Wednesday 26 February 2014

Flaxseed.....

Assalamua'laikum.

Semalam aku ada cerita pasal roti flaxseedkan. jadi hari ini meh kita berkenalan serba sikit dengan flaxseed ni. aku pun dapat dari sumber google aje. 




 Inilah rupa pokok flaxseed.



Ini pula rupa flaxseed yang seakan2 macam rupa bijan. Flaxseed ni ada dua warna iaitu coklat dan kuning keemasan.


Antara kebaikan flaxseed:

  • meningkatkan kesihatan jantung ~ flaxseed kaya dengan serat dan Omega-3 fatty acid dimana dpt mencegah pembekuan darah dijantung dan dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL)
  • meningkatkan kesihatan fungsi otak 
  • menstabilkan kadar gula dalam darah 
  • menurunkan tekanan darah
  • mencegah osteophorosis
  • membantu mencegah sel-sel kanser
  • meningkatkan kesihatan ginjal
  • membantu mengatasi masalah kegemukan 
  • membantu dlm proses pembuangan sisa pepejal (najis). 
Flaxseed ni boleh dicampur dlm makanan cenggitu aje. boleh masukkan dalam sup, salad, minuman. boleh juga dicampur dlm masakan sebagai gantian tepung utk roti, kek & biskut juga. 

Ada byk lagi kebaikan Flaxseed ni. cubalah google ya. aku pun baru aje tau pasal kebaikan flaxseed ni. sharing is caring katanyakan :)

nota kaki: jgn lupa minum byk air kosong selepas ambil flaxseed ni ye. sbb flaxseed ni sgt tinggi serat. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...