Assalamua'laikum...
Semoga anda semua sihat & gembira selalu :)
Semalam hari rajin saya. Sebenarnya badan tak berapa sihat. Tapi sebab dah jemu baring maka timbullah idea nak buat ice cream.pertama kali percubaan..dan alhamdulillah menjadi.
Resepi dah salin lama tp baru semalam ringan tgn nak buat. Kebetulan bahan semua ada kat dapur. Maaf tak igt ambil dari blog mana. Yang pasti memang kebanyakkan resepi adalah lebih kurang sama. Meh nak kongsi resepi. Terima kasih kepada penyumbang resepi walaupun sy tak igt siapa.
Bahan2:
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat manis
1 biji telor (sy tak letak)
1sk esen vanilla
1sb ovalete
Perasa ikut suka. Sy tambah serbuk milo.
Cara2:
Satukan semua bahan kecuali perasa dlm bekas.
Pukul lebih kurang 25 minit. (saya guna blender aje)
Bila adunan dah gebu bolehlah masukkan perasa.
Saya tuangkan 1/2 adunan yg putih kedalam bekas.
1/2 adunan lagi saya blend semula dgn 3 sb serbuk milo.
tuangkan ditengah2 bekas ice cream tadi. boleh corakkan ikut suka hati.
Simpan semalaman dibahagian beku. taraaaa pagi ni dah siap utk dimakan.
tambahkan sikit sirap coklat. hiaslah dgn apa2 aje (sy ada biskut raya aje..haha)
mak & adik2 kata sedap mcm yg beli kat kedai.
maka??? pasni bolehlah buat lagi dgn perasa lain pula.
Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts
Thursday, 21 August 2014
Tuesday, 8 January 2013
Sebab kantoi diet.....
kenapa eh? duk kata nak diet, tapi dalam 7 hari mesti ada 3-4 hari kantoi.
sebab??? tengah duduk ngadap monitor, seseorang cuit bahu i..ehhh apa ni cuit-cuit, kaco i nak layan baca blog...kehkehkeh...
"kak G, kang kita main masak2 ek."
"masak??"
"haah, aku bawak ni.." dia hulur plastik mesra..apakah???
| cer teka apa dalam plastik ni.. |
| sedikit hint.. |
| taraaaaa...menariks sangat kannn... |
sekali bukak ada MAMEE Chef perisa tom yam thai kau. hamekkk...kecur air liur terus. dah terbayang dah rasa kuah yang masam-masam pedas & mee yang kenyal2. perghhhhh...tak mampu nak tolak.
habislah..habislah...aku kena maki. org cakap gemuk nak emosi, pastu pantang kena goda terus cair. hahahaaha. alahhhh esoklah diet. boleh?? sekali lagi kena caci. dah 10 tahun cakap esok nak diet, tak juga kurus.
ya para pembaca sekalian, bebudak kat opis aku ni ada satu perangai dimana, kalau bebudak ni tapau / bawak makanan, sure depa datang letak kat meja aku.
beli/bawak kek, goreng pisang, kuih-muih, keropok, cekelat, kacang, jajan entah hapa-hapa lagi tah, suma pakat2 nak letak tpt aku. nak lepak makan pun kat tpt aku yg sekangkang kucin aje tu pun.
yg gemok aku jugak. depa tu makan macam-macam tak gemuk pun. tak adil tau. menciiikkk...tapi aku percaya orang bagi makanan tu sbb sayang. murah rezeki i kan. hehehehe.
Monday, 10 September 2012
puding roti lagi.....
.....macamlah cik empunya blog ni tak pandai masak benda lain. balik-balik puding roti, pusing-pusing puding roti...muka pun dah kembang macam roti aje gayanyakan...kehkehkeh....
ini cerita sabtu minggu lepas. cik bff saya bagitau nak datang beraya sambil tengok baby zara aisyah. apalagi, balik dari kenduri tengahari tu, saya bergegas ke giant s.alam cari bahan nak masak. buntu betul bila fikir menu. org tak pandai masak memang macam ni, hati tu sgt suka nak jamu tetamu, tapi tak tau apa nak dijamu.
memula igt nak jamu meehoon goreng aje. pastu fikir balik, mcm biasa sgt meehoon tu (amboiii!!). sebab saya selalu sgt duk cerita pasal creamy carbonara & puding roti, tapi cik bff belum pernah rasa, maka saya ulang tayang masakan & menu yang sama.
dalam masa 2 jam puding roti & creamy carbonara siap dimasak. tak lupa oren sunquick...(ribena dah habis...tak kelassss ko jah..heheheeh)
![]() |
| puding roti + sos kastad |
kali ini, puding roti saya disertakan dengan sos kastad. perghhhhh 1st time buat sos kastad terasa very the vanggalah konon sebab menjadi. lepas tu kali ni puding saya lebih cantik, gebu dan sedap dari yang sebelum ni (heh! perahsantan puji diri sendirik)
mungkin sebab saya guna fresh milk dan roti tu saya sapu dulu dgn butter sebelum direndam dengan susu. hasilnya, seloyang (anggaran size 12") puding roti saya habis dalam masa sepetang. weeeeeee apa lagilah yang diharapkan oleh si tukang masak kepada tukang makan, melainkan makanan dimasaknya habis licin. saya tak perlukan pujian, makan dengan senyuman pun dah seronok sgt. :)
kepada cik yatie bff, cik aja dan puan engku iza & hubbynya...terima kasih sebab sudi dtg rumahku. lenkali dtg lagi, ku masak lagi. kalo tak sedap tu anggap je lah korang tukang rasa hasil eksperimenku yer..hahahaah..
p/s ~ aku dgn mak mmg suka kalau ada org nak dtg makan2 kat rumah. rasa nak masak macam2 wpun tak berapa sedap. tapiiiiii...kami berdua ni tak larat sgt nak buat kerja renyah. maklumlah, badan bam bam...:'(
Thursday, 6 September 2012
kek coklat kukus yummy.....
..... seperti yang janji ditepati dijanjikan semalam, hari ni saya nak kongsi resepi kek coklat kukus yang saya buat ahad minggu lepas.
tujuan buat kek ni, pastilah sebab nak makan ye tak? satu lagi sebab nak bawa ke opis isnin esoknya utk geng-geng. sejak raya tak bawa satu jenis kuih pun ke opis. almaklumlah, 'banyakkkk' sgt buat kuih raya..kihkihkih...
bahan-bahan utk kek ni sama hampir macam yang pernah saya share dulu kat sini. cuma caranya aje berbeza sikit.
| saya kukus guna bekas plastik ni aje, senang tak payah nak salin2 bekas, dah sejuk tutup terus... |
Resepi 1: Kek Coklat Moist (Guna minyak)
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sk baking powder
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula perang (gula pasir pun boleh)
- 1 cawan air
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 3 biji telur
- sedikit esen vanilla
Cara-cara:
- Panaskan pengukus.
- Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat & serbuk koko.
- Dalam periuk, panaskan campuran air, susu pekat & gula.
- Bila gula dah larut, masukkan minyak kacau sekejap dan sejukkan.
- Pukul telur dengan esen vanilla dalam mangkuk lain (saya pukul dgn garfu aje)
- Masukkan campuran tepung yang dah diayak kedalam larutan yang dimasak tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan telur yang dipukul tadi.
- Kacau rata dengan senduk supaya tak berketul-ketul.
- Masukkan dalam acuan, tutup dengan aluminuim foil dan kukus selama 1 1/2 jam.
- Sejukkan dan boleh dihias sesuka hati. Tapi saya tak hias pun, mkn gitu aje dah sodap. heheheeh...
Resepi 2: kek Coklat Moist (Guna Marjerin)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sk baking powder
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1 cawan marjerin yang dicairkan
- 3/4 cawan gula perang (gula pasir pun boleh)
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 2 biji telur
- sedikit esen vanilla
Cara-cara:
- Panaskan pengukus.
- Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat & serbuk koko.
- Panaskan susu cair & masukkan susu pekat (kacau hingga larut)
- Pukul telur dan gula hingga kembang.
- Masukkan susu yang dah dilarutkan
- Masukkan marjerin cair & esen vanilla
- Masukkan campuran tepung yang dah diayak kedalam larutan yang dimasak tadi sedikit demi sedikit
- Kacau rata dengan senduk supaya tak berketul-ketul.
- Masukkan dalam acuan, tutup dengan aluminuim foil dan kukus selama 1 1/2 jam.
Hasilnya lebih kurang sama. rasanya pula yang guna marjerin agak lemak-lemak masin. saya suka yang guna marjerin. rasanya yang guna minyak tu saya nampak secubit garam utk rasa lemak. ataupun memang dalam resepi ada garam tapi saya tak letak kot, boleh pula gitu??? hahahaha. itulah kekdahnya kalau jarang2 masak lepas tu resepi main hentam mana yang ingat.
Wednesday, 5 September 2012
resepi creamy carbonara edisi main campak-campak.....
.....Assalamua'laikum.
Lamanya ek saya tak menulis. sejak-sejak raya ni penyakit M menjadi-jadi. ngantuk tak usah kiralah, kejap-kejap menguap, gaya macam tak tido seminggu :P
ini siaran tergendala lagi. ahad minggu lepas hari rajin memasak saya. dah cari cuti tak kemana-mana, saya pulun duduk kat dapur godek-godek apa bahan yang ada utk dimasak.
saya buat 3 jenis makanan (tak termasuk nasi & lauk utk hari tu) ptg ahad tu.
1) Kek coklat kukus (guna marjerin)
2) Puding roti (di request oleh kwn opis yg mengidam)
3) Kek coklat kukus (guna minyak)
4) Creamy carbonara
kali ni saya nak kongsi resepi carbonara saya yang simple (baca: edisi malas) hehehehe...
Bahan-bahan:
1 paket pasta (saya guna jenis spiral)
- panas kan air yang dicampur 2-3 camca minyak masak & secubit dua garam
- masukkan pasta dan rebus hingga masak/lembut.
Bahan-bahan kuah:
Minyak zaitun
2 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang basar - dipotong buah dadu
ayam/daging cincang (nak guna udang pun boleh)
bebola ayam (suka hati)
kacang peas (saya tak letak)
1 tin mushroom sup
1/2 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin sup)
kiub ayam
garam secukup rasa
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
oregano
Cara-cara:
- panaskan minyak zaitun dalam periuk
- tumis bawang putih & bawang besar
- masukkan daging cincang, goreng hingga masak
- masukkan susu, cendawan & air
- masukkan bebola ayam
- masukkan kiub, garam, serbuk lada & oregano
- masukkan kacang peas
- masak hingga mendidih & agak pekat
sedia utk dimakan. masa nak makan tu letak cheese pun sodap.
resepi kek coklat saya dah pernah share kat sini dulu. cuba ada sedikit saya ubah. nanti kejap-kejap kalo angin rajin saya datang, saya taip kat sini ek. begitu juga resepi puding roti, saya ada ubah sikit mengikut bahan yang ada kat umah. nantilah saya letak resepi ;)
Wednesday, 1 August 2012
berbuka jemaah lagi @ BBQ Island Steamboat.....
.....masih lagi kisah berbuka puasa. nama pun bulan Ramadhan kan, dikesempatan inilah pun nak berbuka dengan ahli keluarga & kawan2.
kejadiannya adalah pada 9 Ramadhan yakni ahad last week. ahli jemaah dan sekutu adalah tidak ramai, lima orang termasuk aku. mereka ni adalah cik yatie bff, kak ain ex-partner, linda & adik aku lina.
tempat kejadian adalah 5 minit dari rumah aku, BBQ Island Steamboat, Kampung Subang. Haaaaa igt dalam kg subang tu tak ada tempat makan best ke? heheheehe
kami berbuka buffet RM 26.90 untuk dewasa & RM 9.90 untuk kanak2. murahkan?? bolehlah, pilihan makanan dia dah tentu2 segala jenis bebola, mee, sayur utk steamboat & ayam, daging, udang & sotong utk grill.
makanan sampingan adalah kuih onde-onde, agar-agar, bubur kacang & kerabu. ada juga nasi lemak, nasi goreng, kueh tiaw, spagetti dan macam2lah..tak dilupakan ice cream sebagai pencuci mulut.
simple aje makan kat sini, tapi aku suka. sedap, tempat walaupun tak ada air-cond tp lapang & santai.
moh layan gambar pula.
| boleh pula 3 org ni pakai baju merah, dah sama dgn alas meja..hahaha |
Tuesday, 31 July 2012
berbuka secara jemaah.....
.....dengan tok sedara sebelah emak. tok sedara tu kami panggil Tok Su.
hari kejadian adalah pada 8 ramadhan yakni sabtu last week. kami jemput tok su & family berbuka kat rumah. menunya (setelah berhempas pulas berfikir) adalah kurma, nasi putih, kari ayam + kentang, sayur campur, ayam goreng, ikan goreng & air sirap. tak lupa juga request dari dua org mak buyung iaitu adik aku lia & makcik aku ila, kueh tiaw seafood pedas. depa ni dah la tarikh bersalin pun dekat2, nak makan pun lebih kurang aje.
pastu toksu pula bawa mee hoon goreng dari rumah & kuih tepung pelita yang sedap yang dibuat dikedai..hehehe...
tukang masak pada hari kejadian, tentulah ayong ini dengan bantuan emak & adik2, rajinkannnnn??? (kembang idong puji diri sendiri). kahkahkah...seronok sungguh menjamu org makan, lagi2 kalau yang makan tu berselera aje suap, hilang penat kejap.
meh layan gambar yang tak seberapa, tak ada masa nak bergambor, makan, sembang & layan anak2 buah lagi best. gambo pun tak semenggah aje rupa...byk muka yang tak masuk sbb adab pakaian adalah tak sesuai..hahahaha...
| baju biru tok su, yg lain2 cucu beliau |
| adik ipaq dgn pak cik mak cik aku (pangkat pakcik tp panggil nama je) |
| juadah yg tak seberapa |
Thursday, 12 July 2012
bendi tumis telur & ayam bakar.....
..... Assalamua'laikum, semoga sihat2 & baik2 aje hari ini ye... :)
masak apa semalam? hari ni nak tayang gambo & resepi simple2 campak2 org malas yg dimasak ptg semalam....yg paling best, hari2 nasi & lauk pauk habis licin.... :D
menu semalam, nasi putih, sayur bendi tumis dgn telur (extra pedas) & ayam bakar black pepper.
![]() |
| bendi tumis telur |
resepi: sayur bendi tumis telur (extra pedas)
bendi dipotong serong 2-3 kerat
2-3 ulas bawang merah
2-3 ulasbawang putih
10 biji cili padi
udang kering (ikut suka byk mana)
telur ayam 2-3 biji
sedikit minyak zaitun
secubit garam
sedikit sos tiram
(bahan2 boleh disukat ikut suka hati)
- bawang merah, bawang putih, cili padi & udang kering ditumbuk kasar / blender (kalo malas mcm saya)
- dalam kuali panaskan minyak zaitun
- tumis bahan2 yg ditumbuk sampai garing
- masukkan bendi (kacau rata)
- masukkan garam & sos tiram
- boleh masukkan sedikit air (kalau nak)
- agak2 bendi dah lembut pecahkan telur & kacau rata
![]() |
| ayam yg masih berkurung dlm |
resepi ayam bako tak payahlah ye..segan kite nak bgtau...disebabkan kerajinan melampau, ayam tu diperap dgn sos black pepper dlm botol aje. pastu masuk dlm oven...mudah, senang, ringkas...hehehehe...
Tuesday, 10 July 2012
masak apa hari ini.....
..... Assalamua'laikum....kabare? hehehe harap2 semuanya sihat sejahtera hendaknya. jangan lupa lemparkan senyuman yang manis ya, senyumkan sedekah yang terindah... :-)
pagi-pagi hari ni, otak aktif aje berfikir tentang makan. bila dah masuk mode diet ni, mulalah fikir makan, makan, makan aje.
duk fikir apakah menu sihat yang sesuai dimasak & dimakan untuk seisi keluarga. kat rumah tu ada yang tak suka makan sayur. aku pula suka makan segala sayur & ulam-ulaman. dapat dgn ikan bakar cicah sambal belacan/air asam/kicap tenyeh2 cili padi pun selera sgt.
tapi.....aku tak mau makan nasi utk makan malam. maka kenalah masak sesuatu yang mengenyangkan, kannnn...
untuk hari ni terasa nak masak antara tiga jenis masakan simple ini:
1) sup sayur (sawi/kubis) + telur & ayam goreng/bakar (lawan dgn sambal kicap)
2) tomyam sayur + isi ayam & ayam goreng/bakar
3) sayur taugeh goreng + tauhu + ayam masak ala2 tenpanyaki (kunun!!)
kenapa pilih ayam? sebab stok ayam ada kat dalam peti kat umah...hehehe...
cik adik lia, sila pilih dari menu diatas. sekian, terima kasih.
Friday, 6 July 2012
diet boleh makan kacang tak?
| snek kesukaanku... |
ada org bertanya, kalau diet boleh tak makan kacang?? aku ni ilmu diet pun tak ada. aku tgh amalkan diet apa pun tak tau. yg pasti bukan ATKINS (utk waktu ini).
kalau tanya pada aku soalan kat atas, aku yg kurang ilmu diet ni akan jawab boleh. sebab??
meh aku salinkan apa yg ada kat belakang paket kacang (dlm gambar atas) tentang nutrisi dia ya. silalah baca, penat tau nak taip ni..hehehe
serving size: 30g (% daily values)
energy: 173 kcal
total fat : 12.0g (18%)
saturated fat: 0.3g (2%)
cholesterol: 0.0mg
sodium: 394mg (16%)
total carbohydrate: 7.5g (3%)
dietary fibre: 0.3g (1%)
sugar: 0.9g
protein: 8.7g
*percent daily values are based on a 2000 calorie diet. you daily values may be higher or lower depending on your calorie need (habis sume aku salin...hahaha)
sebab apa aku jawab boleh makan kacang?? sila tgk pada total carbs & protein dia. carb tu kiranya masih rendah. dannnn...kacang ada protin kan? protin perlu utk badankan?
serving size dia 30g tu lebih kurang 1/2 pack kacang. jadi, jgnlah mkn sampai 1 pack. tapi kalo aku mmg 1 pack tu kejap aje...huhuhuhu...
sebab tu walau suka mkn kacang, aku akan beli sebulan sekali dua aje. buat lepas teringin.
tak kira berdiet atau tidak, kita kena beringat satu perkara. makanlah apa pun, jgn melebih2. makan apa pun kalau berlebihan akan mudarat. makanan berkhasiat pun akan jadi racun pada tubuh kalau kita mkn dgn terlampau lebih.
p/s ~ kepada yg lebih tahu & byk ilmu tentang diet ni, sila betulkan kalau aku silap ya. kita kongsi2lah ilmu. sharing is caring you ;)
celoteh pagi ini 06.07.2012.....
.....Assalamua'laikum, salam pagi jumaat yg penuh barakah kepada semua.... (:
tak moh cerita banyak2...nak tayang apa yg saya makan malam tadi aje....
sup kubis bunga + tauhu + telur & ikang mata besar goreng berlada....(gigih tak makan nasi...hehe) kalau ada cili padi potong pasti lagi yummeh...
menu makan seharian semalam:
8.45 am : toseh & nescafe ais
1.00 pm: chicken tenpayaki
3.30 pm: 2 kpg roti bakar + nutela
7.00 pm: sup kubis bunga seperti diatas
pagi ni kat rumah tadi mkn 1 kpg roti + nutela & 1 biji epal hijau & air kosong.
pukul 8.45 mkn sepinggan mee goreng & kopi
lia baru dpt khabar yg dia ada sedikit kencing manis. jadi dia kena kawal makan. dgn automatiknya aku pun akan kawal mkn juga, ada geng katakan. konon!!!
Wednesday, 4 July 2012
fradoo ABC.....
.....masih lagi cerita last week. lepas penat (penatlah sgt!!) membeli-belah novel di SACC, shah alam, kami meneruskan aktiviti yang tak lekang dek hujan, tak lupus dek panas tak pernah tertinggal tiap kali kami keluar iaitu makan2.
aku bagi cadangan untuk ke food court SS3, kat sana ada ABC sedap. lama dah tak rasa ais kacang yang sedap tu. sebulat suara adalah setuju.
sampai sana kami tuju ke fradoo ABC. mmg situlah tempat favourite aku kalau nak makan abc.
tapi kali ni abc nya mcm sikit aje dari selalu. ais kisar dia sama tak sampai pun kat bibir mangkuk. selalunya air kisar tu padat dan memuncak macam gunung (mcm gambar abc kat papan tanda kedai tu).
bahan2 kat dlm tu pun tak byk. kalau tidak memang penuhlah dgn kacang goreng, nata de coco, kacang buah pinggang, jagung, biji sagu, cincau dll. namun begitu rasa dia masih sedap. cuma kuantiti aje dikurangkan. harga semangkuk adalah RM 3.00.
![]() |
| sikit kan... |
makan pula order dari gerai sebelah nasi goreng seafood & kueh tiaw ladna. rasanya???? adalah tak ada rasa. makan tanpa perasaan. minta extra pedas, pakcik tu kata cili mahal. aku ingat dia bergurau rupanya memang sungguh dia buat tak pedas. tawar heber.masa bayar rasa mcm tak ikhlas aje. apalah depa ni berniaga, kedekut nak mampus.tak sedap pula tu. lenkali takmo makan kat situ lagi.
Tuesday, 3 July 2012
berkelah dipantai jeram.....
.....pantai jeram lagi??? gaya macam pantai jeram tu sebelah rumah ajekan.
al-kisahnya, tak merancang pun nak kesana. pagi sabtu 30.06.12 ari tu. dah siap masak & lepak2 depan tv sekali mak buka mulut "rasa mcam nak duduk makan2 mee hoon tepi pantai"...boleh gitu???
mujur katanya teringin nak makan mee hoon tepi pantai, buatnya mak cakap teringin makan kimchi kat korea??? siapa nak penuhi permintaan tu?? kehkehkeh...
jadinya dgn cargas aku pegi rendam mee hoon, potong sayur & rendam udang utk goreng mee hoon bodo-bodo.
sekali mak kata jagung ada, boleh gak buat bubur jagung campur biji sagu. terus rebus biji sagu & perah santan. dalam masa 1 jam setengah siap mee hoon goreng, bubur jagung & keropok lekor goreng.
tak lupa air sirap yang sesuai diminum diwaktu panas kat tepi panas nanti.
siap masak lia sampai. tapi dia tak mo ikut sebab ada urusan lain. dia singgah anto barang aje.
dlm perjalanan sempat singgah beli putu bambu & karipap gergasi. kan dah kata xsah kalo tak singgah beli dua makanan ni kalau pergi sana.
kat sana dpt port bawah pokok bentang tikar & mulakan antiviti makan2 & jamu mata. mujur matahari tak berapa nak terik. yang bestnya kami sampai air tengah pasang. tak mcm last week air tgh surut. kali ni mmg bestlah dpt tgk ombak.
meh jamu mata sket dgn gambar2 yg tak seberapa.
Thursday, 28 June 2012
percutian cherating - terengganu (siri akhir)
.....hishhh...letih juga nak menyiapkan artikel majalah siri penjelajahan yang tak seberapa ni. rasanya macam takde banyak aktiviti, tapi jurnal perjalanan kenmain byk....
hari terakhir kami kat batu buruk pun tiba (baca dgn nada sayu pilu ye). lepas solat subuh, aku & bff bergegas ke tepian pantai, nak menikmati panorama matahari terbit.
tak byk gambar yg boleh dikongsi sbb masih belum transfer gambar yg dlm DC.
lepas ambil gambar & rendam2 kaki dalam air laut kami pun cargas pegi cari makan. pagi tu makanan adalah dihidang secara buffet. antara menu yang ada ialah nasi kuning lawan gulai ikan aya/tongkol, kueh tiaw & mee goreng, roti bakar & cereal (biasalah tu kan), mee kari, kuih (tatau nama apa, akok kot) & buah tembikai.
aku mula2 ambil nasi kuning & gulai ikan sikit utk rasa, mmg sedap. bff ambil kueh tiaw goreng. pastu aku ambil pula mee kari sikit (mee 5-6 urat aje) pun sedap juga. pastu roti bakar 2 keping. air tetap kopi pojaan hatiku.
kenyang mkn masuk bilik, kemas apa yg patut, baring2 kejap sambil tgk tv. kami keluar dari BBBR dekat jam 11 pagi. dlm perjalanan balik kami singgah dibeberapa tempat utk beli buah tangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


























