Thursday, 31 May 2012

ohhhh ayam penyet...jakunnya...

.....kannnnnn....apalah jakun sgt aku nih, org lain dah jemu mkn ayam penyet, aku baru hari ni nak merasa. itupun sebab dipelawa kawan opis ni utk mkn kat kedai ayam penyet (lupa pula nama kedainya) dekat Cyberjaya ni, dekat2 dengan bangunan Prima Avenue. 

selama ni dgr nama ayam penyet aku adalah tak teringin nak makan. dgr perkataan 'penyet' sudah membuatkan selera aku pun turut terpenyet, mulalah kepala otak ni duk fikir ayam ni dipenyet-penyet (sengal sungguh ko ni), terus jadi tak lalu. 

tapi tadi okay aje bila kawan-kawan ajak. selagi tak cuba kita tak akan tahukan. maka orderlah set ayam penyet, nasi putih & teh o ais limau.

set ayam penyet adalah sebiji mcm dlm gambar ni (pic google)

lauknya mcm kat atas tu dihidang, dlm tu ada ayam goreng (yg tabur2 atas ayam tu sedap), ulam-ulaman (kangkung celur, kobis, timun), tauhu & tempe goreng. juga sambal dia yang sedap.

seorang makan dalam RM 11+ (termasuk air) macam tu. oklah, portion lauknya banyak & sedap. dan kalau sesiapa yang nak berdiet, tak mau makan nasi boleh ambil lauk dia aje. pun dah mengenyangkan. 

selain ayam ada juga udang, ikan keli, daging dan byk lagi, tak berapa sempat nak meneliti menu, perut masing-masing dah berdengung kena gendang, sampai2 terus order, makanan sampai tak sampai lima minit & terus makan sampai tak berbunyi. tau2 dah habis...heheheehe.

jadi..adakah aku akan datang makan lagi disini? akan cuba lagi makan ayam penyet? jawapannya adalah yes. lenkali nak makan udang dia, nampak mcm sedap je org meja sebelah tu makan. budak2 yg pegi mkn sama td pandang pelik aje muka aku bila ckp aku xpernah mkn ayam penyet. jauh ketinggalan rupanya daku ini...jakun sungguh. hahahaah.

31 MEI, hari tanpa tembakau sedunia...

.....Assalamua'laikum, semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahi rahmat dari Allah untuk hari ini dan hari-hari seterusnya..amin.

anda merokok? ayah, abang, adik, suami, tunang, pakwe dan sahabat-sahabat anda merokok? adakah mereka perokok tegar?


perokok bukanlah dari kalangan orang lelaki sahaja. sejak zaman dahulu orang perempuan pun sama naik merokok dengan orang lelaki, tak kira apa bangsa sekalipun, cuma mungkin jumlahnya tidak seramai orang lelaki. 
hari ni aku bukan nak cerita pasal kesan merokok kepada perokok dan orang sekeliling mereka. sebab dah keluar macam-macam iklan, pesanan khidmat nasihat dan penerangan yang kerajaan, NGO & ramai lagi orang dah buat. sampai dekat kotak rokok pun dah ada macam-macam pesanan & gambar-gambar ngeri diletak. tapi...susah nak cakap, tak ada kesedaran atau hidup-boleh-musnah kalau tak merokok tu.

apa yang aku nak ungkitkan adalah pasal mentaliti orang yang merokok. tak tahu diorang ni buta huruf, buta hati atau memang hati kering bila sanggup merokok dekat tempat-tempat awam yang ada tanda DILARANG MEROKOK / NO SMOKING. lebih-lebih kalau dekat hospital, restoran, kawasan sekolah & pejabat. 

paling aku sakit hati bila dengan selamba aje mereka ni merokok kat kedai makan. lagi pula kalau dekat-dekat dia duduk tu ada budak-budak. weiii kalau tak nak fikir pasal diri sendiri pun, fikirlah pasal orang lain. tak usahlah nak kira tekak awak aje, kalau pun menggigil urat saraf sebab nak sangat nikotin tu, silalah merokok kat luar, jauh dari manusia lain. 

macam pagi tadi masa sarapan, kedai yang aku makan tu ada sediakan ruang makan kat luar kalau orang nak merokok. tapi ada satu manusia ni, dengan selamba duk merokok kat ruang dalam yang berair-cond. sudah satu restoran bau asap, sakit kepala aku dibuatnya. lagi sakit hati berganda, dalam tu ada family yang bawa anak kecik. 


sila hormat orang lain kalau rasa nak orang hormat awak. kalau muka kacak bergaya macam pelakon popular tapi perangai hampeh, sikit pun awak tak nampak macho okay. hancur adalah. agaknya kalau ada anak sendiri esok, nak buat macam tu juga ke??


dah macam-macam jenis papan tanda orang buat untuk larangan merokok ni. tapi penat ajelah tukang buat gantung segala notis amaran ni. macam orang yang pacak larangan buang sampah, kat situ dipacak, kat situlah sampah dilonggok sampai membukit. memang buta hati sungguh manusia yang buat tu. elok sumpah jadi lori sampah aje bagus.


masa drive ke office tadi, aku dgr kat hot.fm isu merokok ni. ada sorang pemanggil cakap, dia dah 10 tahun merokok. satu hari dia cuba berhenti, dia simpan duit yang selalu dia guna buat beli rokok setiap hari. sebulan dia dapat simpan dekat RM 2K. siap boleh belikan apa yang isteri dia nak, bawa mak dia naik kapal terbang, dapat menyimpan dll.

iyer..korang yang merokok pun dapat penuhi segala kehendak dan keperluan family juga,  boleh naik kapal terbang, kapal layar segala, aku tahu tu. yang aku nak sampaikan kat sini, ialah penjimatan bila korang tak merokok. bukan jimat duit ringgit sebab tak beli rokok tu aje, juga jimat duit ringgit untuk kos perubatan bila korang atau family korang (mangsa hidu asap rokok) yang terlentang sakit nanti.

seperkara lagi, kalau nak merokok, sila duduk jauh dari orang lain, lebih-lebih lagi kat tempat awam. sila hormati manusia lain yang menghargai nyawa yang Allah pinjamkan ini.

hari ini, 31 mei 2012 adalah hari tanpa tembakau sedunia. berapa ramaikah manusia ketagih tembakau ini akan ambil kisah tentang hari ini?? 

(semua foto adalah dari sumber google.)

etude house blackhead sleeping paste review

.....selepas review baking powder crunch pore scrub, aku nak cerita ceriti pasal blackhead sleeping paste pula. nak tahu product description boleh intai-intai kat sini.

(pic google)


cara nak menggunakan adalah sangat senang. macam sapu mask atau bedak sejuk aje. 

  • sebelum apply kat muka, pastikan kulit muka anda sudah dicuci bersih & kering. 
  • sapukan rata paste ini keseluruh muka. jari-jemari anda tu cuci bersih-bersih dulu ye sebelum mencolek paste ini. kalau tidak pun, gunalah sudu plastik atau spatula utk cedok paste ni. tak payah banyak, sikit aje cukup utk diratakan keseluruh muka.
  • boleh dipakai selama mana yg korang mahu. seeloknya dibawa tidur (nama pun sleeping paste ye tak?). jgn risau, paste ni akan mengering dan tak akan mencomotkan bantal atau katil korang.
  • masa mula-mula pakai, kulit akan rasa pedih sikit (kejap aje)..lepas tu tak rasa apa dah. baunya ada sikit tak best (mcm lumpur) tp sikit ajelah. dah pakai tu takde bau apa dah.
  • esoknya bgn tidur, bolehlah dicuci bersih. 

rasa selepas dicuci? kulit rasa bersih & lembut. blackhead pun berkurangan. produk ni boleh tahan lama, sebab tak perlu pakai banyak. seminggu 2 kali aje pulak tu. memang tak rugi beli (kalau dah suka semua tak rugi ko kan....hahaha)




etude house yogurt wash-off pack review

hari tu aku ada beli etude house yogurt wash-off pack kan...menda ni sebenarnya face masklah senang cerita...kali ini giliran utk review pasal mask ni pulak..almaklumlah bila dah guna kenalah gedik-gedik gossip buat review sikitkan.. ;)


sila klik sini utk dapatkan product description.cara memakai: 
  • kalau ikut kata adik yg jual tu, seeloknya 1 pek sekali guna aje, nak pakai 2 kali pun boleh. tapi aku boleh guna sampai 3 kali. lepas buka, baki dalam bekas tu ditutup elok-elok & simpan dalam peti sejuk (kan jimat tu).
  • cuci muka dengan bersih
  • apply toner dan sapukan rata mask secukupnya keseluruh muka
  • buatlah sedikit urutan kat muka, lepas tu biarkan selama 10 minit
  • cuci muka dengan air suam (aku guna air paip biasa aje) hingga bersih
  • gunalah toner & moisturizer macam biasa


hari pertama aku gunakan perisa strawberi. share berdua dengan lia, itupun masih berbaki utk sekali guna lagi. 

masa apply mask kemuka, amboi rasa mcm nak mkn aje. baunya wangi dan nampak sedap. kulit muka rasa sejuk dan nice aje. dannnn kulit tak ada rasa menegang.

masa menanti 10 minit tu, nampak macam ada white head timbul2 kat muka. bukan aku je yg rasa mcm tu, budak opis yg guna pun ckp yg sama.

lepas dicuci, kulit rasa soft, lembap, segar dan tgn kejap2 nak sentuh kulit (gedikkan). 

disebabkan ada lagi baki dlm peti sejuk, pagi tadi aku guna lagi lepas bgn tido. apply yg sejuk lagi best aje rasa kat kulit.

overall, aku suka produk ni. kalau korang stress lepas balik kerja, cuba apply mask ni kat muka, lepas tu baring dalam 10 minit (aku buat 15 minit). rasa sejuk & tenang aje.


tips:- kalau ada beli blackhead paste tu, seeloknya guna benda alah tu dulu, sebab dia akan buang kekotoran degil dan jahat dan blackhead kat muka. lepas tu baru apply yogurt mask ni, supaya kulit boleh menyerap nutrien yang baik pula ;)







Wednesday, 30 May 2012

etude house baking powder crunch pore scrub review

.....utk entry kali ni, nak buat review pasal produk skin care. masih lagi mempromosi percuma utk etude house (dah itu yg aku pakai, takkan nak promote menda lain pulakkan...)

produknya adalah etude house baking powder crunch pore scrub. kalau nak tahu product description boleh pergi sini

(pic google)

  •  1 pek scrub ni disyorkan utk sekali guna. tapi sebab isi kandungannya byk, aku guna 3 kali.
  • sebelum apply scrub ke muka, basahkan dulu kulit muka. dengan tangan yang kering ratakan scrub keseluruh kulit.
  • biarkan lebih kurang 10 minit (sambil tunggu sentallah daki kat kulit badan dulu..hehehe)
  • scrub ni baunya macam lemon pun ada. masa pakai tu ada sedikit rasa macam berangin.
  • lepas 10 minit,urut muka perlahan-lahan. seeloknya buat urutan dari bawah (dagu) keatas (pipi). urut dlm bulatan lebih kurang 5 minit.
  • setelah tu, bolehlah dicuci bersih muka dengan air suam dan dibilas dgn air biasa (aku guna air biasa aje..pemalas!!)
lepas guna, kulit muka akan rasa bersih, segar, licin, halus & tgn akan automatik nak sentuh kulit muka aje hehe. aku perasan blackhead kat hidung pun dah berkurangan selepas sekali guna aje. 



Tuesday, 29 May 2012

yahoo! sudah kembali...

.....Alhamdulillah...syukran...setelah seharian aku menggodek-godek kat yahoo! nak dapatkan balik akaun email  akhirnya berjaya juga. jgn tanya bagaimana aku buat ye. dok godek-godek klik klak sana sini tanpa arah, try n error segala yg ada kat yahoo! tu, tau2 aje dah boleh tukar password.

harap2 kejadian sama takkan berulang. kalau nak hack pergilah cari org lain yg femes lagi anggun bergaya & kaya raya. akak ni apapun takde...air liur utk merapu aje yg ada dik non oiii...

Hempedu Bumi @ Andrographis Paniculata

.....seminggu dua ni kepala selalu sgt duk sakit2...tengkuk pun dah rasa lain macam...iyeee aku tahu aku ada tekanan darah tinggi...aku tahu aku kena kawal makan...aku tahu aku kena cukup tidur...dannnnn aku tahu aku tak jaga mkn, tak cukup tidur dan suka cari penyakit.

aku mmg tak pernah ambil ubat utk darah tinggi. ehhh ada..masa kat hospital nurse bagi adalah aku makan. lepas tu mmg aku tak sambung ambil pun, walaupun doktor suruh. degilkan!!! konon nak usaha kawal tekanan darah sendiri. hampeh!! takde maknanya.

apa yg aku selalu (bohong..xde lah selalu sgt) buat kalau kepala & tengkuk dah rasa lain macam??? aku akan petik daun hempedu bumi yang tumbuh subur kat pasu mak aku. pastu aku akan rendam dengan air panas. agak2 suam diminum begitu sahaja. rasanya??? adalah sangat pahit. tapi Alhamdulillah aku ni boleh pulak telan air pahit tu tanpa disulam dengan air manis atau air kosong. selalunya lepas minum air hempedu bumi ni, aku tak minum atau makan apa2 yg lain. 

kenal tak pokok hempedu bumi???

pokok hempedu bumi

apa khasiat dia??? ini yg aku dapat dari hasil google..khasiat hempedu bumi

Nama Tempatan: Hempedu bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Famili: Acanthaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand,India,Indonesia

Keterangan: 
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Kegunaan: 
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.

Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.


dah berbulan aku tak minum air hempedu bumi ni. dari last week duk bising2 kata nak petik daun tapi tak juga dipetik, padahal kat umah lia pun ada tanam pokok ni (ehsan dari emak..hehe).

sejak semalam makin menjadi-jadi pula rasa kat kepala & tengkuk ni, nampaknya balik nanti kena minum juga air hempedu bumi ni. 

Hooked on to 9GAG? Reddit? Check out #ChurpChurp! U're gonna be hooked on d stories we have!

Hooked on to 9GAG? Reddit? Check out #ChurpChurp! U're gonna be hooked on d stories we have!

WWW1...siapa yg punya?

.......hari tu aku ada wat entry fasal plat no WWW1 yg termahal tu kan...sebab dok gedik2 busybody nak tau siapa yang bertuah dapat bida no tu. semalam semua org dah tau pun siapakah gerangan yang berjaya itu. JPJ dah buat pendedahan...dan pemenangnya adalah....jeng jeng jeng..

pic google

dan...pelbagailah juga kata2 yg sedap dan tak sedap didengar fasal ni kan. macam yg aku pernah persoalkan, kepuasan atau pembaziran? semua ni adalah hak & kemampuan tiap individu. 


utk manusia tak berduit macam aku ni rasa mcm membazirlah, tapi itu apa akal org yg tak berduit fikir. 

aku pasti sgt mereka yang sanggup keluarkan duit macam kat atas tu, adalah org yang betul2 berkemampuan. 

pastilah juga duit muit diorang tu dah dibahagikan utk keperluan & sedekah jariah dll. 


oh ya, tadi kat face-book aku terjumpa penjelasan ini...



jadi siapalah aku insan kerdil ni nak persoalkan cara mereka ni manage duit diorangkan. duit depa suka hati depalah nak buat apapun. (busybody lah kau ni zie...) hahaha...


yahoo email kena hack....

......Assalamua'laikum, selamat pagi...mood baik hari ni?

mood aku adalah sangat-sakit-hati...huwaaaaaaaaaaaaaa nak nanges tau...akaun email yahoo kena hack. langsung tak boleh nak login. lepas tu dah byk kali duk masukkan security code dekat password helper pun tak boleh duk lah diulang-ulang THE SECURITY CODE YOU ENTERED WASN'T CORRECT. Apa kes pula tak betul, aku dah ikut sebutir-sebutir nombor & huruf yang ko letak tu, tapi kenapa duk salah aje???

minggu lepas jadi benda sama. aku boleh lagi selamatkan akaun tu. dapat reset password. semalam jadi lagi sekali, aku dapat reset password yang Yahoo! hantar kat akaun email lagi satu. masalahnya hari ni jadi lagi..dannnnnnnnnnnnnnn aku tak boleh nak reset, security code pun duk kata salah aje...

adoiiiiii aku ni bukan jutawan, dan aku bukanlah popular pun, siapalah yg gedik sgt nak hack ni??? penting tau akaun email tu...haishhhhh macamanalah aku nak selamatkan & dapatkan balik akaun tu? ada sesapa tau??? bantuan sgt2lah diperlukan.

dah berkurun aku guna mahsuri5678 tu...takde apa yg best pun dalam email aku tu, apa kes pula nak hack segala, tak cukup sekali tapi berkali2...mintalah jgn diganggu gugat hidup aku boleh tak?????!!!



Monday, 28 May 2012

bila mata tak boleh lelap...

..... bila mata tak boleh lelap, macam-macam benda duk berputar belit dalam kotak fikiran. mulalah duk melalut sampai kalau-aku-mati.

ini kisah malam semalam. adik ipar aku dah balik dari out station, aku dah kena tidur sorang-sorang. selalunyakan aku akan tidur dgn lia & amsyar kat bilik atas. bila dah 2 bulan tidur ramai-ramai, kena tidur sorang-sorang semalam, liat sikitlah mata nak lelap. 

mula-mula okay, terlelap sampai pukul 1, bila lia kejut sebab tangan dia sakit tak boleh gerak. maka 'nurse' terlatih ni pergi masak air n tuam tangan dia. selesai sesi rawatan, budak berdua tu naik atas, aku pun padam lampu n masuk bilik. 

apa terjadi lepas tu? tak boleh lelap langsung. telinga menangkap bunyi-bunyian yg tak sedap didengar. lepas tu otak ni melayang-layang fikir macam-macam hal. sampailah dekat tajuk 'kalau-aku-mati'. 

mulalah duk takut fikir part amal ibadat yang lompong, part hari pembalasan. lepas tu duk teringat kat mak. aku selalu berharap emak panjang umur dan biarlah aku yang mati dulu. aku tak mahu menghadapi kesedihan ditinggalkan. iye, bila cerita fasal emak aku jadi super duper sensitif.  boleh dalam aura takut tadi aku jadi sedih pula. nangis-sorang-sorang-tengah-malam. 

mulalah fikir mak boleh ke tak tidur dalam cuaca panas ni. sakit lagi ke badan dia? semput ke tak mak malam ni. bilalah aku nak bagi keselesaan & kemewahan kat emak. emak tak pernah minta apa-apa yang melampau dari anak-anak, tapi kita sebagai anak yang selalu meminta dengan mak ni selalu lupa utk menyenangkan emak. 

apapun hal yang bersangkut dengan emak memang boleh memancing emosi aku. kepantangan aku kalau org sakitkan hati emak. waima ayah sekalipun, aku akan cepat naik darah. emak adalah yang terbaik dalam hidup aku. iye, aku ni bukanlah anak solehah, mithali & terbaik utk emak. selalu aje melawan kata, bercanggah pendapat dengan emak. tetapi selagi boleh aku nak jadi pelindung emak. aku tak nak hati emak aku disakiti. 

semoga Allah panjangkan usia emak & ayah, diberikan kesihatan yang baik, diberkati mereka didunia & diakhirat kelak. amin. 

p/s ~ korang yg masih ada emak tu, sila call emak korang sekarang. mungkin emak korang tengah merindui suara anaknya. :)




sentap akak tau...

..... apa kes sentap pula ni? sebenarnya takdelah sentap jiwa sampai nak cari batu-belah-batu-bertangkup. cumanya...urmmmm sedih tau...ada org ckp akak ni tua...huwaaaaa...dia tatau ke i ni perempuan tak sedar diri, selalu ingat umur sendiri  adalah maintain 28 sampai bila2...ahaks...

kesnya begini, ada seorang cleaner baru kat opis ni. duk panggil aku akak. okay, takde hal, tak kisah pun dia nak panggil akak ke, makcik ke. lagipun dgn org yg baru kenal, kire kita menghormati dia dgn panggilan akak tu. 

tadi kat toilet aku tny anak dia berapa? umur berapa? dia jawab anak 2 umur 36 thn. pastu dia tanya "umur akak berapa?" aku senyum n jawab, agak2 berapa? awak panggil saya kakak, mestilah saya tua dari awakkan. 

dia kata "dalam 30-an lah"...aku angguk.

"berapa?" ehhh dia tak puas hati lagi rupanya.

aku jawab selamba, "tua dah, 34 tahun" pastu aku belek2 tudung kat cermin sambil senyum.

igt habis dah kisah umur aku yg TUA ni. tadi dia dtg kat meja aku n tanya camni "betul ke umur 34?" YA ALLAH...habis nak aku ckp umur aku 40 tahun ke akak oiii??? heheheehe

aku cakap "iye, saya dah 34 tahun. tp awak mmg nmpk muda, takde mcm 36 pun," ikhlas aku cakap. sebab dia orgnya kecil molek aje. mmg muka pun nmpk muda belia.

pastu dia kata apa nak tau tak??? "sebab badan besar kot, nampak tua...." huwaaaaaaaaaaa sentap tau....selama hari ni tak pernah org teka umur aku lebih dari 32 thn. ada yg kata aku ni tgh study lagi (maybe sbb aku suka tergedik2). tulah, suka sgt perasan & syok sendiri, kan dah terjaga-dari-mimpi-yang-indah yg awak tu dah nak masuk senja. heheheehe.

jadi cik zie, silalah sedar diri awak sudah tua. jgn nak gedik2 ala2 budak 20 tahun. errrr...tapikan, bukan org selalu kata org gemuk ni comel & nampak muda selalu ke?  akekekeeke....tak jadi nak sentap tau. kelakar pula rasanya, bila main teka2 umur ni. 

tak kisahlah org nak ckp umur aku berapa, ye memang aku dah tua pun. bulan jun ni aku cukup umur 34 tahun. pstttt psttt saja je nak highlight tang bulan jun tu. jgn lupa beli hadiah utk i ye...hahahaha.

amboi..amboi..amboiiii sombongnya...

.....pernah tak korang kenal, berkawan atau terpaksa bekerja dengan org yg sombong?? contohnya dia suka cakap diri dia cantik, pandai, bagus, jawatan dia besar, dia ada bilik sendiri dalam pejabat, suami dia gaji besar, rumah dia besar gadang, kereta dia mahal lagi mewah, dia selalu makan kat restoran & hotel 5-6 bintang, bercuti luar negara, anak-anak dia bijak, tuisyen mahal, pakaian jenama luar negara, tak main cop uptown, downtown, pasar malam, pendek kata, semua yang berkaitan dengan diri dia adalah yg terhebat, terbagus, terbaik dan terhandal dalam dunia. 

oh ya, sebelum itu, ingin ditegaskan disini, entry ini bukanlah entry nak dengki dengan manusia lain. aku sekadar nak meluahkan kejengkellan terhadap manusia yang bersikap macam-dunia-ini-aku yang-punya. mati esok aku gali lubang masuk sendiri, tak payah korang tolong kebumi apatah lagi nak sempurnakan jenazah aku. 

iye..kasar bunyinya ayat tu kan. apa kes mcm sakit hati benar aku dengan golongan manusia mcm ni. takde apa2 kes pun, aku ni tak berapa nak kisah sgt kalau org tak mahu pandang aku. lagi bagus kot, sebab kalau dia susah tak payahlah cari aku kan. eh...org senang boleh jadi susah ke?

bagi aku, baguslah jika ada bangsa melayu yang kaya berharta, yang bijak pandai, berjawatan besar dalam organisasi & punya keluarga yang bahagia. aku sendiri bangga kalau tengok bangsa aku, especially perempuan yang drive kereta mewah, mahal & berjenama luar negara. lagi2 perempuan tu bertudung pulak, haiii respek akak dik. lepas tu perempuan tu pula berjawatan besar dlm pejabat dia. bangga tak? mau tidak, bukan dia, mak ayah & family dia aje bangga, ketua kampung pun tumpang kembang kempis hidung duk cerita kehebatan & kejayaan dia.

tapiiiii....kalau anda adalah manusia yang tergolong dalam kategori diatas, janganlah sombong sangat. aku tak kisah secubit pun kalau kau tak mahu tegur apatah lagi melayangkan segaris senyum kat aku. tapiii, kalau sampai nak terlanggar aku yang dari jauh dah boleh nampak betapa besar gadangnya badan aku ni, melampaulah kalau kau tak nak cakap maaf atau "eh eh..." langsung. sumpah, aku memang benci org berlagak nak mampus mcm ni.

lainlah kalau yg nak melanggar tu aku, yang jalan sambil pegang-pegang-henpon-canggih-tak pandang-kiri-kanan tu adalah aku. keluar toilet aje kot, nak bertet-tet sgt dgn henpon tu apahal? nasib tau aku tak koma (jgn over sgt ye zie) kena langgar dgn kau. 

okay, sebenarnya dia tak langgar aku pun. nyaris2 aje, tapiiiiii aku sakit hati bila dia buat muka stone macam aku ni invisible kat situ. dia nyaris nak peluk langgar aku. kalau korang apa yg korang buat? kalau akulah, paling tidak akan senyum, ataupun aku cakap, "eh..eh..nasib baik tak langgar," atau paling bodoh, pandanglah muka aku yg cantik ni. 

pelik betullah, tiap kali bertembung dengan aku, tak pernah sekali pun makcik ni senyum atau pandang muka aku. pernah aku masuk pantry, dia tgh mkn sorang2...tidak dipandang pun aku. kalau kita, tgh mkn org lalu, paling tidak tegur & pelawa ayam cakap "makan?" ini tidak...mampus dia takkan alih muka dari nasi dia tu. 

saya tahulah saya ni pecacai aje akak oi. tapi kitakan sesama manusia, disisi Allah bukan pangkat atau harta yang DIA pandang kita. lagipun akak tu, takde lah hebat sgt. takdelah sampai tahap Pengarah, atas carta organisasi ada byk lagi anak tangga akak nak kena daki utk sampai jadi pengarah, silap2 sampai pencen pun akak tak merasa.

persoalannya betul ke akak hebat giler ek? sebab bagi saya org yg best akan disukai oleh ramai org. org yg best tidak akan disisihkan oleh org lain. org yg best dia tak akan jadi macam tin kosong pung-pang-pung-pang satu opis lepas tu resultnya apa pun tak ada.org yg best dia akan cool aje walaupun dengan aci cleaner yg cuci toilet tu. dia akan bersapa dengan sesiapa sahaja, malah tak akan kedekut tahi-hidung-masin dgn org bawahan dia. akak pula macam mana???

heheheehe...itu saya takde jawapan. hanya org yg best kenal diri sendiri. tataulah kalau definisi saya tentang org best tu adalah salah. sebab saya bukan manusia hebat & best. saya hanya insan kerdil yang menumpang dibumi Allah ini. saya sgt berharap agar diri saya dijauhi dari sifat bongkak, takbur & lupa diri. saya harap saya tak hidup dalam kesepian, saya perlukan family & kawan utk ceriakan setiap hari-hari saya. 






hujung minggu yang pendek...

.....Assalamua'laikum, selamat pagi, semoga sihat & ceria pagi ni....

sedar tak sedar dah masuk hari isnin...haishhh...ramailah yang monday blues tu ye tak...lagi2 cuti sekolah, anak2 pun tak bangun tidur lagi gamaknya masa keluar rumah pagi tadi. 

aku ni, rasa macam tak berhari minggu pun. sabtu & ahad langsung takde peluang nak rehat2 luruskan urat & tulang-belulang. pagi sabtu baru gerak balik kg subang. sampai2 emak tgh masak, layan tolong sikit2...sambal udang you...favourite akak tu...hehehe...ada pula telur masin...amboi3...mmg terbaiklah menu menembunkan badan.

pastu dlm pukul 3 ptg, sebab kepanasan duk rumah (akal panjang nak merayap) kami pergi subang perdana. takde niat pun nak beli apa2...sajalah aku gatal mulut suruh lia berhenti kat satu kedai baju tu...tu dia, ramai sungguhlah umat manusia...sebab kedai ni terkenal dengan harga berpatutan.

mak, lia & amsyar tunggu dalam kereta aje sebab takde parking. aku & anis pun mencelah2 dlm lautan manusia, sampai ada satu cik adik yg badan sama besar mcm aku main pijak aje kaki aku dgn kasut keras dia. sakit tau. bila aku mengadoi, dia buat bodoh aje pandang muka aku. eiii cik adik, at least say sorry lah. 

nasiblah aku ni penyabar (konon!!!) orgnya. lepas tu mata duk belek2 kain baju yg tergantung dgn kusyuk & cepat, sebab ada org menanti dlm kereta. kalau korang, apa yang korang tgk dulu? jenis fabrik, design baju, warna, corak atau size? 

kalau aku??? hmmm...memula sekali aku tgk la juga design baju tu. lepas tu aku akan belek size dia. bagi insan bersaiz gadang ini, apa yg penting adalah size. baju yg cantik, tak berapa penting kpd aku. kalau cantik tapi saiz takde, xboleh beli juga.

kebetulan, terjumpalah blouse size 64. mak oii besonya. selalu aku pakai size 60 je paling beso. tapi sebab baju tu kain nipis & jarang, ada lining, maka memang kena cari yg saiz lebih besar dari biasa. sebab bila dah lining mmg pakai tak selesa kalau beli ikut saiz biasa. pilih punya pilih terjumpa pula saiz 66. aku dah sarung size 64, mmg selesalah. sambar saiz 64 sehelai & saiz 66 dua helai. sehelai bagi kat emak. warna semua sama, hitam. ada corak bunga2 taklah crowded sgt, corak pun lebih kurang. tp aku beli aje 2 helai utk buat salin2. bukan org peduli pun baju awak sama ke idak kan. bolehlah pakai bawa gi opis, lawan dgn skirt labuh akak yg ayu tu...hahahaaha.

gambar baju??? adalah tak sempat ambil, sebab tgh bersidai kat ampaian. selain 3 helai blouse, aku sambar sepasang sandal & 2 helai blouse kain lycra. size adalah 50?? memula mcm takut nak beli, tp bila sarung boleh masuk, aku beli aje utk pakai kat umah. bolehlah...baju jenis kain memberikan. tang perut la nmpk sikit moncet..kekekee..

habis beli baju, kami pegi giant sek 13 s.alam. nak cari pamoga utk mak & beli buah mangga. masuk giant kejap aje, melepak pula kat Restoran Makbul TTDI pekena mkn malam. lepas tu melepak kat dunkin donut TTDI pekena iced mocha latte. tu dia...makan minum sesaja. balik rumah dah tak larat nak bawa badan. 

ahad pula, pagi pergi dewan ada majlis makan2. makan lagiii...hehehe. balik rumah, lepak2 kejap, lepas asar, keluar pergi lagi sekali kedai baju semalam. kali ni lia & anis pula memborong. hantar emak balik rumah, kami terus balik pucong. 

begitulah agenda hujung minggu yg padat. takde makna nak berehat2 bagai. janji nk jumpa bff pun kena cancel, next week la dating ek cik bff.

Saturday, 26 May 2012

saya budak kampung...episod 4

...... apa yg korang selalu buat masa kanak2 dulu? saya ni selain dari bermain2 dengan kawan2 macam dlm episod 3 tu...aktiviti kami (saya & the geng) adalah macam2. kami suka meraduk semak-samun sampai dah tak takut dengan pacat (konon!!!)

seingat saya, dekat rumah kawan kami nama sarimah ada pokok koko. korang pernah makan buah koko?? rasanya masam2 manis. isinya macam buah manggis pun ada. kami kalau nak buka buah koko ni, selalunya dengan melagakan dua biji buah sampai dia pecah. kdg2 ketuk aje kat batang pokok. antara aktiviti masa lapang kami adalah mengintai koko masak dan melepak bawah pokok koko...hehehe..



selain itu, kami suka juga makan buah jambu batu. jambu batu merah, jambu kecik2 comel je, bukan mcm jambu kat kedai yang besar2 tu. batang pokok jambu adalah licin.  kat belakang rumah saya ada juga pokok jambu batu ni. kalau kena cirit-birit mak akan suruh kami makan pucuk jambu batu. InsyaAllah mujarab, cubalah. ranting dia boleh dibuat lastik, diikat dengan getah tayar motor. letak batu/biji getah/buah ceri sesuai buat niaya anjing yg suka kejar kami mas anak pegi ngaji. kdg2 niaya kawan2 (main perang2). lastik ni mainan budak lelaki selalunya.



selain panjat pokok jambu batu, pokok mangga, kedondong & belimbing pun selalu jadi mangsa. lagi2 mangga mudalah. kat kawasan kampung kami ni ada dusun tinggal (agaknya) byklah pokok2 buah2an, mak2 tak bagi pergi belah sana, tapi dasar budak kampung yg degilkan, diam2 dah ada kat situ. heheeh. selalu kat pokok2 buah ni ada byk kerengga. yg jadi tukang panjat adalah budak lelaki macam uting, jemi, husin, black & aman. takpun kalau budak perempuan, nurul yg lasak & aktif sukan tulah jd mangsa. kak siti bg petua taknak kena gigit kerengga, baca mcm ni, "kau wangi aku busuk"..baca byk2 kali mcm mentera, jadi tak jadi belakang cerita, janji ada org nak panjat pokok. kami akan makan mangga muda, belimbing & kedondong lawan garam & gula. haaaa kau, kecur air liur tiba2..hahahaha..






selain tu, kami kadang2 kutip pucuk paku kat semak2. memang byk lah pucuk kampung kat kawasan kampung ni. ada yg hijau, ada yg merah. kalau masak tumis dgn ikan bilis & cili padi, perghhhh sedapppp sgt. masa kutip pucuk paku nilah selalu ada pacat. nak tau cara buang pacat yg melekat kat kaki? tabur aje garam atau abu rokok. menggeletik pacat jatuh dari kaki kita.









selain pucuk paku, antara sayur2 & ulam2 kampung yg senang dicari macam pucuk ubi, bunga betik & pucuk betik. rasa nak mkn boleh petik aje. kalau pokok bertuan mintalah, kalau nak beli pun tak nak nya tuan pokok tu duit kita. adat berjirankan.






kalau musim hujan kat ladang getah tu adalah cendawan busut. kutip masak air, pun sedapppp juga, manis aje rasa cendawan. selalunya ikut emak2 yg pergi kutip. harap kat kami bebudak ni silap2 terkutip yg tak boleh dimakan :P





itulah sebahagian dari aktiviti budak kampung macam saya dulu2. tak byk habiskan masa depan tv. comot tu perkara biasa.

saya budak kampung...episod 3

.....assalamua'laikum....senyum sikittt... :)

kali ni, sibudak kampung yang dah bangka ni nak cerita ceriti tentang permainan yang dia adik-beradik & kawan2 dia selalu main dolu-dolu.

zaman kami kanak2 tak ada internet, komputer, PS2 dan handphone pun. paling hebat kalau dapat main brick game/game boy. tu pun ayah tak pernah belikan, pinjam kat kawan2 aje :'(


apa yg kami selalu main masa kecik2 dulu? apa yg saya igt, main batu seremban, lompat getah, main teng-teng, baling tin, tuju selipar, konda-kondi, galah panjang, main tutup botol, main guli, main tepuk2 daun terup (gambar kartun tu), main layang2, kejar2 @ polis sentry, nyorok2, main biji getah, main bola, badminton (pakai raket kayu), congkak, senapang kayu, sumpit dan beberapa mainan lain yg saya tak dpt nak igt lagi. selain tu, ada juga kami main dam ular, dam haji & carom (kat gerai ais kacang mak saya - iaitu depan umah saya). 

kalau main tu, kami campur aje lelaki perempuan, besar, kecik, tinggi & rendah semua boleh main. zaman ni takde malu2 atau fikir pasal cinta2, dah macam adik-beradik semua. tapi selalunya bila pilih geng adalah yang merajuk kalau tak dapat join geng budak terror. hahaahaha. lepas tu kalau ada yg kalah, mulalah nak 'lengit' (merajuk)...Nurul..aku igt kat ko, muka merah mcm udang kena bakar...hehehe..

selalunya kitorang main ni kat kawasan lapang rumah wak ngadin, ayah kawan saya kak siti. ataupun atas jalan depan rumah saya atau depan bengkel motor ayah long saya. 

pernah terjadi tragedi-terompah-terbang-atas-kepala masa kami main baling tin. masa ni kawan lama kami dtg dari kampung masa cuti sekolah. tgh dia nak attack tin guna terompah kayu yg maha keras tu, adik dia melintas depan tin yang cantik tersusun. apalagi, meraung sibudak kecik tu. dahi dia bertelur sebesar telur ayam. masing2 dah cuak. mujur yg baling terompah tu kakak dia si Anazura tu sendiri..kalo tidak mau wan & emak dia yg garang amat tu dtg menyerang..heheheehe...

kalau nak ditulis memang byk, tapi kali ni sy nak layan gambar pula. maybe lain kali saya akan buat karangan panjang2 lagi...hahaha..silalah jamu mata & terbang kezaman masa kecil saya & mungkin juga anda. gambar semua dari sumber google...





konda-kondi

batu seremban

biji getah

congkak


tepuk daun terup

daun terup kartun

konda-kondi

layang-layang

lompat getah

main guli

senapang kayu 

teng-teng

tuju selipar

baling tin

tutup botol
main tutup botol




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...