Friday 17 October 2014

Kick Start...



Assalamua'laikum. Salam pagi Jumaat yg barakah.

Makan apa pagi ni? Kat atas tu kick start sy pagi ini. Satu mug kopi dan vanilla cup cake yg dibakar malam tadi utk permulaan hari sy yg bakal sibuk.

Macam2 yg nak dibuat hari ini. Tiba2 mlm tadi dpt tambahan order utk kuih raya dr customer yg nak sambut Deepavali. Stok barang mentah dah habis. Maka kenalah keluar kejap lagi membeli barang. Tengahari pula nak bawa mak pergi rutin check up di PPUM. Kemudian balik nanti nak siapkan egg tart utk adik ipar yg kepingin nak makan. Hehe...

Kemudian akan sibuk mengulit & bergaduh dgn Amsyar & Zara yg akan tidur sini malam ni. Yeahh kawan gaduh nak datang. Sbb tu malam tadi gigih sy siapkan cup cake. Cadangnya nk hias dgn aising. Tapi mkn mcm tu aje pun dah sedap + kemalasan cup cake tu togel ajelah ya.

Bila nak buat cookiesnya? Org dah nak raya tu oiii...ermmmm hari minggukan hari utk family. Kuih raya nanti2lah buat ya. Hehehehe....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...