Friday 25 May 2012

saya budak kampung...episod 1

..... tiba-tiba rasa teringin nak mengimbau kenangan masa kecik-kecik dulu. iye, saya budak kampung. walaupun kampung saya tinggal tu adalah dekat dengan bandar. walaupun orang kampung saya selalu cakap saya budak KL. tapi hakikatnya tempat tinggal saya tetap bersuasana kampung.

sebenarnya emak dah ayah saya berasal dari dua tempat yang berbeza, seorang pantai timur dan seorang lagi utara.

ayah orang perlis (campuq siam belah tok) & emak pula orang terengganu. macam mana salasilah depa bertemu saya cerita lain kali nooo...hehehe

saya dilahirkan kat sebuah rumah kecil (bukan hospital ye) di batu buruk, kuala terengganu. bila umur saya dua tahun ayah bawa saya & emak merantau ke KL (padahal selangor). kami duduk kat rumah setinggan di Kg Lembah Subang (sebelah dengan Airport Subang).

kawasan setinggan kami ni suasana memang kampunglah. ada kaum melayu & india. penempatan kami ni dekat dengan estet kelapa sawit & getah (kawasan atas bukit).

tempat tinggal kami selalu dinaiki air banjir kalau sampai musim hujan. sebab tu semua rumah kawasan tu dibuat tinggi (bertiang & tangga). kalau dah banjir, bukan selipar aje hanyut, anak lembu pun pernah hanyut sampai tersangkut dalam rumah jiran.

teringat dulu pernah kena angkut utk pindah dalam tong drum
(pic google)

ini perkara paling tak best lepas banjir, belum bab kena cuci lumpur lagi
(pic google)

masa tu, sistem paip air kami pakai kongsi-kongsi. satu batang paip dekat tgh kampung, disalur dgn getah paip yang panjang, akan ditukar secara bergilir-gilir kat setiap rumah. (ramai yang ngelat curi air...sampai ada yang bergaduh pasal air tak sampai ke rumah).

selain paip air, ada juga inisiatif menggali perigi. tapiiii...airnya agak kotor. bolehlah guna kalau dah terdesak sangat. ada satu rumah tu rumah dia ada pam air, air bersih sangat, sejuk pula tu. kadang2 kami tumpang mandi kat umah pakcik tu, pakcik lasem nama dia. best...mmg sejuk & segar.

contoh pam air (pic google)

elektrik pula, kami bayar setiap bulan kepada seorang uncle india ni. dia ada generator besar dan akan sambungkan sumber elektrik dekat rumah-rumah yang sudi bayar pada dia. generator akan hanya dipasang dari jam 7 petang sampai 12 malam aje. subuh pula pukul 6-7 pagi kalau tak silap.

disyaratkan setiap rumah hanya boleh guna lampu, tv & kipas sahaja. tak boleh guna blender, iron & brg-brg elektrik lain yang memerlukan tenaga elektrik yg kuat.

tapi ada juga yang ngelat, guna blender & ironlah selalunya. bila ada rumah yang pakai benda-benda ni mesti kat rumah lain lampu & tv berkelip2..maksudnya adalah rumah yg dah tarik api lebih. silap2 letrik boleh terputus. sakit hati tau, kita baru nak layan cerita koboi dengan cerita V dekat tv.

cukuplah untuk episod pengenalan saya budak kampung ni ek. maaflah kot-kot ada yg bosan..ini adalah utk menggali balik zaman-riang-ria-suka-duka-pahit-manis saya membesar sebagai budak kampung. kami bukan asal dari keluarga senang dan mewah. itu yang saya nak tekankan kepada diri sendiri, nak ingatkan macam mana susah payah mak ayah besarkan saya. 

selain itu, ini adalah memori hidup saya. mana tahu satu hari nanti saya terlupa, cerita-cerita ini akan bawa saya kembali ke masa lampau saya. okay...saya dah terkena aura memory lane. japgi adalah yg menitis air mata terkenang zaman dolu-dolu..hahaha.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...