.....yang sgt yummeh....dibelanja oleh ketua pilot kat opis aku. Belanja sebab adindanya ini kuat makan (ahaks!!). Sebelum ni dah byk kali cerita sedap sedap sedap...akhirnya merasa jugaklah dibawa kesana selepas puas buat aksi merajuk. :P
nama kedai ialah Restoran Bunga Cengkih, di Dengkil. Tak jauh dari opis kami kat Cyber ni. Antara specialty kat restoran ni adalah Claypot Lemak Cili Padi Daging Salai & Claypot Asam Pedas.
Meh layan gambo yang tunggang terbalik tak sempat di edit..Yang ada hanyalah gambo lemak cili padi sebab takde sorang pun yang makan asam pedas semalam. kena mai lagi sekali next time pekena asam pedas pulak.
|
enche bos & ketua pilot yg sporting melayan sessi penggambaran. |
|
Claypot Lemak Cili Padi Daging Salai - ahli jemaah punye |
|
Claypot Lemak Cili Padi Telor Itik - den punyo |
|
Claypot Lemak Cili Padi Ikan Keli Salai - Enche Bos punye |
Semua makanan adalah sedap belaka. Yang menambah kesedapan kat dalam lauk tu ada mangga muda selain sbb mkn free. Kecur air liur masa menaip ni, basah keyboard ahkak hehehe.
Set dia dalam anggaran dari RM 6.50 - RM 8.00 bersekali dengan nasi putih + sambal belacan + ulam + air sirap. Sesiapa yang nak cuba boleh pi cari kat area dengkil berdekatan dengan jirat cina, berdekatan dengan cendol durian borhan & kedai perabot cavenzi. jangan tanya alamat penuh sebab makcik sibuk buat ketopat bersembang kat dlm kereta. hahaha.