Showing posts with label apa-apa aje. Show all posts
Showing posts with label apa-apa aje. Show all posts

Wednesday, 2 April 2014

Makan-makan & aksi-aksi sayang disayang....

Assalamua'laikum....

Ini kisah semalam. Makan beramai2 dihari2 terakhir. Terima kasih kepada semua yang hadir. Tetiba terasa diri disayangi, ahaks! Yang paling tak sangka bos yang sorang lagi tu pun join sama...sy terharu tuan haji.  hehehe :)

Kepada kak norlat yang nampak sibuk 3-4 hari sebelum hari kejadian tu, terima kasih bebanyak atas segala susah payah. Walaupun akak sorok2 tapi instinct adindamu ini dpt merasainya, nampak sgtlah akak oiiii akak main nyorok2 meeting ngan diorang...hehehe..apapun sy sgt menghargainya.. 

ada byk nak taip tapi takut keyboard sy basah sbb paip pecah. lenlain sy ucapkan kat mulut aje la ek...heheheh.

kita layan gambo dulu...


jelitawan PPAMPS

dengan bos yg gojes & cik adik yg manes..

jelitawan PPAMPS

1st time manja2 makan dgn tuan haji

terasa chumill ai dlm pic ni..wakakaka



duta negeri2 Malaysia katanya..


tatau motip pic nih..haha


betui dak bos ai sporting..hehe


tima kaseh semua ^_^



Yang akan di rindui.....

Assalamua'laikum....

Hari ni hari terakhir kita bersama...tapi harapnya bukanlah pengakhiran selama2nya. Terakhir disini tapi masih boleh lagi jumpa ditempat lain, dimasa yang lainkan?

Sy pasti akan merindui anda semua...merindui saat kita berseronok, bersedih, bergaduh, buat ketupat bergurau dan segala2nya tentang kita. hambek!! ayat drama sangat..hehehe

Saya akan rindu :

  • Bertadarus & tazkirah dibulan Ramadhan.
  • Solat jemaah zuhur dan asar setiap hari.
  • Kita menayang skill memasak memasing (walaupun masak telor dadar aje pon hahaha).
  • Kita melepak kat Uncle K & Old Town pada waktu bekerja hari kita malas nak masak.
  • Korang melepak kat tempat saya sambil buat ketupat menceceh & makan2 (memang kerja kita makan ajekan...) 

  • pasni makan2 jgn lupa kat ai okehhh

  • Kita memekak sambil nyanyi lagi yenadei minachi ~ khas utk kanda norlat yg comeyy
  • Cekodok super sedap ~ khas utk puan zaba yang santek
  • Bergaduh sebab sentap kena perli. Mr K sy akan igt "Kungfu Panda" sampai bebila hahaha. (Bos sy tak ambik ati pun tau hahaha) ~ utk enche bos yg super sporting :P
  • Bergurau senda & bermanja ~ khas buat semua, Pn. Farah (bos yg super sporting dan jelita), Lia, Rini, Ekin, Rahmah, Ain & CC (ramai sgt nak sebut...gaya mcm ada yg nak bergurau & bermanja dgn ko kan??!!)

Okay, list dah cukup panjang. Tak yah letak byk sgt, kang nampak sgt takde keje lain (mmg xde keje pun) kat opis ni.  

Berbanyak terima kasih buat semua. Sayang korang ketat2...pasni nak buat gathering ke, jenjalan ke, upacara makan2 ke jgn lupakan sy tau. jgn lupa makanan akan jadi sedap kalo makan sambil tgk muka sy..hehehehe...

Tuesday, 1 April 2014

Claypot Lemak Cili Pada Daging Salai....

.....yang sgt yummeh....dibelanja oleh ketua pilot kat opis aku. Belanja sebab adindanya ini kuat makan (ahaks!!). Sebelum ni dah byk kali cerita sedap sedap sedap...akhirnya merasa jugaklah dibawa kesana selepas puas buat aksi merajuk. :P

nama kedai ialah Restoran Bunga Cengkih, di Dengkil. Tak jauh dari opis kami kat Cyber ni. Antara specialty kat restoran ni adalah Claypot Lemak Cili Padi Daging Salai & Claypot Asam Pedas.

Meh layan gambo yang tunggang terbalik tak sempat di edit..Yang ada hanyalah gambo lemak cili padi sebab takde sorang pun yang makan asam pedas semalam. kena mai lagi sekali next time pekena asam pedas pulak.

enche bos & ketua pilot yg sporting melayan sessi penggambaran. 



Claypot Lemak Cili Padi Daging Salai - ahli jemaah punye

Claypot Lemak Cili Padi Telor Itik - den punyo


Claypot Lemak Cili Padi Ikan Keli Salai - Enche Bos punye

Semua makanan adalah sedap belaka. Yang menambah kesedapan kat dalam lauk tu ada mangga muda selain sbb mkn free. Kecur air liur masa menaip ni, basah keyboard ahkak hehehe.

Set dia dalam anggaran dari RM 6.50 - RM 8.00 bersekali dengan nasi putih + sambal belacan + ulam + air sirap. Sesiapa yang nak cuba boleh pi cari kat area dengkil berdekatan dengan jirat cina, berdekatan dengan cendol durian borhan & kedai perabot cavenzi. jangan tanya alamat penuh sebab makcik sibuk buat ketopat bersembang kat dlm kereta. hahaha.

Monday, 24 March 2014

Menghitung Hari.....

....menghitung hari detik demi detik,
masa ku nanti apakan ada,
jalan cerita kisah yang panjang,
bukan puitis....

cenggituuuu....tetiba aje keluar lagu sedey khennn.... :'(

Tuesday, 31 December 2013

Yang tinggal hanya kenangan...2013

Iyer..hari ni hari terakhir utk tahun 2013. Macam2 yang kita lalui bersama. Ada pahit ada manis, ada ketawa ada menangis. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti, yang hidup ada yang pergi, yang tiada kini telah lahir kebumi. 

Lumrah kehidupan, umpama bumi yang berputar diatas paksi, kita juga tak pernah berhenti dikejar hari, usia makin meningkat, kehidupan kita makin singkat. 

Terima kasih kepada semua yang sentiasa bersama disaat senang ataupun susah. Terima kasih diatas setiap pengalaman yang berharga. Kepada keluarga yang tercinta, kalian adalah bunga yang sentiasa mekar dan wangi dalam hati ini.  semoga ikatan kita kukuh dan erat hingga bila2. Buat sahabat handai..kalian umpama rama-rama yang menemani sekebun bunga yang mekar ditaman. semoga persahabatan kita akan utuh hingga hujung nyawa.

Semoga 2014 akan diwarnai dengan ribuan nikmat & bahagia dari ALLAH s.w.t. Biarlah hari2 mendatang kita lebih baik dari hari yang sebelumnya. Teguhkan iman, teguhkan ukhuwah dan teruslah berdoa agar kita dijauhkan dari kesesatan. Amin.

Selamat tinggal 2013....

p/s ~ iya...saya dilanda jiwang hari ini..hehe (^_^)

Thursday, 16 May 2013

pulang dari bertapa.....

Assalamua'laikum.

lamanya menghilang. lamanya tak wat entry baru. gaya macam busy sgtlah kan. sepanjang menghilang ni mcm2 yang terjadi. antaranya...


lepak2 tgk ironman dgn insan tersayang ,")

pergi memangkah pada hari mengundi 

mula ganti puasa dari 1 rejab dan mengigihkan diri kembali menikmati makanan yang sihat...kehkehkeh..



selain dari itu, yang tak ada dalam gambar adalah, lia belanja makan kek sedap pada hari ibu. rasa macam ada lagi aktiviti lain, tapi entah kenapa boleh tak ingat. nampak sangat dah tua ~ DUSH!!

sejak 1 Rejab hari tu dah mula puasa sampai kehari ini. InsyaAllah nak lah sambung terus lepas habis ganti nanti dengan buat puasa sunat pula. dan Alhamdulillah sejak mula berpuasa aku dah pangkah besar2 nasi dan adik beradik karbo. mudah2an kali ini tak kelaut lagilah ek. baju semua ketat dah oiiii. 








Thursday, 25 April 2013

Gwiyomi sangat.....

GWIYOMI???

kuih apa pulak tu? tetiba aje sana-sini org sebut gwiyomi. kat FB belambak org buh video gwiyomi. katanya gwiyomi tu maksudnya "CUTE". memula aku igt nama kuih. sekali org buat muka/aksi cute rupanya. kalo cari kat youtube pun besepah-sepah dari pelbagai negara, dari budak kecik sampai ke tua bangka. dari yg comey sampai yg ke tua takde gigi pun ada. hambik ko. fenomena sangatkan...



nak cuba wat aksi gwiyomi? bulehlah study guide kat ateh ni. takpun cari kat youtube atau google aje. belambak uolls. dari yg betul2 cute sampai cute tahap nak muntah ijo pun ada jugak. waakakakaka.


sumber gambar: pokcik google.

Thursday, 18 April 2013

woittt gemok...bila ko nak kurus???

Assalamua'laikum...

apa kuang ajo beno tajuk ko pagi nih? nak mintak tapak tangan ke hapa ni? hahaha...

okeh, macam semalam, dalam kereta otw ke opis aku mmg dgr radio era. sentap hati suci akak ni tau bila topik pagi ni pasal "camner nak tegur pasangan/kawan yang gemuk"...dalam kata lain camner nak suh pasangan korang kuruskan badan tanpa dia menyentapkan (adakah perkataan ni dalam kamus??) hati.

kisah kat radio era tu, ada sorang mamat ni susah ati sbb wife dia yg cantik molek bersaiz S dulu dah bertukar jadi saiz XL. magika sangatkan. dulu tecik skang dah besar sikit. pastu dia minta nasihat mcm mana dia nak ckp kat wife yg dicintai itu utk menguruskan badan. dia risau kalo tegur nti wife dia kecik ati.

macam2lah idea yg keluar dari pendengar. ada yg kata salahkan sabun. contoh ayat - "yang sabun basuh kita tak eloklah kan sbb baju kita makin kecut" ~ bermaksud bila pakai ketatlahkan. takutlah tu bini sentap takmo makan. takpun bini hambat suh tidoq luaq. jadi biarlah sabun basuh yg tidak berdosa itu jadi kambeng hitam. kakakaka.

haaaa kalo perkara ini terjadi pada korang, apakah ayat2 sedap yang tak menyakitkan hati yg korang nak gunakan utk menegur pasangan atau kawan korang.

aku ni mmg gemuk ya. aku pun ada kawan2 & adik2 yg gemuk. dan aku pun selalu aje gurau2 dgn diorang pasal gemuk-kurus ni. contoh ayat aku pernah bg kat opismate aku yg nak balik sarawak raya nanti adalah "ko makanlah bebanyak kin, nanti ko naik flight senget sebelah," haaaa berkias tak ayat aku??? hahahahaa. itu gurauan aje ye. kawan aku tu pun redho aje bila aku ckp gitu. dlm ati tataulah sumpahan apa dia bg kat akukan. 

kat adik2 aku pulak aku slalu cakap gini "kalo dah takde baju nak pakai, amek aje baju aku yg byk dlm almari, ko pun dah nak sama size dgn aku dah"...kias sangatkan ayat2 cinta aku tu. hehehehe. bercakap mcm aku ni selim-melim ajekan. padahal..akak tetap menten membadak ye. 

aku sendiri pun ada gak org tegur suh kurus. aku igt ada abg jiran sebelah rumah tu. nama dia abg yim. contoh perbualan adalah dibawah.

AY: ogy kalo kurus mesti lawo.
aku: mana abg yim tau kalo org kurus nanti boleh lawo?
AY: sbb skang masa gemuk pun dah lawo kalo kurus mesti lagi lawo.
aku: maksudnya skang dah lawokan. so xyah kuruslah. manalah tau ilang lawo tu bersama dgn lelemak tu nanti.

khennnnnnn!!! logik tak? silap2 bila kurus nanti aku jadi mcm antu kak limah ke. mcm jerangkung dlm lemari ke. acaner??? dan2 tak nak dietkan. alasan sgtkan malas nak diet. hehehehe.

apapun kengkawan, marilah kita jaga kesihatan ya. berubahlah supaya jadi yang lebih baik. org tegur tanda org sayang. org nak kita sihat dan kalo cantik tu bonus besarlah kan. anggap aje org yg tegur kita tu seorang yang prihatin. kalo dia tegur cara yg menyakitkan hati pula, anggap aje dia tak pandai susun kata2. (tetiba pulak aku rasa baik beno aku pagi ni...hehehe)




Tuesday, 8 January 2013

Sebab kantoi diet.....

kenapa eh? duk kata nak diet, tapi dalam 7 hari mesti ada 3-4 hari kantoi. 

sebab??? tengah duduk ngadap monitor, seseorang cuit bahu i..ehhh apa ni cuit-cuit, kaco i nak layan baca blog...kehkehkeh...

"kak G, kang kita main masak2 ek."

"masak??"

"haah, aku bawak ni.." dia hulur plastik mesra..apakah???

cer teka apa dalam plastik ni..


sedikit hint..


taraaaaa...menariks sangat kannn...


sekali bukak ada MAMEE Chef perisa tom yam thai kau. hamekkk...kecur air liur terus. dah terbayang dah rasa kuah yang masam-masam pedas & mee yang kenyal2. perghhhhh...tak mampu nak tolak.

habislah..habislah...aku kena maki. org cakap gemuk nak emosi, pastu pantang kena goda terus cair. hahahaaha. alahhhh esoklah diet. boleh?? sekali lagi kena caci. dah 10 tahun cakap esok nak diet, tak juga kurus. 

ya para pembaca sekalian, bebudak kat opis aku ni ada satu perangai dimana, kalau bebudak ni tapau / bawak makanan, sure depa datang letak kat meja aku.

beli/bawak kek, goreng pisang, kuih-muih, keropok, cekelat, kacang, jajan entah hapa-hapa lagi tah, suma pakat2 nak letak tpt aku. nak lepak makan pun kat tpt aku yg sekangkang kucin aje tu pun.

yg gemok aku jugak. depa tu makan macam-macam tak gemuk pun. tak adil tau. menciiikkk...tapi aku percaya orang bagi makanan tu sbb sayang. murah rezeki i kan. hehehehe. 


Thursday, 3 January 2013

DOSA orang gemuk.....

.....iyer, besar DOSA menjadi orang gemuk ni. sebab itulah orang gemuk ni selalu menjadi mangsa kata nista dan bahan umpatan oleh orang-orangan manusia bertubuh kurus dan yang perasan kurus (baca: pun gumuk jugak!!!)

ada orang memang sejak kecik dah gemuk <=== itu aku. ada yang dah besar baru gemuk. ada yang lepas kahwin & lepas bersalin baru gemuk. lain orang, lain badan, lain hormon dan lain cara pemakanan. 

ada orang yang dapat pasangan suka makan dan jenis tak kisah dengan bentuk badan pasangan dia. ada orang yang pasangan dia sanggup sukat makanan sebab tak nak isteri/suami atau makwe/pakwe dia jadi gemuk.

ada orang yang suka pandang orang gemuk (percayalah!!! memang ada tau). ada juga yang menyampah + sakit hati tengok orang badan gemuk ni. kalau boleh nak zaasss aje dengan pedang samurai. khennnn..aku tau lah apa ada dalam hati korang tu (abaikan jika itu bukan anda).

ketahuilah, bahawasanya orang gemuk pun ada perasaan. kau baru pandang2 sinis dia dah tau apa ada dalam hati kau. apatah lagi kalau kau sok sek sok sek belakang dia pasal penampilan dia.

ketahuilah juga, orang yang gemuk pun ada keinginan dan USAHA untuk kurus. PERCAYALAH kalau satu hari nanti orang gemuk itu berjaya kurus, mungkin dia akan lebih sihat dari orang yang makan-apa-saja-tapi-tak-gemuk itu. 

memanglah ramai yang kata nak kurus dan nak diet tu selalunya maintan dengan badan dia yang cute. selalunya kantoi dalam diet dan tak boleh nak melawan nafsu. 

janganlah pula nak hukum kami-kami yang gemuk ni dengan kata nista. cuba bagi semangat, cuba sama2 bagi kata2 positif. ini tidak, kalau boleh kutuk biar sampai sigemuk tu nampak macam badut sangatkan. ko gelak2kan aje dia depan orangkan. pastu ko cakap badan ko ajelah yang cantik. ko dah tua pun pandai jaga badan. ko anak ramai pun badan menten kurus. ko cakap ko jaga badan ko semua ketat2 luar dalam. 

alolololo pandainya ko jaga badankan. tapi...saya nak cakap sesuatu ni, jangan kecik ati tau. lenkali, kalo keluar shopping sila beli deodorant dengan perfume ek. tiap kali lalu kat awak kita bau sesuatulah. wakakaakaka. ampun makcik. ehhh makcik ke kakak ek?? nape nampak cam tua sangat?? umo baru awal 40-an kan??? opppssss...

p/s - apa yang ditulis diatas hanya ditujukan pada org yg suka mengata org gemuk sahaja. bukan kepada org berbadan kurus. sebab aku tak dengki dgn org kurus. aku ada ramai kawan yg kurus dan mereka baik2 belaka. jadi jgn sentap tau ... peace ,")




Monday, 31 December 2012

Selamat Tinggal.....

Assalamua'laikum, salam pagi isnin, salam akhir tahun kepada semua.

Pejam celik, pejam celik, kita dah sampai penghujung tahun 2012. Sekejap aje dah nak jumpa tahun baru semula. 

Bila ditelek-telek, tercari-cari apa pencapaian terbaik aku tahun ni? Malu dekat diri sendiri sebab tak nampak dan tak tercapai apa yang dihajatkan.

Nampaknya tahun 2013 nanti tak payah buat azamlah ya. bawa aje azam 2012 ketahun depan. hahaha.

2012 - banyak pahit manis dalam hidup yang aku lalui. ada menangis ada ketawa. ada sedih ada gembira. apapun yang kita lalui itu semua pengajaran dalam hidup. 

tak naklah tulis panjang2. kering idea sebenarnya. terima kasih daun keladi kepada semua yang sudi singgah membaca tulisan merapu aku. harap maaf jika ada tulisan yang kasar dan mengguris perasaan. jom kita doa yang baik2 utk kehidupan kita tahun depan. 

Sayonara 2012. 




Friday, 7 December 2012

Bila emak tak sihat.....

.....mulalah hati rasa tak sedap.

hari rabu lepas masa aku kat opis, lina WhatsApp bagitau Anis call dia suruh balik cepat. mak dah 2 hari batuk2 & semput. nampak teruk. (masa lina wassap aku tu dia dah sampai umah).

kata lina, sampai umah anis tengah nangis sorang2, mata & muka dah merah. mulalah rasa tak sedap hati. lagi2 bila lina kata mak tak nak pergi klinik. dia suruh aku call mak & pujuk. 

bila aku call, mak jawab dah ada & dah makan ubat. yang hospital bagi. katanya lagi, antibiotik yang hospital bagi tu sama aje dengan yang klinik bagi. sungguh2 mak tak nak pergi klinik. sabo ajelah. lepas tu sambil cakap mak nangis. mmg panik okeh..mak jarang nak nangis2 nih.  

memandangkan adik2 aku mcm panik aje, aku balik umah mak terus lepas kerja. mak duk terbaring dengan nafas naik turun. mak cakap kenapa balik, mak ok aje. ok apanya?? mak dah jarang kena asma teruk macam dulu. bila sekali kena mmg nampak teruk sgt. 

mungkin sebab demam, batuk & sakit tekak buat mak nampak over teruk. aku pujuk lagi ajak mak pergi klinik, katanya tak payahlah. puas pujuk tapi tak jln, aku pergi farmasi cari ubat batuk & asma (pil ventolin). sebab mak guna ventolin yang pam kat mulut tu aje. rasanya lebih elok kalau mak mkn pil kot. ubat batuk pun minta yang kuat & mengantuk, biar mak boleh rehat. 

kami belikan juga mak burger daging rusa kot selera mak terbuka sebab anis kata mak tak nak makan. tapi mak makan suku aje, itupun puas paksa dengan alasan nanti makan ubat asma sure menggigil kalau perut kosong.

malam tu memang tidur2 ayam sebab dengar mak batuk2. katanya satu badan sakit2, termasuklah perut sebab batuk teruk sangat. gilir2lah kitorang ni picit, urut & gosok badan mak sampailah dia tidur. 

esoknya pujuk lagi ajak pergi klinik sebab asma nampaknya tak kurang. takmoh jugak...alahaiii cakap banyak2 kang dia nangis pulak mcm semalam. kali ni pergi pulak klinik, belikan ubat asma yg biasa amik kat sana (semalam masa pergi farmasi lupa pasal klinik tu). beli juga air cap badak 4-5 botol & 100plus kot boleh kurangkan panas badan & demam mak. 

Alhamdulillah, petang semalam batuk dah kurang. malam dalam pukul 11.30 mak dah tak menggigil sejuk. siap minta makan sebab lapar. pagi tadi sebelum pergi kerja nampaklah dah kebah banyak sakit emak.

semoga emak cepat sihat. risau bila mak sakit, 3 hari tak keluar dari bilik. :'(


Wednesday, 31 October 2012

siaran tertunda ~ gambar perpisahan

masih lagi siaran tertunda. kisah kejadian adalah khamis minggu lepas iaitu 25/10/2012 bersamaan sehari sebelum hari raya Qurban. 

kisah ini adalah berkenaan sessi penggambaran kenang-kenangan gitu. sorang opismate nak berhenti kerja. yang nak berhenti tu pula jiran sebelah tempat duduk aku. terasa jugalah bila dia tak ada. sunyi hidup tak ada jiran ni..sob..sob..sedihhh...

memandangkan dalam mood nak sambut raya, bos pula bagi 1/2 day. sambil menanti masa balik, kami pun menggedik2 depan kamera. 

gambonya banyak..tapi sebab terlebih hormon remaja, banyaklah gambo yang aku tak masukkan..menggeletis sangattt kau, tak rela nak tunjuk kat org. yang terlepas kat bawah ni pun nampak sangat gediknya...hahahahaa...



Tuesday, 30 October 2012

siaran tertunda ~ juadah hari raya Aidiladha

Assalamua'laikum.

Ini adalah siaran tertunda. Bukan sikit-sikit punya tertunda, dah habis raya dah pun..hikhik...

sajalah nak tayang juadah kami masa pagi raya qurban yang pertama hari tu. kat rumah pun ada 5-1 orang aje. yang sorang pagi-pagi dah pergi kerja, maka masak sikit sudeh. dapat bagi jiran-jirang merasa sorang sikit jadilah.

kami (baca: emak) masak nasi dagang dengan lauk pengiringnya iaitu gulai ikan aya/ikan tongkol (org bandar panggil tuna) dengan acar timun. kuih pulak pulut lepa/pulut panggang. yummeh okey. part makan semua pun yummeh...hahahaaha...

moh nengok gambo yang tak seberapa ni ye. (^_^)


Friday, 12 October 2012

puteri kecik.....

Geramkan tengok muka dia. rasa nak picit-picit ajekan....


pandai pulak tu dia buat muka...hahahaa...


Wednesday, 10 October 2012

mulut jahat, tapi hati baik.....

.....serius, ini pengakuan berani mati bff aku, cikgu nieta. dia cakap dia ada mengata aku kat mak oly (makcik dia) yang aku ni mulut jahat, tapi hati baik. erkkkk....mulut aku jahat ek???

kah kah kah...memang aku sedar dengan masalah mulut aku ni yang tak ada insuran. sesuka hati ayam aje bercakap, tak fikir dan tak tapis dulu. main lepas aje apa yang aku rasa dalam hati masa tu.

sebab itulah aku kehilangan seorang sahabat yang terasa hati dengan kata-kata aku (yang aku rasa adalah betul). iya, bagi aku, pendapat yang aku luahkan adalah jujur dari hati. aku tak bermaksud untuk sakitkan hati dia, aku hanya nak dia sedar dari mimpi. 

mungkin cara aku keluarkan pendapat agak keras dan kasar. bagi seorang sahabat yang berhati lembut, dia terasa dan menjauh dari aku, selama-lamanya. sedihkan. inilah orang kata 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut persahabatan badan binasa'.

nak bercakap jujur pun susah, hati orang nak kena jaga. tapi bila cakap berlapik orang tak faham. bila kita nasihat orang marah. tapi bila bermasalah orang cari kita. jadinya???? duduk diam-diam jangan campur masalah orang. kalau orang nak bercerita kita dengar, kalau dia minta pendapat, cakap aje "aku buntu".

berbalik pada bff aku nieta ni, memang aku selalu aje cakap dekat dia dengan nada marah (baca: penuh kasih sayang). aku pegang apa yang mak aku selalu cakap. "orang marah kerana orang sayang. orang akan diam, bila dia dah tak nak ambil peduli pasal kita." itu tandanya??? orang dah tak sayang kitalah. lantak kitalah nak terjun dengan labu-labunya...khennnnn...

sepanjang 19 tahun berkawan dengan nieta, dia kenal aku siapa. dia tahu aku cakap sebab aku ambil berat. dia tahu aku ni tak pandai tapis ayat. dia tahu mulut aku pedas macam cili padi. dia tahu aku ni kalau dpt bagi  syarahan, kalah ahli politik. aku akan ckp tanpa henti sampai ada org boleh nangis, sampai ada org boleh jadi meluat nak muntah dan sampai ada org benci. 

nieta ni sejak dulu suka kena marah (baca: manja) dengan aku. aku akan ada masa dia putus cinta, masa dia buntu hal study, hal kerja, hal kawan2, hal peribadi...dan aku akan jadi penasihat tak bertauliah dia. kadang bukan nasihat pun, batu api je lebih...ha ha ha...dush!!

kalau dia sakit pun aku paksa2 aje dia suruh makan ubat, suruh telan itu ini. .tapi minah cengeng (nieta, aku ngata ko ni, ahaks!) ni degil. pastu kena ceramah. kena marah. sebab tu dia ckp mulut aku jahat, tapi....hati aku baik. i is kembang uols. dia kata hati aku baik. ceh!!

apa pun, memang aku geram dgn mulut sendiri. geram sebab kadang2 memang ada rasa menyesal lepas terlepas sesuatu ayat. kadang2 tu cakap dengan emosi, cakap dalam keadaan marah. habis semua ayat yang tak best keluar. ayat bau longkang gitukan. pastu nak kena minta maaf, takpun, diam je, ego punya pasal. *_~

pasni kena hati2 lah masa bercakap. buat tambah dosa aje....kan ego tak reti nak minta maaf. huh!!

jangan iri hati.....

.....Assalamua'laikum.

kalau nak hidup dengan tenang dan gembira, jangan ada perasaan IRI HATI atau bersifat DENGKI dengan orang sekeliling kita. 

jangan tgk org beli kasut, baju, handbag, lipstik baru awak jeling. orang bergelak ketawa awak prasangka. orang tukar kereta baru awak mengata. memang tak seronoklah hidup. 




kita tak boleh hidup sorang-sorang dalam dunia ni. nak ada keluarga & kawan-kawan. kalau dah semua orang buat serba tak kena dimata kita, jadilah macam kera sumbang. kan tak best tu.

lapang-lapangkan hati, tenangkan jiwa. kalau tak boleh masuk dengan hidup orang lain, baik menjauhkan diri, jangan pula kita tak suka, kita mengata lepas tu kita yang dipulaukan orang.




kan bagus kalau hidup dengan kasih sayang, hati tak sakit, jiwa pun tenteram. kannnnnnnn :-D


sumber gambar: Google

Tuesday, 9 October 2012

jangan jeling-jeling.....

.....Assalamua'laikum.

suka tak pergi makan kat kedai? okay, kalau tak suka pun, kira pernahlah jugakan.

ingin diingatkan, kalau dah pilih kedai, masuk, order pastu makan diam-diam. jangan pandang dan jeling kiri kanan. kalau nak jeling dan perhati keliling, buat sebelum order dan makanan sampai. sebab bila dah makan baru nak pandang, nanti ternampak sesuatu yang tak sedap dilihat, mulalah tekak rasa mual. 

contohnya, kedai nampak bersih. org pun ramai. kita order roti canai. tukang buat roti canai pun nampak kemas aje. sekali masa nak bayar, tukar tebar roti canai yang datang kira. sekali tgk KUKUnya panjang dan bekarat. errrkkkk....kembang tekak mak noks....hahahaahaha...

moral of the story, jangan jeling-jeling lepas makan. kalau ternampak yang tak sedap dipandang tu, relakan sahajalah, dah masuk perut pun. (>_<")

Thursday, 27 September 2012

hilang dalam kelam.....

Assalamua'laikum...

"hidup ni hanya satu persinggahan. nyawa ini hanya dipinjamkan. kisah kita masih panjang, jika bukan disini dibumi ini, kisah akan bersambung disana nanti, kehidupan yang abadi."

Kenapa ek? tetiba aje buat ayat macam tu? entah...aku sendiri tak tau. tup-tup ayat tu berlegar-legar dalam kepala. jangan tanya apa aku tengah fikir, sebab aku sekarang tak rasa nak fikir apa-apa. tak rasa nak memberatkan kepala dengan hal apa pun.

penatkan. hidup ni penat kalau kita rasa ianya memenatkan. kalau kita rasa apa yang kita buat tu menyeronokkan, membuat hati kita rasa lapang, perasaan kita rasa senang, maka bahagia aje yang kita rasa.

macam mana nak cari bahagia? kat mana nak cari ketenangan, keseronokkan dan rasa bahagia itu?

macam berat ajekan persoalan. sebab tu aku malas nak fikir. macam mana sekalipun hidup mesti diteruskan. selagi Allah pinjamkan kita nyawa ni, kenalah kita gigih membawa diri. melawan arus kehidupan dan dugaan yang datang, kan?

cuma satu yang kena ingat, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. kalau rasa diri kita tak cukup baik, berusahalah untuk berubah. ini peringatan utk diri aku sendiri. aku sedar yang aku tak cukup baik, aku tak pernah sempurna, aku tak mampu nak bersaing dan berada ditempat yang org lain capai. tapi aku akan pastikan walaupun aku tak mampu berada ditangga yang org lain daki, aku tetap tak akan biar hidup aku jatuh sampai menyusahkan org lain, InsyaAllah.

seperkara lagi, harus ingat bahawa tak semua yang kita impikan boleh jadi kenyataan. kalau kita tak dapat apa yang kita inginkan, maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada. nikmatnya rasa syukur dan redha tu, akan membuatkan nasi lauk kicap dan ikan masin rasanya lebih sedap dari kambing golek. 

percayalah, manusia tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia dapat. sebab kita dibekalkan dengan nafsu. perasan tak, kita selalu teringin dengan apa yang org ada. bila kita dah dapat, rasa seronok tu tak bertahan lama. kita akan kejar benda lain yang lebih sempurna. macam handphone. sekejap-sekejap keluar model baru, upgrade sana-sini. yang kita ni pun konon nak kejar teknologi. apa yang org pakai kita pun nak. tapi rasa teruja tu sekejap sangat. 

ehhhh...apa kena mengena tajuk 'hilang dalam kelam' tu dengan contengan kat atas ni?? suka ati akulah kan. janji ada tajuk. kehkehkeh...

p/s ~ harap maaf, tuan blog adalah pening hari ini. (^_^)




Thursday, 9 August 2012

berbuka @ Palm Garden IOI Putrajaya.....

.....Assalamua'laikum...

batuk & sakit tekak belum baik sepenuhnya. ubat batuk betul2 buat aku mengantuk sampai mood melayang-layang...tak tau nak update apa...godek-godek gambo jumpa sekeping dua agenda makan2 opis yang ditaja oleh...hehehe malas ah nak sebut. 

tempat kejadian adalah Palm Garden IOI Putrajaya. makanan macam biasa adalah pelbagai. tapi aku ambil lebih kurang aje. nasi tak sentuh. ambil lauk dua tiga jenis...of coz peberet akak udang jadi tumpuan. ngeeee...



si kecik kat depan tu comelll kan, anak kpd kwn opis..geram je tgk cantik sungguh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...