Thursday 27 March 2014

erti bahagia.....

Assalamua'laikum....

bagaimana korang mendefinisikan bahagia?
- dapat 9A dlm SPM?
- dapat masuk universiti?
- dapat jawatan besar dan gaji bagus?
- dapat suami kaya, kacak, bergaya?
- dapat selalu pergi bercuti ke obersea?
- dapat sentiasa shopping?
- dapat makan kat restoran mewah?
- dapat naik kereta mewah?
- dan lain-lain. sila isi ______________.

sy bahagia jika dapat membahagiakan insan yg sy sayang. mcm poyo ajekan. konon baiklah tu. tapi sesungguhnya...itulah yg betul2 buat sy bahagia. insan yg sy sayang adalah sangattttttt ramai. kat sini sy nak tekankan yang sy mempunyai kasih sayang yang melimpah ruah. walaupun sy ni termasuk dlm kategori garang, cakap menjerit2, muka bengis tp deep inside my heart, yes..sy seorang yang penyayang (silalah percaya..haha).

sy sayang kedua ibu bapa sy walaupun sy kuat melawan. sy sayang adik beradik sy walaupun depa cakap volume suara sy menjerit  sampai rumah jiran lorong depan belakang boleh dengar. sy sayang sanak saudara dan sahabat handai sy. sy senang bergurau senda, makan-makan (walaupun hanya makan kuaci beramai2) dan menghabiskan masa dengan insan-insan yg sy sayang. sy tiada masalah utk menadah bahu yang kalis air ni utk menadah air mata kesedihan insan kesayangan sy.

sy juga tidak kedekut menadah telinga kuali utk mendengar luahan perasaan insan kesayangan sy. walaupun kekadang sy terpaksa menahan rasa mendengar cerita berulang-ulang atau tak sedap didengar. sy tabahkan hati, hari ini hari org esok lusa mungkin hari sy pula. buat baik dengan orang adalah sgt membahagiakan.

tetapi...jgn sesekali cuba melukakan perasaan sy. iyer...sy cepat terasa, cepat terluka. hati sy akan bergaris luka yg sgt dlm jika yg melukakan itu adalah insan kesayangan yg sy sayang sgt2. jgn "tikam belakang" sy. sy memang jenis manusia yang cepat panas dan cepat sejuk. sy cepat marah dan cepat juga tenang. tapi jika perkara sama berulang kali terjadi..dan bila hati sy dah dijentik rasa "tengok muka ko pun aku dah tak lalu"...maka percayalah, sy lebih rela berdiam diri dari kita bercakap tapi hati sy tak ikhlas. sy takut cakap2 sy nanti akan keluar bahasa kesat yg akan buat awak pula terasa dgn sy. 

sy tak berdendam, sy tak suka simpan rasa marah dan benci dlm hati. sy akan memaafkan, tetapi nak suruh sy balik kepada asal adalah sgt susah. sy dah tua, hati sy dah penat nak main pujuk2. lebih baik sy lalui kehidupan ini dengan tenang bersama insan kesayangan yg lain yg masih sudi berkasih syg dengan sy. (kenapa sy rasa geli baca ayat sendiri nih??)

jika satu hari nanti dah tiada insan yang nak sayangkan sy..sy akan tetap senyum. kerana satu-satunya perkara yang akan membuatkan kita senyum walaupun kita sedang bersedih ialah dengan mengetahui ALLAH sentiasa sayangkan kita. sy akan cari bahagia sendiri..chewaaahhh...

kepada seseorang yg sy pernah sayang dan masih sayang...ini pesanan sy kpd awak. "hargailah seseorang itu semasa dia di depan mata kita. jangan nanti bila dia dah tiada, baru kita nampak...nampak apa?? nampak dia semakin menjauh...." it's too late to regret.

nota kaki: sy bahagia tgk awak bahagia. sy doakan awak sentiasa bahagia. amiin. 

soklan kuiz: sila kira berapa kali perkataan sayang ahkak tulis kat atas...hahahaha...


Tuesday 25 March 2014

Salam Takziah buat #MH370.....

Assalamua'laikum...

Penantian yang panjang berakhir dengan berita sedih. Semoga Allah merahmati mangsa yang terlibat. Semoga ahli keluarga & insan tersayang kepada mangsa tabah dan kuat menerima Qada' & Qadar ini. Salam takziah kepada semua. Al-Fatihah :'(

~ masih berharap mereka selamat. akan tetap terus berdoa.





S.A.R - be Sensitive and Respect #MH370 

Monday 24 March 2014

Menghitung Hari.....

....menghitung hari detik demi detik,
masa ku nanti apakan ada,
jalan cerita kisah yang panjang,
bukan puitis....

cenggituuuu....tetiba aje keluar lagu sedey khennn.... :'(

Monday 10 March 2014

Pray for MH370...


Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah, selamatkanlah anak kapal & semua penumpang dalam penerbangan MH370. Permudahkanlah pasukan mencari & penyelamat untuk menemui sebarang petunjuk. Hanya padaMU Ya Allah kami meminta. Amin Ya Robbal A'lamin.



Tuesday 4 March 2014

Resepi: Chawanmushi (Japanese Savory Egg Custard) versi melayu...

Assalamua'laikum...

semalam aku ada menjanjikan resepi yang sesuai utk diet atkinskan? ehhh tak buat atkins pun boleh cuba, resepi ni utk semua. maka hari ni aku akan menunaikan janji. tak dak hutang dah ehh.. ;)

chawanmushi ni ialah kastard telur iaitu sejenis lauk / desserts yg berasal dari jepun. aku pernah makan kat gerai takoyaki. lepas makan rasa teringin pula nak mencuba, makanya risik2lah kat encik google. 

cara buat senang aje, cuma bahan2 tu macam susah nak cari. pastu ada pula sake kat dlm resepi tu. jadi aku pun cubalah kaedah sendiri yang aku agak2 sesuai. 

biasanya chawanmushi ni dimasak dalam cawan (tea cups). tapi aku belasah masukkan dlm bekas plastik aje sbb takde pulak cawan yg sesuai. igt nanti nak pi daiso atau DIY nak cari tea cup yg cute miut. 



pic source: Google


Resepi asal dari bento.com (bahan-bahan):
  • 2.5-3 oz. (70-80g) chicken breast
  • about 1 tsp sake
  • about 1 tsp light soy sauce
  • 4 small raw shrimp, shelled and deveined
  • 1 lily root (yuri-ne) (optional)
  • 12 stalks trefoil (or equivalent amount of young spinach or watercress)
  • 12-16 raw ginkgo nuts, shelled and peeled (if available)
  • 4 raw chestnuts, peeled and sliced
  • Custard:
    • 4 medium eggs
    • 2 1/2 cups dashi or light chicken stock
    • 1/2 tsp salt
    • 1 tbsp mirin
    • 1 tbsp light soy sauce

Resepi derhaka versi aku (bahan-bahan):

  • isi ayam (potong kecik), udang (gaul dgn kicap masin & masak tanpa minyak)
  • brokoli, carot, cendawan (potong ikut suka bentuk apa) - 
  • 4 biji telur
  • 2 1/2 cawan stok ayam
  • serbuk lada (jika suka)
* boleh tambah bahan lain yg disukai utk jadikan inti custard. 

Cara-cara:
  • panaskan periuk kukus
  • isi semua bahan inti dlm cawan/remekin
  • pecahkan telur dan pukul perlahan. jgn pukul sampai keluar buih, nanti rupa custard tak licin cantik.
  • masukkan stok ayam. kacau rata.
  • tapis campuran telur kedalam bekas lain.
  • masukkan telur yang sudah ditapis kedalam cawan yang berisi inti. 
  • tutup cawan dgn aluminium foil & kukus selama 10 minit.
  • kukus dgn api sederhana.











alhamdulillah...nebes jugak kalo tak menjadi. custard dia lembut aje, seakan2 kita makan puding caramel. cuma aku rasa lenkali nak tambah cili padi kat dlm ni, baru ada upmhhh. aku mkn chawanmushi ni dgn ikan bilis goreng, lobak asin & cili kicap. dh mcm mkn bubur nasi gayanya..hahaha.








Monday 3 March 2014

Resepi: Japanese Egg Roll

Assalamua'laikum...

aritu aku ada cerita pasal nak buat egg roll tapi tak menjadikan. baru nak gulung dah pecah seribu. kali ni dgn vangganya aku nak menayang japanese egg roll yang berjaya aku buat sabtu minggu lepas. 

walaupun rupa tak berapa cun, tapi nampaklah jugak rupa egg roll tu. hehehe..

carot, brokoli, onion & cili padi ricik halus

4 biji telur + garam + sayur 

dadar nipis & gulung

taraaaa..egg roll yg dimasak dgn kasih sayang melimpah ruah..hehe


kepada pendiet atkins yang suka makan telur tapi menyampah nak pandang muka telur rebus & telur goreng bolehlah cuba buat egg roll ni. walaupun tetaplah menda alah ni telur dadar aje, tapi presentation tetap nak meletep (meletop ke?), penaik selera katanya. 

ada satu lagi resepi yang sesuai utk atkins aku nak kongsi. nanti ptg sikit atau esok aku upload k. tunggguuuuuu...

Le Tour de Langkawi 2014...

yg sebenarnya tak perasan pun yang LTdL 2014 dah bermula. kekdahnya, taupun sbb kejadian berlaku didepan mata.

pagi semalam, ahad - 02/03/14 nak pergi beli brg dapur kat pasaraya segi kg subang. sekali alih pergi berderet2 polis sepanjang jalan. maka memandu dgn berhemahlah aku ni konon igt ada roadblock ke apa. tapi apa peliknya polis sepanjang jalan??

lagi 50 meter nk sampai pasaraya, polis tahan. ahhh sudah, kenapa pulak? ada adegan nak tangkap perompak besar2an ke?? kot ya pun bagilah aku lepas dulu. sekali lalulah segala kenderaan pengiring, dgn polis, dgn ambulan dgn macam2 kenderaan kat laluan sebelah.

ooooo LTdL ke? tu pun sbb kat kereta depa ada sticker. kalo tak duk tercengang2 jugaklah aku kat situ. dekat 20 minit kena tahan, semua kenderaan dah mati enjin. pakat2 lepak kat luar kereta. baguslah, semua pemandu sporting, takde yang melenting2 marah sbb kena tahan lama. menanti pengayuh basikal punya lama dlm panas pagi. 

akhirnya....wahhhhh kagum eh..jakun sekejap.. vangga tetiba dpt tgk dpn mata acara sukan tahap antarabangsa gitu..hahaha...moh layan gambar...sorry, kualiti gambar henpon cikai aje..






tu..tu..pengayuh Malaysia.. :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...