Sunday, 27 July 2014
Salam Aidilfitri 1435H / 2014
Assalamua'laikum....
Amacam puasa thn ni? rasa cpt sgt Ramadhan thn ini berlalukan?
Macam tak brp cukup aje top up amalan. sigh.
Aidilfitri thn ni sy tak blk mana2 kg. baik perlis mahupun terengganu.
begitulah perancangan awalnya. last minute tataulahkan. manalah
tau tetiba hati sayu tgk org blk kg kami pun nk blk kg juga. hahaha
Aidilfitri thn ni pasti seronok sbb lia raya sekali dgn kami. paling best
melayan kerenah dua beradik amsyar & zara. kena pula zara sekarang
tgh masuk mode makan...adoiii mesti dia plg byk buka balang kuih nanti. hehe
Tahun ini tema warna kami sekeluarga adalah pink. krik krik..krik krik...
iyer...warna merah jambu. susah payah nak memujuk adiq ipaq n amsyar
utk pakai warna pink. tunggu nanti sy update entry raya ye...pic kami sekeluarga. haha
dikesempatan ini sy mengambil peluang utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
buat pembaca blog ini (ada ke??). mohon maaf diatas segala salah bicara sy.
sy doakan hari raya kalian meriah dan dijauhi dr perkara2 yg tidak baik.
kpd yg akan blk kg, yg nak berjalan jauh...mulakan perjalanan kalian dgn doa.
semoga kalian sampai ke destinasi dgn selamat.
berayalah dgn sederhana. jgn membazir. jgn lupa kpd saudara2 kita yg sedang bergolak diseluruh dunia. doakan agar mereka dirahmati Allah selalu hendaknya. Amin.
SALAM AIFILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
#prayforgaza.
Saturday, 26 July 2014
Ramadhan yang pergi....
Assalamua'laikum...
Fuh..lamanya rasa tak jenguk blog. nak kata sibuk sangat tu idokler jugak.
adalah buat projek kuih muih sikit2...ambil tempahan dari kawan2 rapat.
antara kudap2an utk raya yang ditempah ialah popia sambal, popia nestum,
cornflakes pedas, cornflakes madu, biskut dahlia a.k.a semperit susu,
biskut choc chip ala2 famos amos, almond cluster & mini coco crunch.
Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan menyiapkan tempahan.
wpun tak byk mana tapi rezeki yg halal tu penting. hehe
Ramadhan kali ini byk dugaan yg Allah beri kepada kita.
dengan peristiwa nahas #MH17 yang menggemparkan seluruh
warga dunia. Tidak lupa kepada saudara2 kita di #GAZA yang
saban hari bermandian darah, membuatkan ada rasa walang dlm hati.
Sekejap sangat rasanya Ramadhan thn ini. Ramadhan yg jauh berbeza
dari suasana thn lepas. Ramadhan yg sgt sederhana..berbuka puasa
diluar pun cuma sekali dgn ex-opismate. Bazar ramadhan pun jejak
sekali aje..takat nak tinjau suasana dan terbelilah popiah & cendol.
Itu sahaja...tak ada sessi membazir.
Tinggal dua hari shj lagi utk memenuhi ibadah dibulan penuh barakah ini.
Semoga Allah terima semua amalan ibadah kita. Juga marilah berdoa
semoga dipanjangkan usia dan sihat tubuh badan utk bertemu lagi
dengan Ramadhan pd thn hadapan.

Subscribe to:
Posts (Atom)