Wednesday 26 February 2014

Flaxseed.....

Assalamua'laikum.

Semalam aku ada cerita pasal roti flaxseedkan. jadi hari ini meh kita berkenalan serba sikit dengan flaxseed ni. aku pun dapat dari sumber google aje. 




 Inilah rupa pokok flaxseed.



Ini pula rupa flaxseed yang seakan2 macam rupa bijan. Flaxseed ni ada dua warna iaitu coklat dan kuning keemasan.


Antara kebaikan flaxseed:

  • meningkatkan kesihatan jantung ~ flaxseed kaya dengan serat dan Omega-3 fatty acid dimana dpt mencegah pembekuan darah dijantung dan dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL)
  • meningkatkan kesihatan fungsi otak 
  • menstabilkan kadar gula dalam darah 
  • menurunkan tekanan darah
  • mencegah osteophorosis
  • membantu mencegah sel-sel kanser
  • meningkatkan kesihatan ginjal
  • membantu mengatasi masalah kegemukan 
  • membantu dlm proses pembuangan sisa pepejal (najis). 
Flaxseed ni boleh dicampur dlm makanan cenggitu aje. boleh masukkan dalam sup, salad, minuman. boleh juga dicampur dlm masakan sebagai gantian tepung utk roti, kek & biskut juga. 

Ada byk lagi kebaikan Flaxseed ni. cubalah google ya. aku pun baru aje tau pasal kebaikan flaxseed ni. sharing is caring katanyakan :)

nota kaki: jgn lupa minum byk air kosong selepas ambil flaxseed ni ye. sbb flaxseed ni sgt tinggi serat. 

Tuesday 25 February 2014

Roti Flaxseed .....

Assalamua'laikum...

seperti yang dijanjikan, arini nak kongsi resepi roti flaxseed. Roti ni low carb & sangatlah sesuai utk sesiapa yang sedang berdiet atkins. 

resepi ni aku jumpa kat kelab diet atkins di FB. terima kasih kepada sesiapa yang mencipta & share resepi tu. roti ni walaupun tidaklah sesedap & segebu roti gardenia atau masimo tu, tapi bolehlah melepaskan perasaan teringin kat roti. bagi aku roti ni sedap & gebu (sendiri buat katakan..haha)

Resepi: Roti Flaxseed

Bahan-bahan:

- 2 cawan flaxseed (aku sukat 1 bekas blender kering) dikisar halus
- 3 biji telur
- 1 sudu baking powder
- secubit garam
- pemanis gantian (aku guna palsweet 2 paket)
- 1/2 cawan air
- 1/3 cawan minyak masak

Cara-cara:
- kisar flaxseed jadi tepung (ikut suka kalau nak kisar kasar pun boleh)
- campurkan semua bahan kering n gaul rata
- masukkan pula bahan basah, gaul rata
- rehatkan adunan dalam 5-10minit
- masukkan dlm dulang pembakar dan bakar selama 20 minit pada suhu 250C
- siap masak keluar dan sejukkan roti. bolehlah potong ikut size yang disukai. sedia utk dimakan.

* adunan ni tak jadi doh mcm buat roti biasa. dia seakan-akan adunan cekodok yang pekat. jadi kacau pakai sudu sudah memadai tak payah nak menguli bagai.


kalau sesapa nak tau flaxseed tu apa, bolehlah tanya pakcik google. yang pasti byk khasiat flaxseed ni. malas pulak aku nak taip panjang2. korang cari n bacalah sendiri ya. aku beli flaxseed ni kat jusco 500gm = RM 9.50. boleh cari kat bahagian organics.


kat atas ni rupa flaxseed yang dah diblend halus. rupa asal dia mcm bijan.


adunan yang dah siap, rehatkan 5-10 minit.


belasah bakar dlm loyang pat segi biasa aje. kalo nak letak dlm petitin pun boleh, jadi rupa macam mini burger.



fresh from oven katanya.


alamak, melekat sikit. potong pun senget benget...makcik mmg fail kalau benda2 berseni ni..hahaha


sandwich telor bogel (sbb takde salad) terus pagi sabtu aritu. 

Monday 24 February 2014

Bento atkins.....

.....yang kononnya mewah katanya...nampak mcm mewah sangat..padahal simple aje..

ini bento akak pagi ni...bertungkus-lumus tau nak menyiapkan bekal yang kengkonon sedap ni (nampak no menipunya...)


apa yang ada dlm bekas oren (warna oren ni penaik selera ye) diatas adalah:

- sepasang roti flaxseed berinti homemade beef patty + mustard (nama bukan main poyo lagikan)
- garden salad...nyumm nyummm
- ayam goreng kepci smlm punya dihiris nipis perangat balik...wakakakaka. asal boleh...




sarapan pagi ni bersama dengan Ahmad Tea green tea..tak habis pun makan. makan roti sepasang dgn salad tu sikit dah kenyang. makanya selebihnya tu mkn lunch ajelah. jimat duit cepat akak pi haji. amin ya robbal a'lamin.

nak tau resepi utk roti flaxseed tu? tunggu next entry ya (doakanlah aku rajin). 

oh ya, insyaAllah makanan kat atas tu lulus utk sesiapa yg buat diet atkins. kenyang & sedap (kat tekak sendirilah). sapa kata diet kena berlapar & makan tak sedap??? :P

Wednesday 12 February 2014

Filet ikan dory yang sempoi...

Assalamua'laikum...

semoga semua yang menyinggah baca blog sepi ni sihat sejahtera & diberkati Allah selalu hendaknya. Amin.

Sebab2 tuan blog tak buat entry baru adalah kerana dia malas busy (konon!!) teramat. hari ni, nak cerita pasal 1st time masak filet ikan dory yang frozen tu. 

Selama ni teringin nak beli tapi takut hanyir..ye lah sbb pernah terkena makan kat kedai ikannya hanyir. tataulah yg dihidang tu betul2 ikan dory atau ikan haruan (jenis ikan pun tak reti nak beza..malu aje..hehehehe)

last week masa jalan2 kat tesco nampaklah dory ni. terus beli yang 1kg. pastu campak dalam peti ais, malam tadi sebelum tidur siap2 letak rempah ratus (macam ye ye aje). pagi tadi bgn goreng dlm kuali leper letak minyak lite2 aje.

hasilnya....


sangat sedapppp (siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri ye tak). bolehlah lepas ni beli lagi. sebenarnya malas nak pikir apa nak dimasak, malas nak siang ikan, malas nak renyah2 bila balik kerja. ikan dory ni adalah penyelesaian bagi aku yang "rajin" ini. 

kepada yang sedang buat diet atkins tu bolehlah beli ikan dory ni. gambo kat atas adalah menu bekal aku pagi ni. utk lunch dah siapkan juga..(rajin akakkan..) lemak cili api telor. perghhhh sapa kata diet tak boleh makan sedap??

ohhh kot2 ada yg tertanya2 apa aku bedakkan kat ikan tu..simple aje jawapannya. ikut suka2..aku just tabur sikit garam, lada hitam & cajun. malam tadi perap, pagi ni masak...mmg superb rasanya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...