Sunday 28 September 2014

Chocolate Lava Cake...




Assalamua'laikum...

Dah 2-3 hari tekak ni teringin sgt rasanya nak makan choc lava kek ni. Tapi tahankan aje hatinya sebab konon2 nak diet. Rupanya daya tahan tu kekal sampai hari ni aje. Tengahari tadi masuk dapur keluarkan bahan2. Ehhh semua adalah pulak. Kalau ada bahan tak cukup mmg tak akan jadilah kek ni, sebab tak koser nak pi kedai. Itu tandanya takdir menyebelahi kitalahkan. Hahaha.

Nak buat tak lama pun. Bakar pun dalam 10 min aje. Keluar aje dari oven terus letak dalam piring, skop ice cream vanilla pastu nomnomnom..hoiiiii puas hati sgt bila dah dpt mkn tu. Berbaloilah buat sendiri. Kalau pergi beli seketul harus jatuh RM 7 keataskan. Pastu mana cukup seketul.

Harap maaf hari ni tak rajin nak taip resepi. Buku resepi kat dapur. Kita tgh golek2 kat depan ni. Lagipun badan dah makin berat ni, malassss nak berjalan kedapur. Macam jauhhh je rasanya. hahahaa boleh guna tak alasan tu??



Haaaa gambar kat atas ni saya buat eksperimen seketul bakar dalam 8 minit aje. Wahhhh banjir coklat cairnya...yummy..


Tuesday 23 September 2014

Cucur Flaxseed Kubis...

Assalamua'laikum...


Mesti ada yg singgah kat blog ni yg tgh berdietkan. Rasanya ramai juga yg berdiet atkins. Bagus2..kalau dah mula diet tu jgn main2 macam akak tau. Jap on jap off. Kurusnya idak. Akak tgk ramai yg dtg blog ni cari resepi diet, menu atkins, resepi flaxseed. So, meh akak nak share resepi malas utk sarapan akak pagi tadi.

Bahan-bahan:
Flaxseed yg dikisar halus
Kubis dipotong halus
Ikan bilis ditumbuk kasar
Cili padi
Sebiji telor
Sedikit garam
Sedikit serbuk cili
Sedikit air
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
Satukan kesemua bahan dlm bekas. Gaul rata. Kendian goreng. Siapp..ha3


Walaupun rupanya tak cun, tapi rasanya tak buruk hokay. Jgn buat2 terkejut mcm iklan terlajak laris tu pulak..."eiii itamnya kuih" cuba dulu baru komen tau. Kalau nak tukar letak sayur lain pun boleh. Janji ada hidangan lengkap dalam tu. Orang 'rajin' katanya..hehehe. Selamat mencuba & berdiet uolls ;)

Sunday 21 September 2014

Resepi Cheesecake.....


Assalamua'laikum...

Ini kisah semalam. Ada budak sorang ni tiba2 ckp nk mkn cheesecake. Kakak dia yg tgh demam ni dgn baik hatinya masuk dapur. Dengan syarat pergilah beli cream cheese. Takkan nak buat cheesecake guna belacankan??? Ehh jgn lupa beli telor sekali. Laku pulak telor kat rumah ni. 2 papan sekejapan aje habis. Korang 'membela' ke hapa? Hehehe..bela lemak tu mmg sahih la kan.

Maka dgn kepala ala2 ada irama dangdut, hidung yg dh macam serombong tersumbat kakak dgn bantuan adik2 yg manja (uweekkk) pun kelentung-kelentang membina sebuah cheesecake. Hahaha... Meh intai resepi meh..

Bahan-bahan utk bawah kek:
Biskut oreo yg dihancurkan
50gm butter cair
- Satukan biskut dan mentega cair. Tekan2 dalam loyang kek. Simpan dlm peti ais sementara nak siapkan cream cheese.


Bahan-bahan cream cheese:
500gm cream cheese
100gm gula halus
1sk esen vanilla
3bj telor
200gm whipping cream

Cara-cara:
- panaskan oven 160C
- satukan cream cheese & gula pukul hingga sebati
- masukkan esen & telur pukul lagi
- tambah whipping cream pukul lagi sampai sebati / kembang
- masukkan adunan dalam loyang yg ada biskut tadi. Ratakan dan bakar guna kaedah water bath selama 1 jam.
- bila kek dah siap dibakar jgn keluarkan dl dari oven. Renggangkan pintu oven dalam 1 jam baru keluarkan kek dr oven.
- bila kek dah sejuk simpan semalaman dlm peti ais.
- esoknya sgtlah sedap dimakan..percayalah.

Alhamdulillah kek terkejut ni jadi. Mujur kek tak demam mcm tukang buatnya. Peristiwanya..kek br msk peti sejuk sejam dah ada budak merengek-rengek nak makan. Pukul 1.30 pagi kitorang mkn dgn hanya bantuan cahaya TV. Teruk sungguh kalo budak tua buat perangai mengidam ni. Nasiblah ada org nak layan..kalo tak pi la merangkak ke kedai kek la hangpa.

Wednesday 17 September 2014

Aku, Dia & Pinky Promise ~ Anna Lee



"Apabila sudah cinta, hati sudah cukup untuk memandang"

Assalamua'laikum...

Hari ni nak share lagi ttg novel yg baru aje habis sy baca. Novel yg ditulis oleh salah seorang penulis kesukaan sy Anna Lee. Novel ni sy beli dipesta buku selangor baru2 ni. Tapi syg masa sy sampai penulisnya dah takde di booth. Ai sedih tau tak dpt jmpa yu anna lee. Hehehe.

Aku, Dia & Pinky Promise itulah judul novelnya. Seperti selalu tahap teruja membaca
tulisan Anna Lee buat sy tak sanggup nak melepaskan novel ni. Berhenti membaca bila perlu sahaja. Pernahkan korang terasa menyesal atau terfikir kalaulah dapat.... Okay jgn tny org sy pun pernah juga kadang2 dlm otak ni terfikir kalaulah dpt blk zaman sekolah. Kalaulah aku tak buat mcm ni. Kalaulah...ehhhh 10000 macam kalaulah yg keluar. Padahal kita sedar kalaulah tu tak bermakna dah sbb kita takkan dpt balik jejak yg dh kita tinggalkan.

Oppsss lupa, niat cerita pasal novel ADPP ni asalnyakan. Begitulah kisah yg tertulis didalam novel ni bila siti saleha yg berusia 33 tahun yg tiba2 bgn dari tidur diusia 17 tahun. Bila sedar dirinya berada ditahun 1998 siti saleha nekad nak ubah apa yg dia rasa patut diubah supaya dirinya tak jadi seperti yang dilaluinya pada usia 33 tahun.

Maka tersenarailah 10 perkara yg cik siti kita nak ubah bila dia kembali kezaman persekolahan. Antaranya nak ubah aliran. Tak mau ambil aliran sains. Juga dia nak cari encik tunang dan hasut lelaki itu supaya jgn jadi model.

Lain daripada yg lain olahan cerita anna lee kali ini. Sepanjang baca novel ADPP ni kita mcm sedang mencantum jigsaw puzzle. Dah mcm kisah penyiasatan pulak ye. Haha takdelah mcm tu. Yang pasti baca novel ni jgn berangan nak loncat pi muka surat belakang. Memang kita tak akan nampak jalan cerita.

Satu lagi..jgn nak judge kata buku ni merepek boleh balik ke masa lepas mcm masuk pintu doraemon tu ya. jauh menyimpang sama sekali. Oklah sy bg hint sikit. Novel ni ttg siti saleha yg kemalangan dan hilang ingatan. Ok tak? Cukuplah tu ya. Sy tak nak spoilkan mood membaca korang. Sbb sy sendiri tak suka nak tau apa kisah novel tu sebelum sy mula membaca. Tak best. Takde elemen surprise.

Apa yg boleh sy katakan. Novel ni tak rugi beli jalan cerita menarik. Watak hidup. Dan..sy suka hero dia azri tu. Mengingatkan sy classmate yg ada iras2 perangai azri. Yelah..kelas sy pun ramai budak nakal. Dan..kenapa ekk budak nakal ni nampak hensem wpun taklah hensem sgt pun. Karakter depa tu yg nampak mcm...hmmmm macho? Kah3..okeh..makcik umur 36 dh berangan mcm budak2. Baiklah kita berhenti berangan sekarang.

Ohhh lupa. Baca novel ni melelehlah juga air mata. Adalah part yg syahdu..tp jgn risau cerita ni happy ending. Endingnya diluar jangkaan. Maka??? Pergilah beli dan baca.

Macam selalu, sy mmg tak pandai bila masuk part bedah-buku. Maaflah sy mmg tak mahir lgsg nk jd pencerita. Sy pandai baca dan menghayati jln cerita sahaja. :)

Friday 12 September 2014

Adik-adik...bertabahlah...

Assalamua'laikum...

Rasanya blm terlambat nak ucapkan good luck kat adik2 & anak2 yg mengambil ujian upsr thn ni. Juga nak bg semangat kat calon upsr supaya bertabah dgn dugaan-soalan-bocor yg sgt menyakitkan hati itu. Terutama kepada dear kazen nurul najihah. Yer ayong tau jia relax aje masa kitorang suh study. Jia buat pekak aje masa kitorang bebel jgn main henpon. Kitorang tau jugak jia bersungguh2 study kat belakang kitorang. Cuma jia xnak tunjuk stress dpn kitorangkan. Kitorang tau jia sebenarnya dlm hati gedebuk gedebak nak menunggu hari examkan?

Sebab tu bila kecoh soalan bocor jia marah. Jia punya api kemarahan tu mcm nak keluar kat group whatsapp kita. Yup!! Jia patut marah. Kami pun marah dgn sikap tak bertanggungjawab org yg membocorkan soalan tu. Ehhh sesuka hati dia ajekan nak bocor2kan soalan. Lempang kang!!! Dengar cerita ramai yg nangis sbb kena ulang balik buat exam. Sabar ye adik2..ada hikmahnya tu. Ayong doakan korang dpt 5A. Tak apa..korang dah belajar sungguh2..korang kena yakin pada diri sendiri.

Yer ayong tau jia (adik2 yg lain pun mungkin) marah sbb korang dah all out masa exam aritukan? Pastu korang nak enjoy puas2. .merdeka!!!! Tetiba ada pulak yg buat kerja gila mcm ni. Iskkk takde hati perut. Dgn budak pun nak buat hal. Sabar ek...sikit aje lagi korang dh blh merdeka.

Nanti dah merdeka kita pergi tgk wayang & jimba2 ye jia. Kepada semua calon upsr...gambate!!!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen.

Wednesday 10 September 2014

Kekasih Waktu ~ Noor Suraya



Assalamua'laikum...

Novel kekasih waktu tulisan kak Noor Suraya ni sy baru aje beli dipesta buku Selangor minggu lepas. Seperti biasa kalau k.su ada novel baru mesti nak pergi beli. Dan itulah perancangan awalnya sy dgn cik bff ke PBS pun. Nak beli dua buku ajeeee..janji nak dua ajeee...tapi kesudahannya terbeli sampai 6 buah novel. Bukanlah kami ni nak berkira ataupun dah tak ada novel lain yg best. Memandangkan ekonomi sedikit gawat kami ni konon2nya nak belanja berhemah. Dalam nak berhemah terjerumus jugalah dgn godaan. Hehehe...

Berbalik pada novel kekasih waktu. Meh kita telek kulit buku dulu. Cantikkan lukisan tu. Psttt kalo nak tau zaman kecik2 dulu penah berangan nak pakai bunga kalung anyam2 mcm dlm gambar tu kat kepala kalo nak kahwin dah besar nanti. Hahahaha. Bebudak kuat berangan.

Membaca kekasih waktu membuat sy teringin nak pergi melawat tasik dal di kahsmir. penceritaan kak su yg cantik tu buat kita tertarik nak google mcm mana menariknya tasik dal tu.

Selain itu byk lagi tempat2 lain yg kak su gambarkan dgn molek sekali. termasuklah idea pelancongan jika terusan Wan Mat Saman tu diperbaik dan dijadikan sumber tarikan pelancong dan pendapatan penduduk. Ehhh jgn silap. Novel ni bukan kisah pelancongan. Novel ini berkisarkan kisah kehidupan, kemanusiaan, kecintaan antara manusia dgn pencipta, antara sesama insan, kecintaan pada anak bangsa dan tanahair, tentang kehidupan yg ada pasang dan surut juga tentang ketawa dan air mata.

Sy tak pandai nak ulas tentang jalan cerita. Sy ni tak bagus kalau sampai part 'bedah-buku' ni. Yang sy tahu sy suka dgn penceritaan kak su. Jalan cerita yg kejap buat hati kita berbunga2, lepas tu buat kita menangis. satu lagi yg sy suka dgn gaya penulisan kak su ialah bahasanya yg cantik. Novel ni sesuai dibaca oleh semua dari remaja sampai ke emak ayah remaja. Pendek kata beli dan bacalah. InsyaAllah byk yg baik2 dpt kita cedok dari novel ini.

Nota kaki buat kak Noor Suraya (walaupun sy tau k.su tak baca blog ni..haha).. k.su seribu terima kasih sbb siapkan kekasih waktu. Kita suka semuanya dari kulit ke kulit. Kita dah lama tak baca novel yg bahasanya terukir macam lukisan yg cantik. Walaupun byk air mata kita tumpah, walaupun kita geram sikit knp zaynn jadi macam tu. Tapi kita redha, hidup ni kan milik Allah. Bukan semua yg kita impikan akan jadi kenyataan. Dramakan pembaca k.su yg sorang ni..hehehe.


Tuesday 9 September 2014

Santai petang....




Sedang kusyuk menelaah keindahan kahsmir dlm kekasih waktu ditemani kopi susu & kek cawan.


Berdoalah duhai hati. Doa adalah tempat beristirahat bagi mereka yang miskin, tempat berteduh bagi yang gundah dan kelegaan bagi yang terbakar api hasrat. - Kekasih Waktu ~Noor Suraya.




Monday 8 September 2014

Kek cawan coklat...


Assalamua'laikum...

Hari ni saja nak berkongsi hasil kerja sy dikala kebosanan pada hari ahad yg lepas. Iya..hari ahad yg tak ada apa2 aktiviti pada siang hari. Semua org mcm mogok aje. Tak ada mood nak keluar kemana2..

Nak tidur pun mata tak lelap. Tak tau kenapa sekarang ni mata mcm tak sudi bagi kerjasama kalau sy cuba nak tidur siang. Melawan betul mata ni. Dah berjangkit dgn penyakit anak2 buah sy si amsyar & zara agaknya. Suka lawan mata tamau tidur. Hehe.

Maka disaat semua org memerap buat aktiviti sendiri, saya sorang membawa hati bawa diri masuk dapur. Selongkar laci jumpa cawan kek. Otak duk fikir nak buat kek apa. Jumaat lepas baru aje buat 2 biji kek coklat moist. Satu adik ipar tempah utk majlis reunion dia. Satu lagi utk makan sendiri. 

Macam tak puas makan kek coklat sy buat lagi sekali kek yg sama tapi versi bakar dan letak dlm cawan pula. Selesai bakar, kek dah sejuk adik bongsu sy menawarkan diri nak tolong siramkan coklat ganache. Suka hatilah adik, benda semua dh siap. Buatlah apa nak buat jgn jahanamkan kek tu sudah...

tara...maka terhasillah kek cawan coklat moist. merasalah jiran sebelah hasil air tgn sy dikala kebosanan hehehe :p





Haiku : Hujan



~ Haiku : Hujan ~

Petang yang dingin,
Bumi disiram hujan,
Pepohon riang.


Assalamua'laikum...
Dah lama rasanya tak berhaiku. Rasa2nya kali terakhir berhaiku masa zaman aktif berforum di mesra.net dulu. Ada geng2 minat cerpen, puisi termasuk juga geng2 yg gilakan cerita JKC (jepun,cina,korea).

Sy bukanlah org yg pandai berpuisi. Tapi sukalah juga baca puisi kadang2 tu jika ada angin puisi yg dtg menyinggah.
Belajar berhaiku dari otai2 di forum yg hebat2. Dapatlah tumpang belajar ilmu baru tentang haiku puisi dari jepun ni.
Sy tak nak cerita apa itu haiku. Kalau nak tau tny en. Google ek

Gambar kat atas ni diambil 2-3 hari lepas dari pintu dapur rumah. Bertemankan sebuah novel & secawan kopi, sy duduk kat pintu dapur sambil membaca. Sesekali angin kuat membawa tempias air kemuka. Nyaman & tenang. Subhanallah...besar kuasa Allah dgn hujan sahaja pun kita dpt rasa tenang. Maka Tiba2 dtglah idea nak buat haiku. Tup2 aje dpt idea. Dah lama tak kerah otak ni bekerja. Tataulah sedap atau kena ke tidak haiku sy tu...hahaha.

P/s : sy dlm mood jiwang, mood sastera, mood puisi sbb sdg membaca sebuah novel yg indah nukilan kak Noor Suraya iaitu kekasih waktu.






Wednesday 3 September 2014

Resepi Churros....





Assalamua'laikum...

Pernah makan churros? sy pernah makan  dulu2 mak pernah buat. tapi kita tatau nama dia churros. alkisahnya sejak dua menjak ni kawan2 kat pesbuk duk tayang churros aje. nmpk mcm sedap. teringin pulak nak buat. kita pun google. ehhh...mcm senang aje..
maka...cek bahan semua ada. kita pun cubalah buat sikit dulu...meh intai resepi. minta maaf sy ada masalah lupa nak simpan nama blog yg sy singgah ambil resepi. sbb sy pergi byk blog dan bila tgk resepi semua sama sy pun salin. maka sy credit resepi ni kpd semua blog yg pernah share resepi churros nilah ye.. :D

bahan-bahan:
1 cawan air
1 sb gula
1/4 sk garam
1 sb butter/majerin
1 sk esen vanilla
1 1/4 cawan tepung gandum
1 bj telor
Minyak masak utk menggoreng
Plastik utk pam adunan
Gula icing / coklat cair / nutella utk dip @ hiasan

Cara-cara:
1- masak semua bahan kecuali tepung gandum & telor diatas dapur hingga butter cair
2. Kecilkan api masukkan tepung sikit2 sambil kacau rata. tutup api dan kacau sampai adunan sebati.
3. masukkan telur dan kacau lagi. bila adunan sebati masukkan dlm plastik beg atau pipping bag.
4. Tabur sikit tepung atas dulang. Paipkan adunan ikut bentuk sesuka jiwa anda.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan. Sy suka dia garing sikit.
6. Angkat toskan minyak dan ayak gula icing. Nak campur serbuk kulit kayu manis pun boleh. Dip dlm coklat pun masyukkk..



Churros ni rasa dia garing n rangup diluar..lembut gebu gebas didalam. Lain kali sy nak kurangkan sikit gula. Sbb sy lebih suka rasa dia lemak2 masin. Manis dr gula icing yg diayak tu dh mencukupi.




Monday 1 September 2014

Projek birthday kek zara....

Assalamualaikum...

Ini cerita sebelum merdeka. Apapun harap tak terlambat nak ucapkan selamat hari kemerdekaan ke 57 kpd rakyat malaysia. Semoga Malaysia berada dlm keadaan aman dan makmur.

Okay..berbalik pada tajuk entry. 28/8/14 genap umur zara aisyah 2 tahun. Yeahhh baby kami dh besar. Kejap sgt rasanya..
Zara dh pandai bercakap, menyanyi, menari & mcm2 lagi...

Sebab bday zara jatuh hari bekerja. Maka kami (ibu n mokcik2) zara sepakat nak potong2 kek 30/8 yakni hari sabtu.
Gigihlah ayong bako kek pandan n oren utk zara. Sbb aritu zara mkn dgn penuh nikmat katanya kek pandan yg ayong buat.


Bila masuk part nk mendekor ayong serah kat achik. Sebagai bos besaq ayong bg idea n arahan aje. Padahal ayong keras tangan. Hahahhaa. deco pun yg simple2 aje. Xde lah nak gah sgt mcm kat kedai kek. Yang pasti seronok tgk zara & amsyar excited potong kek.

Ayong doakan zara sentiasa dilindungi Allah s.w.t. dan membesar menjadi anak yg solehah. ameen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...