Friday 8 June 2012

anjing....ngerinya...

.....Assalamua'laikum....salam pagi jumaat, semoga kita semua sihat, diberi kekuatan utk menempuh hari2 mendatang dan ceria selalu.

kejap aje dah nak jumpa sabtu semula...yeahhhh malam ni balik rumah emak....heheheehe

pagi ni nak story pasal anjing liar. aku mmg takut betul dengan anjing...waima comel mcm mana sekalipun anjing itu. nak jadi cerita, kat umah adik aku ni byk la pula anjing liar. ada satu family anjing ni, mak ayah dia warna putih & coklat, anak2 dia semua hitam (heiiii mak anjing, awak skandal dgn siapa ye??? ahaks :-P )

sejak dua minggu lepas kot dah perasan anak2 anjing hitam ni. depa duduk kat rumah api TNB bertentang lorong umah adik aku ni. selama ini tidaklah pula family anjing ni nak kejar2 sesiapa lalu lalang kat situ. sekali, semalam masa kami balik rumah, mak anjing siap kejar sambil menyalak2 kereta kami.

huwaaaaaaaaaaaaa seramnya...itu baru seekor. kalau dia kejar berjemaah satu family macam mana. pagi ni pun asal ada kereta lalu dia kejar & menyalak2...adoiiii stress okay, nak keluar buka gate pun takut. nak masuk dlm kereta pun takut. mata duk meliar pandang kat anjing2 tu aje. yg dia pula renung macam ler kita ni nak sangat kacau dia.

aku ni kalau anjing tu tak kacau orang tak apa lagi. takdenya aku nak dengki suruh dia main jauh2. tapi bila penduduk tetap pun dia nak ajak main kejar-kejar, ini sudah lebih. ingat aku ni larat sgt ke nak lari2...jgnlah bergurau kasar sangat puan dan encik anjing oiiii....

nampak gaya, hari ni kena suh adik aku call majlis perbandaran, minta tlg tangkapkan haiwan2  tersebut. ehh betullah kan, kena call perbandaran??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...