Wednesday 30 January 2013

Pesta Buku 1 Malaysia 2013, PWTC





Assalamua'laikum.

Sedikit info kepada sesiapa yang masih belum tahu, atau dah tahu tapi terlupa. Pesta buku 1 Malaysia akan bermula esok 30 Januari 2013 sehingga 3 Februari 2013 di PWTC, Kuala Lumpur.

Dia datang lagi...kepada penggemar buku, inilah masanya nak serbu PWTC untuk mendapatkan buku yang diidamkan dengan harga yang pastinya berbaloi-baloi, InsyaAllah. Aku dengan cik bff dah ambil cuti 01/02/13, jumaat ni. Jatuh hari wilayah pulak tu, orang KL cuti. Haruslah ramai orang keluar shoppingkan, maka kami kenalah keluar awal pagikan. Nak kejar parking, nak elak jalan sesak. Semangat betul. 

Jom semua pergi shopping buku. Boleh dapat harga diskaun & kalau bernasib baik dapat jumpa penulis. Aku tak nak beli byk pun, dapat sebuah dua novel cukuplah. hehehehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...