy buat smlm. amboihhh cuaca panas pekena aiskrim n kek memang mabelesss okehh..

Resepi sy bg next entry ya sbb buku masakan sy kat dapo. Sy skarang tgh taip entry sambil bergolek2 kat bilik...hehehehe baru aje td sy siapkan sebiji lagi kek. Kali ni perasa pandan pula. next entry insyaAllah sy share resepi dan gambar lain.

Hari ni sy tepek pic kek yg adik2 sy pekena dg aiskrim vanilla choc sampai habis licin semua. Terpaksalah kakak yg baik hati ni buatkan lagi aiskrim sbb permintaan sgt menggalakkan. Itu pun akan dimskkan dlm entry lain. Nampak sgt xde benda nak ceritakan...hahahahaha. Ulanglah cerita yg sama aje. Bertabahlah ye wahai pembaca.







Homemade vanilla choc ice cream...sedap tak terhingga.

Assalamua'laikum...

Semoga anda semua sihat & gembira selalu :)


Semalam hari rajin saya. Sebenarnya badan tak berapa sihat. Tapi sebab dah jemu baring maka timbullah idea nak buat ice cream.pertama kali percubaan..dan alhamdulillah menjadi.

Resepi dah salin lama tp baru semalam ringan tgn nak buat. Kebetulan bahan semua ada kat dapur. Maaf tak igt ambil dari blog mana. Yang pasti memang kebanyakkan resepi adalah lebih kurang sama. Meh nak kongsi resepi. Terima kasih kepada penyumbang resepi walaupun sy tak igt siapa.

Bahan2:
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat manis
1 biji telor (sy tak letak)
1sk esen vanilla
1sb ovalete
Perasa ikut suka. Sy tambah serbuk milo.

Cara2:
Satukan semua bahan kecuali perasa dlm bekas.
Pukul lebih kurang 25 minit. (saya guna blender aje)
Bila adunan dah gebu bolehlah masukkan perasa.
Saya tuangkan 1/2 adunan yg putih kedalam bekas.
1/2 adunan lagi saya blend semula dgn 3 sb serbuk milo.
tuangkan ditengah2 bekas ice cream tadi. boleh corakkan ikut suka hati.
Simpan semalaman dibahagian beku. taraaaa pagi ni dah siap utk dimakan.

tambahkan sikit sirap coklat. hiaslah dgn apa2 aje (sy ada biskut raya aje..haha)
mak & adik2 kata sedap mcm yg beli kat kedai.
maka??? pasni bolehlah buat lagi dgn perasa lain pula.






Tuesday 19 August 2014

Resepi bergedil bilis simple...

Assalamualaikum...

Sebenarnya tak ada apa yg menarik nak dikongsi kat sini.
Tapi memandangkan tak nak blog suam2 kuku ni jadi sejuk beku,
maka meh la nak kongsikan juga resepi sempoi. Resepi bergedil orang 'rajin'.

Pernah rasa nak makan tapi malas nak buat?? Itulah perasaan aku semenjak dua menjak nih.
Tekak request macam2..tapi kederat malasss ya ampun. Petang tadi tiba2 aje terbau sedap dari dapur.
Rupa2nya emak tengah dlm proses buat bergedil. Buat campak2 aje..bahan pun pakai apa yg ada kat dapur.
Takde daun sup, daun bawang segala. Meh cek resepi. Oh ya sukatan ikut suka hati ya. Kitorang xsukat pun ikut sedap campak aje.

Bahan-bahan:
Ubi kentang (buang kulit & rebus)
Bawang goreng*
Cili merah*
Ikan bilis*
Sedikit garam
Sedikit gandum
Telor

Cara membuat:
1) blend bahan bertanda *
2) campurkan kentang yang dah lembut & bahan blend dlm satu bekas
3) tumbuk sampai kentang hancur dan sebati

4) perasakan dengan garam dan tambah sikit tepung gandum.
5) bentukkan adunan, celup dalam telor dan goreng.
6) sedia utk dihidangkan.

Sebenarnya boleh letak macam2 dlm bergedil ni. Daging/ayam cincang pun boleh.




Friday 1 August 2014

Kisah balik kampung opocottt...

Assalamualaikum....

seronok beraya??? bila dah tua ni (sedar diri pun) hari raya taklah rasa meriah sgt.
tak mcm zaman budak2 dulu. ehhh tapi budak2 sekarang pun nmpk mcm tak enjoy raya mcm kita dulu2. lg byk telek gajet dari meronda beraya dgn family & kawan2.

sy raya pertama kat rumah ayah bonda. berkumpul semua adik beradik anak menantu & cucu kat umah. tema tahun ni adalah pink. usai makan2, salam2 & gedik2 dpn camera kami beraya kat rumah pok su yg duduk setaman. pastu ziarah dua tiga buah rumah jiran tetangga yang masing2 nk blk kg halaman pada raya kedua.

kami yg pada asalnya konon tak blk kg...tetiba berubah fikiran nak blk kg. sbb mmg hajat mak nak blk terengganu ziarah tok ki yg dah tak brp sihat. tup tup decide nk gerak pas subuh raya kedua. kebetulan lia nk blk umah mentua kat kedah..kami pun gerak sama2 tp arah asing2...tak puas nak raya dgn amsyar & zara :(

pendek kata blk kg opocot ni dipermudahkan oleh Allah. jln tak sibuk. selamat sampai. selamat dpt tpt tinggal. dpt ziarah saudara mara. cuma yg xdpt adalah mkn sotong celop tepung, laksam, laksa & nasi kerabu sbb taukeh2 sedang bercuti raya sakan. itu sbb sy lbh suka blk kg bukan musim raya. sbb dpt merasa semua makanan yg ternyata penuh dlm senarai. hahahhaha

hari ni (5 syawal) seawal 8 pagi kami dh gerak blk kay ell sbb nak elak jem. wah3..berkat keluar awal 6 jam aje dh sampai subang. oiittt kita tak langgar had laju okay...memandu berhemah sepanjang jln. nasib agak baik sbb jln xjem & xde accident.

sekarang...jom mendobi!!!!! kerja paling 'best' lps blk dr berjalan...

next week br nak ziarah kawan2 n sedara mara yg duk kay ell pulak. kay ell kan mula raya lewat seminggu. beraya sampai sebulan...hehehehehe

meh nak belanja pic pagi raya sekeping.

Sunday 27 July 2014

Salam Aidilfitri 1435H / 2014



Assalamua'laikum....

Amacam puasa thn ni? rasa cpt sgt Ramadhan thn ini berlalukan?
Macam tak brp cukup aje top up amalan. sigh.

Aidilfitri thn ni sy tak blk mana2 kg. baik perlis mahupun terengganu.
begitulah perancangan awalnya. last minute tataulahkan. manalah
tau tetiba hati sayu tgk org blk kg kami pun nk blk kg juga. hahaha

Aidilfitri thn ni pasti seronok sbb lia raya sekali dgn kami. paling best
melayan kerenah dua beradik amsyar & zara.  kena pula zara sekarang
tgh masuk mode makan...adoiii mesti dia plg byk buka balang kuih nanti. hehe

Tahun ini tema warna kami sekeluarga adalah pink. krik krik..krik krik...
iyer...warna merah jambu. susah payah nak memujuk adiq ipaq n amsyar
utk pakai warna pink. tunggu nanti sy update entry raya ye...pic kami sekeluarga. haha

dikesempatan ini sy mengambil peluang utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
buat pembaca blog ini (ada ke??). mohon maaf diatas segala salah bicara sy.
sy doakan hari raya kalian meriah dan dijauhi dr perkara2 yg tidak baik.
kpd yg akan blk kg, yg nak berjalan jauh...mulakan perjalanan kalian dgn doa.
semoga kalian sampai ke destinasi dgn selamat.

berayalah dgn sederhana. jgn membazir. jgn lupa kpd saudara2 kita yg sedang bergolak diseluruh dunia. doakan agar mereka dirahmati Allah selalu hendaknya. Amin.

SALAM AIFILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

#prayforgaza.

Saturday 26 July 2014

Ramadhan yang pergi....

Assalamua'laikum...

Fuh..lamanya rasa tak jenguk blog. nak kata sibuk sangat tu idokler jugak.
adalah buat projek kuih muih sikit2...ambil tempahan dari kawan2 rapat.
antara kudap2an utk raya yang ditempah ialah popia sambal, popia nestum,
cornflakes pedas, cornflakes madu, biskut dahlia a.k.a semperit susu,
biskut choc chip ala2 famos amos, almond cluster & mini coco crunch.



Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan menyiapkan tempahan.
wpun tak byk mana tapi rezeki yg halal tu penting. hehe

Ramadhan kali ini byk dugaan yg Allah beri kepada kita.
dengan peristiwa nahas #MH17 yang menggemparkan seluruh
warga dunia. Tidak lupa kepada saudara2 kita di #GAZA yang
saban hari bermandian darah, membuatkan ada rasa walang dlm hati.

Sekejap sangat rasanya Ramadhan thn ini. Ramadhan yg jauh berbeza
dari suasana thn lepas. Ramadhan yg sgt sederhana..berbuka puasa
diluar pun cuma sekali dgn ex-opismate. Bazar ramadhan pun jejak
sekali aje..takat nak tinjau suasana dan terbelilah popiah & cendol.
Itu sahaja...tak ada sessi membazir.

Tinggal dua hari shj lagi utk memenuhi ibadah dibulan penuh barakah ini.
Semoga Allah terima semua amalan ibadah kita. Juga marilah berdoa
semoga dipanjangkan usia dan sihat tubuh badan utk bertemu lagi
dengan Ramadhan pd thn hadapan.





Saturday 21 June 2014

Ramadhan yang dinanti....

Assalamua'laikum...

Lebih kurang seminggu aje lagi bulan yang dinanti2 oleh semua muslim akan tiba.Ramadhan yang penuh barakah mmg sangat2 aku & family nantikan.
Pastinya korang pun samakan?



Korang dah bersiap sedia? kaum perempuan dah habis ganti puasa?
dah kumpul stamina nk kejut somi & anak2 bangkit bgn sahur? hehe mencabarkan...

Ya Allah, panjangkanlah umur kami. berilah kami peluang utk merasai nikmat Ramadhan tahun ini. Amin.

Friday 20 June 2014

Hanya diam, bukan sembunyi....

Assalamua'laikum..

Salam sejahtera. Lamanya tak ada entry baru.
Sejak dua menjak ni lebih selesa buat2 sibuk dgn urusan lain.
Saja diamkan diri lagipun bukan ada yg nak rindukan tapi taklah bermakna sy sedang sembunyi.

Dalam masa sebulan dua ni dunia sy tunggang terbalik sikit dgn ayah yang tak sihat.
Keluar masuk hospital mcm p check in hotel.
Alhamdulilah semuanya dh kembali tenang sikit demi sikit.

Sy juga sibuk berkawan dgn dapur, dgn oven, kuali & periuk belanga.
Ada projek kecil2an yg diharap dpt jadi projek besar2an dimasa akan dtg.
Projek apa sy story mory kat next entry, InsyaAllah.

Sampai sini dulu. Panjang umur sy bersiaran lagi.
Sy doakan anda yg membaca entry ini dikasihi Allah, dipermudahkan perjalanan hidup anda. Amin.

Wednesday 7 May 2014

Sabarlah...segalanya hanya ujian...

sabarlah...bukan hanya kita diuji.
sabarlah...ada yg lebih berat ujiannya dari kita.
sabarlah...dugaan ini Allah beri utk menguji iman kita.
kita percaya padaNYA
kita percaya Qada'& QadarNYA
kita percaya segala apa yg terjadi ada hikmah disebaliknya.

Ya ALLAH..tabahkan hati kami
permudahkanlah perjalanan hidup kami
sesungguhnya Ya ALLAH hanya engkau yang Maha Mengetahui
segala apa yang tersirat disebalik apa yang terjadi.
Teguhkan iman kami padamu Ya ALLAH..
sesungguhnya hanya Engkau tempat kami berlindung. Amiin.

Wednesday 2 April 2014

Makan-makan & aksi-aksi sayang disayang....

Assalamua'laikum....

Ini kisah semalam. Makan beramai2 dihari2 terakhir. Terima kasih kepada semua yang hadir. Tetiba terasa diri disayangi, ahaks! Yang paling tak sangka bos yang sorang lagi tu pun join sama...sy terharu tuan haji.  hehehe :)

Kepada kak norlat yang nampak sibuk 3-4 hari sebelum hari kejadian tu, terima kasih bebanyak atas segala susah payah. Walaupun akak sorok2 tapi instinct adindamu ini dpt merasainya, nampak sgtlah akak oiiii akak main nyorok2 meeting ngan diorang...hehehe..apapun sy sgt menghargainya.. 

ada byk nak taip tapi takut keyboard sy basah sbb paip pecah. lenlain sy ucapkan kat mulut aje la ek...heheheh.

kita layan gambo dulu...


jelitawan PPAMPS

dengan bos yg gojes & cik adik yg manes..

jelitawan PPAMPS

1st time manja2 makan dgn tuan haji

terasa chumill ai dlm pic ni..wakakaka



duta negeri2 Malaysia katanya..


tatau motip pic nih..haha


betui dak bos ai sporting..hehe


tima kaseh semua ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...