....assalamua'laikum...kali ni aku nak cerita pasal novel jula juli bintang tujuh, karya penulias adileah yg diterbitkan oleh jemari seni.
watak utama novel ni adalah Suria sidayang istana yg ada penyakit gagap minor (jika disergah atau terkejut) & Ilham (org kanan merangkap bff Tengku Aris) yg perwatakannya sgt serius.
pertemuan pertama Ilham & Suria dimajlis makan2 diistana, disaat Suria sidayang kelam kabut & sedikit cemerkap terlanggar dinding kaca. haishh apalah Suria ni, sebesar2 dinding pun tak nampak ke? itu tandanya betapa bersih dinding kaca tu sampai Suria tak perasan depan dia tu ada dinding..hehehe.
Ilham, dalam marah2 terasa lucu pula dengan sikap Suria yg cemerkap & akan jadi gagap bila disergah & kelam kabut satu macam. Lelaki bernama Ilham yg masih dalam berkabung kerana kematian kekasih hatinya Orked, bagai telah jumpa penawar duka (amboi...amboi..amboiii Ilham).
Suria ni pula, bukanlah calang2 orang. Walaupun dia hanyalah anak org kebanyakan, tapi mak ayah dia adalah pemilik ladang buah & bunga di Cameron Highland. Ayah Suria adalah seorang penyelidik yg sedang membuat kajian tentang bunga2an yg bernilai jutaan ringgit.
satu hari malang menimpa, kedua org tua Suria ditimpa kemalangan, rumah mereka terbakar & Suria hilang tempat bergantung. Mujur ada abg susuan & sahabat baik yg masih sudi mengambil berat & menjaga ladang milik keluarganya.
suatu hari, Suria mendapat surat berdaftar utk mengambil peti simpanan milik emak & ayahnya dibank. bermula dari saat itu, dia bagai diburu oleh org yg tidak dikenali. mulanya Suria ni tak sedar pun dia diekori & diburu. tapi disebabkan Ilham yg memang dah terlatih ala2 komando (sbb kena jaga Tengku Aris) dpt mengesan yg Suria ni dlm bahaya. maka jadilah Ilham pelindung kepada Suria.
nak tahu siapa yg memburu Suria tak? nak tahu tak apa jadi pada dayang Suria & Ilham yg beku tu? lepas ni pergi kedai buku, belilah novel ni. tak mahal pun, RM 20.00 sahaja. Nak lagi mudah, buka aje laman sesawang jemari seni sdn bhd & boleh order online...sehari dua sampailah novel dipeti surat anda. heheheehe
komen saya...novel ni menarik & boleh buat kita tersenyum. satu lagi...rasa teringin nak jejak Cameron Highland dtg tiba2. juga, teringin nak rasa duduk atas rumah pokok...hai lah adileah...awak kena belanja saya bercuti ke Cameron Highland tau kalau dapat royalti lebih...:D
p/s - maaflah kalau aku tak brp pandai nak komen, berterabur & lintang pukang segala ayat. seeloknya korang beli & baca sendiri. apa yg boleh aku kata, tak rugi beli novel ni...
No comments:
Post a Comment