Thursday 10 May 2012

apakah hobi anda???

.....assalamua'laikum...minasan..ohaiyo gosaimassu....ada sihat? kalo tak sihat cepat2 berjumpa dgn doktor anda, dapatkan ubat2an supaya sakit anda tidak berlarutan..sekian pesanan khidmat masyarakat anda..heheh

pagi ni aku nak bercerita pasal H.O.B.I. apakah hobi korang? kalo aku...dah tentu2 sejak sekolah rendah aku tulis membaca...okay2..masa darjah 1-3 kot aku tulis menyanyi & membaca...wakakaka menyanyi tu..kanak2kan..apa yg dia tahu..

aku dapat hobi membaca dari bonda ku....emak seorang yg sgt rajin membaca..seingat aku, masa tadika aku dah pandai membaca. sebab mak rajin ajar aku masa kat rumah.

antara buku2 yg aku suka baca masa sekolah dulu adalah siri2 penyiasatan..hardy boys, siri salma, 7 penyiasat & mcm2 lagilah...sampai aku pernah tulis dekat ruangan cita2 dlm kad pelajar nak jadi penyiasat..hahaha penyiasat hokay, bukan polis. begitu sekali pengaruh buku dlm cita2 aku. sampaikan bila tgk sesuatu yg mencurigakan mulalah kepala otak duk pk mcm2. cthnya nmpk rumah lama, aku tak pk pasal hantu, tp aku pk entah2 ada pengedar dadah buat rumah tu tpt simpan stok...kelassss kau zie..hahahaaha

selain dari siri penyiasatan, aku rajin juga baca koleksi novel mak aku. aku dah baca buku tenggelamnya kapal van der wijck tulisan prof. dr hamka masa sekolah rendah lagi. hambik ko..faham tak faham belakang cerita. satu lagi yg aku perasan, novel dulu2 byk bahasa indonesia. ada beberapa novel yg aku tak igt tajuk yg berbahasa seberang aku baca.

apa bagusnya hobi membaca ni? boleh penuhkan rumah kecil tiang seribu korang dgn buku & novel? boleh buat jualan murah novel2 yg byk tu bila tak cukup ongkos nak beli novel baru? kahkahkah hampeh tul. bg aku membaca ni satu kepuasan. mengumpul novel pun kepuasan yg besar.

aku bukan penggemar & pengumpul koleksi bag & kasut berjenama. jadi tak bolehlah buat perbandingan mcm mana kepuasannya membeli novel & membuat koleksi brg berjenama ni. aku ada seorang kwn yg sama hobi..iaitu bff akulah..kami selalu kongsi novel, beli novel & cerita psl novel sama2..sbb tu kami bff tau..

bercerita psl beli novel, apa novel paling mahal korang pernah beli? aku??? hahahaa ni kisah lucu...
masa tu umur aku 18 @ 19 kot. aku kena warded kat spital klang sbb 'young hypertension' selama 4 hari. hari aku nak kuar spital, ada pula buat jualan buku kat bawah spital tu. wahhhh sonoknye, tp aku sekeping duit 5sen pun xde dlm tgn.

aku ckp kat ayah nk pinjam RM 50. sebab masa tu ayah tgh sembang dgn kwn dia, redha aje ayah hulur kat aku. tahu apa aku beli dgn duit tu? sebuah novel dari ahadiat akashah, iaitu LAGENDA BUDAK SETAN...yeaahhh sila tepuk tgn. novel tu lebih tebal dari kamus ok. ayah tny beli buku apa, aku tunjuk cover novel tu. tau apa ayah aku cakap? "BUKU SETAN DIA BELI?!!!!" wakakaakaka kwn ayah aku dah gelak. apalah ayah aku tu kan, ada ke buku setan. aku senyum2 comel aje masa tu...aku kata nanti aku bayo balik duit dia..tp sampai skang aku xbayar & ayah tak tuntut duit tu...anggap hadiah org sakitlah ayah ye..hehehe

dah hobi membaca, mestilah ada juga penulis yg diminati ye tak? korang suka sapa? aku dulu suka sgt baca novel ahadiat akashah, zuraidah othman, norhayati berahim, shamsiah md nor, lamia aimal & penulis2 dari creative enterprise. masa tu buku creative & ghost writer lah yg byk pun. sekarang pula, penulis2 tu masih aku suka & ditambah dgn buku2 dari jemariseni. aku suka noor suraya, nazurah aishah, adileah, nasz, hlovate, iman xara, nirrosette, khairyn othman, ruby hazry, pingu toha.selain dr penulis jemariseni, penulis lain yg aku sgt2 suka termasuklah rose harissa @ nora ismail (buku dia semua best), lili haslina nasir, ramlah rashid & ramai lagilah..

aku xkisah siapa penulis janji ceritanya boleh aku terima. cerita yg boleh buat aku sengih, ketawa & nangis sampai bengkak mata...mmg hebatlah penulis tu. iye betul, aku pernah nangis sampai bengkak mata masa baca novel...malu??? ahhh xde istilah malu, dah sedih nangis je lah kan...hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...