.....selepas review baking powder crunch pore scrub, aku nak cerita ceriti pasal blackhead sleeping paste pula. nak tahu product description boleh intai-intai kat sini.
(pic google) |
cara nak menggunakan adalah sangat senang. macam sapu mask atau bedak sejuk aje.
- sebelum apply kat muka, pastikan kulit muka anda sudah dicuci bersih & kering.
- sapukan rata paste ini keseluruh muka. jari-jemari anda tu cuci bersih-bersih dulu ye sebelum mencolek paste ini. kalau tidak pun, gunalah sudu plastik atau spatula utk cedok paste ni. tak payah banyak, sikit aje cukup utk diratakan keseluruh muka.
- boleh dipakai selama mana yg korang mahu. seeloknya dibawa tidur (nama pun sleeping paste ye tak?). jgn risau, paste ni akan mengering dan tak akan mencomotkan bantal atau katil korang.
- masa mula-mula pakai, kulit akan rasa pedih sikit (kejap aje)..lepas tu tak rasa apa dah. baunya ada sikit tak best (mcm lumpur) tp sikit ajelah. dah pakai tu takde bau apa dah.
- esoknya bgn tidur, bolehlah dicuci bersih.
rasa selepas dicuci? kulit rasa bersih & lembut. blackhead pun berkurangan. produk ni boleh tahan lama, sebab tak perlu pakai banyak. seminggu 2 kali aje pulak tu. memang tak rugi beli (kalau dah suka semua tak rugi ko kan....hahaha)
how much??
ReplyDeleterm 52.90.. http://apajerlah.blogspot.com/2012/05/shopping-di-etude-house-2.html
Delete