Saturday, 26 July 2014

Ramadhan yang pergi....

Assalamua'laikum...

Fuh..lamanya rasa tak jenguk blog. nak kata sibuk sangat tu idokler jugak.
adalah buat projek kuih muih sikit2...ambil tempahan dari kawan2 rapat.
antara kudap2an utk raya yang ditempah ialah popia sambal, popia nestum,
cornflakes pedas, cornflakes madu, biskut dahlia a.k.a semperit susu,
biskut choc chip ala2 famos amos, almond cluster & mini coco crunch.



Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan menyiapkan tempahan.
wpun tak byk mana tapi rezeki yg halal tu penting. hehe

Ramadhan kali ini byk dugaan yg Allah beri kepada kita.
dengan peristiwa nahas #MH17 yang menggemparkan seluruh
warga dunia. Tidak lupa kepada saudara2 kita di #GAZA yang
saban hari bermandian darah, membuatkan ada rasa walang dlm hati.

Sekejap sangat rasanya Ramadhan thn ini. Ramadhan yg jauh berbeza
dari suasana thn lepas. Ramadhan yg sgt sederhana..berbuka puasa
diluar pun cuma sekali dgn ex-opismate. Bazar ramadhan pun jejak
sekali aje..takat nak tinjau suasana dan terbelilah popiah & cendol.
Itu sahaja...tak ada sessi membazir.

Tinggal dua hari shj lagi utk memenuhi ibadah dibulan penuh barakah ini.
Semoga Allah terima semua amalan ibadah kita. Juga marilah berdoa
semoga dipanjangkan usia dan sihat tubuh badan utk bertemu lagi
dengan Ramadhan pd thn hadapan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...