Monday, 3 November 2014
Jeruk Mangga Asam Boi Cili Padi...
Kannnnnn....panjang sgt namanya. Namun begitu, rasanya teramatlah meletop uolls. Mangga yg lemak2 tak berapa masam ditambah dgn manis masin dan masam dari gula dan asam boi, juga pedas dari hirisan cili padi memang membuatkan kita tak mahu berhenti makan.
Sana sini org tayang gambar jeruk mangga asam boi ni kan. Kita pun terliurlah sangat2 memandangkan jeruk mangga tu peberet kita. Sekali balik rumah tgk dah tersedia satu bekas jeruk atas meja. Wahhh adik terchenta yg buat rupanya. Alhamdulillah lepas kempunan. Dah la sedap tak terhingga. Sedo tak sedo nak habis satu bekas kami makan 3 beradik. Adessss tengah menaip ni tiba2 terasa nak mkn lagi.
Nampaknya kena minta lina buatkan sekali lagi. Sedap baq hang..heheheh
Subscribe to:
Posts (Atom)