Friday, 11 May 2012

merancang percutian..

...assalamualaikum....sihatkah? kerja okkah? sudah makankah?

kemana nak pergi hujung minggu ni? apa? mau habiskan melipat kain yg dah mcm gunung everest? mau tebas rumput yg dah nak sama tinggi dgn aras bumbung? hehehe...buatlah apapun, janji aktiviti yg berfaedah ye tak? kalo rasa tidur tu berfaedah, maka tidur ajelah dihari cuti ni. apa pula tak berfaedah? tidur yg cukup baik utk kesihatan..dan sah2 jimat, xpayah keluar duit petrol, duit parking & tol...hahahaa...

rasa mcm dah lama aku tak pergi berjimba2 dgn kawan2 atau lebih tepat bff aku. kali terakhir 2 tahun lepas kot, cuti2 ke pulau perhentian. mmg happening betul percutian 3 anak dara & 1 mak org itu. sampai ada yg kenyang minum air laut masa snorkeling...hehehe...

pagi dipulau perhentian

cantikkan...rindu tempat ni

aku & bff sebelum menerjunkan diri dlm laut

tarraaaa...mcm x percaya aku mampu apungkan diri dlm air...hahaha

aku & bff merancang mahu pergi bercuti2 @ berjalan2 cari makan masa birthday kami dibulan jun nanti. psttt pstt kalau nak tahu, aku & bff umur kami hanya beza 1 hari sahaja tau..aku lahir sehari awal dari bff..waahhh seronokkan..kami boleh meraikan hari besar kami berdua2an..weeeewiiittt.. ;)

tapi..kami ni ada satu masalah, tak pandai buat keputusan. kalau nak keluar makan pun selalu main tolak2. makan mana? ikut kau lah. aku ok aje, mana2 pun boleh. pastu u pandang i, i jeling u, drive ke mcD. cehhhhh!!! takde menda lain ke nak cekik??? itu selalunya keputusan bila masing2 tatau nk mkn apa. yg kami tau, kami perlu keluar, berjumpa, mkn2 & sembang2. kat mana pun xkisah.

jadi, kemana mau pegi ya bulan jun nanti? nak sgt pergi bersantai2 lapang2kan hati. kami ni bkn jenis suka shopping2...nak pergi berehat, bersantai & paling penting makan2 & ambik gambar gedik2 kenangan. rasa mcm nak pergi cameron highland, tp masing2 xmau drive. mcm nak pergi langkawi, tp rasa mcm xbest aje kesana. nak terengganu @ cherating..alaaaa...kitorang budget sikit aje...PD? apa ada sana?

cantiknya cameron..(pic google)

sedapnya dpt strawberry fresh..yummeh (pic google)

cherating pun mcm best..(pic google)

cherating lagi (pic google)


pastu teringin pula makan mee bandung muar & murtabak singapore kat muar tu. alaaa yg kat tanjung agas tu. hmmm..lama xpergi muar, dulu2 sbb bff kami yg dah berumahtangga tu slalu ajak kami blk kg dia, rajin la kami menjengah muar. skarang mana ada peluang lagi. rasa mcm nak buat jelajah ke muar, pastu turun PD, mandi2, blk singgah nilai (aikkk kata xsuka shopping :P ).. penat pula kalau mcm tu, nak cuti 2-3 hari aje...aiskkk...pening2...

mee bandung muar...hooooliaoo (pic google)

murtabak singapore (pic google)

sedapnya..kaya dgn inti daging (pic google)

wahhh meleleh air liur...(pic google)


nak ke perak, tp xde kwn2 kat sana...kami ni buta jalan...sudahnya...duduk mkn mangga muda ajelah belakang umah cik oiii.....hehehehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...