Monday 9 September 2013

Terukir Cinta & Pujuk Hati Dia...



Assalamua'laikum, salam pagi isnin. lama ek tak bersiaran, tuan rumah lemau byk mkn kuih raya..mood menulis takde katanya.

Pic kat atas tu 2 buah novel yang aku beli on9 dekat Idea Kreatif Publication (IKP). Satu tajuknya Terukir Cinta dari penulis Anna Lee dan satu lagi Pujuk Hati Dia dari penulis Sarnia Yahya.

novel ni panas dari ovenlah kiranya, sbb baru sgt keluar dipasaran. kenapa aku teruja nak beli & baca dua novel ni? sebab aku dah pernah baca karya kedua2 penulis dan tulisan depa mmg tak mengecewakan. satu lagi, terukir cinta tu mmg aku dah dah follow kat blog penulisnya dari awal. bila dah lahir takkan tak nak peluk cium babynya kan..hehehe..

maybe korang tak pernah dgr nama Anna Lee. tapi kalau Zuliana Abuas pernah dengar tak? Dia pernah tulis novel Viva Sakura & Korea i'm in love. Tak silap ada lagi satu novel tapi aku tak beli lagi novel tu. 

Terukir Cinta aku dah habis baca, jalan cerita tak serabut, watak mantap, sepanjang aku baca dari kulit ke kulit senyum n ketawa aje. xde part sedih makan hati semua tu. ada part yang mendebarkan..nak tahu lanjut? silalah beli ya. 

aku bagi 4/5 bintang kat novel ni. kenapa tak 5 bintang? sebab tiada yang perfect dlm dunia ini. boleh gitu??? yang pasti tak rugi beli novel ni. oh ya, ini pendapat peribadi aku, penulis tak bagi komisyen pun kalo aku puji melambung..so kalo korang beli pastu ta kena selera jgn salahkan aku pulak...bagi aku novel ni best dan kena dgn selera aku.. :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...