Thursday 21 June 2012

percutian cherating - terengganu (siri 2)

..... perjalanan kami (aku & bff) bermula dari kg subang pada jam 7.45 pagi dengan sebiji persona yang dipandu oleh cik yatie. jalan sampai shell sg buloh (dekat dgn kem TUDM) kami buat hentian pertama. top-up petrol RM 40, tapau nescafe & roti utk alas perut. cadangnya bff nak sarapan kat mcD genting sempah..cehhh mcD tak habis2....

sekali dah sampai hentian genting sempah boleh terlajak, dua2 tak perasan dah sampai kat simpang masuk...makanya??? no mcD lah...muahahahahaa...kami berhenti makan kat RnR alaaa tak igt pula namanya. makan nasi lemak ayam & nescafe ais x 2 org = RM 12.00.

perjalanan diteruskan sampailah ke exit jabor dan kami tersalah simpang ke sungai ular. mujurlah tak pergi jauh dah sedar & call org RBC (org yg kami call utk booking chalet). dia suruh kami pusing balik. cara percakapan adalah sgt tak mesra alam. boleh pula nak marah kenapa kami turun exit jabor. habis, itulah jalan paling hujung, xkan nak suruh kami langgar segala tong2 dan batu2 penghadang jalan tu...sengallll!!!!

sampai ke RBC kami pun check-in, xsusah nak cari pun, belakang petronas cherating aje. cik adik kat kaunter adalah tak mesra alam. cara bercakap mcm belum sarapan. lepas tu tidaklah nak bertanya brp hari booking, main tulis atas resit RM 90 dan minta duit. tunjukkan bilik kami pun main guna tangan pastu ckp kat belakang. adoiiii tak sesuailah dia duduk meja depan tu.

inilah chaletnya,pic dr hp, pic lain dlm DC blm sempat nk transfer...

sampai kat dpn chalet dah rasa lain macam bila tong2 berisi botol2 arak yg kosong bersusun tinggi sampai bumbung kat belakang pejabat pengurusan RBC. aigooo ini tempat ada jual itu air kencing syaitonn ka? lupa pula nak snap gambo masa tu. 

masuk dalam bilik, kami disambut oleh seketul lampu yg kecil, air-cond, kipas & tv juga katil size king. on tv xboleh, dah lah remote utk tv & air-cond kena share bateri...hampeh. ok tv takleh fungsi. bilik adalah malap dgn seketul lampu sahaja. 

menda pertama kami cari adalah arah kiblat...dan...arah kiblat adalah nan-ado. *bunyi cengkerik ~ garu kepala*. 

masuk bilik mandi, tiada getah paip, tapi disediakan baldi dan gayung. ok takpelah. sekali masa nak cebuk, gayung adalah pecah..bukan sikit tau, pecah besar..erkkkk berapa kali nak cebuk baru boleh bersih ni???

muka bff dah kelam...aku kata okay, esok kita cari tpt lain. sementelaah cik adik kat dpn tu pun minta payment utk sehari aje walaupun kita tempah 2 hari...

masa kami lurus2kan pinggang sambil google tpt lain utk menginap esok, terbanglah seekor lipas dari bawah katil mujur bff tak buka bunga silat, psttt dia adalah penakut lipas okeh....bukan muka aje kelat, dahi dah berlapis2...

maka aku pun suruh bff pegi solat (kiblat digoogle kat JAKIM website) kami pun pergi cari makan kat kemaman. 

okehhh....cukup dulu utk siri 1. kiranya siri 1 ini adalah luahan ketidakpuashatian aku ajelah yg byk pasal RBC. maybe ada yg akan kata, bayo RM 90 nak tip top pulak, bukanlah mcm tu, tapi memadailah dgn kelengkapan yg boleh diguna & berfungsi, sesuai dgn harga. kami pernah duduk kat chalet lagi murah tau, tapi lebih bagus & best berganda2 dari RBC ni....

tunggu sambungan percutian tak seberapa kami disiri akan datang....heheheeh...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...