Showing posts with label pesta buku. Show all posts
Showing posts with label pesta buku. Show all posts

Wednesday, 24 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL 2013)





Assalamua'laikum.....

pengumuman kepada sesiapa yang masih belum tahu. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 akan berlangsung dari 26/04/2013 - 05/05/2013 ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

jom kita pakat ramai-ramai pi sana. tapi rasanya aku tak pergi kot. buku yang beli hari tu pun tak habis baca lagi. dok buang masa tgk cerita korea aje *sigh*

tapi bila tak pergi macam sedeyyylah pulok..huhuhu. mcm makan takde cili padi gitu. tgklah camne nanti ek. hahaha.


Wednesday, 30 January 2013

Pesta Buku 1 Malaysia 2013, PWTC





Assalamua'laikum.

Sedikit info kepada sesiapa yang masih belum tahu, atau dah tahu tapi terlupa. Pesta buku 1 Malaysia akan bermula esok 30 Januari 2013 sehingga 3 Februari 2013 di PWTC, Kuala Lumpur.

Dia datang lagi...kepada penggemar buku, inilah masanya nak serbu PWTC untuk mendapatkan buku yang diidamkan dengan harga yang pastinya berbaloi-baloi, InsyaAllah. Aku dengan cik bff dah ambil cuti 01/02/13, jumaat ni. Jatuh hari wilayah pulak tu, orang KL cuti. Haruslah ramai orang keluar shoppingkan, maka kami kenalah keluar awal pagikan. Nak kejar parking, nak elak jalan sesak. Semangat betul. 

Jom semua pergi shopping buku. Boleh dapat harga diskaun & kalau bernasib baik dapat jumpa penulis. Aku tak nak beli byk pun, dapat sebuah dua novel cukuplah. hehehehe.

Wednesday, 4 July 2012

jelajah pesta buku selangor 2012.....

.....jelajah lah sangat konon. padahal awalnya cakap tak nak pergi sebab bulan ni budget utk buku adalah nan-ado. juga buku2 masa beli kat KLIBF, pwtc hari tu byk lagi belum khatam.

ahad petang, dah maghrib pun masa tu, bff sms ajak pergi pesta buku. aku pun ok kan aje walaupun dah tau dah, kalau pergi sah terbeli juga senaskah dua. 

sampai SACC, kereta tak banyak, ye lah dah jam 8.30 malam lebih kurang. kami terus tuju ke booth jemari seni. memang masing2 nak cari buku kat booth JS aje memandangkan NB Kara tak ikut serta dlm pesta buku kali ini. 


booth jemari seni

booth JS adiwarna

bergambar di booth JS (nampak pintu belakang tu, siapa berjaya buka, akan sampai dunia fantasi yg indah hehe)



dalam takde budget, aku terambil 4 buah novel. 3 dari JS & 1 dari JS adiwarna. 

berikut adalah novel-novel yang berjaya aku beli. selebihnya memang buat-buat pejam mata sambil menahan nafsu membeli dengan gigih sekali. setakat pusing2 sekitar booth yang ada lepas tu terus pergi cari tempat utk lepaskan haus. 






dapat 4 novel ni pun dah kembang2 hidung tahap seronoknya. byk lagi novel yang tak berjaya dimilik. tunggulah beli sikit2, tak mau ikut nafsu sgt. kepada sesiapa yang belum pergi tu, bolehlah jengah2 ke SACC shah alam. pesta buku ni akan berakhir 9 julai 2012. 

selamat membaca!

Wednesday, 13 June 2012

pesta buku selangor 2012.....



.....kepada semua penduduk negeri selangor dan sekitarnya, terutama yang tinggal di shah alam, klang dan PJ...sila ambil perhatian dong! dong! dong! (bunyi gendang) hahahaaha.

PESTA BUKU SELANGOR 2012 akan bermula pada 29 Jun 2012 sehingga 9 julai 2012 bertempat di Pusat Convention Shah Alam (SACC). 

untuk sesiapa yang tak tahu kat mana SACC ni, kenalah kaji peta dari sekarang. tak maulah sesat pada hari kejadian nanti. SACC ni letak dia sebelah aje dengan komplek PKNS Shah Alam & SACC mall sendiri. kalau dari federal highway tu tak susah nak cari, tapi aku tatau nak ceritalah..korang google ajelah peta ye :D

jadi...kepada penggemar buku, sila bersiap sedia. sempat lagi nak menabung....aku rasa macam tak nak pergi je (yolah tu ko!), sebab budget dah lari lintang pukang....asal nampak benda semua nak beli...haisshhhh!!!!


Friday, 4 May 2012

aku & buku ~ klibf 2012 @ PWTC

....... korang dah pergi? aku sudah...yeahhh...sonok sungguh bila dpt sekali lagi menjejak kaki ke pesta buku...atau nama penuh dia (sila baca dgn slang london yer) Kuala Lumpur International Book Fair 2010 @ KLIBF 2012 ...

memula aku & bff sudah merancang utk tidak akan ke pesta buku pwtc thn ini...sebab?? aku blm gaji & br aje mula keje...bff pula nk bercoti2an dgn parents dia ke china...maka muktamadlah (kununnya) yg kami xmo pegi..

sekali...zuraidah othman, salah seorang novelis peberet kami ada keluarkan novel kat NB KARA. weiii dia dah lama x menulis hokay...(apa kes kalo dia menulis kena pg pwtc? mcm xde kat kedai bukukan..)

pastu ternampak pulak jadual bertugas & penampilan kak zuraidah othman kat booth NB KARA...ehhh gila x pegi? bkn senang nk jumpa penulis yg korang suka tau...bg aku jumpa penulis yg best lebih sonok ribu2 kali ganda dr jumpa artis...maka...dgn gigih aku & bff amek cuti pd 3/5/12 sbb nak ke pesta buku...kehkehkeh..

dibawah adalah sedikit gambo yg sempat dipetik kat sana...oh ya, kami berdua hanya beli novel dari booth NB KARA & Jemari Seni sahaja...juga buku utk amsyar & ajik (anak buah bff)...kami sgt takut nk survey buku kat booth lain sbb budget dh lari lintang pukang bulan ni, kang ada yg rebus buku wat sup utk makan sampai ujung bulan...hahahaha

dr kiri: bff, aku, kak suraya (editor NB KARA) & kak zuraidah othman (penulis  kesayangan)
aku suke sgt pic ni, sbb nmpk comel, & manis aje semua org :D

kak ZO & bff ...

nampak tak baju aku basah..cehh spoil betul..
nampak sgt betapa  berpeluhnya aku meredah lautan manusia


buku utk Amsyar...

hanya 10 buah novel yg aku sempat pancing hari itu..
dua org penulis yg dh lama xmenulis sudah kembali (zuraidah othman & ahadiat akashah)
kami sgt berpuas hati dgn layanan ramah mesra dr kak zuraidah othman & kak suraya yacob...dgn kak su mmg selalu jumpa, kak zu yg br 1st time jmpa pun sgt baik & peramah, suka sgt..paling best bila aku, bff & kak su main teka2 novel tulisan kak zu..habis keluar nama mak cik ibah, anak dia cok keria (novel why me), lagu hindustan & baju merah (alamak tetiba lupa nama novel) and byk lagi novel2 lain..meriah booth NB KARA dgn gelagat kami yg perasan mcm kat umah sendiri...hehehe

cuma sedikit frust sbb kak norhayati berahim sampai lambat sikit, so kami xdpt nk jumpa beliau...insyaAllah kite jmpa dilain masa ye kak yati....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...