Thursday 21 June 2012

kisah durian siraja buah .....

..... sebelum mulakan entry ni, aku nk bgtau, ada beberapa entry yg tak mengikut turutan hari, ada yg dah jadi pekasam baru nak cerita....sebab??? aku tak berapa nak rajin dan ada beberapa gambar yg aku tak transfer dari DC & HP. 

ini cerita tentang king of fruits iaitu durian. kejadian adalah hari jumaat last week malam sebelum aku bertolak ke cherating. 

lia & fallah hantar aku balik rumah emak. lepas tu lia & mak sama2 sebut nak makan durian. maka selepas makan malam, lia & fallah pun keluar pegi beli. kalau nak tahu adik ipaq aku tu xmakan durian, begitu juga anak depa amsyar. kalo amsyar yg suka berdrama tu, siap main tekup2 hidung, buat muka & tak bagi ibu dia makan durian skali. 

tapi hari tu amsyar baik. dia kata "takpelah, amsyar bagi korang mkn durian..." tapi...bila plastik durian masuk dalam rumah mulalah dia main drama, dgn mulut membebel2, tekup2 hidung "habis satu kampung bau durian..." wakakaka budak ni lah kan....

maka mak, aku, lia, lina & anis mulakan operasi makan durian. apa jenis durian, aku tatau. rasanya ada musang king, ada durian kampung satu lagi tu apa tak pasti. yg aku tau semuanya adalah durian, dan rasa durian adalah sedap. 

malam tu aku masa tidur aku boleh demam. walaweiii esok pagi nk berjalan mlm blh demam, tulah mkn durian tak sedor diri. sebelum tu siap mkn nasi dgn sambal tempoyak lagi....wakakakakaakaka.

3 plastik beso durian...

perghhhhh....

aduhhhh keemasan warnanya....

ini je pic yg sempat ditembak, bila dah mula makan, tak ingat dah nak ambil gambar durian2 lain tu..makan lagi penting...okehhhh???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...