Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Thursday, 28 June 2012

percutian cherating - terengganu (siri akhir)

.....hishhh...letih juga nak menyiapkan artikel majalah siri penjelajahan yang tak seberapa ni. rasanya macam takde banyak aktiviti, tapi jurnal perjalanan kenmain byk....

hari terakhir kami kat batu buruk pun tiba (baca dgn nada sayu pilu ye). lepas solat subuh, aku & bff bergegas ke tepian pantai, nak menikmati panorama matahari terbit. 

tak byk gambar yg boleh dikongsi sbb masih belum transfer gambar yg dlm DC. 






  


lepas ambil gambar & rendam2 kaki dalam air laut kami pun cargas pegi cari makan. pagi tu makanan adalah dihidang secara buffet. antara menu yang ada ialah nasi kuning lawan gulai ikan aya/tongkol, kueh tiaw & mee goreng, roti bakar & cereal (biasalah tu kan), mee kari, kuih (tatau nama apa, akok kot) & buah tembikai.

aku mula2 ambil nasi kuning & gulai ikan sikit utk rasa, mmg sedap. bff ambil kueh tiaw goreng. pastu aku ambil pula mee kari sikit (mee 5-6 urat aje) pun sedap juga. pastu roti bakar 2 keping. air tetap kopi pojaan hatiku. 

kenyang mkn masuk bilik, kemas apa yg patut, baring2 kejap sambil tgk tv. kami keluar dari BBBR dekat jam 11 pagi. dlm perjalanan balik kami singgah dibeberapa tempat utk beli buah tangan. 





  





Tuesday, 26 June 2012

percutian cherating - terengganu (siri 7)

..... masih lagi aktiviti hari ahad. janji dgn abg. sham (suami sepupu aku kak ma) utk jumpa dia pukul 4 ptg. maka lepas puas golek2 kat dlm bilik yg best di BBBR tu, kami pun bersiap2 keluar. abg. sham nak bawa kami ke gerai makan sotong sedap dekat tepi pantai berdekatan dengan airport. 

tapi sebelum pegi makan sotong kami singgah beli kepok lekor kat kedai BTB2209. perghhh ramai org you. siap amik nombor macam kat bank lagi. 



disebabkan yana dah buat order awal2, kami pergi ambil dan bayar aje. aku beli tak byk pun, utk family makan je. sesiapa nak bawa keropok lekor utk travel jauh2 bolehlah beli kat sini. minta packing yg vacuum punya. sebab mereka pack dgn elok, tak berlendir walaupun simpan dalam kereta 1 hari. packaging dia kemas & bersih. oh ya, setiap satu pack akan dicharge RM 0.50. 

ni gambor aktiviti bisnes keropok lekor depa kat sana. punyalah busy. satu hari lebih dari 10000 batang keropok lekor yg ditempah utk vacuum aje, belum lagi yg beli panas2 packing biasa...mmg pakcik kayo lah taukeh dia. ada pakcik tu beli sampai RM 200. nak buat bisnes ke, nak berbahagi2 kat kwn2 & family ke tatau ler.

tempat merebus keropok lekor

tempat menggentel keropok lekor

tempat packing & ambil keropok lekor yg ditempah


eh eh..terselit pula 'duta' keropok lekor kat sini...akekekekeeke

iskkk macam letih pula nk story pasal sotong celup tepong...sambung lenkali lah ekkk...sabor..hehehe


Monday, 25 June 2012

percutian cherating - terengganu (siri 6)

..... pagi ahad kami tinggal berdua kat rumah yana. org ganukan kerja hari ahad. aku pun tak bagi sepupu aku tu cuti. sebab mmg rancang nak jalan berdua aje, tak maulah susahkan org pula.

kami decide utk tidur chalet @ hotel mlm tu. dah nama pun bercuti, nak merasalah konon tidur tepian pantai. napelah tak bawa khemah ajekan, pacak tepi pantai batu buruk tu. untung2 bgn pagi esok kami dah dihanyutkan ke nami island...wahhhhhh ko igt batu buruk & nami island tu sejengkal aje...kehkehkeh...

perkara pertama kami buat keluar dari rumah yana, adalah cari makan. pusing2 nak cari makan kat ladang (tpt yg ayah pernah bawa aku) tp xjumpa. dah masuk kebandor sampai nak dekat pasar payang tak jumpa gerai yg dicari. nak tau nape aku cari gerai tu?? sbb variasi makanan dia adalah sgt byk. dari nasi lemak, roti canai, nasi minyak, nasi dagang, pulut, kuih-muih segala jenis, tapai dan macam2lah...rambang mata nak pilih...

tapi yg kami jumpa hanyalah kehampaan *nanges*...patah bali ke batu buruk, makan kat simpang nak masuk jalan budiman (bertentangan dengan shell). aku makan nasi kerabu ayam bakar. bff mkn nasi lemak ayam bakar. rasa nasi2 tersebut adalah...seedaaaapppppp. ayam bakar dia yummeh ok. malangnya kuantiti dia sikit....hukhuk..perut kami besolah. nk minta tambah segan...kehkehkeh...



1st time aku makan jeruk bawang putih. rupa2nya sedap. selama ni tgk org mkn macam pelik aje. ada gak aku cari2 kalau ada yg jual jeruk garlic ni kat kedai, xjumpa pulak. lepas ni mmg nk beli buat stok...sedap you. 

selesai sarapan, kami pun ke pantai batu buruk, terus ke batu buruk beach resort utk wat reservation. harga bilik + sarapan utk 2 org adalah RM 127.60. kami boleh check-in pukul 3 ptg. 

sebab hari masih awal, kami pusing2 terengganu. tak masuk pasar payang sbb kami takde nak beli apa2. mcm rugikan, tp kalau dah masuk nanti takut rambang mata. dah lah kami mmg takde wat budget shopping, niat bercuti adalah jalan2, makan2 dan rehat2 aje.

pusing2 jumpa kedai yang erra fazira jadi duta batik tu, desa murni. singgahlah kejap. nak cuci mata. mak oiiii harga tudung sehelai takde yg bawah RM 99. semua harga pegawai beso. aku ni pakai tudung harga RM 10 aje..heheheeheh. kain batik dia pun harga mmg cantik, secantik corak dan warna dia. kami keluar tanpa beli apa2...takde yg menarik minat.

lepas tu nmpk kedai tudung singgah lagi. haaaa ni adalah sesuai dgn poket kuli mcm kami. aku capai sehelai tudung RM 10. bff beli selendang 3 helai dgn tudung brp helai tatau. dia mmg rajin beli tudung. aku ni kan ke kedekut (baca: berjimat) maka sehelai cukuplah wat syarat.

selesai agenda jalan2, kami lepak kat A&W tepi pantai batu buruk. apadaaaa pegi ganu lepak A&W. sbb nak cari tpt berair-cond sambil menanti check-in bilik. keluar A&W kami beli coffee ice-blended & jagung rebus kat tepi pantai. lepak2 ambil angin pantai sampai org resort call. 

pic pantai dr dlm A&W

bila dah dipanggil check-in kami pun cepat2lah pergi. tak sabar nak luruskan pinggang. gaya mcm berjalan kaki sgt dari pagi sampai ptg. sempatlah mandi, solat & tidor sejam dua sebelum aktiviti ptg bermula. aktiviti petang akan masuk entry berikutnya ye. mueheheheehe. beriukt adalah pic sekitar BBBR...








Sunday, 24 June 2012

percutian cherating - terengganu (siri 5).....

..... kami sampai batu buruk betul2 masa imam kat masjid tgh mengaji sebelum masuk waktu maghrib. singgah rumah kak ma (sepupu aku juga) yang tinggal dekat belakang permai inn. sementara tunggu yana sampai, sempatlah aku mandi2 dulu.

pendekkan cerita, kami pun baliklah rumah yana. sebab yana pun baru aje balik dari KL, maka kami dibawa makan dekat2 rumah dia. nama restoran lupa pula nak cek. kat situ aku tgk ramai yg mkn roti tempayan & mee sup. makanan lain pun ada juga. penuh lah kedai malam tu.

jadi aku pun order roti tempayan & kuah daging cincang. dia ada pilihan kari kambing & ayam. selain tu aku order mee hoon sup. lapo sgt lah konon....jin dlm perut tgh bergendang.

rasa roti tempayan tersebut???? adalah saaaaannngggatttttt sedapppppp...rotinya lembut dan gebu....daging cincang dia pula byk isinya & secukup rasa...mmg sedap dan berselera kami makan...rasa nk tambah lagi satu tapi malu sbb dah order mee hoon sup...padan muka. 

roti tempayan & kuah daging cincang.....

mujur juga mee hoon sup tidak menghampakan. rencahnya adalah isi ayam, daging & perut...makan sampai licinlah malam tu. tapikan..sampai sekarang terkenang2 kesedapan roti tempayan tu...haishhhhhhh. masa kecik2 dulu aku igt ayah pernah bawa makan kat dungun, 1st time makan roti tempayan yang sgt sedap....

mee hoon sup sedap .....

Saturday, 23 June 2012

percutian cherating - terengganu (siri 4)

..... siri 4 ni nak cerita ringkas je boleh???? dalam perjalanan ke batu buruk, kami singgah dekat pantai kemasik...pantai ni memang cantik, dulu2 kalau aku & family singgah sini sunyi tak berapa ada org...gerai makan pun sederet aje kat jalan masuk tu...

sekarang dah ada tambah sederet lagi kedai makan kat belakang berhampiran pantai...tandas dia pun cantik (dari luar, tak masuk pun) pengunjung pun ramai....cuma pantainya dah ditambak sikit...tapi tetap cantik....cari2 dlm hp pic bff takde pula, semua dlm DC maka ni ajelah yg ada...


terserlah kegumukkan...



lepas lepak sekejap sambil bergambar sekeping dua kami pun teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu, tanah tumpah darahku.... :D

Thursday, 21 June 2012

percutian cherating - terengganu (siri 3)

.....bersambung lagi kisah percutian aku & bff kepantai timur.

kan aku dah cerita perihal RBC yang tidak beberapa memuaskan hati kami berdua sebelum ini. maka dalam pukul 2 lebih kami pergi ke kemaman utk isi perut yang lapar. hasil menggogle aku pun ajak bff pi mkn kat monica bay atau telok mok nik. pemburuan kami adalah satar & otak2 pak aziz satar.

pusing punya pusing tak jumpa. yg kami jumpa adalah couple yg tak segan silu duk berkepit kat tepi pantai tu...sudahnya masuk kat kawasan perkampungan nelayan ke hapa tah, aku tny kat sorang mamat ni. dia pun bagi direction yang aku kejap paham kejap tidak. 

kami pusing balik dan akhirnya terjumpalah warung aziz satar tu. laaaaa tadi dah nampak, tapi tak perasan papan tanda dia. kecil bebenor...hahahaah...

kami order sepinggan satar, sepinggan otak2 & sepinggan keropok lekor. air pula 2 tembikai & 2 air kosong. satar dia sedaplah juga, kena pula ada sehiris cili padi kat dalam tu, kenalah dgn awak yg suka pedas ni. otak2 dia pun best. keropok lekor adalah sedikit kureng....

berapa harga kami bayar??? RM 16.50. sebenarnya ada lagi seketul dua satar, otak2 & keropok lekor yang belum habis dimakan. ingat nak suruh bungkus, dah tukang kira tu tolak harga yang tak habis makan, kami tak jadilah minta dibungkuskan.

gambar hanyalah yg mcm dibawah, perut lapo tak sempat nak shooting lama2...tapi kat kedai tu mmg ramai pengunjung, xcukup mkn kat situ siap bawa balik lagi....

now you see....

now you don't...hehehe
sambil menjamu selera kami duk pikir nak pindah kemana bila keluar dari RBC nanti. antara yg menarik perhatian adalah Suria beach resort & legend. tiba2 sepupu aku Yana sms & bagitau dia ada kat cherating. dia ajak aku tidur rumah dia kat batu buruk. ehhhh...mcm dpt ilham pula budak Yana ni. kami pun tak fikir panjang terus aje setuju. biarlah burn RM90 tu, dari rasa tak sedap hati. 

patah balik ke RBC, angkut barang & pulangkan kunci. org kat meja depan tu tny knp nk keluar, aku ckp dpt call kena ke terengganu. sajalah tny boleh ke kira jam aje. dia kata xboleh. okey, tak apa. dah muka pun  kurang gula, maka kami tinggalkan tpt itu dgn hati yg walang *drama sungguh*...

cerita siri 4 akan menyusul kemudian....tunggguuuuu.... :D

percutian cherating - terengganu (siri 2)

..... perjalanan kami (aku & bff) bermula dari kg subang pada jam 7.45 pagi dengan sebiji persona yang dipandu oleh cik yatie. jalan sampai shell sg buloh (dekat dgn kem TUDM) kami buat hentian pertama. top-up petrol RM 40, tapau nescafe & roti utk alas perut. cadangnya bff nak sarapan kat mcD genting sempah..cehhh mcD tak habis2....

sekali dah sampai hentian genting sempah boleh terlajak, dua2 tak perasan dah sampai kat simpang masuk...makanya??? no mcD lah...muahahahahaa...kami berhenti makan kat RnR alaaa tak igt pula namanya. makan nasi lemak ayam & nescafe ais x 2 org = RM 12.00.

perjalanan diteruskan sampailah ke exit jabor dan kami tersalah simpang ke sungai ular. mujurlah tak pergi jauh dah sedar & call org RBC (org yg kami call utk booking chalet). dia suruh kami pusing balik. cara percakapan adalah sgt tak mesra alam. boleh pula nak marah kenapa kami turun exit jabor. habis, itulah jalan paling hujung, xkan nak suruh kami langgar segala tong2 dan batu2 penghadang jalan tu...sengallll!!!!

sampai ke RBC kami pun check-in, xsusah nak cari pun, belakang petronas cherating aje. cik adik kat kaunter adalah tak mesra alam. cara bercakap mcm belum sarapan. lepas tu tidaklah nak bertanya brp hari booking, main tulis atas resit RM 90 dan minta duit. tunjukkan bilik kami pun main guna tangan pastu ckp kat belakang. adoiiii tak sesuailah dia duduk meja depan tu.

inilah chaletnya,pic dr hp, pic lain dlm DC blm sempat nk transfer...

sampai kat dpn chalet dah rasa lain macam bila tong2 berisi botol2 arak yg kosong bersusun tinggi sampai bumbung kat belakang pejabat pengurusan RBC. aigooo ini tempat ada jual itu air kencing syaitonn ka? lupa pula nak snap gambo masa tu. 

masuk dalam bilik, kami disambut oleh seketul lampu yg kecil, air-cond, kipas & tv juga katil size king. on tv xboleh, dah lah remote utk tv & air-cond kena share bateri...hampeh. ok tv takleh fungsi. bilik adalah malap dgn seketul lampu sahaja. 

menda pertama kami cari adalah arah kiblat...dan...arah kiblat adalah nan-ado. *bunyi cengkerik ~ garu kepala*. 

masuk bilik mandi, tiada getah paip, tapi disediakan baldi dan gayung. ok takpelah. sekali masa nak cebuk, gayung adalah pecah..bukan sikit tau, pecah besar..erkkkk berapa kali nak cebuk baru boleh bersih ni???

muka bff dah kelam...aku kata okay, esok kita cari tpt lain. sementelaah cik adik kat dpn tu pun minta payment utk sehari aje walaupun kita tempah 2 hari...

masa kami lurus2kan pinggang sambil google tpt lain utk menginap esok, terbanglah seekor lipas dari bawah katil mujur bff tak buka bunga silat, psttt dia adalah penakut lipas okeh....bukan muka aje kelat, dahi dah berlapis2...

maka aku pun suruh bff pegi solat (kiblat digoogle kat JAKIM website) kami pun pergi cari makan kat kemaman. 

okehhh....cukup dulu utk siri 1. kiranya siri 1 ini adalah luahan ketidakpuashatian aku ajelah yg byk pasal RBC. maybe ada yg akan kata, bayo RM 90 nak tip top pulak, bukanlah mcm tu, tapi memadailah dgn kelengkapan yg boleh diguna & berfungsi, sesuai dgn harga. kami pernah duduk kat chalet lagi murah tau, tapi lebih bagus & best berganda2 dari RBC ni....

tunggu sambungan percutian tak seberapa kami disiri akan datang....heheheeh...


Wednesday, 20 June 2012

percutian cherating - terengganu (siri 1)

.....Assalamua'laikum....


aku baru balik bercuti dari sini ......



dengan cik bff .....


sebab baru balik, baru masuk kerja, duk penat n pening lagi....gambo pun tak transfer dari camera....maka nantilah aku update kisah percutian tu sikit2 ye... heeeee :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...