Monday 7 January 2013

Pusat Jagaan KASIH BESTARI.....

Assalamua'laikum....

Dah masuk hari ke tujuh bulan Januari 2013. Sekejap aje ek. Cemana weekend? Apa aktiviti? Aku macam biasa, petang jumaat balik kerja terus 'terbang' balik rumah emak.

Tak ada apa-apa aktiviti special pun. Habiskan masa gitu-gitu aje. Cuma semalam (ahad) aku bawa mak, Anis & adik sepupu aku Jia pergi kerumah kebajikan atau nama penuh dia Pusat Jagaan KASIH BESTARI. Motif??? Sebab mak nak bayar fidiyah, jadi niat mak tu nak disalurkan dekat rumah kebajikan tu.

Kat mana? dekat aje, kat Kampung Melayu Subang. Alamat penuh nanti aku bagi kat hujung2 ek. Sayangnya masa pergi sana semalam tak sempat ambil gambar pun. Maka aku letak gambar kat pamplet ajelah ya. Harap maaf, kualiti gambar adalah teruk.








PETA


Anggaran keperluan bulanan untuk pusat jagaan ini adalah lah lebih kurang RM 58,000.00 sebulan. Keperluan merangkumi perbelanjaan makanan, bahan mandian dan kebersihan, persekolahan dan pembelajaran anak-anak, sewa premis, pengangkutan, pentadbiran & pengurusan dll.

Antara sumbangan yang boleh diberikan adalah sumbangan wang, sumbangan barangan seperti pakaian, perabot rumah/pejabat, peralatan dapur/pejabat, peralatan sekolah, bekalan makanan dll.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk rumah amal ini, bolehlah datang sendiri ke alamat:

PUSAT JAGAAN KASIH BESTARI
Lot 5930, Jalan Jati, 
Kampung Melayu Subang, 
40150 Shah Alam Selangor.
Tel: 03-7842 1151
H/P: 016-251 6515 (Ustaz Din)

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun bank:
- Bank: MAYBANK
- Nama: Pusat Jagaan Kasih Bestari
- No. Akaun: 5620 8551 3207

Selain itu, kalau nak buat kenduri doa selamat, tahlil atau apa sahaja boleh juga minta pihak Pusat Jagaan Rumah Bestari uruskan. Bak kata Ustaz Din yang kami jumpa semalam, InsyaAllah doa dari anak-anak yatim yang hati suci bersih ni mudah-mudahan mudah diterima Allah. Allahualam.

Firman Allah yang bermaksud:
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang terbaik (ialah menafkahkan hartanya pada jalan Allah). Maka Allah akan melipat gandakan pembayarannya dengan gandaan yang banyak."
(Al-Baqarah: ayat 245)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...