Thursday 31 May 2012

31 MEI, hari tanpa tembakau sedunia...

.....Assalamua'laikum, semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahi rahmat dari Allah untuk hari ini dan hari-hari seterusnya..amin.

anda merokok? ayah, abang, adik, suami, tunang, pakwe dan sahabat-sahabat anda merokok? adakah mereka perokok tegar?


perokok bukanlah dari kalangan orang lelaki sahaja. sejak zaman dahulu orang perempuan pun sama naik merokok dengan orang lelaki, tak kira apa bangsa sekalipun, cuma mungkin jumlahnya tidak seramai orang lelaki. 
hari ni aku bukan nak cerita pasal kesan merokok kepada perokok dan orang sekeliling mereka. sebab dah keluar macam-macam iklan, pesanan khidmat nasihat dan penerangan yang kerajaan, NGO & ramai lagi orang dah buat. sampai dekat kotak rokok pun dah ada macam-macam pesanan & gambar-gambar ngeri diletak. tapi...susah nak cakap, tak ada kesedaran atau hidup-boleh-musnah kalau tak merokok tu.

apa yang aku nak ungkitkan adalah pasal mentaliti orang yang merokok. tak tahu diorang ni buta huruf, buta hati atau memang hati kering bila sanggup merokok dekat tempat-tempat awam yang ada tanda DILARANG MEROKOK / NO SMOKING. lebih-lebih kalau dekat hospital, restoran, kawasan sekolah & pejabat. 

paling aku sakit hati bila dengan selamba aje mereka ni merokok kat kedai makan. lagi pula kalau dekat-dekat dia duduk tu ada budak-budak. weiii kalau tak nak fikir pasal diri sendiri pun, fikirlah pasal orang lain. tak usahlah nak kira tekak awak aje, kalau pun menggigil urat saraf sebab nak sangat nikotin tu, silalah merokok kat luar, jauh dari manusia lain. 

macam pagi tadi masa sarapan, kedai yang aku makan tu ada sediakan ruang makan kat luar kalau orang nak merokok. tapi ada satu manusia ni, dengan selamba duk merokok kat ruang dalam yang berair-cond. sudah satu restoran bau asap, sakit kepala aku dibuatnya. lagi sakit hati berganda, dalam tu ada family yang bawa anak kecik. 


sila hormat orang lain kalau rasa nak orang hormat awak. kalau muka kacak bergaya macam pelakon popular tapi perangai hampeh, sikit pun awak tak nampak macho okay. hancur adalah. agaknya kalau ada anak sendiri esok, nak buat macam tu juga ke??


dah macam-macam jenis papan tanda orang buat untuk larangan merokok ni. tapi penat ajelah tukang buat gantung segala notis amaran ni. macam orang yang pacak larangan buang sampah, kat situ dipacak, kat situlah sampah dilonggok sampai membukit. memang buta hati sungguh manusia yang buat tu. elok sumpah jadi lori sampah aje bagus.


masa drive ke office tadi, aku dgr kat hot.fm isu merokok ni. ada sorang pemanggil cakap, dia dah 10 tahun merokok. satu hari dia cuba berhenti, dia simpan duit yang selalu dia guna buat beli rokok setiap hari. sebulan dia dapat simpan dekat RM 2K. siap boleh belikan apa yang isteri dia nak, bawa mak dia naik kapal terbang, dapat menyimpan dll.

iyer..korang yang merokok pun dapat penuhi segala kehendak dan keperluan family juga,  boleh naik kapal terbang, kapal layar segala, aku tahu tu. yang aku nak sampaikan kat sini, ialah penjimatan bila korang tak merokok. bukan jimat duit ringgit sebab tak beli rokok tu aje, juga jimat duit ringgit untuk kos perubatan bila korang atau family korang (mangsa hidu asap rokok) yang terlentang sakit nanti.

seperkara lagi, kalau nak merokok, sila duduk jauh dari orang lain, lebih-lebih lagi kat tempat awam. sila hormati manusia lain yang menghargai nyawa yang Allah pinjamkan ini.

hari ini, 31 mei 2012 adalah hari tanpa tembakau sedunia. berapa ramaikah manusia ketagih tembakau ini akan ambil kisah tentang hari ini?? 

(semua foto adalah dari sumber google.)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...