Thursday 27 September 2012

filem untuk tiga hari.....

.....ini kisah petang semalam. menonton wayang dgn cik bff di MBO space U8.

untuk tiga hari ni diadaptasi dari novel penulis terkenal ahadiat akashah. dah lama dah aku baca novel ni, jadi teringin pulalah nak tahu macam mana bila difilemkan.



keseluruhannya, kami berpuas hati dengan jalan cerita. tak lari dari jalan cerita novel. jangan macam LBS dulu, agak menghampakan. 

dan disini, dgn ikhlas hati aku nak puji ayu raudah tu nampak sangatlah cantik dalam filem ni. aku sesungguhnya bukanlah peminat dia. malah dgn kontroversi segala tu, aku mmg tak berapa berkenan dgn dia ni. tapi dalam untuk tiga hari ni, ternyata ayu raudah berjaya bawa watak, dan dia nampak 'hot'. sapa dh tgk citer ni mesti tau apa maksud hot tu. hehehe. 



okay, secara ringkasnya cerita ni adalah tentang cinta. tentang perkahwinan yang dirancang hanya untuk 3 hari. sepasang kekasih (rashidi ishak & vanida imran) merancang utk berkahwin pada hari yang sama tetapi dengan org lain (pilihan keluarga).

merancang untuk berkahwin selama 3 hari sahaja, dan akan menceraikan & meminta cerai dari pasangan masing-masing pada hari ketiga.



vanida berkahwin dengan afdlin & rashidi berkahwin dgn ayu raudah. dalam tempoh perkahwinan 3 hari tu, macam2 caralah vee & shidi ni buat supaya tak jadi apa2 dgn suami isteri diorang. part ni kelakar ada, kesian pun ada. 

penyudahnya, pada hari ketiga lain dirancang lain yg jadi. nak tau apa jadi?? silalah pergi tgk sendiri. tak acilah kan, kalau dah cerita tak best dah nak pergi tgk ,")

hilang dalam kelam.....

Assalamua'laikum...

"hidup ni hanya satu persinggahan. nyawa ini hanya dipinjamkan. kisah kita masih panjang, jika bukan disini dibumi ini, kisah akan bersambung disana nanti, kehidupan yang abadi."

Kenapa ek? tetiba aje buat ayat macam tu? entah...aku sendiri tak tau. tup-tup ayat tu berlegar-legar dalam kepala. jangan tanya apa aku tengah fikir, sebab aku sekarang tak rasa nak fikir apa-apa. tak rasa nak memberatkan kepala dengan hal apa pun.

penatkan. hidup ni penat kalau kita rasa ianya memenatkan. kalau kita rasa apa yang kita buat tu menyeronokkan, membuat hati kita rasa lapang, perasaan kita rasa senang, maka bahagia aje yang kita rasa.

macam mana nak cari bahagia? kat mana nak cari ketenangan, keseronokkan dan rasa bahagia itu?

macam berat ajekan persoalan. sebab tu aku malas nak fikir. macam mana sekalipun hidup mesti diteruskan. selagi Allah pinjamkan kita nyawa ni, kenalah kita gigih membawa diri. melawan arus kehidupan dan dugaan yang datang, kan?

cuma satu yang kena ingat, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. kalau rasa diri kita tak cukup baik, berusahalah untuk berubah. ini peringatan utk diri aku sendiri. aku sedar yang aku tak cukup baik, aku tak pernah sempurna, aku tak mampu nak bersaing dan berada ditempat yang org lain capai. tapi aku akan pastikan walaupun aku tak mampu berada ditangga yang org lain daki, aku tetap tak akan biar hidup aku jatuh sampai menyusahkan org lain, InsyaAllah.

seperkara lagi, harus ingat bahawa tak semua yang kita impikan boleh jadi kenyataan. kalau kita tak dapat apa yang kita inginkan, maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada. nikmatnya rasa syukur dan redha tu, akan membuatkan nasi lauk kicap dan ikan masin rasanya lebih sedap dari kambing golek. 

percayalah, manusia tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia dapat. sebab kita dibekalkan dengan nafsu. perasan tak, kita selalu teringin dengan apa yang org ada. bila kita dah dapat, rasa seronok tu tak bertahan lama. kita akan kejar benda lain yang lebih sempurna. macam handphone. sekejap-sekejap keluar model baru, upgrade sana-sini. yang kita ni pun konon nak kejar teknologi. apa yang org pakai kita pun nak. tapi rasa teruja tu sekejap sangat. 

ehhhh...apa kena mengena tajuk 'hilang dalam kelam' tu dengan contengan kat atas ni?? suka ati akulah kan. janji ada tajuk. kehkehkeh...

p/s ~ harap maaf, tuan blog adalah pening hari ini. (^_^)




Wednesday 26 September 2012

Panggilan Haji.....

Pic Google


.....Assalamua'laikum.

Kalau tak silap sejak dari munggu lepas dah mula berangkat para jemaah yang bakal menunaikan Rukun Islam yang kelima ketanah suci. 

Ehhh, bukan ada ahli keluarga aku yang kesana tahun ni. yang nak dicerita kat sini, dah dua hari berturut-turut aku bersaing dengan bas yang membawa para jemaah ke KLIA. kami bertembung kat lebuhraya PLUS - ebor/batu tiga.

Semalam hairan juga kenapa polis trafik ramai-ramai duk suruh semua kenderaan ketepi. orang besar manakah yang nak lalu?? pagi2 buta pula tu. sekali bederet-deret bas plusliner (dalam 10-12 biji), ambulan, dengan kenderaaan pengiring dari tabung haji, termasuk polis trafik lalu. 

Wahhhh...seronok + touching akak tau. rasa berbesar sangat hati dapat mengiringi (walaupun bukan sampai KLIA) para jemaah yang nak ketanah suci tu. dalam hati ni perasaan bercampur baur, gumbira + sedih sebab terfikir, dapat ke mak aku sampai sana? dapat ke aku jejak kaki kesana??

semalam adik ipar aku drive. hari ni dia tidur kat sebelah, boleh pulak tgh drive aku duk meleleh air mata. huhuhu...mujurlah org sebelah tidur, tak sedor air mata kak ipaq dia melelehkan. kalo tak harus dia pelik. 

kepada semua jemaah yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini, aku doakan semoga Allah berikan mereka kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan ibadah dan mendapat haji yang mabrur. juga aku berdoa, semoga aku, emak dan seluruh ahli keluarga dan sahabat kami, dapat menjejakkan kaki ketanah suci untuk menunaikan rukun islam yang kelima itu. InsyaAllah. 




Monday 24 September 2012

makanan tambahan (supplement)... perlukah?

.....Assalamua'laikum. Sihat?? Aku sejak minggu lepas, sakit tekak + selsema + batuk. ehhh selalu ek aku duk kata aku ni tak sihat. memanglah, aku pun perasan bahawasanya badan aku ni lemah. senang kena penyakit. huh! tak suka.

pagi ni, aku dengan kawan meja sebelah duk sembang pasal makanan tambahan. pasal pengambilan multi-vitamin, kolagen, untuk tulang, kulit, kesihatan dan tentulah nak nampak cantik jugakan. tertanya-tanya sama ada perlu ke nak ambil vitamin segala ni?

memandangkan umur dah banyak, dengan keadaan pemakanan yang tak teratur, udara yang semakin tak sihat dan macam-macam sumber yang boleh melemahkan daya ketahanan badan, maka kami rasa perlulah juga. lebih-lebih macam aku yg suka sakit ni kan.

cerita pasal vitamin..teringat pula perangai aku yang suka melepak kat farmasi. kalau masuk farmasi aku suka aje duk kat kaunter makanan tambahan dengan vitamin segala tu lama-lama. suka pula nak baca pasal produk tu, lepas tu teringin nak cuba semuanya. 

mujur jugalah harga vitamin segala tu boleh tahan gak mahalnya. kalau jual macam rege gula-gula, 10sen dapat 2 biji, dah semua aku borong. kahkahkah.

dolu-dolu aku rajin amalkan evening primrose oil. sebab aku pernah dengar orang kata EPO ni bagus utk kaum wanita. lepas tu jemu nak makan, aku berhenti bila stok terakhir dah habis. 

sejak sebulan dua ni, aku amalkan pula minum kolagen & cosway bio protin tu. dengan harapan tulus ikhlas nak kulit jadi gebus. okay...i tau i dah tua dan tak gebu...hukhukhuk.

apa yang aku sedar, sejak ambil kolagen + bio protin tu, rambut aku yang sangat suka gugur itu dah semakin kurang kadar kegugurannya. kalo tidak penuh dalam bilik mandi rambut yang berguguran. kalau sikat rambut, bergumpal-gumpal rambut kat sikat, ngeri okeh..rambut makin nipis dan nak botak. sampai mak aku tegur. 

aku tengah menanti tindak balas kolagen ni kat kulit muka pula. harap bolehlah kulit muka ku menggebu macam kuih pau. hikhik...

lepas ni ku pikirin nak ambil vitamin C pula. mudah-mudahan barisan bala tentera dalam badan aku ni kuatlah melawan rasaksa penjahat yang suka menghantar penyakit kat badan aku ni. aku pernah terbaca tentang  keperluan vitamin C untuk tubuh. antaranya utk kecantikan kulit, melindungi dari penyakit kardiovaskular, untuk sistem imunisasi dll.

tang sistem imunisasi itulah yang aku cari. bersempena dengan itu, aku sedang meneliti vitamin C yang mana bakal ku telan. dah alang-alang aku jadi ahli cosway, balik kang aku ushar le katalog tu kot ada yang sesuai. pastu nak risik-risik kat abang google juga kalau ada testimoni yang menarik. (^_^)




Monday 10 September 2012

puding roti lagi.....

.....macamlah cik empunya blog ni tak pandai masak benda lain. balik-balik puding roti, pusing-pusing puding roti...muka pun dah kembang macam roti aje gayanyakan...kehkehkeh....

ini cerita sabtu minggu lepas. cik bff saya bagitau nak datang beraya sambil tengok baby zara aisyah. apalagi, balik dari kenduri tengahari tu, saya bergegas ke giant s.alam cari bahan nak masak. buntu betul bila fikir menu. org tak pandai masak memang macam ni, hati tu sgt suka nak jamu tetamu, tapi tak tau apa nak dijamu.

memula igt nak jamu meehoon goreng aje. pastu fikir balik, mcm biasa sgt meehoon tu (amboiii!!). sebab saya selalu sgt duk cerita pasal creamy carbonara & puding roti, tapi cik bff belum pernah rasa, maka saya ulang tayang masakan & menu yang sama. 

dalam masa 2 jam puding roti  & creamy carbonara siap dimasak. tak lupa oren sunquick...(ribena dah habis...tak kelassss ko jah..heheheeh)

puding roti + sos kastad
kali ini, puding roti saya disertakan dengan sos kastad. perghhhhh 1st time buat sos kastad terasa very the vanggalah konon sebab menjadi. lepas tu kali ni puding saya lebih cantik, gebu dan sedap dari yang sebelum ni (heh! perahsantan puji diri sendirik)

mungkin sebab saya guna fresh milk dan roti tu saya sapu dulu dgn butter sebelum direndam dengan susu. hasilnya, seloyang (anggaran size 12") puding roti saya habis dalam masa sepetang. weeeeeee apa lagilah yang diharapkan oleh si tukang masak kepada tukang makan, melainkan makanan dimasaknya habis licin. saya tak perlukan pujian, makan dengan senyuman pun dah seronok sgt. :)

kepada cik yatie bff, cik aja dan puan engku iza & hubbynya...terima kasih sebab sudi dtg rumahku. lenkali dtg lagi, ku masak lagi. kalo tak sedap tu anggap je lah korang tukang rasa hasil eksperimenku yer..hahahaah..

p/s ~ aku dgn mak mmg suka kalau ada org nak dtg makan2 kat rumah. rasa nak masak macam2 wpun tak berapa sedap. tapiiiiii...kami berdua ni tak larat sgt nak buat kerja renyah. maklumlah, badan bam bam...:'(


Thursday 6 September 2012

kek coklat kukus yummy.....

..... seperti yang janji ditepati dijanjikan semalam, hari ni saya nak kongsi resepi kek coklat kukus yang saya buat ahad minggu lepas. 

tujuan buat kek ni, pastilah sebab nak makan ye tak? satu lagi sebab nak bawa ke opis isnin esoknya utk geng-geng. sejak raya tak bawa satu jenis kuih pun ke opis. almaklumlah, 'banyakkkk' sgt buat kuih raya..kihkihkih...

bahan-bahan utk kek ni sama hampir macam yang pernah saya share dulu kat sini. cuma caranya aje berbeza sikit.

saya kukus guna bekas plastik ni aje, senang tak payah nak salin2 bekas, dah sejuk tutup terus...


Resepi 1: Kek Coklat Moist (Guna minyak)

Bahan-bahan:

- 2 cawan tepung gandum
- 2 sk baking powder
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula perang (gula pasir pun boleh)
- 1 cawan air 
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 3 biji telur
- sedikit esen vanilla

Cara-cara:

- Panaskan pengukus.
- Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat & serbuk koko.
- Dalam periuk, panaskan campuran air, susu pekat & gula. 
- Bila gula dah larut, masukkan minyak kacau sekejap dan sejukkan.
- Pukul telur dengan esen vanilla dalam mangkuk lain (saya pukul dgn garfu aje)
- Masukkan campuran tepung yang dah diayak kedalam larutan yang dimasak tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan telur yang dipukul tadi.
- Kacau rata dengan senduk supaya tak berketul-ketul.
- Masukkan dalam acuan, tutup dengan aluminuim foil dan kukus selama 1 1/2 jam.
- Sejukkan dan boleh dihias sesuka hati. Tapi saya tak hias pun, mkn gitu aje dah sodap. heheheeh...



Resepi 2: kek Coklat Moist (Guna Marjerin)

Bahan-bahan:

- 1 cawan tepung gandum
- 1 sk baking powder
- 1/2 sk soda bikarbonat
- 1 cawan marjerin yang dicairkan
- 3/4 cawan gula perang (gula pasir pun boleh)
- 1 cawan susu cair 
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan serbuk koko
- 2 biji telur
- sedikit esen vanilla

Cara-cara:

- Panaskan pengukus.
- Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat & serbuk koko.
- Panaskan susu cair & masukkan susu pekat (kacau hingga larut)
- Pukul telur dan gula hingga kembang.  
- Masukkan susu yang dah dilarutkan
- Masukkan marjerin cair & esen vanilla
- Masukkan campuran tepung yang dah diayak kedalam larutan yang dimasak tadi sedikit demi sedikit 
- Kacau rata dengan senduk supaya tak berketul-ketul.
- Masukkan dalam acuan, tutup dengan aluminuim foil dan kukus selama 1 1/2 jam.


Hasilnya lebih kurang sama. rasanya pula yang guna marjerin agak lemak-lemak masin. saya suka yang guna marjerin. rasanya yang guna minyak tu saya nampak secubit garam utk rasa lemak. ataupun memang dalam resepi ada garam tapi saya tak letak kot, boleh pula gitu??? hahahaha. itulah kekdahnya kalau jarang2 masak lepas tu resepi main hentam mana yang ingat. 

Wednesday 5 September 2012

resepi creamy carbonara edisi main campak-campak.....

.....Assalamua'laikum.

Lamanya ek saya tak menulis. sejak-sejak raya ni penyakit M menjadi-jadi. ngantuk tak usah kiralah, kejap-kejap menguap, gaya macam tak tido seminggu :P

ini siaran tergendala lagi. ahad minggu lepas hari rajin memasak saya. dah cari cuti tak kemana-mana, saya pulun duduk kat dapur godek-godek apa bahan yang ada utk dimasak.

saya buat 3 jenis makanan (tak termasuk nasi & lauk utk hari tu) ptg ahad tu.

1) Kek coklat kukus (guna marjerin)

2) Puding roti (di request oleh kwn opis yg mengidam)

3) Kek coklat kukus (guna minyak)

4) Creamy carbonara

kali ni saya nak kongsi resepi carbonara saya yang simple (baca: edisi malas) hehehehe...



Bahan-bahan:

1 paket pasta (saya guna jenis spiral) 
- panas kan air yang dicampur 2-3 camca minyak masak & secubit dua garam
- masukkan pasta dan rebus hingga masak/lembut.

Bahan-bahan kuah:
Minyak zaitun
2 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang basar - dipotong buah dadu
ayam/daging cincang (nak guna udang pun boleh)
bebola ayam (suka hati)
kacang peas (saya tak letak)
1 tin mushroom sup
1/2 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin sup)
kiub ayam
garam secukup rasa
serbuk lada hitam
serbuk lada putih
oregano

Cara-cara:
- panaskan minyak zaitun dalam periuk
- tumis bawang putih & bawang besar
- masukkan daging cincang, goreng hingga masak
- masukkan susu, cendawan & air
- masukkan bebola ayam
- masukkan kiub, garam, serbuk lada & oregano
- masukkan kacang peas
- masak hingga mendidih & agak pekat 

sedia utk dimakan. masa nak makan tu letak cheese pun sodap. 


resepi kek coklat saya dah pernah share kat sini dulu. cuba ada sedikit saya ubah. nanti kejap-kejap kalo angin rajin saya datang, saya taip kat sini ek. begitu juga resepi puding roti, saya ada ubah sikit mengikut bahan yang ada kat umah. nantilah saya letak resepi ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...