Thursday, 28 February 2013

kehilangan dan ketabahan.....




hari ni aku rasa sedih sangat. sedih sebab aku terlambat mendapat berita dan paling sedih sebab sahabat aku telah kehilangan insan tersayang.

dari pagi tadi hati aku teringat2 dekat iza. kami jarang jumpa tapi selalu juga sembang2 kat whatsapp. jadi tergerak hati nak msg dia pagi tadi, nak tahu sama ada dia dah bersalin ke belum. msg tak sampai kat dia, aku msg suami dia. 

sahabat aku ni dah kahwin 8 tahun lebih. lama dia menanti kehadiran cahayamata. sepanjang berkahwin, dah beberapa kali dia keguguran. 

bulan puasa tahun lepas kami dapat berita gembira sekali lagi. iza mengandung. Alhamdulillah, berkat doa semua orang, berkat ketabahan dia suami isteri, iza berjaya melahirkan baby lelaki, Megat Danish Ziqri pada 06/02/2013. 

selepas dilahirkan baby terpaksa dihantar ke PPUM dan dimasukkan ke ICU sbb kekurangan oksigen dalam badan. 09/02/2013 Megat Danish Ziqri telah pergi menghadap Ilahi. 

Semoga Iza & Fazli tabah. sebagai sahabat aku terasa sama kesedihan diorang. aku tahu besar harapan diorang nak ada anak sendiri. iza, kalaulah aku dapat jumpa ko sekarang, aku nak peluk ko. aku nak pinjamkan bahu aku untuk ko. Semoga korang tabah. mungkin ada hikmah disebalik segala ujian dariNYA. InsyaAllah ada sesuatu dari DIA untuk korang berdua nanti, kalau bukan didunia InsyaAllah diJannah. 

Al-Fatihah untuk arwah Megat Danish Ziqri. 

Wednesday, 27 February 2013

REFER cracked heel cream.....

pagi tadi ada sorang pakcik engineer kat opis ni bagi 'cracked heel cream' ni kat aku & 2-3 org opismate.


Oh kepada sesiapa yang tatau apa krim itu untuk apa, ianya adalah untuk menghalus dan melicinkan bahagian tumit kaki yang berkematu dan pecah-pecah. 

kat kotak tu tulis (aku salin sebiji-sebijilah ye):
> tamarind and mixed fruits extracts remove dead skin cells whilst restructuring and     softening the skin
> liquorice extract helps to balance the natural skin tone
> mangosteen and lichen extracts help minimize foot odour
> sesame seed oil rehydrates the skin and prevents dryness
> aloe vera powder contains moisturising properties


pengikir kaki juga disediakan ye..

walaupun tumit saya licin bak sutera (buweeeekkkk!!!) saya akan tenyeh juga menda ini kat tumit saya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. weiiii betullah tumit aku licin..silalah percaya..takkan nak suruh aku nyanyi lagi percayalah - ct nurhaliza tu pulak..


Tuesday, 26 February 2013

birthday acik & amsyar.....

ahad lepas, 24/02/2013 genap umur zafri amsyar 5 tahun. memandangkan birthday acik jatuh 20/02 maka kami bercadang nak buat makan2 hari ahad tu.



aku buat kek cekelat moist simple2 aje (sebab tak pandai decor2). pastu masak nasi impit,  rendang daging, kuah kacang & bubur kacang hijau aje. lia pulak tambah dgn satay haji samuri. lina pulak bawak balik munchkin dari dunkin donut. 





tetamu pun tak ramai, jemput ahli keluarga aje. maksu aku anak beranak, jiran sbelah rumah kiri kanan & abg sepupu aku aje. 


happy birthday & semoga panjang umur dan diberkati Allah selalu hendaknya.


Thursday, 14 February 2013

sedap punya pasal.....

.....2 minggu+ menanggung sakit. :'(

apa yang sedap? ituler.....yang dapat berkotak2 sempena CNY tu...


dari sebulan sebelum CNY kat opis ni dah berbau limau, harum aje...apa taknya, berkotak2 limau datang dari seantero donia (melampau!!).

memula makan sebiji, pastu sebiji lagi, pastu tak sedor dah berapa puluh biji lalu kat tekak. kenalak makan berjemaah beramai2kan..amboiihhh lupa daratan terus dapat menda sodap...manis ada, masam ada, tawo pun ada. 

masa makan malas nak basuh kulit...pastu???? hazab sangat okeh...2 minggu aku batuk + selsema + sakit tekak + demam lite2 gitu...

ubat dah habis, cuti CNY pun xkemana2...sakit tak gak baik2...padan muka kekdahnya kan..sampai tak ble tido sbb batuk kong kong..hukhuk...





Thursday, 7 February 2013

Bullet to the head.....



last week balik dari PB1M aku & cik bff pegi MBO Subang Parade utk menonton cerita omputih yang pokcik sylvester stallone tu belakon. Tajuknya Bullet  to the head. Yang beria2 mengajak adalah aku. sebab?? aku suka kat 2nd hero dia, Sung Kang. boleh gitu??

kpd sesapa tak kenal sung kang ni, kat bawah tu aku letak byk pic dia. aku mula kenal abg sung kang (abg?? o_O) ni dlm cerita 2F2F tokyo drift tu, pastu terus jato chenta. hahaha. 

eh ni nak cerita pasal sung kang ke pasal bullet to the head. lenkali lah aku buat edisi khas sung kang ek, kalo aku rajin. ngeeee.


berbalik pada bullet to the head, jalan cerita dia..iskk susah nak cerita sbb aku bukan jenis pandai nak cerita balik. kalo sesiapa nak tau boleh singgah http://screenrant.com/bullet-to-the-head-movie-reviews/ untuk baca review cerita dia ek. 


kat dalam cerita ni sung kang jadi polis. macam suci la kononkan bila polis nak bekerjasama dengan penjenayah. ada la jugak adegan kena buli dgn pokcik sly tu. ehhh takde idealah nak tulis apa. layan gambo je lah ek. 

ganas pokcik ni..
 





bagi aku cerita ni oklah. yang penting nak layan layan muka abg sung kang tukan. wakakakaa. aku bagi 3/5 bintang kat cerita ni, boleh?? 



Wednesday, 6 February 2013

Sahabat JS.....

Assalamua'laikum...

kepada yang suka membaca buku terbitan Jemari Seni, bolehlah mendaftar sebagai Sahabat JS. Caranya? kalau pergi ke pameran buku atau ke pejabat Jemari Seni untuk beli buku tu bolehlah register terus. aku register masa pegi PWTC aritu. register online aku tak pasti pula, cuba pergi website jemariseni.com tgk kot2 boleh register kat sana.





Nak bayar berapa? Yurannya tak mahal RM 20 sahaja utmtuk tempoh 2 tahun. Apa kelebihannya kalau jadi Sahabat JS ni? 

- tambahan diskaun 5% keatas pembelian dia kedai JS & pameran buku yang JS sertai.
- pemegang kad sahabat akan menikmati diskaun 35% dalam bulan kelahiran (dalam satu resit pembelian). haaa sakanlah shopping novel masa ni kan. hehehe.

oh ya, kepada sesiapa yang nak jadi sahabat JS ni, kalo korang nak isi borang tu dia akan tanya siapa yang perkenalkan pasal sahabat JS kat korang. letak ler nama aku (macam  dalam gambo atas tu), manalah tau kot 5 orang letak nama aku, dapat akak sebijik novel free..hahahaa :P



Tuesday, 5 February 2013

Celak Arab D'Herbs.....

Korang suka pakai celak tak? Celak jenis apa korang pakai? Aku biasa pakai yang murah2 aje. Pernah pakai Maybeline, ZA, Avon & entah brand apa lagi tah. Aku pernah guna jenis liquid & pencil aje. Kalau yang liquid tu tangan kena lembut sikit nak menconteng, sbb kalo silap nanti jadi celoreng2 mata. jenis pencil pula senang nak conteng, tapi sayangnya aku kuat berpeluh maka senang comot tang mata tu. 

tak pasal2 ada 3 ketul celak dlm beg..tapi gunanya jarang sgt..

weekend aritu TERbeli pulak (TER konon!!) celak arab brand D'Herbs. tatau cemana boleh beli padahal ZA liquid eyeliner tu ada lambat lagi nak habis kot. memang nafsu serakah semata2. jangan contohi sikap suka membazir seperti ini ya. hehehe.


inilah rupa kotak celak arab tu...

tapikan..pelik sungguhlah kenapa bila aku pakai mata tetap tak nampak macam mata arab. tipu ahhhh...hahahaha. nampak sgt kalo tak lawo tu pakai apa pun tak lawo kan. cehhh...

tapikan..tapikan...kawan aku sorang ni pakai nampak lawo le pulak. dia pakai apa pun cantik aje. tu sbb orang kata, kalo dah cantik, pakai apapun cantik ek... :-D


cantikkan dia.. ,")
celak arab ni senang nak pakai, warna dia pun pekat. cuma kalo dah pakai tu jgnlah suka gosok2 mata ek, nanti bersememeh, sebab dia tak waterproof. Oh lupa, harga kat kotak RM 15.90 satu, tapi aku dapat harga RM 15. nak dapatkan kat mana? pergi aje kedai2 yang jual jamu tu, mesti ada.

Monday, 4 February 2013

hasil tangkapan di Pesta Buku 1Malaysia.....

Assalamua'laikum.....

Amacam weekend korang? Seronok? Penat? Ada tak rasa macam lemau aje nak masuk kerja hari ni? Hehehe adalah tu kot yang mc tetibakan? Ehhh..aku kerja okeh, tak mainlah amek mc hari senin, rajin tak aku? buweeeekkk.

ari tu aku kabo nak pegi PB1M kat PWTC kan. hari ni nak buat edisi menunjuk2 hasil tangkapan pada hari tersebut. alahai, bukan banyak mana pun beli, bajet ciput katakan. dapat melepas gian beli novel baru sebiji dua jadilah.

lenguh gak tangan nak angkut ke kereta..

sebijik dua aje katanye..hikhiks..

kiriman opismate..


itu aje gambo yang ada. gambo tempat kejadian tak ambik pun, maleh. PB1M ni takdelah sebesar KLIBF. kalau tak silap bulan April nanti KLIBF kat PWTC. Haaa sempatlah nak kumpul duit pun. lagi besar-besaran & bertambah rambang matalah nak membeli. 

Oh ya, semua buku diatas tu telah berjaya membuatkan duit aku habis +/- RM 180.00 kot. okaylah, diskaun dari 20%-35%. kalo nak tau, byk lagi yang dalam senarai tak terbeli, sebab kan dah kata bajet ciput. geramm aje nak borong semua, mujur berjaya kawal nafsu serakah. kehkehkeh. 

kalau perasan aku beli novel dari jemari seni, JS adiwarna & NB kara aje. kalau semua boleh kat semua booth aku nak borong. hukhuk.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...