Assalamualaikum.
tetiba dipagi hari ini teringat peristiwa bersembang dengan sorang engineer kat opis ni ptg semalam. pakcik ni (engineer tu baya ayah aku aje) cerita perihal kawan kepada anak dia yang masih muda, umur lingkungan 20-an gitu.
kawan anak dia tu seorang perempuan, bujang, anak ketiga dari beberapa org adik beradik. aku namakan dia adik A ajelah ye. kisahnya, adik A ni baru aje mula kerja sebagai QS. dia ada abang & kakak. yg abang dah kahwin dan kakak dlm persiapan nak kahwin hujung tahun ni.
beberapa bulan lepas ayah adik A ni jatuh sakit. kena strok sebelah badan dan tak boleh bangun. keluarga mereka pun bukanlah senang, kira sederhana macam kita-kita juga (merujuk kepada family aku).
adik A ni masih ada adik2 yg masih belajar. sejak ayah dia sakit, pendapatan keluarga berkurang, perbelanjaan makin meningkat. Adik A ni 8am-5pm kerja kat opis sbg QS. balik kerja opis dia sambung part time kat sebuah kedai sampai jam 10 mlm. sambung pula part time kat restoran sampai jam 2 pagi. mesti penat gilakan. kita yg dengar kisah dia pun rasa betapa penatnya dan besarnya tanggungjawab adik A ni. lagilah pula dia seorang perempuan, aku terfikir faktor keselamatan dia yang keluar bekerja sampai 2 pagi tu.
adik A ini kena kerja kuat sebab dia bujang dan dah bekerja. abang & kakak pula ada tanggungjawab sendiri dan tak berapa mampu nak menolong banyak. jadi dia dengan rela hati atas nama kasih sayang seorang anak bekerja kuat untuk menampung keluarga.
pakcik yang bercerita dgn aku tu, bercerita sambil bergenang air mata. katanya, adik A tu zaman belajar badan berisi, sekarang ni dah kurus sangat. katanya adik A ni makan sekali sehari sahaja. sedihkan. kita mampu makan 3,4,5 kali sehari dengan mewahnya.
kata pakcik tu lagi, kalaulah apa yang jadi kat ayah adik A tu terjadi kat dia, mampukah anak-anak dia berbuat sebagaimana adik A tu buat. bolehkah anak-anak dia memikul tanggungjawab sepertimana adik A itu?
terfikir kata-kata pakcik tu, aku renung balik dalam diri. mampukah aku kalau benda yang sama jadi kat mak ayah aku? Ya Allah, sihatkanlah emak & ayah, peliharalah kedua ibu ayah ku dari perkara yang tidak baik. kuatkanlah hati aku dan adik-adik agar kami dapat bersama-sama walau susah & senang mengharungi hidup ini hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.
semoga Allah permudahkan perjalanan hidup adik A & family dia juga. Amin.
* kesan dari cerita itu aku teremosi sampai kemalam. hilang selera nak makan.
** kisah ini di kongsi dengan izin encik engineer tersebut.