Tuesday 29 May 2012

Hempedu Bumi @ Andrographis Paniculata

.....seminggu dua ni kepala selalu sgt duk sakit2...tengkuk pun dah rasa lain macam...iyeee aku tahu aku ada tekanan darah tinggi...aku tahu aku kena kawal makan...aku tahu aku kena cukup tidur...dannnnn aku tahu aku tak jaga mkn, tak cukup tidur dan suka cari penyakit.

aku mmg tak pernah ambil ubat utk darah tinggi. ehhh ada..masa kat hospital nurse bagi adalah aku makan. lepas tu mmg aku tak sambung ambil pun, walaupun doktor suruh. degilkan!!! konon nak usaha kawal tekanan darah sendiri. hampeh!! takde maknanya.

apa yg aku selalu (bohong..xde lah selalu sgt) buat kalau kepala & tengkuk dah rasa lain macam??? aku akan petik daun hempedu bumi yang tumbuh subur kat pasu mak aku. pastu aku akan rendam dengan air panas. agak2 suam diminum begitu sahaja. rasanya??? adalah sangat pahit. tapi Alhamdulillah aku ni boleh pulak telan air pahit tu tanpa disulam dengan air manis atau air kosong. selalunya lepas minum air hempedu bumi ni, aku tak minum atau makan apa2 yg lain. 

kenal tak pokok hempedu bumi???

pokok hempedu bumi

apa khasiat dia??? ini yg aku dapat dari hasil google..khasiat hempedu bumi

Nama Tempatan: Hempedu bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Nama Lain: Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Famili: Acanthaceae
Lokasi dijumpai: Malaysia, Thailand,India,Indonesia

Keterangan: 
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Kegunaan: 
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.

Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.


dah berbulan aku tak minum air hempedu bumi ni. dari last week duk bising2 kata nak petik daun tapi tak juga dipetik, padahal kat umah lia pun ada tanam pokok ni (ehsan dari emak..hehe).

sejak semalam makin menjadi-jadi pula rasa kat kepala & tengkuk ni, nampaknya balik nanti kena minum juga air hempedu bumi ni. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...