Saturday 30 June 2012

teringin sangat-sangat.....(2)

.....macam yang pernah aku post dulu, aku ni ada banyak benda yang teringin nak buat tapi tak kesampaian.  antara perkara yang aku tak pasti mampu atau tak terlaksana adalah BERENANG. 

nak kata aku tak pandai berenang sebab aku gemuk, adalah mustahil sebab ramai orang berbadan besar boleh aje berenang.

aku pernah cuba belajar berenang, ada aje kawan2 yg pandai berenang baik hati nak melatih aku. tapi perasaan takut & tak yakin kat diri sendiri tu yang membataskan kemampuan aku.

teringat masa pergi pulau perhentian tahun 2010 dulu. puaslah kak asmah, kak ani & adik boatman tu nak ajar aku berenang. bukan kata berenang, nak apungkan badan pun tak mampu.

masa nak pergi snorkeling pun, mujur ada safety jacket, kalau tak dah arwah agaknya. masa lompat dari boat pun kena ada org tunggu kat dlm air & jaga awak supaya tak lemas. 

aku sangat suka air. air laut, air sungai & air terjun aku memang suka. lagi2lah kalau laut, maklumlah, masa mak mengandung & lahirkan awak mak duduk kat terengganu lagi. menghadap pantai hari2. mungkin sebab tu sgt suka laut... hehehe...

akak & kawan2 kat opis ni pun pernah offer ajak pergi belajar berenang tiap hari rabu. tapi kalo masuk kolam kena pakai baju renangkan? mana nak ada size awak....huwaaaaaa

pic google

Friday 29 June 2012

daun misai kucing (Orthosiphon stamineus).....

.....menurut wikipedia pokok misai kucing adalah :  pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

sumber: wikipedia./ gambar: google




kat rumah mak memang ada tanam pokok misai kucing ni. bila pokok ni berbunga memang cantik, memang seakan2 misai kucing.

asalnya mak tanam suka2 aje pokok ni, elok pula tumbuh subur. pastu kalau sesiapa nak mak bagi aje. satu hari pergi klinik, doktor kata mak ada kencing manis awal. mulalah balik rumah mak jadi stress. hilang selera makan segala. 

teringat akan pokok misai kucing yang ditanam mak pun cuba amalkan. kalau boleh tak mau bergantung sgt dgn ubat klinik/hospital. daun misai kucing dipetik & jemur sampai kering, macam daun teh. lepas tu ambil segenggam (lebih kurang) daun misai kucing yang kering tu, rebus dengan 2 cawan air. rebus sampai anggaran air tu tinggal secawan lebih kurang. tapi mak selalu rebus lebih sebab nak suruh anak2 dia yang kuat makan & gumuk ni minum sama. cegah sebelum kena.

alhamdulillah...mak amalkan minum air misai kucing ni dalam 3-4 kali seminggu, dalam masa sebulan, bila cek semula kat klinik kencing manis tu dah hilang. sampailah ke hari ni. walaupun dah tak ada kencing manis, mak akan minum juga air misai kucing ni sesekali dalam 1-2 kali seminggu. aku pun kadang2 minum juga. takut juga kalau melekat penyakit tu. 

jadi, kepada sesiapa yang ada kencing manis bolehlah cuba. jiran2 aku pun ramai yang cuba dan dengan izin Allah penyakit diorang tu makin berkurangan dan ada yg dah sihat. org kata usaha selagi dayakan.

kat pasaran pun byk produk berasaskan daun misai kucing ni. lagi bagus tanam sendiri pokoknya. tak susah pun nak bela. selain boleh buat ubat, boleh juga cantikkan laman bila pokok ni berbunga. jimat pun jimat kan dari beli yang proses tu ;)

teringin sangat-sangat.....(1)

.....nak kayuh BASIKAL. kesian tau, dah besar panjang tua bangka macam ni basikal pun tatau nak kayuh. bukan basikal aje, apa2 sahaja kenderaan dua tayar aku adalah tak pandai nak bawa ~ nanges :'(

sejak kecik, memanglah mak tak ada beli basikal, masa tu bukan senangkan. ada pun masa adik nomboq 3 dapatlah basikal yang ada roda kecik sokongan kat belakang tu. 

lepas tu awak ni memang dari kecik dah badan beso, asal nak pegang basikal mulalah kawan2 provoke nanti jatuhlah, patahlah basikal tu. macam2lah kata2 yang tak memberi semangat langsung.

sudahnya sampai tualah aku tak pandai mengayuh. gamaknya kalo aku cuba mengayuh sekarang, harus pecah kepala lutut sebab tak pandai imbang badan. 

alangkah seronoknya kalau boleh mengayuh, pagi2 atau petang, hari2 cuti atau lepas kerja, boleh juga kayuh basikal keliling kawasan rumah. dapat gak bakar kalori. apakan daya, lagi tua lagi tak berani nak ambil risiko dan tak berani mencuba.



p/s ~ pernah membonceng basikal tua yang arwah tok wan bawa diperlis dulu. rinduuuuuuuuu zaman kecik-kecik dulu bersama tok wan.

gambar: sumber Google

celoteh pagi ini 29.06.12.....

.....Assalamua'laikum, salam pagi jumaat. Semoga kita semua sihat sejahtera, hati tenang juga ceria dan mudah-mudahan Allah lapang dan permudahkan perjalanan hidup kita hari ini dan hari-hari akan datang. Amin.

tak ada apa yang nak celotehkan sangat pun pagi ni. nak cerita pasal diet, memang tak bolehlah sebab makan dari pagi sampai malam tak berhenti2. senaman tu adalah buat juga setiap hari, masih lagi buat yang ringan2...yang tak pernah tinggal wall push up tu lah.

dua hari lepas cubalah konon nak buat berlari setempat. lari slow2 aje...lari2 anak gitu...sekali, nah kau, pergelangan kaki kanan dah berdenyut2.

masa nak naik tangga naik ke bilik atas, dah macam  nak tercabut tempurung lutut sebab menahan sakit kat pergelangan kaki. adoilah, baru nak upgrade sikit senaman, dah jadi mcm tu. tandanya kena buat senaman bentuk lainlah pula. kaki masih tak okay utk buat kerja berat. boleh berjalan perlahan pun syukur Alhamdulillah.

Puasa pula, sepanjang minggu ni adalah tak dibuatnya. teruk sungguh, konon nak puasa isnin - khamis, tapi ada ajelah alasan. :(

kena juga puasa ni, kalau tak makan tak henti2. semalam dah bebelkan sahabat baik sendiri yang dah kena penyakit darah tinggi. maybe sebab dia stress dengan kerja, dengan keselamatan rumah. kena pula kalau part makan memang sukar nak berkawal. memang jadi penyebab sajalah nak melekat penyakit.

bebelkan orang pandai, diri sendiri tak pula nak jaga elok2. maka kawan2 sekalian, jom intai tahap kesihatan kita. jom lancarkan kempen hidup sihat keluarga bahagia. jadi jgn pantau makan & kesihatan utk diri sendiri sahaja, pantaulah seluruh keluarga.

yang ada family tu, esok lusa hari cuti, bawalah anak, isteri, suami, emak, ayah & adik2 ke taman/tasik. beriadah beramai2 lebih seronok. sihat dapat, bahagia pun dapat...kannnnnnn...heheheehe.





gambar : sumber Google.

Thursday 28 June 2012

percutian cherating - terengganu (siri akhir)

.....hishhh...letih juga nak menyiapkan artikel majalah siri penjelajahan yang tak seberapa ni. rasanya macam takde banyak aktiviti, tapi jurnal perjalanan kenmain byk....

hari terakhir kami kat batu buruk pun tiba (baca dgn nada sayu pilu ye). lepas solat subuh, aku & bff bergegas ke tepian pantai, nak menikmati panorama matahari terbit. 

tak byk gambar yg boleh dikongsi sbb masih belum transfer gambar yg dlm DC. 






  


lepas ambil gambar & rendam2 kaki dalam air laut kami pun cargas pegi cari makan. pagi tu makanan adalah dihidang secara buffet. antara menu yang ada ialah nasi kuning lawan gulai ikan aya/tongkol, kueh tiaw & mee goreng, roti bakar & cereal (biasalah tu kan), mee kari, kuih (tatau nama apa, akok kot) & buah tembikai.

aku mula2 ambil nasi kuning & gulai ikan sikit utk rasa, mmg sedap. bff ambil kueh tiaw goreng. pastu aku ambil pula mee kari sikit (mee 5-6 urat aje) pun sedap juga. pastu roti bakar 2 keping. air tetap kopi pojaan hatiku. 

kenyang mkn masuk bilik, kemas apa yg patut, baring2 kejap sambil tgk tv. kami keluar dari BBBR dekat jam 11 pagi. dlm perjalanan balik kami singgah dibeberapa tempat utk beli buah tangan. 





  





which step have u reached today???

..... Assalamua'laikum....salam ceria, semoga hari ni baik-baik aje kepada semua ya.

tak mau bebel panjang lebar, kerja banyak hari ni...hehehe...yeahhh ada kerja...



ditangga manakah anda hari ini??? saya??? masih dianak tangga kelima...i'll try to do it!! yeahhh chaiyokk...gambatte kudasaiii!!!!!!

Wednesday 27 June 2012

.....dimanakah LATVIA?

.....al-kisahnya masa aku cek pengunjung utk blog aku ni...adalah terselit nama negara LATVIA. mungkin org lain tahu dan pernah dengar tentang negara latvia ni. tapi bagi aku ini adalah kali pertama. yer lah...subjek geografi aku kelaut.... :'(




maka merujuklah aku kepada google utk mendapat lebih info pasal negara latvia ini. maka aku jumpa ini. 

jom...kita buat pengembaraan alam maya ke negara Latvia. korang anggaplah aku bawa korang bercuti sambil belajar utk entry kali ni ek...pejam2lah mata & bayangkan konon2 korang dah sampai sana...hehehehe...


gambar2 dari website tu nampak cantik aje tempatnya. nampak tenang aje. macam teringin nak pergi (ko semua pun teringin ek....)

meh kita layan gambo2 yg aku amek dari website tu & sumber google yg lain...












percutian cherating - terengganu (siri 8)

..... lepas ambil keropok lekor, kami meneruskan perjalanan utk memburu sotong celup tepung yang digilai oleh seantero donia (perghhh bukan main promo!)...dgr cerita dari abg. sham, asal angkat aje sotong dari kuali, tak sempat seminit habis semua sotong dari dulang....tu dia, aku dah bimbang kot2 tak sempat merasa.....

kat mana sotong celup tepung yang sedap tu??? jika anda ke terengganu, pergilah ke tepian pantai batu rakit, mengabang telipot (dekat2 jln belakang landasan airport).  disepanjang jalan tepi pantai memang ada byk gerai2 menjual makanan laut. carilah warung pok nong. tempat parkir kereta pun luas kat sebelah gerai tu. 


aku difahamkan waktu mula berniaga adalah dari jam 4 ptg. masa aku sampai pun dah penuh kereta & umat manusia. walaupun bukan cuti sekolah, pengunjung tetap ramai, itu tandanya makanan digerai itu sedap. oh ya, konsep kat kedai ni ialah, semua makanan laut (sotong, udang & ikan) digoreng celup tepung. selain tu ada mee goreng & keropok lekor juga.

'duta' warung pok nong pula...hikhiks

sampai2 aje mujur yana & suami dia dah cop tempat. budak berdua tu tgh sedap menghirup ais jagung yg nmpk yummy. tak tunggu lama, kami pergi kat meja hidangan. konsep dia, ambil pinggan, pilih makanan & tunjuk kat pok nong utk dikira harga. dia kira harga sotong aje sbb size dia ada besar & kecik. sotong tu pulak, potonglah sendiri dgn gunting yg disediakan. udang pula 7 ekor = RM 4.00 sahaja. murahkan? udang size boleh tahan lah besar, size ibu jari akak yg gumuk nih..hehehe

kami ambil 5 ekor sotong yg bersaiz besar, 7 ekor udang (aku mkn 4, org lain mkn 2 je..hehehe) 2 ekor ikan selayang (aku & bff sorang satu), ais kacang, ais jagung, air kelapa, keropok lekor (dari kedai BTB2209) dan buah salak yg yana bawa. sedap & kenyang giler!!!!


cuma yg tak brp syioknya, nak ambil makanan tu kira siapa cepat, cergas & tak segan silu, dia yg dapat dulu. kena yg jenis pemalu, tak suka berhimpit2, maka putih mata lah jawabnya. sebab tiap kali sotong naik dari minyak dalam kuali, sekelip mata aje hilang. tak sempatlah sotong tu nak rehat2 dulu dalam dulang. 

brp harga total yg kami makan aku tatau sbb yana pegi bayar diam2. org belanja lagi, murah betul rezeki perjalanan kami kali ni. tapi aku sempatlah ambil harga utk beberapa makanan yg kami makan.

sotong 5 ekor = RM 35.50
udang 7 ekor = RM 4.00
ikan 2 ekor = RM 4.00 (Kalau tak silap dengar)


kira murahlahkan...puas makan & sedap. sos cili dia pun sedap, serba serbi sedaplah weiii pendek kata.  meh layan gambar pula...

abg. sham gigih menggunting sotong...

possing dgn sotong pun jadilah..

antara hidangan makanan ptg itu..



kak ma & family...

malam pula, kami lepak2 tepi pantai batu buruk. hampar tikar sambil sembang2. pantai batu buruk ni malam pun terang benderang sebab depa pasang lampu sportlight, jadi blh nmpklah kalo ada org nak buat hal berkepit2. aku, bff, kak ma & anak bongsu dia. konon2 menanti yana nak dtg bawa durian. tp disebabkan oleh sesuatu yg tak dapat dielakkan, yana lambat sampai. kami pula dah 2 jam lebih menanti terus pegi minum2 kat gerai dekat2 situ. lepas minum hantar kak ma balik, kami berdua pergi drive thru mekdi utk isi perut...heheheeh.







Tuesday 26 June 2012

sepetang santai.....

.....bersama kawan-kawan....

masih hari yang sama iaitu ahad 24.06.12 yang lepas. seharian aku merayap. pagi dgn emak & adik, ptg dgn kawan2 pula....gaya mcm dah lama tak jumpa aje.

bukan dirancang pun, ptg tu bff sms ajak teman dia survey baju raya..maka aku pun on aje. memandangkan kalau kat rumah confirm aku akan tidur aje. lepas asar bff & cousin dia dtg ambil aku kat umah. tempat yg dituju adalah plaza alam sentral (PAS), shah alam.

mmg rambang mata tgk baju kurung & kebaya yang cantik2. harga pun okay. bermula dari sepasang RM 50. tapiiiiii....size aku adalah tiada. sadis sungguh. kalau acu kat badan mmg boleh lepas, tapi bila sarung tang  bahu & lengan...adalah gagal!!!...apa pun tak boleh....jgnlah menganyam mimpi disiang hari...takde makna aku boleh muat...

lepas ushar baju, kami ushar handphone pula. bff merancang nak tukar pakwe dia E71 tu kepada apa aku tatau. kami ni selalu ada kebetulan. model hp sama, sandal sama, baju sama. cuma pilihan utk bff adalah banyak sbb size dia kecik dari aku. mencikkkkk!!!!!!

puas ronda2 dari tingkat bawah sampai atas plaza alam sentral tu, kami pun lapar. pegi beli buah potong pastu kami melepak kat gerai popiah S.S. Ali diluar PAS. aku & bff order laksa utara, hajar order rojak pasemboq & tambahan popiah basah & goreng setiap 1 set. aku suka makan kat situ sebab angin keliling tempat tu kuat macam tepi laut. kedai tu tak payah sediakan kipas pun, sentiasa berangin.

meh layan pic yang tak seberapa sempat ditembak pada hari kejadian.

alololo pemalu tak saya...kehkehkeh!

aku & bff

gadangnye lengan aku...

hajar & bff

laksa kureng, kuah cair meleleh..

popiah adalah sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...