Thursday, 28 February 2013

kehilangan dan ketabahan.....




hari ni aku rasa sedih sangat. sedih sebab aku terlambat mendapat berita dan paling sedih sebab sahabat aku telah kehilangan insan tersayang.

dari pagi tadi hati aku teringat2 dekat iza. kami jarang jumpa tapi selalu juga sembang2 kat whatsapp. jadi tergerak hati nak msg dia pagi tadi, nak tahu sama ada dia dah bersalin ke belum. msg tak sampai kat dia, aku msg suami dia. 

sahabat aku ni dah kahwin 8 tahun lebih. lama dia menanti kehadiran cahayamata. sepanjang berkahwin, dah beberapa kali dia keguguran. 

bulan puasa tahun lepas kami dapat berita gembira sekali lagi. iza mengandung. Alhamdulillah, berkat doa semua orang, berkat ketabahan dia suami isteri, iza berjaya melahirkan baby lelaki, Megat Danish Ziqri pada 06/02/2013. 

selepas dilahirkan baby terpaksa dihantar ke PPUM dan dimasukkan ke ICU sbb kekurangan oksigen dalam badan. 09/02/2013 Megat Danish Ziqri telah pergi menghadap Ilahi. 

Semoga Iza & Fazli tabah. sebagai sahabat aku terasa sama kesedihan diorang. aku tahu besar harapan diorang nak ada anak sendiri. iza, kalaulah aku dapat jumpa ko sekarang, aku nak peluk ko. aku nak pinjamkan bahu aku untuk ko. Semoga korang tabah. mungkin ada hikmah disebalik segala ujian dariNYA. InsyaAllah ada sesuatu dari DIA untuk korang berdua nanti, kalau bukan didunia InsyaAllah diJannah. 

Al-Fatihah untuk arwah Megat Danish Ziqri. 

2 comments:

  1. innalillah..kasihanya..sampaikan takziah padanya..8 tahun menunggu..tak dapat saya bayangkan..semoga mereka tabah menerima dugaan Allah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy sendiri pun sedih sampai menangis2, apatah lagi perasaan seorang ibu & ayahkan.. :(

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...