Showing posts with label pesta buku 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label pesta buku 1 Malaysia. Show all posts

Monday, 4 February 2013

hasil tangkapan di Pesta Buku 1Malaysia.....

Assalamua'laikum.....

Amacam weekend korang? Seronok? Penat? Ada tak rasa macam lemau aje nak masuk kerja hari ni? Hehehe adalah tu kot yang mc tetibakan? Ehhh..aku kerja okeh, tak mainlah amek mc hari senin, rajin tak aku? buweeeekkk.

ari tu aku kabo nak pegi PB1M kat PWTC kan. hari ni nak buat edisi menunjuk2 hasil tangkapan pada hari tersebut. alahai, bukan banyak mana pun beli, bajet ciput katakan. dapat melepas gian beli novel baru sebiji dua jadilah.

lenguh gak tangan nak angkut ke kereta..

sebijik dua aje katanye..hikhiks..

kiriman opismate..


itu aje gambo yang ada. gambo tempat kejadian tak ambik pun, maleh. PB1M ni takdelah sebesar KLIBF. kalau tak silap bulan April nanti KLIBF kat PWTC. Haaa sempatlah nak kumpul duit pun. lagi besar-besaran & bertambah rambang matalah nak membeli. 

Oh ya, semua buku diatas tu telah berjaya membuatkan duit aku habis +/- RM 180.00 kot. okaylah, diskaun dari 20%-35%. kalo nak tau, byk lagi yang dalam senarai tak terbeli, sebab kan dah kata bajet ciput. geramm aje nak borong semua, mujur berjaya kawal nafsu serakah. kehkehkeh. 

kalau perasan aku beli novel dari jemari seni, JS adiwarna & NB kara aje. kalau semua boleh kat semua booth aku nak borong. hukhuk.


Wednesday, 30 January 2013

Pesta Buku 1 Malaysia 2013, PWTC





Assalamua'laikum.

Sedikit info kepada sesiapa yang masih belum tahu, atau dah tahu tapi terlupa. Pesta buku 1 Malaysia akan bermula esok 30 Januari 2013 sehingga 3 Februari 2013 di PWTC, Kuala Lumpur.

Dia datang lagi...kepada penggemar buku, inilah masanya nak serbu PWTC untuk mendapatkan buku yang diidamkan dengan harga yang pastinya berbaloi-baloi, InsyaAllah. Aku dengan cik bff dah ambil cuti 01/02/13, jumaat ni. Jatuh hari wilayah pulak tu, orang KL cuti. Haruslah ramai orang keluar shoppingkan, maka kami kenalah keluar awal pagikan. Nak kejar parking, nak elak jalan sesak. Semangat betul. 

Jom semua pergi shopping buku. Boleh dapat harga diskaun & kalau bernasib baik dapat jumpa penulis. Aku tak nak beli byk pun, dapat sebuah dua novel cukuplah. hehehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...