Thursday, 21 August 2014
Orange snow cheese cake @ kek oren keju meleleh....
Assalamualaikum...
ni cerita pasal semalam juga. lepas buat aiskrim sy buat pula kek keju meleleh yg dah berkurun2 org heboh tergila2 tu. sy sebelum ni rajin makan aje. buat tak rajin...
yg jd rajin tu sbb lina nak order 50 pek kecik cheese cake meleleh ni utk student kat pusat tuisyen dia kerja tu. nak belanja anak murid yg nak ambil upsr katanya. maka kenalah sy praktis dulu buat sbb dah lama sgt tak buat kek ni.
perisa kek yg dibuat semalam ialah oren. hmmmm sebiji kek bulat besar tu dah selesai pun dimakan kami semua tak sempat nak satu hari. maknanya sedap lah tu kot ek...atau mmg kami ni buruk lantak sampai sekejapan aje dah habis.
yg buat lagi cepat habis tu sbb depa makan dgn aiskrim yg sy buat smlm. amboihhh cuaca panas pekena aiskrim n kek memang mabelesss okehh..
Resepi sy bg next entry ya sbb buku masakan sy kat dapo. Sy skarang tgh taip entry sambil bergolek2 kat bilik...hehehehe baru aje td sy siapkan sebiji lagi kek. Kali ni perasa pandan pula. next entry insyaAllah sy share resepi dan gambar lain.
Hari ni sy tepek pic kek yg adik2 sy pekena dg aiskrim vanilla choc sampai habis licin semua. Terpaksalah kakak yg baik hati ni buatkan lagi aiskrim sbb permintaan sgt menggalakkan. Itu pun akan dimskkan dlm entry lain. Nampak sgt xde benda nak ceritakan...hahahahaha. Ulanglah cerita yg sama aje. Bertabahlah ye wahai pembaca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment