Wednesday 30 January 2013

Drama Korea ~ I Miss You.....

Uolls yang suka tengok cerita korea tu dah nonton ke belum drama I miss you? Cerita ni ada 21 episod & baru aje habis kat korea tu 17/01/2013 baru-baru ni. Lepas melayan City Hunter aku layan pula cerita I miss you ni kat dramacrazy. 

Ajenye sedih cerita nih. Tapi dalam sedih tu jalan cerita dia best. Meh nak letak pic pelakon dulu ek. 



watak hero/heroin masa kecik

Heroin dah besar (Yoon Eun Hye) 

hero dah besar (Park Yoo Chun)

2nd hero (Yoo Seung Ho)

Motip?? letak pic 2nd hero 2 kali?? sebab akak suka dik..dia kawaii..kahkahkah

Boleh tak aku malas nak taip jalan cerita. maka aku copy paste ajelah kat sini ek jalan cerita dia. meh baca meh. 


15-year-old  Soo-Yeon (Kim So-Hyun) is a victim of bullying at school. They target her, because her father is a murderer. Soo-Yeon has an ally in Jung-Woo (Yeo Jin-Ku), who always protects her from the bullies. Soo-Yeon and Jung-Woo are in love, but due to an unexpected accident they become separated. Now as adults they meet again through destiny.
Jung-Woo (Park Yoo-Chun) is now a detective and his first love has always remained in the back of his mind. Soo-Yeon (Yoon Eun-Hye) is now a rookie fashion designer who tries to have a bright personality, but still carries emotional scars inside of her. Hyung-Joon (Yoo Seung-Ho) is Soo-Yeon's lover, who appears warm and nice, but he will try to take vengeance upon Jung-Woo.  (credit: asianwiki.com)


Kat TV9 pun baru aje keluarkan cerita ni awal minggu ni. Sesiapa nak tengok bolehlah buka TV9 setiap isnin & selasa jam 9.30 malam. Yang bestnya, kat TV9 ni depa tetap guna bahasa Korea, tak macam 8TV yang suka tukar kebahasa mandarin. tak feeling2 korea okeh. 

lagi menarik tu watak 2nd hero si harry borisson yg sepet tu..alahaii..kawaii sgt dimata akak. gediks sgt kan. :P

Pesta Buku 1 Malaysia 2013, PWTC





Assalamua'laikum.

Sedikit info kepada sesiapa yang masih belum tahu, atau dah tahu tapi terlupa. Pesta buku 1 Malaysia akan bermula esok 30 Januari 2013 sehingga 3 Februari 2013 di PWTC, Kuala Lumpur.

Dia datang lagi...kepada penggemar buku, inilah masanya nak serbu PWTC untuk mendapatkan buku yang diidamkan dengan harga yang pastinya berbaloi-baloi, InsyaAllah. Aku dengan cik bff dah ambil cuti 01/02/13, jumaat ni. Jatuh hari wilayah pulak tu, orang KL cuti. Haruslah ramai orang keluar shoppingkan, maka kami kenalah keluar awal pagikan. Nak kejar parking, nak elak jalan sesak. Semangat betul. 

Jom semua pergi shopping buku. Boleh dapat harga diskaun & kalau bernasib baik dapat jumpa penulis. Aku tak nak beli byk pun, dapat sebuah dua novel cukuplah. hehehehe.

Thursday 17 January 2013

Menggila City Hunter pulak.....

Assalamua'laikum.....

hehe..sebelum apa-apa meh nak gelak dulu. dah lama kot tak menggila layan drama korea, jepun, taiwan nih. baru-baru ni kat 8TV kan ada keluar drama korea baru tajuk City Hunter.


dah tgk episod pertama tetiba macam best pulak. terus tak sabo nak tgk sambungannya. adik ipar aku siap donwload, pastu depa laki bini dah tgk dulu tanpa kehadiran aku. tak aci tau..mencikkk.

Lee Min Ho

Park Min Young


citer ni dah lama gak lah, tahun 2011, tapi aku je baru terhegeh2 nak tengok kekdahnya kan. barisan pelakon adalah, Lee Min Ho (heronya), Park Min Young (heroinnya), Lee Joon Hyuk, Kim Sang Ho, Hwang Sun Hee, Goo Ha Ra bla bla bla...yg aku kenai Lee Min Ho dengan Park Min Young tu aje..hahahaaha..

kawaii kan..ahaks!


disebabkan tak puas ati, keje plak tak berapa nak ada, sesambil wat keje (kononnya!!) aku buka on9 citer ni. siap wat undercover lagi...tapi tak bejaya sgt, tetiba bos kecik lalu pastu dia cakap, "haaa nampak..nampak..cerita jepun..." salah ler bos, cerita korea bukan jopun hahahaha.

berselindung disebalik kalendar (pandangan dari sisi).. ^-^"
konon-konon org dari belakang tak nampaklah kan skrin kecik kat monitor aku tu.dah ler kalendar ketot. ceh!! 

pandangan dari depan
sajak sangatkan, skrin beso bukak ecxel, sekali ada skrin kecik citer korea. dasar nak kena sembelih gitu. ok lah...aku bz hari ni. nak sambung wat kerja sesambil layan City Hunter. dah masuk episod 11 uolls. akekekee.

Thursday 10 January 2013

menu diet atkins: sup telur + petola.....

.....kat sini aku nak letak contoh menu makanan masa aku buat diet atkins. menu simple aje. kategori orang malas nak masak jugalah aku ni, janji boleh makan sudehh. kalo lagi malas aku belasah telur rebus atau telur goreng aje. hampeh punya sakit M ~sigh~

sup telur + petola 2 dalam 1

nak resepi ke? iskkk sup bodo2 aje kot. malu nak tepek resepi. oklah, aku letak gak, mana tau berguna ye tak.

bahan-bahan:
2 ulas bawang putih (racik halus)
1 ulas bawang merah (racik halus)
cili padi (ikut suka)
ikan bilis (ikut suka)
2 sudu minyak zaitun
sayur petola (ikut suka byk mana)
telur (ikut suka byk mana)
sedikit garam
air

cara-cara:
1) panaskan minyak cik eton, tumis hirisan bawang putih, bawang merah, cili padi & ikan bilis sampai layu
2) masukkan air tunggu sampai mendidih
3) masukkan sayur petola
4) agak2 petola dah masak pecahkan telor
5) perasakan dgn garam

sedia utk dihidang. haaaa senangkan buat satu resepi lengkap. ada sayur ada lauk terus. tak payah aku nak masak 2-3 jenis. kan betul aku cakap aku malas. ehhh malas ke kreatif ek? jimat masa dah tenaga gitu. simple je ek...tak yah bagitau resepi pun xpe kan...hahahaa.





Tuesday 8 January 2013

Sebab kantoi diet.....

kenapa eh? duk kata nak diet, tapi dalam 7 hari mesti ada 3-4 hari kantoi. 

sebab??? tengah duduk ngadap monitor, seseorang cuit bahu i..ehhh apa ni cuit-cuit, kaco i nak layan baca blog...kehkehkeh...

"kak G, kang kita main masak2 ek."

"masak??"

"haah, aku bawak ni.." dia hulur plastik mesra..apakah???

cer teka apa dalam plastik ni..


sedikit hint..


taraaaaa...menariks sangat kannn...


sekali bukak ada MAMEE Chef perisa tom yam thai kau. hamekkk...kecur air liur terus. dah terbayang dah rasa kuah yang masam-masam pedas & mee yang kenyal2. perghhhhh...tak mampu nak tolak.

habislah..habislah...aku kena maki. org cakap gemuk nak emosi, pastu pantang kena goda terus cair. hahahaaha. alahhhh esoklah diet. boleh?? sekali lagi kena caci. dah 10 tahun cakap esok nak diet, tak juga kurus. 

ya para pembaca sekalian, bebudak kat opis aku ni ada satu perangai dimana, kalau bebudak ni tapau / bawak makanan, sure depa datang letak kat meja aku.

beli/bawak kek, goreng pisang, kuih-muih, keropok, cekelat, kacang, jajan entah hapa-hapa lagi tah, suma pakat2 nak letak tpt aku. nak lepak makan pun kat tpt aku yg sekangkang kucin aje tu pun.

yg gemok aku jugak. depa tu makan macam-macam tak gemuk pun. tak adil tau. menciiikkk...tapi aku percaya orang bagi makanan tu sbb sayang. murah rezeki i kan. hehehehe. 


Monday 7 January 2013

Pusat Jagaan KASIH BESTARI.....

Assalamua'laikum....

Dah masuk hari ke tujuh bulan Januari 2013. Sekejap aje ek. Cemana weekend? Apa aktiviti? Aku macam biasa, petang jumaat balik kerja terus 'terbang' balik rumah emak.

Tak ada apa-apa aktiviti special pun. Habiskan masa gitu-gitu aje. Cuma semalam (ahad) aku bawa mak, Anis & adik sepupu aku Jia pergi kerumah kebajikan atau nama penuh dia Pusat Jagaan KASIH BESTARI. Motif??? Sebab mak nak bayar fidiyah, jadi niat mak tu nak disalurkan dekat rumah kebajikan tu.

Kat mana? dekat aje, kat Kampung Melayu Subang. Alamat penuh nanti aku bagi kat hujung2 ek. Sayangnya masa pergi sana semalam tak sempat ambil gambar pun. Maka aku letak gambar kat pamplet ajelah ya. Harap maaf, kualiti gambar adalah teruk.








PETA


Anggaran keperluan bulanan untuk pusat jagaan ini adalah lah lebih kurang RM 58,000.00 sebulan. Keperluan merangkumi perbelanjaan makanan, bahan mandian dan kebersihan, persekolahan dan pembelajaran anak-anak, sewa premis, pengangkutan, pentadbiran & pengurusan dll.

Antara sumbangan yang boleh diberikan adalah sumbangan wang, sumbangan barangan seperti pakaian, perabot rumah/pejabat, peralatan dapur/pejabat, peralatan sekolah, bekalan makanan dll.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk rumah amal ini, bolehlah datang sendiri ke alamat:

PUSAT JAGAAN KASIH BESTARI
Lot 5930, Jalan Jati, 
Kampung Melayu Subang, 
40150 Shah Alam Selangor.
Tel: 03-7842 1151
H/P: 016-251 6515 (Ustaz Din)

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun bank:
- Bank: MAYBANK
- Nama: Pusat Jagaan Kasih Bestari
- No. Akaun: 5620 8551 3207

Selain itu, kalau nak buat kenduri doa selamat, tahlil atau apa sahaja boleh juga minta pihak Pusat Jagaan Rumah Bestari uruskan. Bak kata Ustaz Din yang kami jumpa semalam, InsyaAllah doa dari anak-anak yatim yang hati suci bersih ni mudah-mudahan mudah diterima Allah. Allahualam.

Firman Allah yang bermaksud:
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang terbaik (ialah menafkahkan hartanya pada jalan Allah). Maka Allah akan melipat gandakan pembayarannya dengan gandaan yang banyak."
(Al-Baqarah: ayat 245)


Friday 4 January 2013

Cucur Cosway Bio Protein.....

Haaaaaa meh nak habaq mai kat sesiapa yang dah terbeli Cosway Bio Protein tapi tak boleh telan jika dibancuh sebagai minuman. boleh rujuk sini. anda boleh gunakan bio protein itu dengan cara lain pula.

Kalau nak tau, Cosway Bio Protein ini boleh juga dibuat cucur. Lebih-lebih lagi sesiapa yang sedang berdiet (diet ATKINS contohnya) dan teringinnnnnn sangat nak makan cekodok atau cucur. meh saya kongsikan resepi simple tapi sodap dan berkhasiat. tapi maaf yer, gambar adalah tak sempat diambil.

Resepi: Cucur Cosway Bio Protein

Bahan-bahan:
4-5 sudu Cosway bio protein (sukatan ikut suka)
udang segar (boleh diganti dengan ikan bilis/ayam cincang/daging cincang)
daun bawang (boleh letak apa2 sayur yg disukai)
bawang merah
cili padi
sedikit garam
1-2 biji telur 
sedikit air (jika perlu)
minyak (untuk menggoreng)

Cara memasak:
- gaulkan semua bahan macam buat cucur biasa. 
- kemudian goreng dalam minyak yang panas.
- boleh juga digoreng macam pancake/lempeng (guna sedikit butter/minyak)

Rasanya??? adalah sedap ditekak saya. tekak orang lain saya tak pasti. saya suka letak sayur banyak2. Antaranya kubis dicincang halus, daun bawang, daun sup, taugeh. memang meriahlah cucur tu dengan sayur. kalau nak tahu sedap ke tidak, silalah cuba ya. (^-^)

Thursday 3 January 2013

DOSA orang gemuk.....

.....iyer, besar DOSA menjadi orang gemuk ni. sebab itulah orang gemuk ni selalu menjadi mangsa kata nista dan bahan umpatan oleh orang-orangan manusia bertubuh kurus dan yang perasan kurus (baca: pun gumuk jugak!!!)

ada orang memang sejak kecik dah gemuk <=== itu aku. ada yang dah besar baru gemuk. ada yang lepas kahwin & lepas bersalin baru gemuk. lain orang, lain badan, lain hormon dan lain cara pemakanan. 

ada orang yang dapat pasangan suka makan dan jenis tak kisah dengan bentuk badan pasangan dia. ada orang yang pasangan dia sanggup sukat makanan sebab tak nak isteri/suami atau makwe/pakwe dia jadi gemuk.

ada orang yang suka pandang orang gemuk (percayalah!!! memang ada tau). ada juga yang menyampah + sakit hati tengok orang badan gemuk ni. kalau boleh nak zaasss aje dengan pedang samurai. khennnn..aku tau lah apa ada dalam hati korang tu (abaikan jika itu bukan anda).

ketahuilah, bahawasanya orang gemuk pun ada perasaan. kau baru pandang2 sinis dia dah tau apa ada dalam hati kau. apatah lagi kalau kau sok sek sok sek belakang dia pasal penampilan dia.

ketahuilah juga, orang yang gemuk pun ada keinginan dan USAHA untuk kurus. PERCAYALAH kalau satu hari nanti orang gemuk itu berjaya kurus, mungkin dia akan lebih sihat dari orang yang makan-apa-saja-tapi-tak-gemuk itu. 

memanglah ramai yang kata nak kurus dan nak diet tu selalunya maintan dengan badan dia yang cute. selalunya kantoi dalam diet dan tak boleh nak melawan nafsu. 

janganlah pula nak hukum kami-kami yang gemuk ni dengan kata nista. cuba bagi semangat, cuba sama2 bagi kata2 positif. ini tidak, kalau boleh kutuk biar sampai sigemuk tu nampak macam badut sangatkan. ko gelak2kan aje dia depan orangkan. pastu ko cakap badan ko ajelah yang cantik. ko dah tua pun pandai jaga badan. ko anak ramai pun badan menten kurus. ko cakap ko jaga badan ko semua ketat2 luar dalam. 

alolololo pandainya ko jaga badankan. tapi...saya nak cakap sesuatu ni, jangan kecik ati tau. lenkali, kalo keluar shopping sila beli deodorant dengan perfume ek. tiap kali lalu kat awak kita bau sesuatulah. wakakaakaka. ampun makcik. ehhh makcik ke kakak ek?? nape nampak cam tua sangat?? umo baru awal 40-an kan??? opppssss...

p/s - apa yang ditulis diatas hanya ditujukan pada org yg suka mengata org gemuk sahaja. bukan kepada org berbadan kurus. sebab aku tak dengki dgn org kurus. aku ada ramai kawan yg kurus dan mereka baik2 belaka. jadi jgn sentap tau ... peace ,")




Wednesday 2 January 2013

hari yang sibuk dah bermula.....

.....iya, hari ini bermulalah kembali hari yang sibuk untuk semua orang terutama mak ayah yang ada anak bersekolah. 

mesti kecohkan pagi-pagi nak kejut anak-anak, nak siapkan anak kesekolah, nak siapkan diri sendiri lagi. nak kejar hantar anak, kejar bas sekolah, kejar nak punch card. rasanya ramai juga yang ambil cuti sempena anak masuk sekolah hari pertama ye tak?

aku pagi ni, keluar awal dari rumah mak sebab nak elak jam dekat jalan subang monterez - bukit jelutong tu. lambat sikit aje confirm jadi pesta lampu brek. rupanya keluar 6.40 pagi pun kereta dah banyak, cuma tak merangkak aje lagi. 

Alhamdulillah perjalanan ke opis lancar walaupun jalan penuh dengan kenderaan. bawa pun 80-100km/j aje. tak payah gopoh-gopoh pun sampai opis 7.30. ngeeeee sajalah tu nak cakap masuk opis awal sejamkan. kahkahkah.

nampaknya lepas ni kalau nak datang opis dari subang dah tak boleh nak berlengah-lengah. lambat lima minit harus sangkut dekat 1/2 jam kat tol bukit jelutong tu. pengsan (>_<)

Tuesday 1 January 2013

Hai 2013.....



Assalamua'laikum. 

Seronok cuti? Malam tadi pergi ke tengok orang main bunga api? 

Selamat Tahun Baru 2013 semua. Semangat tak? Semangat senaraikan azam tahun baru? Semangat nak capai semua yang ada dalam 'wish list'? Apa azam tahun baru korang?

Aku?? Macam yang aku cakap semalam, aku tak ada azam untuk tahun 2013 ni. Aku cuma berdoa hidup aku & family aman, tenang, bahagia, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Semoga kami sekeluarga dijauhi dari perkara yang buruk, jauh dari fitnah & aib, jauh dari sifat sombong & bongkak, jauh dari kealpaan & kelalaian. 

Semoga 2013 ini akan mencantikkan lagi diari kehidupan kita semua, mudah-mudahan, InsyaAllah. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...