Friday 17 October 2014

Kick Start...



Assalamua'laikum. Salam pagi Jumaat yg barakah.

Makan apa pagi ni? Kat atas tu kick start sy pagi ini. Satu mug kopi dan vanilla cup cake yg dibakar malam tadi utk permulaan hari sy yg bakal sibuk.

Macam2 yg nak dibuat hari ini. Tiba2 mlm tadi dpt tambahan order utk kuih raya dr customer yg nak sambut Deepavali. Stok barang mentah dah habis. Maka kenalah keluar kejap lagi membeli barang. Tengahari pula nak bawa mak pergi rutin check up di PPUM. Kemudian balik nanti nak siapkan egg tart utk adik ipar yg kepingin nak makan. Hehe...

Kemudian akan sibuk mengulit & bergaduh dgn Amsyar & Zara yg akan tidur sini malam ni. Yeahh kawan gaduh nak datang. Sbb tu malam tadi gigih sy siapkan cup cake. Cadangnya nk hias dgn aising. Tapi mkn mcm tu aje pun dah sedap + kemalasan cup cake tu togel ajelah ya.

Bila nak buat cookiesnya? Org dah nak raya tu oiii...ermmmm hari minggukan hari utk family. Kuih raya nanti2lah buat ya. Hehehehe....

Thursday 16 October 2014

Homemade Almond Milk Chocolate...




Assalamua'laikum...

Siapa suka mkn coklat? Angkat tangan. Ohhh ramai yg suka rupanya. Haaaaa kat atas tu coklat yg sy buat 2 hari lepas. Sebenarnya left over dari tempahan almond cluster utk customer. Bila tempahan dah siap, kita ambil mould utk coklat yg lovey dovey shape tu terus masukkan almond yg dah siap digaul dgn milk choc. Pastu kita paipkan pula white choc kat dlm mould tu. Taraaaa terus jadi messy almond choc. Sbb kalo org lain buat depa akan buat kemas2. Paipkan yg putih dulu. Dah keras baru buh almond dan coklat. Warna tak bercampur.

Tapi kita saja nak buat color dia bercampur2 gitu. Biar white choc tu meleleh dicelahan almond dan mengisi ruang rongga yg kosong dlm mould. Gitewww... (nak cover line sbb coklat kita comot) hehehe

Seharian yg penat dgn menyiapkan tempahan diakhiri dgn late night snack iaitu seketul coklat hirisan badan sebelum tidur. begitulah kesudahan ceritanya...



Tuesday 14 October 2014

Kuih Deepavali...



Assalamua'laikum.

Gambat kat atas ni adalah kuih raya yg ditempah khas oleh adinda sy utk diberi kpd jirannya yg bakal meraikan Deepavali tak lama lagi. Adat berjirankan, saling hormat menghormati dan sentiasa berbaik antara satu sama lain. Jiran adik sy ni pun tak pernah lupa mengirim sesuatu bila menjelang raya pada setiap tahun.

Kata lia, buatlah apa2 jenis cookies dua jenis. Hiaslah sikit2 bagi nmpk.cantik. Ehhh si kakak yg keras tangan ni seronok sgt dpt peluang nak bertukang kuih. Kebetulan ada tempahan dari dua org customer yg juga nak sambut deepavali. Repeat order sebenarnya. Customer yg berdua tu suka betul makan biskut samperit / biskut dahlia. Depa panggil biskut tu kuih kastard.

Barbalik kepada gambar kat atas tu, sy buatkan 2 jenis cookies. Satu kuih dahlia dua warna satu lagi almond cluster yg mewah dgn rasa coklat. Dua jenis cookies ni memang best seller tak kira raya atau tidak.

Sy harap cookies ini akan memeriahkan lagi hari perayaan jiran adik sy. Semoga pemberian ikhlas ini akan mengakrabkan lagi perhubungan mereka sebagai jiran tetangga.




Thursday 9 October 2014

Ombre Cake with Buttercream Frosting..


Assalamua'laikum...

Mcm mana raya haji korang? Mestilah seronokkan berkumpul sanak saudara. Kitorang raya kedua buat kenduri tahlil utk arwah nenda.
Dah lama tak buat kenduri umanghaiii penat mcm nak tercabut tulang temulang rasanya. Mujurlah ada maksu & jiran tetangga yg byk membantu. Termasuklah adik ipar yg sudi menyinsing lengan basuh periuk belanga sampai bersih.

Utk kenduri baru ni sempatlah buat beberapa jenis kuih & kek pandan. Kek tak sempat mlm siang dah selamat licin. Hehehe.
Semalam tetiba rasa nak buat kek. Bukan nk mkn sgt pun, seronok nak mencuba hias kek. Sbb akak ni kalo buat kek bolehlah makan..tp bila msk part hias menghias sgtlah gagal.

Salah satu hobi akak adalah tgk org hias kek kat youtube. Ehhh cantik pulak tgk ombre cake yg warna warni tu. Teruslah nak.mencuba wpun rupa tak seberapa hiasan kek ai tukan..hehehher...

Gigihlah mengasingkan buttercream tu beberapa tona warna pink. Sebenarnya tona warna tu ada 3. Tapi bila amek gambo nampak mcm 2 tona aje. Eiii pakai camera henpon cengginilah. Dah la tukang amek gambo pun sendu aje bakatnyakan..hehehe..

Bolehlah kejadiannya utk 1st try. Kena praktis selalu ni bg kemas lagi hiasan tu. Agaknya tgn ni kena rendam ayo bunge baru lembut kot. Ha3. Lepas ni nak cuba hias cup cake pulak. Chaiyok!!!!


Thursday 2 October 2014

Resepi Tart Telur.....


Assalamua'laikum...

Dah lama rasanya tak makan tart telor. Tiba2 dtg angin rajin nak membuat. Cek bahan dulu ada ke tidak. Okay semua ada maka bolehlah kita menjalankan projek 'mengetat' bak kata sorang kawan akak tu.

Bahan2 utk crust/kulit tart:
1 cawan marjerin
1 sudu besar gula (sy tak suka kulit yg manis) - boleh tambah kalau suka manis.
1 biji telur
1 sudi kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum (ikut keperluan)

Cara2 membuat crust/kulit tart:
1- pukul marjerin & gula hingga sebati
2- masukkan telur & esen vanila pukul sebati.
3- masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga adunan tak melekat ditangan.
4- masukkan dlm plastil dan simpan 2-3 jam dlm peti ais. (sy simpan 1 jam shj).
5- ambil sedikit adunan tekan2 dlm loyang/acuan tart. Cucuk sedikit dgn garfu.
6- bakar selama 15 minit dalam suhu 170.
7- siap masak keluar dan sejukkan dahulu.

Bahan2 filling telur:
4 biji telor
1/2 cawan gula
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna kuning telur

Cara2:
1- larutkan gula bersama dgn air suam.
2- tambah susu cair, esen vanilla & telor. Pukul sebati.
3- tuang kedalam crust. Jgn terlampau penuh.
4- bakar selama 20 minit pada suhu 170.

Mula2 buat crust tu sy letak 1/2 cawan gula halus. mak oiiii manis leting rasanya. Lepas tu upload gambar kat FB kawan sy yg cantik manis order 10 biji. Terus buat adunan lain utk kulit dan sy kurangkan gula 1 sb aje. Harap2 sahabat yg order tu berpuas hati dgn egg tart yg dibeli. Maaf kalau ada kekurangan ya iza. Terlebih terkurang minta halal yer darling. ♡♡♡
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...