Wednesday 27 June 2012

percutian cherating - terengganu (siri 8)

..... lepas ambil keropok lekor, kami meneruskan perjalanan utk memburu sotong celup tepung yang digilai oleh seantero donia (perghhh bukan main promo!)...dgr cerita dari abg. sham, asal angkat aje sotong dari kuali, tak sempat seminit habis semua sotong dari dulang....tu dia, aku dah bimbang kot2 tak sempat merasa.....

kat mana sotong celup tepung yang sedap tu??? jika anda ke terengganu, pergilah ke tepian pantai batu rakit, mengabang telipot (dekat2 jln belakang landasan airport).  disepanjang jalan tepi pantai memang ada byk gerai2 menjual makanan laut. carilah warung pok nong. tempat parkir kereta pun luas kat sebelah gerai tu. 


aku difahamkan waktu mula berniaga adalah dari jam 4 ptg. masa aku sampai pun dah penuh kereta & umat manusia. walaupun bukan cuti sekolah, pengunjung tetap ramai, itu tandanya makanan digerai itu sedap. oh ya, konsep kat kedai ni ialah, semua makanan laut (sotong, udang & ikan) digoreng celup tepung. selain tu ada mee goreng & keropok lekor juga.

'duta' warung pok nong pula...hikhiks

sampai2 aje mujur yana & suami dia dah cop tempat. budak berdua tu tgh sedap menghirup ais jagung yg nmpk yummy. tak tunggu lama, kami pergi kat meja hidangan. konsep dia, ambil pinggan, pilih makanan & tunjuk kat pok nong utk dikira harga. dia kira harga sotong aje sbb size dia ada besar & kecik. sotong tu pulak, potonglah sendiri dgn gunting yg disediakan. udang pula 7 ekor = RM 4.00 sahaja. murahkan? udang size boleh tahan lah besar, size ibu jari akak yg gumuk nih..hehehe

kami ambil 5 ekor sotong yg bersaiz besar, 7 ekor udang (aku mkn 4, org lain mkn 2 je..hehehe) 2 ekor ikan selayang (aku & bff sorang satu), ais kacang, ais jagung, air kelapa, keropok lekor (dari kedai BTB2209) dan buah salak yg yana bawa. sedap & kenyang giler!!!!


cuma yg tak brp syioknya, nak ambil makanan tu kira siapa cepat, cergas & tak segan silu, dia yg dapat dulu. kena yg jenis pemalu, tak suka berhimpit2, maka putih mata lah jawabnya. sebab tiap kali sotong naik dari minyak dalam kuali, sekelip mata aje hilang. tak sempatlah sotong tu nak rehat2 dulu dalam dulang. 

brp harga total yg kami makan aku tatau sbb yana pegi bayar diam2. org belanja lagi, murah betul rezeki perjalanan kami kali ni. tapi aku sempatlah ambil harga utk beberapa makanan yg kami makan.

sotong 5 ekor = RM 35.50
udang 7 ekor = RM 4.00
ikan 2 ekor = RM 4.00 (Kalau tak silap dengar)


kira murahlahkan...puas makan & sedap. sos cili dia pun sedap, serba serbi sedaplah weiii pendek kata.  meh layan gambar pula...

abg. sham gigih menggunting sotong...

possing dgn sotong pun jadilah..

antara hidangan makanan ptg itu..



kak ma & family...

malam pula, kami lepak2 tepi pantai batu buruk. hampar tikar sambil sembang2. pantai batu buruk ni malam pun terang benderang sebab depa pasang lampu sportlight, jadi blh nmpklah kalo ada org nak buat hal berkepit2. aku, bff, kak ma & anak bongsu dia. konon2 menanti yana nak dtg bawa durian. tp disebabkan oleh sesuatu yg tak dapat dielakkan, yana lambat sampai. kami pula dah 2 jam lebih menanti terus pegi minum2 kat gerai dekat2 situ. lepas minum hantar kak ma balik, kami berdua pergi drive thru mekdi utk isi perut...heheheeh.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...