...korang pernah makan ais kacang? atau ada yang panggil ABC? ais kacang ni selalunya diperbuat dari ketulan air batu yang disagat halus bak salji. ais sagat tu pula disiram dengan air gula merah, sirap & susu cair. ditaburi pula dengan kacang merah, kacang tanah, biji sagu & jagung. itu yang biasa aku makan masa kecik-kecik dulu. apa taknya, mak akulah pembuat ais kacang terhebat.
mak tak pernah kedekut dengan segala ramuan ais kacang tu. air gula merah, sirap & susu cairnya memang cukup rasa. aku paling suka kalau letak lebih kacang tanah, perghhh terbaik!!!
dulu mak jual ais kacang RM 0.50 semangkuk. GILA?? sekarang mana nak dapat dik non harga murah macam tu. ingat lagi, kami bukan guna mesin pengisar ais yang letrik, duk lah putar dengan tangan sampai lenguh-lenguh. pernah ada satu tragedi jari mak hampir nak terputus terkena mata pisau pengisar air tu. Alhamdulillah mujur cepat bertindak, selamat jari mak aku.
selain ais kacang, ada juga yang minta ais kepal. mak jual RM 0.20 aje kalau tak silap. ais kepal ni simple sangat, ais batu yang disagat tu, dikepal-kepal padat & dituang dengan air gula sirap warna merah tu. lepas tu kita sedut-sedutlah ais tu sampai dia putih & habis.
ini ais kepal |
sekarang ni ais kacang dah diupgrade menjadi lebih menarik. ada tambahan macam-macam warna, siap ada dengan coklat cair lagi. juga ditambah dengan pelbagai topping macam jeli pelbagai, nata de coco, cendol, telor katak jeli bulat (bukan biji sagu) yang macam-macam warna, ada perasa buah-buahan, dihiasai pula dengan ais krim, buah anggur & laici. perghhh memang sedap.
aku suka makan ais kacang dekat fredo (kalau tak silap) seksyen 3 shah alam. dekat dengan uitm tu. ais kacang dia sedap, banyak & murah. RM 2.50 aje semangkuk kalau tak silap.
tapi sedap macam mana pun ais kacang ditempat lain, yang emak buat juga melekat dihati.
p/s ~ eloklah kau zie, tengah puasa ni bantai melayan segala gambar ABC. pstt...pstt...gambar adalah sumbangan abg google.
No comments:
Post a Comment