Wednesday, 8 February 2012

marble cheese cake (kukus)

..... wahhhh dlm dua tiga hari ni aku over rajin, hari2 nak main masak2...masak pula menda yg tak pernah dimasak sebelum ni...dan menda tu pula mmg merosakkan plan diet aku..huuhuhu...

hari ni aku mengukus lagi...jumpa resepi marble cheese cake pula...aku nk buat yg simple & bahan2 yg mmg dh ada kat umah...okay bohong...cheese takde, so aku rajin sekali lg pegi pasaraya segi p cari cheese & tepung kek...hehehehe...

kali ni xde hias apa2 atas cake...rupa dia sendiri dah cukup comel (pasan kan)..

kat bawah ni resepinya...

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

*5 keping slice chees

*1/2 cawan susu cair

1 cawan gula kasar

1 cawan marjerin

2 cawan tepung kek

2 sudu besar serbuk koko

1 penutup esen vanilla

3 biji telur

Cara-cara

panaskan bahan yg bertanda* hingga keju cair dan padamkan api,biarkan suam.masukkan gula kasar kacau sampai gula hancur. pukul telur dengan marjerin dan masukkan ke dalam bancuhan keju tadi,..masukkan tepung sedikit2 kacau sampai sebati,masukkan esen vanilla,..bahagi kpd 2 bahagian,..1 letak serbuk koko. tuangkan berselang seli ke dalam loyang yg telah di gris dgn marjerin,..lorekkan menggunakan hujung garpu supaya jadi corak marble,..dah siap boleh kukus selama 45 minit hingga 1 jam atau hingga masak.




























2 comments:

  1. naper ko wat lepas aku balik? woooowoooo

    ReplyDelete
  2. xrancang pun,dok google resepi terus tingin buat & p beli brg kul 9.30mlm..nti aku wat lg utk bday amsyar..insyaAllah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...