Showing posts with label gemuk. Show all posts
Showing posts with label gemuk. Show all posts

Thursday, 18 April 2013

woittt gemok...bila ko nak kurus???

Assalamua'laikum...

apa kuang ajo beno tajuk ko pagi nih? nak mintak tapak tangan ke hapa ni? hahaha...

okeh, macam semalam, dalam kereta otw ke opis aku mmg dgr radio era. sentap hati suci akak ni tau bila topik pagi ni pasal "camner nak tegur pasangan/kawan yang gemuk"...dalam kata lain camner nak suh pasangan korang kuruskan badan tanpa dia menyentapkan (adakah perkataan ni dalam kamus??) hati.

kisah kat radio era tu, ada sorang mamat ni susah ati sbb wife dia yg cantik molek bersaiz S dulu dah bertukar jadi saiz XL. magika sangatkan. dulu tecik skang dah besar sikit. pastu dia minta nasihat mcm mana dia nak ckp kat wife yg dicintai itu utk menguruskan badan. dia risau kalo tegur nti wife dia kecik ati.

macam2lah idea yg keluar dari pendengar. ada yg kata salahkan sabun. contoh ayat - "yang sabun basuh kita tak eloklah kan sbb baju kita makin kecut" ~ bermaksud bila pakai ketatlahkan. takutlah tu bini sentap takmo makan. takpun bini hambat suh tidoq luaq. jadi biarlah sabun basuh yg tidak berdosa itu jadi kambeng hitam. kakakaka.

haaaa kalo perkara ini terjadi pada korang, apakah ayat2 sedap yang tak menyakitkan hati yg korang nak gunakan utk menegur pasangan atau kawan korang.

aku ni mmg gemuk ya. aku pun ada kawan2 & adik2 yg gemuk. dan aku pun selalu aje gurau2 dgn diorang pasal gemuk-kurus ni. contoh ayat aku pernah bg kat opismate aku yg nak balik sarawak raya nanti adalah "ko makanlah bebanyak kin, nanti ko naik flight senget sebelah," haaaa berkias tak ayat aku??? hahahahaa. itu gurauan aje ye. kawan aku tu pun redho aje bila aku ckp gitu. dlm ati tataulah sumpahan apa dia bg kat akukan. 

kat adik2 aku pulak aku slalu cakap gini "kalo dah takde baju nak pakai, amek aje baju aku yg byk dlm almari, ko pun dah nak sama size dgn aku dah"...kias sangatkan ayat2 cinta aku tu. hehehehe. bercakap mcm aku ni selim-melim ajekan. padahal..akak tetap menten membadak ye. 

aku sendiri pun ada gak org tegur suh kurus. aku igt ada abg jiran sebelah rumah tu. nama dia abg yim. contoh perbualan adalah dibawah.

AY: ogy kalo kurus mesti lawo.
aku: mana abg yim tau kalo org kurus nanti boleh lawo?
AY: sbb skang masa gemuk pun dah lawo kalo kurus mesti lagi lawo.
aku: maksudnya skang dah lawokan. so xyah kuruslah. manalah tau ilang lawo tu bersama dgn lelemak tu nanti.

khennnnnnn!!! logik tak? silap2 bila kurus nanti aku jadi mcm antu kak limah ke. mcm jerangkung dlm lemari ke. acaner??? dan2 tak nak dietkan. alasan sgtkan malas nak diet. hehehehe.

apapun kengkawan, marilah kita jaga kesihatan ya. berubahlah supaya jadi yang lebih baik. org tegur tanda org sayang. org nak kita sihat dan kalo cantik tu bonus besarlah kan. anggap aje org yg tegur kita tu seorang yang prihatin. kalo dia tegur cara yg menyakitkan hati pula, anggap aje dia tak pandai susun kata2. (tetiba pulak aku rasa baik beno aku pagi ni...hehehe)




Thursday, 3 January 2013

DOSA orang gemuk.....

.....iyer, besar DOSA menjadi orang gemuk ni. sebab itulah orang gemuk ni selalu menjadi mangsa kata nista dan bahan umpatan oleh orang-orangan manusia bertubuh kurus dan yang perasan kurus (baca: pun gumuk jugak!!!)

ada orang memang sejak kecik dah gemuk <=== itu aku. ada yang dah besar baru gemuk. ada yang lepas kahwin & lepas bersalin baru gemuk. lain orang, lain badan, lain hormon dan lain cara pemakanan. 

ada orang yang dapat pasangan suka makan dan jenis tak kisah dengan bentuk badan pasangan dia. ada orang yang pasangan dia sanggup sukat makanan sebab tak nak isteri/suami atau makwe/pakwe dia jadi gemuk.

ada orang yang suka pandang orang gemuk (percayalah!!! memang ada tau). ada juga yang menyampah + sakit hati tengok orang badan gemuk ni. kalau boleh nak zaasss aje dengan pedang samurai. khennnn..aku tau lah apa ada dalam hati korang tu (abaikan jika itu bukan anda).

ketahuilah, bahawasanya orang gemuk pun ada perasaan. kau baru pandang2 sinis dia dah tau apa ada dalam hati kau. apatah lagi kalau kau sok sek sok sek belakang dia pasal penampilan dia.

ketahuilah juga, orang yang gemuk pun ada keinginan dan USAHA untuk kurus. PERCAYALAH kalau satu hari nanti orang gemuk itu berjaya kurus, mungkin dia akan lebih sihat dari orang yang makan-apa-saja-tapi-tak-gemuk itu. 

memanglah ramai yang kata nak kurus dan nak diet tu selalunya maintan dengan badan dia yang cute. selalunya kantoi dalam diet dan tak boleh nak melawan nafsu. 

janganlah pula nak hukum kami-kami yang gemuk ni dengan kata nista. cuba bagi semangat, cuba sama2 bagi kata2 positif. ini tidak, kalau boleh kutuk biar sampai sigemuk tu nampak macam badut sangatkan. ko gelak2kan aje dia depan orangkan. pastu ko cakap badan ko ajelah yang cantik. ko dah tua pun pandai jaga badan. ko anak ramai pun badan menten kurus. ko cakap ko jaga badan ko semua ketat2 luar dalam. 

alolololo pandainya ko jaga badankan. tapi...saya nak cakap sesuatu ni, jangan kecik ati tau. lenkali, kalo keluar shopping sila beli deodorant dengan perfume ek. tiap kali lalu kat awak kita bau sesuatulah. wakakaakaka. ampun makcik. ehhh makcik ke kakak ek?? nape nampak cam tua sangat?? umo baru awal 40-an kan??? opppssss...

p/s - apa yang ditulis diatas hanya ditujukan pada org yg suka mengata org gemuk sahaja. bukan kepada org berbadan kurus. sebab aku tak dengki dgn org kurus. aku ada ramai kawan yg kurus dan mereka baik2 belaka. jadi jgn sentap tau ... peace ,")




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...