..... bila mata tak boleh lelap, macam-macam benda duk berputar belit dalam kotak fikiran. mulalah duk melalut sampai kalau-aku-mati.
ini kisah malam semalam. adik ipar aku dah balik dari out station, aku dah kena tidur sorang-sorang. selalunyakan aku akan tidur dgn lia & amsyar kat bilik atas. bila dah 2 bulan tidur ramai-ramai, kena tidur sorang-sorang semalam, liat sikitlah mata nak lelap.
mula-mula okay, terlelap sampai pukul 1, bila lia kejut sebab tangan dia sakit tak boleh gerak. maka 'nurse' terlatih ni pergi masak air n tuam tangan dia. selesai sesi rawatan, budak berdua tu naik atas, aku pun padam lampu n masuk bilik.
apa terjadi lepas tu? tak boleh lelap langsung. telinga menangkap bunyi-bunyian yg tak sedap didengar. lepas tu otak ni melayang-layang fikir macam-macam hal. sampailah dekat tajuk 'kalau-aku-mati'.
mulalah duk takut fikir part amal ibadat yang lompong, part hari pembalasan. lepas tu duk teringat kat mak. aku selalu berharap emak panjang umur dan biarlah aku yang mati dulu. aku tak mahu menghadapi kesedihan ditinggalkan. iye, bila cerita fasal emak aku jadi super duper sensitif. boleh dalam aura takut tadi aku jadi sedih pula. nangis-sorang-sorang-tengah-malam.
mulalah fikir mak boleh ke tak tidur dalam cuaca panas ni. sakit lagi ke badan dia? semput ke tak mak malam ni. bilalah aku nak bagi keselesaan & kemewahan kat emak. emak tak pernah minta apa-apa yang melampau dari anak-anak, tapi kita sebagai anak yang selalu meminta dengan mak ni selalu lupa utk menyenangkan emak.
apapun hal yang bersangkut dengan emak memang boleh memancing emosi aku. kepantangan aku kalau org sakitkan hati emak. waima ayah sekalipun, aku akan cepat naik darah. emak adalah yang terbaik dalam hidup aku. iye, aku ni bukanlah anak solehah, mithali & terbaik utk emak. selalu aje melawan kata, bercanggah pendapat dengan emak. tetapi selagi boleh aku nak jadi pelindung emak. aku tak nak hati emak aku disakiti.
semoga Allah panjangkan usia emak & ayah, diberikan kesihatan yang baik, diberkati mereka didunia & diakhirat kelak. amin.
p/s ~ korang yg masih ada emak tu, sila call emak korang sekarang. mungkin emak korang tengah merindui suara anaknya. :)
cantik catatan sebelum lelapkan mata...muasabah diri n mulai kenal siapa kita...rasa teruja sangat bila baca luahan hati zie...sayangi ibu kita sebagimana dia sayangkan kita...
ReplyDeletetima kasih..kasih syg & pengorbanan seorang ibu tak akan terbalas sampai bila2.. :)
Delete