Showing posts with label herba. Show all posts
Showing posts with label herba. Show all posts

Friday, 29 June 2012

daun misai kucing (Orthosiphon stamineus).....

.....menurut wikipedia pokok misai kucing adalah :  pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

sumber: wikipedia./ gambar: google




kat rumah mak memang ada tanam pokok misai kucing ni. bila pokok ni berbunga memang cantik, memang seakan2 misai kucing.

asalnya mak tanam suka2 aje pokok ni, elok pula tumbuh subur. pastu kalau sesiapa nak mak bagi aje. satu hari pergi klinik, doktor kata mak ada kencing manis awal. mulalah balik rumah mak jadi stress. hilang selera makan segala. 

teringat akan pokok misai kucing yang ditanam mak pun cuba amalkan. kalau boleh tak mau bergantung sgt dgn ubat klinik/hospital. daun misai kucing dipetik & jemur sampai kering, macam daun teh. lepas tu ambil segenggam (lebih kurang) daun misai kucing yang kering tu, rebus dengan 2 cawan air. rebus sampai anggaran air tu tinggal secawan lebih kurang. tapi mak selalu rebus lebih sebab nak suruh anak2 dia yang kuat makan & gumuk ni minum sama. cegah sebelum kena.

alhamdulillah...mak amalkan minum air misai kucing ni dalam 3-4 kali seminggu, dalam masa sebulan, bila cek semula kat klinik kencing manis tu dah hilang. sampailah ke hari ni. walaupun dah tak ada kencing manis, mak akan minum juga air misai kucing ni sesekali dalam 1-2 kali seminggu. aku pun kadang2 minum juga. takut juga kalau melekat penyakit tu. 

jadi, kepada sesiapa yang ada kencing manis bolehlah cuba. jiran2 aku pun ramai yang cuba dan dengan izin Allah penyakit diorang tu makin berkurangan dan ada yg dah sihat. org kata usaha selagi dayakan.

kat pasaran pun byk produk berasaskan daun misai kucing ni. lagi bagus tanam sendiri pokoknya. tak susah pun nak bela. selain boleh buat ubat, boleh juga cantikkan laman bila pokok ni berbunga. jimat pun jimat kan dari beli yang proses tu ;)

Tuesday, 29 May 2012

Hempedu Bumi @ Andrographis Paniculata

.....seminggu dua ni kepala selalu sgt duk sakit2...tengkuk pun dah rasa lain macam...iyeee aku tahu aku ada tekanan darah tinggi...aku tahu aku kena kawal makan...aku tahu aku kena cukup tidur...dannnnn aku tahu aku tak jaga mkn, tak cukup tidur dan suka cari penyakit.

aku mmg tak pernah ambil ubat utk darah tinggi. ehhh ada..masa kat hospital nurse bagi adalah aku makan. lepas tu mmg aku tak sambung ambil pun, walaupun doktor suruh. degilkan!!! konon nak usaha kawal tekanan darah sendiri. hampeh!! takde maknanya.

apa yg aku selalu (bohong..xde lah selalu sgt) buat kalau kepala & tengkuk dah rasa lain macam??? aku akan petik daun hempedu bumi yang tumbuh subur kat pasu mak aku. pastu aku akan rendam dengan air panas. agak2 suam diminum begitu sahaja. rasanya??? adalah sangat pahit. tapi Alhamdulillah aku ni boleh pulak telan air pahit tu tanpa disulam dengan air manis atau air kosong. selalunya lepas minum air hempedu bumi ni, aku tak minum atau makan apa2 yg lain. 

kenal tak pokok hempedu bumi???

pokok hempedu bumi

apa khasiat dia??? ini yg aku dapat dari hasil google..khasiat hempedu bumi

Nama Tempatan: Hempedu bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Famili: Acanthaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand,India,Indonesia

Keterangan: 
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Kegunaan: 
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.

Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.


dah berbulan aku tak minum air hempedu bumi ni. dari last week duk bising2 kata nak petik daun tapi tak juga dipetik, padahal kat umah lia pun ada tanam pokok ni (ehsan dari emak..hehe).

sejak semalam makin menjadi-jadi pula rasa kat kepala & tengkuk ni, nampaknya balik nanti kena minum juga air hempedu bumi ni. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...