Assalamua'laikum...
semalam aku ada menjanjikan resepi yang sesuai utk diet atkinskan? ehhh tak buat atkins pun boleh cuba, resepi ni utk semua. maka hari ni aku akan menunaikan janji. tak dak hutang dah ehh.. ;)
chawanmushi ni ialah kastard telur iaitu sejenis lauk / desserts yg berasal dari jepun. aku pernah makan kat gerai takoyaki. lepas makan rasa teringin pula nak mencuba, makanya risik2lah kat encik google.
cara buat senang aje, cuma bahan2 tu macam susah nak cari. pastu ada pula sake kat dlm resepi tu. jadi aku pun cubalah kaedah sendiri yang aku agak2 sesuai.
biasanya chawanmushi ni dimasak dalam cawan (tea cups). tapi aku belasah masukkan dlm bekas plastik aje sbb takde pulak cawan yg sesuai. igt nanti nak pi daiso atau DIY nak cari tea cup yg cute miut.
pic source: Google
Resepi asal dari bento.com (bahan-bahan):
- 2.5-3 oz. (70-80g) chicken breast
- about 1 tsp sake
- about 1 tsp light soy sauce
- 4 small raw shrimp, shelled and deveined
- 1 lily root (yuri-ne) (optional)
- 12 stalks trefoil (or equivalent amount of young spinach or watercress)
- 12-16 raw ginkgo nuts, shelled and peeled (if available)
- 4 raw chestnuts, peeled and sliced
- Custard:
- 4 medium eggs
- 2 1/2 cups dashi or light chicken stock
- 1/2 tsp salt
- 1 tbsp mirin
- 1 tbsp light soy sauce
Resepi derhaka versi aku (bahan-bahan):
- isi ayam (potong kecik), udang (gaul dgn kicap masin & masak tanpa minyak)
- brokoli, carot, cendawan (potong ikut suka bentuk apa) -
- 4 biji telur
- 2 1/2 cawan stok ayam
- serbuk lada (jika suka)
* boleh tambah bahan lain yg disukai utk jadikan inti custard.
Cara-cara:
- panaskan periuk kukus
- isi semua bahan inti dlm cawan/remekin
- pecahkan telur dan pukul perlahan. jgn pukul sampai keluar buih, nanti rupa custard tak licin cantik.
- masukkan stok ayam. kacau rata.
- tapis campuran telur kedalam bekas lain.
- masukkan telur yang sudah ditapis kedalam cawan yang berisi inti.
- tutup cawan dgn aluminium foil & kukus selama 10 minit.
- kukus dgn api sederhana.
alhamdulillah...nebes jugak kalo tak menjadi. custard dia lembut aje, seakan2 kita makan puding caramel. cuma aku rasa lenkali nak tambah cili padi kat dlm ni, baru ada upmhhh. aku mkn chawanmushi ni dgn ikan bilis goreng, lobak asin & cili kicap. dh mcm mkn bubur nasi gayanya..hahaha.
No comments:
Post a Comment