Monday 31 December 2012

Selamat Tinggal.....

Assalamua'laikum, salam pagi isnin, salam akhir tahun kepada semua.

Pejam celik, pejam celik, kita dah sampai penghujung tahun 2012. Sekejap aje dah nak jumpa tahun baru semula. 

Bila ditelek-telek, tercari-cari apa pencapaian terbaik aku tahun ni? Malu dekat diri sendiri sebab tak nampak dan tak tercapai apa yang dihajatkan.

Nampaknya tahun 2013 nanti tak payah buat azamlah ya. bawa aje azam 2012 ketahun depan. hahaha.

2012 - banyak pahit manis dalam hidup yang aku lalui. ada menangis ada ketawa. ada sedih ada gembira. apapun yang kita lalui itu semua pengajaran dalam hidup. 

tak naklah tulis panjang2. kering idea sebenarnya. terima kasih daun keladi kepada semua yang sudi singgah membaca tulisan merapu aku. harap maaf jika ada tulisan yang kasar dan mengguris perasaan. jom kita doa yang baik2 utk kehidupan kita tahun depan. 

Sayonara 2012. 




Wednesday 26 December 2012

Durian Crepe.....




sana-sini org heboh fasal durian crepe ni kan. tiba2 aje makanan berupa manisan ni meletop dipasaran. rupa dia pun cantik & ada macam2 kaler yang 'menggiurkan' gitu.

aku pernah tgk kaler pink, kuning, hijau, yang polka dot pun ada. hamboihhh...tgk rupa aje pun dah terliur...rasa entah camanalah ek??

dua minggu lepas, haah dah dua minggu kejadiannya. opismate aku dak ida tu balik penang. gigihlah dia cari resepi & minta emak dia buatkan durian crepe ni. dah tangan tu jenis buat apa pun jadi, maka menjadilah sentuhan mak dak ida ni walaupun utk percubaan kali pertama.

dannnn...dapatlah aku merasa hasil tangan mak dia. kulitnya memang lembut sangat. kata dak ida nak buat kulit tu kena hati2 sebab kalo wat kasar2 nanti kulitnya pecah. haaaa bukan akulah nak buat kerja lemah lembut  tu kan.

rasa durian crepe ni bagi aku oklah. sedap. rasa cream dia pun ok tak manis sangat. rasa durian of coz lah sodapkan. makanya, kalo lepas ni org cerita pasal kuih/manisan ni, aku tak adalah tertanya2 camna rasanyakan. tak delah nampak jakunnn gitu...kehkehkeh...

sudut kesihatan.....

.....Assalamua'laikum.

dibawah ini adalah sudut kesihatan (sangat!!!) dimeja kerja aku. 



jom tgk apa yg ada kat dalam pic tu. 

- Cosway bio protein
- Cosway bio lecithin granules
- Cosway fibre plus 
- Natural Factors Vitamin C 1000mg
- Gegula Fishermans friend perasa lemon 
- Losyen tangan Vaseline.

udoh suku meja barang makanan kesihatan aje. eleehhhh poyo je lebih tu. bukan amek hari2 pun...kalo rajin pun Vitamin C tu aje aku amik setiap pagi pas sarapan. yang lelain tu amek ikut mood dan tahap kerajinan.

nak tau apa ada dalam bekas kaler pink tu. ianya adalah bekal bodo2 yg berkhasiat tapi tak best. kehkehkeh. 

meh kita lihat apa ada dlm bekas pink itu. jangan gelak tau. aku babab nanti. 



haaaaaa...berkhasiat tak?? salad ijo & purple & teloq rebuih. mayonis terlupa nak letak. hambik...kamben sangat aku kan....hahahahaa.

Friday 7 December 2012

Bila emak tak sihat.....

.....mulalah hati rasa tak sedap.

hari rabu lepas masa aku kat opis, lina WhatsApp bagitau Anis call dia suruh balik cepat. mak dah 2 hari batuk2 & semput. nampak teruk. (masa lina wassap aku tu dia dah sampai umah).

kata lina, sampai umah anis tengah nangis sorang2, mata & muka dah merah. mulalah rasa tak sedap hati. lagi2 bila lina kata mak tak nak pergi klinik. dia suruh aku call mak & pujuk. 

bila aku call, mak jawab dah ada & dah makan ubat. yang hospital bagi. katanya lagi, antibiotik yang hospital bagi tu sama aje dengan yang klinik bagi. sungguh2 mak tak nak pergi klinik. sabo ajelah. lepas tu sambil cakap mak nangis. mmg panik okeh..mak jarang nak nangis2 nih.  

memandangkan adik2 aku mcm panik aje, aku balik umah mak terus lepas kerja. mak duk terbaring dengan nafas naik turun. mak cakap kenapa balik, mak ok aje. ok apanya?? mak dah jarang kena asma teruk macam dulu. bila sekali kena mmg nampak teruk sgt. 

mungkin sebab demam, batuk & sakit tekak buat mak nampak over teruk. aku pujuk lagi ajak mak pergi klinik, katanya tak payahlah. puas pujuk tapi tak jln, aku pergi farmasi cari ubat batuk & asma (pil ventolin). sebab mak guna ventolin yang pam kat mulut tu aje. rasanya lebih elok kalau mak mkn pil kot. ubat batuk pun minta yang kuat & mengantuk, biar mak boleh rehat. 

kami belikan juga mak burger daging rusa kot selera mak terbuka sebab anis kata mak tak nak makan. tapi mak makan suku aje, itupun puas paksa dengan alasan nanti makan ubat asma sure menggigil kalau perut kosong.

malam tu memang tidur2 ayam sebab dengar mak batuk2. katanya satu badan sakit2, termasuklah perut sebab batuk teruk sangat. gilir2lah kitorang ni picit, urut & gosok badan mak sampailah dia tidur. 

esoknya pujuk lagi ajak pergi klinik sebab asma nampaknya tak kurang. takmoh jugak...alahaiii cakap banyak2 kang dia nangis pulak mcm semalam. kali ni pergi pulak klinik, belikan ubat asma yg biasa amik kat sana (semalam masa pergi farmasi lupa pasal klinik tu). beli juga air cap badak 4-5 botol & 100plus kot boleh kurangkan panas badan & demam mak. 

Alhamdulillah, petang semalam batuk dah kurang. malam dalam pukul 11.30 mak dah tak menggigil sejuk. siap minta makan sebab lapar. pagi tadi sebelum pergi kerja nampaklah dah kebah banyak sakit emak.

semoga emak cepat sihat. risau bila mak sakit, 3 hari tak keluar dari bilik. :'(


Tuesday 27 November 2012

Tips: Menjaga Kerongsang

Assalamua'laikum.

hari ni saya berkongsi dengan anda tips untuk menjaga kerongsang. mudah aje, murah pun murah. malah kerongsang kita pun akan bertahan lama gitu, ye cik-cik dan puan-puan. he he he.

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah pengilat kuku tanpa warna. alah, yang tranparent tu. beli yang murah-murah sudah. saya beli baru RM 3.50 sebotol, murah dak? ",)

selain pengilat kuku tu, perlulah ada kerongsang yang nak dikilatkan tu. selalu kalau beli yang jenis batu berlian tu kan batunya mudah tercabut, udoh tak cantik jadinya. rompong kerongsang kita. pastu takmoh pakai dah.



makanya?? sapulah selapis dua cecair pengilat kuku tu diatas kerongsang kita. selain bertindak sebagai pengilat pada kerongsang ianya juga berfungsi sebagai gam untuk mengukuhkan lagi batu-batu pada aksesori kita. 

sekian pembelajaran kita untuk hari ini. (^_^)"

Thursday 15 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H.....



Assalamua'laikum.

Salam Maal Hijrah 1434H kepada semua. Semoga Tahun Baru Islam ini memberi jutaan keberkatan, kebaikan dan kebahagiaan kepada umat Islam seluruhnya. InsyaAllah. 

Wednesday 14 November 2012

Hada Labo Skin Care.....



Nak cerita pasal skin care lagi. isk..isk..macam-macam skin care yang dicuba, muka tetap kasaq macam kertas pasir. kihkihkih.

Kisahnya, skin care kat rumah tu dah nak habis. tinggal untuk guna sekali dua aje lagi. itupun nak tunggu habis memang lambat sebab tuan punya badan adalah 'rajin' sangat nak letak kat muka. 

pakai toner dengan moisturizer pun ikut mood & cuaca. kalau agak cuaca panas, berpeluh-peluh memang tak adolah den nak tepek kat muka ni apa-apa. cukuplah dengan cuci aje masa mandi tu.

kali ni nak cerita pasal produk Hada Labo dari Jepun. sebelum ni aku pakai Skinz. actually aku ni selalu tukar-tukar, sebab geram dengan packaging & iklan (pengaruh iklan kuat aku nih). ciskek sungguh.

Hada Labo ni pun sebab opismate yang gila membeli yang melobi. dia lagi gila sebab beli sekali dua set/jenis yang berbeza. satu whitening & satu lagi tu set moisturizing. katanya satu set nak guna siang, satu set nak guna malam. mak aihhh...

masa dia beli aku tak beli pun. bila yang kat rumah tu dah betul-betul tak ada baru aku pi beli, set mousturizer aje, takde nak memutih-mutih sangat. kulit aku dah memang kelam takdo nak jadik putihnya haih.

meh nak citer, dalam kotak tu ada pencuci muka, toner & moisturizer. mula-mula kena cuci muka sampai bersih. lap kering lepas tu titikkan 2 titik toner atas tapak tangan. pastu gosok dua tapak tangan dan lekapkan tapak tangan anda yang ada toner tu kat muka. tepuk-tepuk manja kulit muka anda sampai toner tu meresap dalam kulit dengan rata. ulang cara yang sama untuk memakai moisturizer tu pula.

jimat hei pakai menda alah ni. dua titik aje sekali guna, memang berbaloi-baloi. tapi sebab ruang muka aku lebar dan luas, aku guna dalam 3-4 titik, ikut suka hati aku aje. ha ha ha.

hasil dari pakai produk ni?? biasa aje. sebab??? aku kadang pakai kadang tak. tak koser nak telek mukalah hoi. pagi-pagi ada gak aku tepek kat muka. kalo malam harammm...malas sgt cik jah ^^"

tapi oklah, pakai produk ni kulit takde rasa gatal-gatal. takde naik ruam. jerawat tak singgah. maka bagi aku selagi takde menda tak elok jadi tak kulit, makan produk itu adalah baiklah kan. lainlah kalo tepek je naik merah-merah, gatal-gatal, jerawat batu...harus aku kondem produk tu habis-habisan.

yang kawan aku tu pulak, dia memang kaki beli produk. dia cuba sekali dua, bila laki dia tegur "kulit awak macam terbakar" atau dia rasa kulit dia naik merah-merah (sebab makwe ni kulit alergik). haruslah dia sedekah kat kawan-kawan produk tu. walaupun harga beratus dan baru pakai sekali dua. 

sekarang dua kotak skin care Hada Labo tu melepak atas meja aku kat opis. siap aku ckp kat org kalo nak cuci muka amik aje kat meja aku. barang wakaf. mujur juga set tu RM 19.90 aje, tester set. kalo tak memanglah rugi bebeno. 

riniey, apa kata lepas ni kamu beli set SK II pulak, kalo tak serasi jugak dengan kulit kamu, meh sedekah kat akak. murah rezeki ko dik oiii. kehkehkeh. 


Friday 9 November 2012

hooraaaayyy cuti sekolah bermula.....

Assalamua'laikum.

wahhhh...seronok ler adik-adikkan sebab hari ni dah mula cuti sekolah. cuti panjang pulak tu. jeles akak yang dah kerja ni adik-adik oiii...tak merasa nak cuti panjang sampai sebulan lebih macam dolu-dolu...

terkenang pula zaman sekolah dulu. seronok nak cuti sekolah, tapi sedih pula tak dapat jumpa kawan-kawan. bila cuti sekolah aje selalu tanya mak "tak balik kampung ke?" 

yelah, kampung jauh. satu perlis satu terengganu. boleh balik pun setahun sekali aje. mak ayah bukan orang senang, nak balik kampung yang jauh tu kenalah sedia duit-muit lebih sikit. lepas tu dah alang-alang balik, mana cukup sehari dua. paling tidak kena duduk sana seminggu, baru balik kampung namanya.

apa yang aku suka bila sampai kampung? kalau balik terengganu, of cozlah pantainyakan. aku dgn adik-adik suka perjalanan balik kampung, dapat tengok macam-macam. pemandangan pun best aje. bila jejak kaki kat kampung halaman, soalan pertama ialah "bila nak pergi pantai?"

iye, pantai batu buruk tetap dihati. lepas subuh tapau makanan, lepas tu berkelah tepi pantai ramai-ramai. masa tu arwah moyang ada, nenek sedara, makcik pakcik, sepupu sepapat semua ada. beramai-ramai berkelah tepi pantai memang seronok habis. kutip kepah, main air, mandi manda (sekarang dah tak boleh) & makan-makan. memang kenangan paling manis yang tak akan berulang (>_<")

balik perlis pula, aku akan rasa tenang sangat-sangat. rumah arwah tok wan tengah-tengah sawah. kalau musin padi menghijau, memang sejuk aje mata memandang. rumah tok wan aku ni memang rumah kampung yang betul-betul tradisional kampung. 

atap rumbia, lantai dapur dari buluh, tangga pun dari buluh (lepas tu baru upgrade dgn papan). dinding pun separuh buluh separuh papan. belakang rumah tok wan ada sungai, depan tepi rumah ada sawah terbentang luas, keliling rumah byk pokok. 

boleh imagine tak? macam dalam lukisan, keindahan rumah tok wan aku. bilik air pun sempoi habis, hanya berdindingkan pokok buluh dengan pokok-pokok lain yang merimbun. mujur rumah memang jauh dari rumah orang lain, tak ada siapa nak intai awak mandi. kehkehkeh.

masak pula guna dapur kayu. peti sejuk semua tak ada. barang letrik yang ada lampu aje. tv pun kami dah besar baru ada hitam putih. ingat dulu siap hangkut tv bawa balik kampung. hehehehe...

satu lagi, part paling best balik kampung adalah....makanan semua sedap2. celik mata sampai nak pejam mata ada aja makanan. mana tak gumok. ngeeeee.


selain balik kampung, kami adik beradik tak ada aktiviti lain, selain dari duduk rumah dan main dengan kawan-kawan. tak merasalah nak bercuti sakan macam orang lain, ronda-ronda satu malaysia atau luar negara. tu sebab kalau dapat tahu nak balik kampung tak lena tidur dibuatnya.

kepada yang bercuti sekolah panjang tu, jangan lupa terus kat buku ya. tahun depan kena masuk sekolah balik, banyak lagi menda kena belajar. 



musim cuti sekolah ni pun banyak kenduri kendara. juga musim banjir. maka jagalah keselamatan ya. 

selamat bercuti kepada semua, termasuk guru-guru juga. kepada atuk nenek, bersiap sedialah ayam, itik, lembu, kambing tu. anak cucu cicit nak balik, ada yang main kejar-kejar dengan ayam, itik nanti. ha ha ha.



sumber gambar: google


Wednesday 31 October 2012

resepi ~ kofta daging/bebola daging/daging burger


sebenarnya aku tak tahu nak kategorikan makanan diatas ini sebagai apa. sebab rupa dia macam bebola daging (versi leper) pun ada, macam daging burger pun ada, macam kofta daging pun ada. makanya, aku rasa semua benda ini ada lah lebih kurang sama. kalau google resepi pun lebih kurang sama. 

raya Qurban hari tu adalah dapat daging sikit. tiba-tiba terfikir nak buat kofta ni. sebab pernah nampak sorang kenalan kat FB buat. macam sedap aje. maka carilah resepi. disebabkan tak cukup bahan, aku campak-campak aje apa yang ada kat dalam daging tu. resepinya adalah seperti dibawah.

bahan-bahan:
- daging (dikisar) - sukatan ikut suka
- bawang putih 4 ulas (cincang)
- bawang merah 6 ulas (cincang)
- lada hitam*
- buah keras*
- jintan manis*
- ketumbar*
(bahan* ditumbuk halus)
- sedikit garam

cara membut:
- gaul rata semua bahan
- bentukkan ikut suka hati bentuk dan saiz
- boleh disimpan kat tempat sejuk beku
- boleh dibakar (macam burger bakar). boleh digoreng.

aku pernah cuba bakar & goreng. sedap n lembut aje dagingnya. tengoklah nanti kalau aku rajin aku upload apa yang aku masak dengan bebola daging ni ek. 

siaran tertunda ~ gambar perpisahan

masih lagi siaran tertunda. kisah kejadian adalah khamis minggu lepas iaitu 25/10/2012 bersamaan sehari sebelum hari raya Qurban. 

kisah ini adalah berkenaan sessi penggambaran kenang-kenangan gitu. sorang opismate nak berhenti kerja. yang nak berhenti tu pula jiran sebelah tempat duduk aku. terasa jugalah bila dia tak ada. sunyi hidup tak ada jiran ni..sob..sob..sedihhh...

memandangkan dalam mood nak sambut raya, bos pula bagi 1/2 day. sambil menanti masa balik, kami pun menggedik2 depan kamera. 

gambonya banyak..tapi sebab terlebih hormon remaja, banyaklah gambo yang aku tak masukkan..menggeletis sangattt kau, tak rela nak tunjuk kat org. yang terlepas kat bawah ni pun nampak sangat gediknya...hahahahaa...



Tuesday 30 October 2012

siaran tertunda ~ juadah hari raya Aidiladha

Assalamua'laikum.

Ini adalah siaran tertunda. Bukan sikit-sikit punya tertunda, dah habis raya dah pun..hikhik...

sajalah nak tayang juadah kami masa pagi raya qurban yang pertama hari tu. kat rumah pun ada 5-1 orang aje. yang sorang pagi-pagi dah pergi kerja, maka masak sikit sudeh. dapat bagi jiran-jirang merasa sorang sikit jadilah.

kami (baca: emak) masak nasi dagang dengan lauk pengiringnya iaitu gulai ikan aya/ikan tongkol (org bandar panggil tuna) dengan acar timun. kuih pulak pulut lepa/pulut panggang. yummeh okey. part makan semua pun yummeh...hahahaaha...

moh nengok gambo yang tak seberapa ni ye. (^_^)


Thursday 25 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha.....

.....Assalamua'laikum....

Lama tak uppdate blogkan..sebab????? malas sangat...mood menulis pun takde...

dikesempatan ini, daku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada seluruh umat islam diseluruh dunia. Semoga mendapat haji yang mabrur kepada semua yang menjalankan ibadah haji, dan semoga ibadah korban kita diterima Allah kepada yang buat korban tahun ini. Amin.

balik kampung tak??? daku balik....kampung subang aje....hukhukhuk...

Friday 12 October 2012

puteri kecik.....

Geramkan tengok muka dia. rasa nak picit-picit ajekan....


pandai pulak tu dia buat muka...hahahaa...


Wednesday 10 October 2012

mulut jahat, tapi hati baik.....

.....serius, ini pengakuan berani mati bff aku, cikgu nieta. dia cakap dia ada mengata aku kat mak oly (makcik dia) yang aku ni mulut jahat, tapi hati baik. erkkkk....mulut aku jahat ek???

kah kah kah...memang aku sedar dengan masalah mulut aku ni yang tak ada insuran. sesuka hati ayam aje bercakap, tak fikir dan tak tapis dulu. main lepas aje apa yang aku rasa dalam hati masa tu.

sebab itulah aku kehilangan seorang sahabat yang terasa hati dengan kata-kata aku (yang aku rasa adalah betul). iya, bagi aku, pendapat yang aku luahkan adalah jujur dari hati. aku tak bermaksud untuk sakitkan hati dia, aku hanya nak dia sedar dari mimpi. 

mungkin cara aku keluarkan pendapat agak keras dan kasar. bagi seorang sahabat yang berhati lembut, dia terasa dan menjauh dari aku, selama-lamanya. sedihkan. inilah orang kata 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut persahabatan badan binasa'.

nak bercakap jujur pun susah, hati orang nak kena jaga. tapi bila cakap berlapik orang tak faham. bila kita nasihat orang marah. tapi bila bermasalah orang cari kita. jadinya???? duduk diam-diam jangan campur masalah orang. kalau orang nak bercerita kita dengar, kalau dia minta pendapat, cakap aje "aku buntu".

berbalik pada bff aku nieta ni, memang aku selalu aje cakap dekat dia dengan nada marah (baca: penuh kasih sayang). aku pegang apa yang mak aku selalu cakap. "orang marah kerana orang sayang. orang akan diam, bila dia dah tak nak ambil peduli pasal kita." itu tandanya??? orang dah tak sayang kitalah. lantak kitalah nak terjun dengan labu-labunya...khennnnn...

sepanjang 19 tahun berkawan dengan nieta, dia kenal aku siapa. dia tahu aku cakap sebab aku ambil berat. dia tahu aku ni tak pandai tapis ayat. dia tahu mulut aku pedas macam cili padi. dia tahu aku ni kalau dpt bagi  syarahan, kalah ahli politik. aku akan ckp tanpa henti sampai ada org boleh nangis, sampai ada org boleh jadi meluat nak muntah dan sampai ada org benci. 

nieta ni sejak dulu suka kena marah (baca: manja) dengan aku. aku akan ada masa dia putus cinta, masa dia buntu hal study, hal kerja, hal kawan2, hal peribadi...dan aku akan jadi penasihat tak bertauliah dia. kadang bukan nasihat pun, batu api je lebih...ha ha ha...dush!!

kalau dia sakit pun aku paksa2 aje dia suruh makan ubat, suruh telan itu ini. .tapi minah cengeng (nieta, aku ngata ko ni, ahaks!) ni degil. pastu kena ceramah. kena marah. sebab tu dia ckp mulut aku jahat, tapi....hati aku baik. i is kembang uols. dia kata hati aku baik. ceh!!

apa pun, memang aku geram dgn mulut sendiri. geram sebab kadang2 memang ada rasa menyesal lepas terlepas sesuatu ayat. kadang2 tu cakap dengan emosi, cakap dalam keadaan marah. habis semua ayat yang tak best keluar. ayat bau longkang gitukan. pastu nak kena minta maaf, takpun, diam je, ego punya pasal. *_~

pasni kena hati2 lah masa bercakap. buat tambah dosa aje....kan ego tak reti nak minta maaf. huh!!

jangan iri hati.....

.....Assalamua'laikum.

kalau nak hidup dengan tenang dan gembira, jangan ada perasaan IRI HATI atau bersifat DENGKI dengan orang sekeliling kita. 

jangan tgk org beli kasut, baju, handbag, lipstik baru awak jeling. orang bergelak ketawa awak prasangka. orang tukar kereta baru awak mengata. memang tak seronoklah hidup. 




kita tak boleh hidup sorang-sorang dalam dunia ni. nak ada keluarga & kawan-kawan. kalau dah semua orang buat serba tak kena dimata kita, jadilah macam kera sumbang. kan tak best tu.

lapang-lapangkan hati, tenangkan jiwa. kalau tak boleh masuk dengan hidup orang lain, baik menjauhkan diri, jangan pula kita tak suka, kita mengata lepas tu kita yang dipulaukan orang.




kan bagus kalau hidup dengan kasih sayang, hati tak sakit, jiwa pun tenteram. kannnnnnnn :-D


sumber gambar: Google

Tuesday 9 October 2012

saya muslim awak iman ~ nur fizkkmi satar



aku baru selesai membaca novel ini. kat bawah ni, yang aku copy paste dari web Jemari Seni.

Penulis: Nur Fizkkmi Satar
ISBN: 978-967-5118-89-0
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Andai cinta hadir untukku,
hadirkanlah seseorang yang hatinya terpaut pada-Mu
Sejak mereka kenal, ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja salah faham. Iman dengan angin puting beliungnya. Muslim dengan angin pembakar amarah Si Iman
Perempuan ni kalau kecik-kecik dah malas, dah besar nanti, susah nak buat jadi bini!”
“Lelaki kalau kecik-kecik mulut dah macam longkang, dah besar nanti tak boleh jadi laki.”
“Iman… Muslim… sudah. Nanti kamu berdua yang abang kahwinkan.”
“Tak nak!!!”
“Kuat jodoh ni, cakap pun main serentak aje ni. Sesuai la kau orang.”
“Tak nak jugak!!!”
Benarkah tiada ruang untuk Iman-Muslim itu berdamai?
Kehilangan seorang adik merubah Iman dan membuatkan Muslim mati kata. Tatkala diri baru merasa teguh berdiri, datang pula rombongan meminang yang membuatnya bungkam kembali. Mengapa mesti ‘beliau’ menurut andai Iman bukan pilihannya sendiri? Perlukah Iman reda dengan takdir itu seperti dia reda dengan kehilangan adiknya?
Bahagia itu bukan hanya perlu dicari tetapi bahagia itu perlu dikenali
***
Keseluruhannya novel ini bagus pengisiannya. Mengajar kita batas-batas dalam persahabatan & perhubungan. 

Kisah dua orang insan yang dalam hati ada sesuatu rasa, tapi tak pernah mengaku. Simpan kedap dalam hati, sebab nak dahulukan apa yang lebih penting dan mahu menjaga diri supaya tak tergelincir dari landasan. 

kalau bertemu pasti ada aje pergaduhan. saling bertikam lidah dan tak pernah berbaik. rupa-rupanya dalam bergaduh ada pula 'rasa' yang terbit. 

novel ni bukan hanya bersandarkan kisah cinta sahaja. sarat dengan mesej keagamaan, kekeluargaan dan persahabatan.

Elok juga kalau nak dijadikan novel ini hadiah kepada remaja. Sebab sekarang ni ramai aje remaja yang bercintan-cintun sampai tak tahu segan silu dengan org keliling. macam percintaan tu akan pasti 200% kejinjang pelamin. 

novel ini boleh jadi guru pembimbing bukan aje kepada remaja, kepada warga 'remaja tua' pun sangatlah sesuai. pendek kata, utk setiap golongan. pengajaran kita boleh dapat dari mana-mana sahaja, termasuklah pembacaan. 

kepada yang nak tahu kisah perjalanan kehidupan iman - muslim, silalah beli novel ini. InsyaAllah tidak menghampakan. 


jangan jeling-jeling.....

.....Assalamua'laikum.

suka tak pergi makan kat kedai? okay, kalau tak suka pun, kira pernahlah jugakan.

ingin diingatkan, kalau dah pilih kedai, masuk, order pastu makan diam-diam. jangan pandang dan jeling kiri kanan. kalau nak jeling dan perhati keliling, buat sebelum order dan makanan sampai. sebab bila dah makan baru nak pandang, nanti ternampak sesuatu yang tak sedap dilihat, mulalah tekak rasa mual. 

contohnya, kedai nampak bersih. org pun ramai. kita order roti canai. tukang buat roti canai pun nampak kemas aje. sekali masa nak bayar, tukar tebar roti canai yang datang kira. sekali tgk KUKUnya panjang dan bekarat. errrkkkk....kembang tekak mak noks....hahahaahaha...

moral of the story, jangan jeling-jeling lepas makan. kalau ternampak yang tak sedap dipandang tu, relakan sahajalah, dah masuk perut pun. (>_<")

Thursday 27 September 2012

filem untuk tiga hari.....

.....ini kisah petang semalam. menonton wayang dgn cik bff di MBO space U8.

untuk tiga hari ni diadaptasi dari novel penulis terkenal ahadiat akashah. dah lama dah aku baca novel ni, jadi teringin pulalah nak tahu macam mana bila difilemkan.



keseluruhannya, kami berpuas hati dengan jalan cerita. tak lari dari jalan cerita novel. jangan macam LBS dulu, agak menghampakan. 

dan disini, dgn ikhlas hati aku nak puji ayu raudah tu nampak sangatlah cantik dalam filem ni. aku sesungguhnya bukanlah peminat dia. malah dgn kontroversi segala tu, aku mmg tak berapa berkenan dgn dia ni. tapi dalam untuk tiga hari ni, ternyata ayu raudah berjaya bawa watak, dan dia nampak 'hot'. sapa dh tgk citer ni mesti tau apa maksud hot tu. hehehe. 



okay, secara ringkasnya cerita ni adalah tentang cinta. tentang perkahwinan yang dirancang hanya untuk 3 hari. sepasang kekasih (rashidi ishak & vanida imran) merancang utk berkahwin pada hari yang sama tetapi dengan org lain (pilihan keluarga).

merancang untuk berkahwin selama 3 hari sahaja, dan akan menceraikan & meminta cerai dari pasangan masing-masing pada hari ketiga.



vanida berkahwin dengan afdlin & rashidi berkahwin dgn ayu raudah. dalam tempoh perkahwinan 3 hari tu, macam2 caralah vee & shidi ni buat supaya tak jadi apa2 dgn suami isteri diorang. part ni kelakar ada, kesian pun ada. 

penyudahnya, pada hari ketiga lain dirancang lain yg jadi. nak tau apa jadi?? silalah pergi tgk sendiri. tak acilah kan, kalau dah cerita tak best dah nak pergi tgk ,")

hilang dalam kelam.....

Assalamua'laikum...

"hidup ni hanya satu persinggahan. nyawa ini hanya dipinjamkan. kisah kita masih panjang, jika bukan disini dibumi ini, kisah akan bersambung disana nanti, kehidupan yang abadi."

Kenapa ek? tetiba aje buat ayat macam tu? entah...aku sendiri tak tau. tup-tup ayat tu berlegar-legar dalam kepala. jangan tanya apa aku tengah fikir, sebab aku sekarang tak rasa nak fikir apa-apa. tak rasa nak memberatkan kepala dengan hal apa pun.

penatkan. hidup ni penat kalau kita rasa ianya memenatkan. kalau kita rasa apa yang kita buat tu menyeronokkan, membuat hati kita rasa lapang, perasaan kita rasa senang, maka bahagia aje yang kita rasa.

macam mana nak cari bahagia? kat mana nak cari ketenangan, keseronokkan dan rasa bahagia itu?

macam berat ajekan persoalan. sebab tu aku malas nak fikir. macam mana sekalipun hidup mesti diteruskan. selagi Allah pinjamkan kita nyawa ni, kenalah kita gigih membawa diri. melawan arus kehidupan dan dugaan yang datang, kan?

cuma satu yang kena ingat, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. kalau rasa diri kita tak cukup baik, berusahalah untuk berubah. ini peringatan utk diri aku sendiri. aku sedar yang aku tak cukup baik, aku tak pernah sempurna, aku tak mampu nak bersaing dan berada ditempat yang org lain capai. tapi aku akan pastikan walaupun aku tak mampu berada ditangga yang org lain daki, aku tetap tak akan biar hidup aku jatuh sampai menyusahkan org lain, InsyaAllah.

seperkara lagi, harus ingat bahawa tak semua yang kita impikan boleh jadi kenyataan. kalau kita tak dapat apa yang kita inginkan, maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada. nikmatnya rasa syukur dan redha tu, akan membuatkan nasi lauk kicap dan ikan masin rasanya lebih sedap dari kambing golek. 

percayalah, manusia tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia dapat. sebab kita dibekalkan dengan nafsu. perasan tak, kita selalu teringin dengan apa yang org ada. bila kita dah dapat, rasa seronok tu tak bertahan lama. kita akan kejar benda lain yang lebih sempurna. macam handphone. sekejap-sekejap keluar model baru, upgrade sana-sini. yang kita ni pun konon nak kejar teknologi. apa yang org pakai kita pun nak. tapi rasa teruja tu sekejap sangat. 

ehhhh...apa kena mengena tajuk 'hilang dalam kelam' tu dengan contengan kat atas ni?? suka ati akulah kan. janji ada tajuk. kehkehkeh...

p/s ~ harap maaf, tuan blog adalah pening hari ini. (^_^)




Wednesday 26 September 2012

Panggilan Haji.....

Pic Google


.....Assalamua'laikum.

Kalau tak silap sejak dari munggu lepas dah mula berangkat para jemaah yang bakal menunaikan Rukun Islam yang kelima ketanah suci. 

Ehhh, bukan ada ahli keluarga aku yang kesana tahun ni. yang nak dicerita kat sini, dah dua hari berturut-turut aku bersaing dengan bas yang membawa para jemaah ke KLIA. kami bertembung kat lebuhraya PLUS - ebor/batu tiga.

Semalam hairan juga kenapa polis trafik ramai-ramai duk suruh semua kenderaan ketepi. orang besar manakah yang nak lalu?? pagi2 buta pula tu. sekali bederet-deret bas plusliner (dalam 10-12 biji), ambulan, dengan kenderaaan pengiring dari tabung haji, termasuk polis trafik lalu. 

Wahhhh...seronok + touching akak tau. rasa berbesar sangat hati dapat mengiringi (walaupun bukan sampai KLIA) para jemaah yang nak ketanah suci tu. dalam hati ni perasaan bercampur baur, gumbira + sedih sebab terfikir, dapat ke mak aku sampai sana? dapat ke aku jejak kaki kesana??

semalam adik ipar aku drive. hari ni dia tidur kat sebelah, boleh pulak tgh drive aku duk meleleh air mata. huhuhu...mujurlah org sebelah tidur, tak sedor air mata kak ipaq dia melelehkan. kalo tak harus dia pelik. 

kepada semua jemaah yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini, aku doakan semoga Allah berikan mereka kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan ibadah dan mendapat haji yang mabrur. juga aku berdoa, semoga aku, emak dan seluruh ahli keluarga dan sahabat kami, dapat menjejakkan kaki ketanah suci untuk menunaikan rukun islam yang kelima itu. InsyaAllah. 




Monday 24 September 2012

makanan tambahan (supplement)... perlukah?

.....Assalamua'laikum. Sihat?? Aku sejak minggu lepas, sakit tekak + selsema + batuk. ehhh selalu ek aku duk kata aku ni tak sihat. memanglah, aku pun perasan bahawasanya badan aku ni lemah. senang kena penyakit. huh! tak suka.

pagi ni, aku dengan kawan meja sebelah duk sembang pasal makanan tambahan. pasal pengambilan multi-vitamin, kolagen, untuk tulang, kulit, kesihatan dan tentulah nak nampak cantik jugakan. tertanya-tanya sama ada perlu ke nak ambil vitamin segala ni?

memandangkan umur dah banyak, dengan keadaan pemakanan yang tak teratur, udara yang semakin tak sihat dan macam-macam sumber yang boleh melemahkan daya ketahanan badan, maka kami rasa perlulah juga. lebih-lebih macam aku yg suka sakit ni kan.

cerita pasal vitamin..teringat pula perangai aku yang suka melepak kat farmasi. kalau masuk farmasi aku suka aje duk kat kaunter makanan tambahan dengan vitamin segala tu lama-lama. suka pula nak baca pasal produk tu, lepas tu teringin nak cuba semuanya. 

mujur jugalah harga vitamin segala tu boleh tahan gak mahalnya. kalau jual macam rege gula-gula, 10sen dapat 2 biji, dah semua aku borong. kahkahkah.

dolu-dolu aku rajin amalkan evening primrose oil. sebab aku pernah dengar orang kata EPO ni bagus utk kaum wanita. lepas tu jemu nak makan, aku berhenti bila stok terakhir dah habis. 

sejak sebulan dua ni, aku amalkan pula minum kolagen & cosway bio protin tu. dengan harapan tulus ikhlas nak kulit jadi gebus. okay...i tau i dah tua dan tak gebu...hukhukhuk.

apa yang aku sedar, sejak ambil kolagen + bio protin tu, rambut aku yang sangat suka gugur itu dah semakin kurang kadar kegugurannya. kalo tidak penuh dalam bilik mandi rambut yang berguguran. kalau sikat rambut, bergumpal-gumpal rambut kat sikat, ngeri okeh..rambut makin nipis dan nak botak. sampai mak aku tegur. 

aku tengah menanti tindak balas kolagen ni kat kulit muka pula. harap bolehlah kulit muka ku menggebu macam kuih pau. hikhik...

lepas ni ku pikirin nak ambil vitamin C pula. mudah-mudahan barisan bala tentera dalam badan aku ni kuatlah melawan rasaksa penjahat yang suka menghantar penyakit kat badan aku ni. aku pernah terbaca tentang  keperluan vitamin C untuk tubuh. antaranya utk kecantikan kulit, melindungi dari penyakit kardiovaskular, untuk sistem imunisasi dll.

tang sistem imunisasi itulah yang aku cari. bersempena dengan itu, aku sedang meneliti vitamin C yang mana bakal ku telan. dah alang-alang aku jadi ahli cosway, balik kang aku ushar le katalog tu kot ada yang sesuai. pastu nak risik-risik kat abang google juga kalau ada testimoni yang menarik. (^_^)




Monday 10 September 2012

puding roti lagi.....

.....macamlah cik empunya blog ni tak pandai masak benda lain. balik-balik puding roti, pusing-pusing puding roti...muka pun dah kembang macam roti aje gayanyakan...kehkehkeh....

ini cerita sabtu minggu lepas. cik bff saya bagitau nak datang beraya sambil tengok baby zara aisyah. apalagi, balik dari kenduri tengahari tu, saya bergegas ke giant s.alam cari bahan nak masak. buntu betul bila fikir menu. org tak pandai masak memang macam ni, hati tu sgt suka nak jamu tetamu, tapi tak tau apa nak dijamu.

memula igt nak jamu meehoon goreng aje. pastu fikir balik, mcm biasa sgt meehoon tu (amboiii!!). sebab saya selalu sgt duk cerita pasal creamy carbonara & puding roti, tapi cik bff belum pernah rasa, maka saya ulang tayang masakan & menu yang sama. 

dalam masa 2 jam puding roti  & creamy carbonara siap dimasak. tak lupa oren sunquick...(ribena dah habis...tak kelassss ko jah..heheheeh)

puding roti + sos kastad
kali ini, puding roti saya disertakan dengan sos kastad. perghhhhh 1st time buat sos kastad terasa very the vanggalah konon sebab menjadi. lepas tu kali ni puding saya lebih cantik, gebu dan sedap dari yang sebelum ni (heh! perahsantan puji diri sendirik)

mungkin sebab saya guna fresh milk dan roti tu saya sapu dulu dgn butter sebelum direndam dengan susu. hasilnya, seloyang (anggaran size 12") puding roti saya habis dalam masa sepetang. weeeeeee apa lagilah yang diharapkan oleh si tukang masak kepada tukang makan, melainkan makanan dimasaknya habis licin. saya tak perlukan pujian, makan dengan senyuman pun dah seronok sgt. :)

kepada cik yatie bff, cik aja dan puan engku iza & hubbynya...terima kasih sebab sudi dtg rumahku. lenkali dtg lagi, ku masak lagi. kalo tak sedap tu anggap je lah korang tukang rasa hasil eksperimenku yer..hahahaah..

p/s ~ aku dgn mak mmg suka kalau ada org nak dtg makan2 kat rumah. rasa nak masak macam2 wpun tak berapa sedap. tapiiiiii...kami berdua ni tak larat sgt nak buat kerja renyah. maklumlah, badan bam bam...:'(


Thursday 6 September 2012

kek coklat kukus yummy.....

..... seperti yang janji ditepati dijanjikan semalam, hari ni saya nak kongsi resepi kek coklat kukus yang saya buat ahad minggu lepas. 

tujuan buat kek ni, pastilah sebab nak makan ye tak? satu lagi sebab nak bawa ke opis isnin esoknya utk geng-geng. sejak raya tak bawa satu jenis kuih pun ke opis. almaklumlah, 'banyakkkk' sgt buat kuih raya..kihkihkih...

bahan-bahan utk kek ni sama hampir macam yang pernah saya share dulu kat sini. cuma caranya aje berbeza sikit.

saya kukus guna bekas plastik ni aje, senang tak payah nak salin2 bekas, dah sejuk tutup terus...


Resepi 1: Kek Coklat Moist (Guna minyak)

Bahan-bahan:

- 2 cawan tepung gandum
- 2 sk baking powder
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula perang (gula pasir pun boleh)
- 1 cawan air 
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 3 biji telur
- sedikit esen vanilla

Cara-cara:

- Panaskan pengukus.
- Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat & serbuk koko.
- Dalam periuk, panaskan campuran air, susu pekat & gula. 
- Bila gula dah larut, masukkan minyak kacau sekejap dan sejukkan.
- Pukul telur dengan esen vanilla dalam mangkuk lain (saya pukul dgn garfu aje)
- Masukkan campuran tepung yang dah diayak kedalam larutan yang dimasak tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan telur yang dipukul tadi.
- Kacau rata dengan senduk supaya tak berketul-ketul.
- Masukkan dalam acuan, tutup dengan aluminuim foil dan kukus selama 1 1/2 jam.
- Sejukkan dan boleh dihias sesuka hati. Tapi saya tak hias pun, mkn gitu aje dah sodap. heheheeh...



Resepi 2: kek Coklat Moist (Guna Marjerin)

Bahan-bahan:

- 1 cawan tepung gandum
- 1 sk baking powder
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1 cawan marjerin yang dicairkan
- 3/4 cawan gula perang (gula pasir pun boleh)
- 1 cawan susu cair 
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 2 biji telur
- sedikit esen vanilla

Cara-cara:

- Panaskan pengukus.
- Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat & serbuk koko.
- Panaskan susu cair & masukkan susu pekat (kacau hingga larut)
- Pukul telur dan gula hingga kembang.  
- Masukkan susu yang dah dilarutkan
- Masukkan marjerin cair & esen vanilla
- Masukkan campuran tepung yang dah diayak kedalam larutan yang dimasak tadi sedikit demi sedikit 
- Kacau rata dengan senduk supaya tak berketul-ketul.
- Masukkan dalam acuan, tutup dengan aluminuim foil dan kukus selama 1 1/2 jam.


Hasilnya lebih kurang sama. rasanya pula yang guna marjerin agak lemak-lemak masin. saya suka yang guna marjerin. rasanya yang guna minyak tu saya nampak secubit garam utk rasa lemak. ataupun memang dalam resepi ada garam tapi saya tak letak kot, boleh pula gitu??? hahahaha. itulah kekdahnya kalau jarang2 masak lepas tu resepi main hentam mana yang ingat. 

Wednesday 5 September 2012

resepi creamy carbonara edisi main campak-campak.....

.....Assalamua'laikum.

Lamanya ek saya tak menulis. sejak-sejak raya ni penyakit M menjadi-jadi. ngantuk tak usah kiralah, kejap-kejap menguap, gaya macam tak tido seminggu :P

ini siaran tergendala lagi. ahad minggu lepas hari rajin memasak saya. dah cari cuti tak kemana-mana, saya pulun duduk kat dapur godek-godek apa bahan yang ada utk dimasak.

saya buat 3 jenis makanan (tak termasuk nasi & lauk utk hari tu) ptg ahad tu.

1) Kek coklat kukus (guna marjerin)

2) Puding roti (di request oleh kwn opis yg mengidam)

3) Kek coklat kukus (guna minyak)

4) Creamy carbonara

kali ni saya nak kongsi resepi carbonara saya yang simple (baca: edisi malas) hehehehe...



Bahan-bahan:

1 paket pasta (saya guna jenis spiral) 
- panas kan air yang dicampur 2-3 camca minyak masak & secubit dua garam
- masukkan pasta dan rebus hingga masak/lembut.

Bahan-bahan kuah:
Minyak zaitun
2 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang basar - dipotong buah dadu
ayam/daging cincang (nak guna udang pun boleh)
bebola ayam (suka hati)
kacang peas (saya tak letak)
1 tin mushroom sup
1/2 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin sup)
kiub ayam
garam secukup rasa
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
oregano

Cara-cara:
- panaskan minyak zaitun dalam periuk
- tumis bawang putih & bawang besar
- masukkan daging cincang, goreng hingga masak
- masukkan susu, cendawan & air
- masukkan bebola ayam
- masukkan kiub, garam, serbuk lada & oregano
- masukkan kacang peas
- masak hingga mendidih & agak pekat 

sedia utk dimakan. masa nak makan tu letak cheese pun sodap. 


resepi kek coklat saya dah pernah share kat sini dulu. cuba ada sedikit saya ubah. nanti kejap-kejap kalo angin rajin saya datang, saya taip kat sini ek. begitu juga resepi puding roti, saya ada ubah sikit mengikut bahan yang ada kat umah. nantilah saya letak resepi ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...