Tuesday 30 July 2013

Kuih raya ...kuih raya....

Assalamua'laikum,

pejam celik, pejam celik dah masuk 21 hari kita puasa. cepat sangat rasanya masa berlalu. tak berapa lama aje lagi Ramadhan akan tinggalkan kita. 



bila sebut raya mestilah nak cerita pasal persiapan rayakan..tahun ni aku tak beli kuih raya. kira rekod terbaiklah tahun ni. tak beli langsung biskut raya. 



makanya, sempena cuti nuzul Quran bersambung dgn hujung minggu, aku, mak n adik2 pakat2 buat kuih raya. tak byk pun, sikit2 setakat buat syarat aje.



projek pertama adalah, kuih bahulu. siap tempah telor itik 2 papan yer...gigihlah aku pukul telor tu sampai kecik sebelah lengan sakit2 tangan.









bahulu ni tak dpt byk sgt sebab awal2 acuan meragam. dah lah tak byk pastu pakat2 makan lepas berbuka pula, mmg tak sempat raya nampaknya...hahahaha


projek kedua, buat biskut tat nenas pulak...mmg mabeles sgt tat nenas ni sampai yg kena cukai nak sama byk yg disimpan utk raya. aku takut tak sempat raya dah habis..hehehe






projek ketiga adalah kuih tiram mini manis & pedas (gambo adalah tak sempat nak ambik). projek keempat pula adalah biskut kelapa. dua jenis kuih ni kami buat semalam (siap amik cuti nak buat kuih..hehehe).  biskut kelapa pun tak sompek den nak amek gambo..penat ya amat rasanya.



dgr kata arini adik n mak aku nak buat maruku & samperit pulak. tetiba rasa mcm rajin pulak kitorang tahun ni... :P








Tuesday 9 July 2013

Ramadhan 1434




Assalamua'laikum.

Salam Ramadhan kepada semua. Dikesempatan ini saya memohon maaf jika ada kata2 yang saya tulis disini yang mengguris perasaan sesiapa yang membaca. Sesungguhnya kesilapan dan kesalahan adalah dari kekurangan saya sendiri.

Selamat berpuasa kepada semua. Alhamdulillah ditemukan lagi kita dengan bulan penuh barakah ini. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan segala amal ibadat kita diberkati olehNYA, Amin. 

*P/S - seronoknya nak puasa ^_^





Monday 8 July 2013

Resepi Kerabu Kerang & Taugeh.....

maafkan gambar yg kureng cantik tu ye...

heh hari ni duk rajin nak share resepi tetiba. kat atas ni kerabu kerang & taugeh yang mak aku buat semalam. diulang, mak aku yang buat, aku tukang menyibuk merasa aje...hehehehe.

nak resepi tak? angguk dulu baru nak bagi..hahahaha. 

Bahan2:

taugeh (suka ati nak byk mana)
kerang rebus (ikut suka hati byk mana)
lengkuas, halia, bawang merah, cili padi (kisar halus)
kerisik
santan pekat
air asam jawa
garam

Cara2:

- taugeh dicelur (jgn lelama)
- kerang rebus dikopek kulitnya
- campur bahan kisar dengan kerisik, santan pekat, air asam, garam.
- gaul rata dengan kerang dan taugeh.
- siap utk dimakan. ratah2 gitu aje pun sodapppp..sesuailah kpd yang xmau mkn nasi tu kan..







Resepi Chicken Ball yang sihat katanya...

Assalamua'laikum...

salam pagi isnin. huwarghhhh ngantuk, penat gila. tak cukup tidur, tak cukup rehat. 2 hari mengelinjang ntah kemana pun tatau, sedar2 dah isnin. awat cepat sgt masa berlalu ni??

meh nak tayang apa yang aku buat smlm, stok utk bulan puasa katanya. dapat resepi ni dari group KDA kat FB. izinkan saya kongsi disini ya kepada yang empunya resepi, minta halal ye.


Resepi: Homemade Chicken Ball

Bahan-bahan:
850gm ayam cincang Ramly
secekak daun bawang - dihiris halus
sebatang carot - dihiris halus
hirisan cili - jika suka
(sayur2 lain yang disukai)
garam & lada sulah - secukup rasa.

Cara membuatnya:
- satukan ayam cincang & sayur2an yang dihiris
- perasakan dengan garam & lada sulah.
- didihkan air dalam periuk.
- bebolakan ayam dan rebus hingga bebola ayam tu timbul. itu tandanya dah masak.
- jika nak digoreng, boleh celupkan dalam telur dan goreng dlm minyak panas.

setelah siap digaul

siap utk dicampak dlm periuk direbus...

taraaaa...ready tu eat..

bebola ni boleh disejuk bekukan dlm peti ais. bila nak makan boleh dipanaskan. aku pikir nak wat sup sawi pecah telur. perghhhhhh terbaeklah. 

utk yang buat DA, sila jgn malu & segan mencuba. resepi ni sesuai amat utk Da + mudah, sedap & sihat gitu. :D

Friday 5 July 2013

DramaCrazy is shutting down.....




okeh..ini memang berita sedeyyy....

aku ni jarang tgk tv kalo hari kerja. slalunya pas isyak terus memerap dlm bilik sesambil melayan main game, jenjalan kat fesbuk & layan citer korea kat dramacrazy. layan kat hp senang, kalo ngantuk dah boleh terus lelapkan mata giteww.

dah 2-3 hari aku cuba nak tgk citer korea kat dramacrazy tapi takleh. rupa2nya pagi ni adik aku bgtau web tu dah shut down...huwaaaaaa mmg sedeyyy...sunyi duniaku tetiba *krik krik...bunyi cengkerik*

tgh mengusyar kalo ada web lain kat google play yg boleh aku jadikan galang ganti...boleh gitu??? 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...