Walau tiada seorang pun antara mereka yg dikenali..
Sejujurnya rasa sedih dan sayu seumpama yg dibawa pulang hari ini adalah ahli keluarga sendiri. Air mata mencurah2 saat menonton siaran langsung di tv.
Tengok pula gambar2 di facebook, anak2 mangsa, ahli keluarga & kenalan yg menangis pilu...makin tercarik rasa hati.
Ya Allah..kesian anak2 yg ditinggalkan. Sedih ahli keluarga & sahabat2 yg kehilangan.
Malah seluruh negara bersedih dgn apa yg terjadi.
Semoga ahli keluarga yg kehilangan tabah menghadapi dugaan ini.
Hanya Allah yg mengetahui hikmah disebalik segala percaturannya.
Satu hikmah kejadian yg sy nampak...berjuta2 manusia mendoakan mereka.
Tidak putus2 doa utk mereka semenjak hari kejadian sehingga hari ini dan insyaAllah hari2 mendatang.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman disisi Allah. Amin.
* sesuatu yg membuat hati sy terusik..bila sy tgh menangis sambil tgk tv tadi. anak saudara sy zafri amsyar tiba2 bersuara, "semua ni Allah dah tentukan. kena terima".
Utk pengetahuan amsyar baru berumur 6 tahun. tq amsyar dgn kata2 hikmah dan memujuk hati ayong tu. kata2 amsyar betul. kita terima dan doakan yg terbaik utk mereka yg dah pergi dan juga mereka yg ditinggalkan agar tabah dan redha dgn apa yg terjadi. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment