Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Friday, 15 November 2013

Bukan Sekadar Resepi.....



Kali ni aku nak share sebuah buku yang aku pinjam dari kawan opis. memula ingat buku resepi biasa, rupanya memang sesuailah tajuk dengan isi buku ini. Bukan Sekadar RESEPI.

Kat dalam buku resepi ni bukan sahaja dimuatkan dengan pelbagai jenis resepi, malah ada cerita disebalik setiap resepi. cerita kenangan dari puan penulis yang berjaya membuatkan aku menitiskan air mata. gilakan, baca buku resepi siap menangis. tapi sungguhlah, setiap cerita yang ditulis ada kenangan yang kadangkala kita pun lalui dengan ahli keluarga, sahabat & jiran tetangga kita.

resepi kat dalam ni pun sedap-sedap. dari masakan tradisional kampung, masakan cina, masakan india, masakan arab, masakan inggeris semua pun ada. terdapat 50 buah resepi yang pastinya bukan sahaja membuat kita kecur air liur, malah akan mencuit perasaan dengan kisah disebalik setiap juadah. 

aku nak cuba ada satu resepi ni namanya roti mariam atau roti puri. kalau jadi nanti aku share resepinya ya ;)

sesiapa yang nak beli buku ni bolehlah cari kat kedai buku ek. 

Tajuk: Bukan Sekadar RESEPI
Penulis: Roza Roslan
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Harga: Sem. Malaysia: RM 35.00 / Sabah/Sarawak: RM 37.00


Wednesday, 16 May 2012

aku & buku ~ valentine datang lagi dan pergi - ahadiat akashah

.....assalamua'laikum...

baru2 ni aku dah berjaya habiskan pembacaan novel dari penulis ahadiat akashah berjudul valentine datang lagi dan pergi. kat bawah ni aku tampal letakkan sinopsis dia, sila baca kalau sudi. 







Dia yakin itulah lelaki yang telah menyelamatkannya
Namun, lelaki itu menafikan dialah orangnya?!

Selama tujuh tahun Anggun mencari lelaki yang telah menyelamatkannya daripada menjadi mangsa seorang lelaki tua yang miang setelah diperdaya Raymie ; teman lelakinya. Mikhail akhirnya mengahwini Hayati, wanita yang amat dicintainya, yang juga kekasih hatinya sendiri dan hidup aman bahagia bersama sepasang anak yang comel. Sehinggalah pada satu hari, Anggun menghadiri temuduga di pejabatnya dan menyangkakan dia adalah lelaki yang pernah menyelamatkannya daripada menjadi mangsa perkosa. Mikhail menafikan dia adalah lelaki yang telah menyelamatkan Anggun itu. Sementara Anggun begitu pasti, Mikhail adalah lelaki yang telah menyelamatkannya.

Dan... yang paling menyayat hatinya, apabila Mikhail mengenalkan isterinya Hayati seorang wanita jelita yang terus menjadikan Anggun mengangkat tangan tanda tewas. Dan akui, tiada cara untuk dia memenangi hati Mikhail yang baginya, memiliki isteri jelita yang lengkap dan sempurna.

Namun, ada kisah tersembunyi yang tiada siapa ketahui. Segalanya berselirat di antara lorong-lorong rahsia yang tersimpan di lipatan hati masing-masing. Mikhail?! Anggun?! Raymie?! Hayati?! Mereka ada rahsia tersendiri yang hanya mereka ketahui...

Apa yang bakal terjadi setelah rahsia-rahsia itu terungkai satu persatu...

secara ringkasnya, novel ni mengisahkan tentang Anggun gadis cantik jelita yg ditipu oleh teman lelaki dia Raymie. mamat Raymie ni yg Anggun percaya lelaki baik, dgn beraninya menjual Anggun ni kpd seorang lelaki tua kaya, dalam erti kata lain utk dilacurkan. 

Anggun berjaya melepaskan diri dari pakcik tua yg rumah kata pergi kubur kata mari tu. dia diselamatkan lelaki bernama Jeffry. nak dijadikan cerita, lari dari mulut buaya, termasuk dalam mulut naga. Anggun & Jeffry boleh pula tertido sama. itulah kali pertama & akhir dia jumpa Jeffry. 

selepas tujuh tahun, macam kata sinopsis kat atas tu, Anggun terjumpa dgn lelaki muka mcm Jeffry. adalah beberapa kisah disebalik cerita. Mikhail kata Jeffry kembar dia yg dah lama menghilangkan diri. jadi, mampukah Anggun melawan perasaan bila dia harus menghadap muka Mikhail setiap hari dipejabat? 

Setiap watak dalam novel ni, ada kisah mereka sendiri. Kisah masa silam dan masa kini. 

Raymie yang dulunya penyangak besar dah jadi taukeh bengkel kereta. 

Hayati isteri Mikhail yg cantik jelita pun ada kisah silam yg tersembunyi.

sekiranya nak tahu kisah selanjutnya, sila pergi kedai buku, beli & baca. kalau tak nak beli, pinjam atau sewa dari kawan korang yg ada beli. tak mau juga, cubalah cari kalau ada kat mana2 perpustakaan. hehehe geram tak???

aku bukan nak dengki tak mau cerita, tapi tak sanggup lah aku nak spoilkan mood korang. baca sendiri lagi best kot. 

pendapat peribadi aku tentang novel ni. okay, tak membosankan. sesuai dibaca santai2...(serius tak tahu nak komen apa...) pastinya, siapa pernah baca novel ahadiat akashah, cara penulisannya masih sama macam dulu. 

Tuesday, 15 May 2012

aku & buku ~ jula juli bintang tujuh - adileah



....assalamua'laikum...kali ni aku nak cerita pasal novel jula juli bintang tujuh, karya penulias adileah yg diterbitkan oleh jemari seni.

watak utama novel ni adalah Suria sidayang istana yg ada penyakit gagap minor (jika disergah atau terkejut) & Ilham (org kanan merangkap bff Tengku Aris) yg perwatakannya sgt serius.

pertemuan pertama Ilham & Suria dimajlis makan2 diistana, disaat Suria sidayang kelam kabut & sedikit cemerkap terlanggar dinding kaca. haishh apalah Suria ni, sebesar2 dinding pun tak nampak ke? itu tandanya betapa bersih dinding kaca tu sampai Suria tak perasan depan dia tu ada dinding..hehehe.

Ilham, dalam marah2 terasa lucu pula dengan sikap Suria yg cemerkap & akan jadi gagap bila disergah & kelam kabut satu macam. Lelaki bernama Ilham yg masih dalam berkabung kerana kematian kekasih hatinya Orked, bagai telah jumpa penawar duka (amboi...amboi..amboiii Ilham).

Suria ni pula, bukanlah calang2 orang. Walaupun dia hanyalah anak org kebanyakan, tapi mak ayah dia adalah pemilik ladang buah & bunga di Cameron Highland. Ayah Suria adalah seorang penyelidik yg sedang membuat kajian tentang bunga2an yg bernilai jutaan ringgit.

satu hari malang menimpa, kedua org tua Suria ditimpa kemalangan, rumah mereka terbakar & Suria hilang tempat bergantung. Mujur ada abg susuan & sahabat baik yg masih sudi mengambil berat & menjaga ladang milik keluarganya.

suatu hari, Suria mendapat surat berdaftar utk mengambil peti simpanan milik emak & ayahnya dibank. bermula dari saat itu, dia bagai diburu oleh org yg tidak dikenali. mulanya Suria ni tak sedar pun dia diekori & diburu. tapi disebabkan Ilham yg memang dah terlatih ala2 komando (sbb kena jaga Tengku Aris) dpt mengesan yg Suria ni dlm bahaya. maka jadilah Ilham pelindung kepada Suria.

nak tahu siapa yg memburu Suria tak? nak tahu tak apa jadi pada dayang Suria & Ilham yg beku tu? lepas ni pergi kedai buku, belilah novel ni. tak mahal pun, RM 20.00 sahaja. Nak lagi mudah, buka aje laman sesawang jemari seni sdn bhd & boleh order online...sehari dua sampailah novel dipeti surat anda. heheheehe

komen saya...novel ni menarik & boleh buat kita tersenyum. satu lagi...rasa teringin nak jejak Cameron Highland dtg tiba2. juga, teringin nak rasa duduk atas rumah pokok...hai lah adileah...awak kena belanja saya bercuti ke Cameron Highland tau kalau dapat royalti lebih...:D

p/s - maaflah kalau aku tak brp pandai nak komen,  berterabur & lintang pukang segala ayat. seeloknya korang beli & baca sendiri. apa yg boleh aku kata, tak rugi beli novel ni...

Thursday, 10 May 2012

apakah hobi anda???

.....assalamua'laikum...minasan..ohaiyo gosaimassu....ada sihat? kalo tak sihat cepat2 berjumpa dgn doktor anda, dapatkan ubat2an supaya sakit anda tidak berlarutan..sekian pesanan khidmat masyarakat anda..heheh

pagi ni aku nak bercerita pasal H.O.B.I. apakah hobi korang? kalo aku...dah tentu2 sejak sekolah rendah aku tulis membaca...okay2..masa darjah 1-3 kot aku tulis menyanyi & membaca...wakakaka menyanyi tu..kanak2kan..apa yg dia tahu..

aku dapat hobi membaca dari bonda ku....emak seorang yg sgt rajin membaca..seingat aku, masa tadika aku dah pandai membaca. sebab mak rajin ajar aku masa kat rumah.

antara buku2 yg aku suka baca masa sekolah dulu adalah siri2 penyiasatan..hardy boys, siri salma, 7 penyiasat & mcm2 lagilah...sampai aku pernah tulis dekat ruangan cita2 dlm kad pelajar nak jadi penyiasat..hahaha penyiasat hokay, bukan polis. begitu sekali pengaruh buku dlm cita2 aku. sampaikan bila tgk sesuatu yg mencurigakan mulalah kepala otak duk pk mcm2. cthnya nmpk rumah lama, aku tak pk pasal hantu, tp aku pk entah2 ada pengedar dadah buat rumah tu tpt simpan stok...kelassss kau zie..hahahaaha

selain dari siri penyiasatan, aku rajin juga baca koleksi novel mak aku. aku dah baca buku tenggelamnya kapal van der wijck tulisan prof. dr hamka masa sekolah rendah lagi. hambik ko..faham tak faham belakang cerita. satu lagi yg aku perasan, novel dulu2 byk bahasa indonesia. ada beberapa novel yg aku tak igt tajuk yg berbahasa seberang aku baca.

apa bagusnya hobi membaca ni? boleh penuhkan rumah kecil tiang seribu korang dgn buku & novel? boleh buat jualan murah novel2 yg byk tu bila tak cukup ongkos nak beli novel baru? kahkahkah hampeh tul. bg aku membaca ni satu kepuasan. mengumpul novel pun kepuasan yg besar.

aku bukan penggemar & pengumpul koleksi bag & kasut berjenama. jadi tak bolehlah buat perbandingan mcm mana kepuasannya membeli novel & membuat koleksi brg berjenama ni. aku ada seorang kwn yg sama hobi..iaitu bff akulah..kami selalu kongsi novel, beli novel & cerita psl novel sama2..sbb tu kami bff tau..

bercerita psl beli novel, apa novel paling mahal korang pernah beli? aku??? hahahaa ni kisah lucu...
masa tu umur aku 18 @ 19 kot. aku kena warded kat spital klang sbb 'young hypertension' selama 4 hari. hari aku nak kuar spital, ada pula buat jualan buku kat bawah spital tu. wahhhh sonoknye, tp aku sekeping duit 5sen pun xde dlm tgn.

aku ckp kat ayah nk pinjam RM 50. sebab masa tu ayah tgh sembang dgn kwn dia, redha aje ayah hulur kat aku. tahu apa aku beli dgn duit tu? sebuah novel dari ahadiat akashah, iaitu LAGENDA BUDAK SETAN...yeaahhh sila tepuk tgn. novel tu lebih tebal dari kamus ok. ayah tny beli buku apa, aku tunjuk cover novel tu. tau apa ayah aku cakap? "BUKU SETAN DIA BELI?!!!!" wakakaakaka kwn ayah aku dah gelak. apalah ayah aku tu kan, ada ke buku setan. aku senyum2 comel aje masa tu...aku kata nanti aku bayo balik duit dia..tp sampai skang aku xbayar & ayah tak tuntut duit tu...anggap hadiah org sakitlah ayah ye..hehehe

dah hobi membaca, mestilah ada juga penulis yg diminati ye tak? korang suka sapa? aku dulu suka sgt baca novel ahadiat akashah, zuraidah othman, norhayati berahim, shamsiah md nor, lamia aimal & penulis2 dari creative enterprise. masa tu buku creative & ghost writer lah yg byk pun. sekarang pula, penulis2 tu masih aku suka & ditambah dgn buku2 dari jemariseni. aku suka noor suraya, nazurah aishah, adileah, nasz, hlovate, iman xara, nirrosette, khairyn othman, ruby hazry, pingu toha.selain dr penulis jemariseni, penulis lain yg aku sgt2 suka termasuklah rose harissa @ nora ismail (buku dia semua best), lili haslina nasir, ramlah rashid & ramai lagilah..

aku xkisah siapa penulis janji ceritanya boleh aku terima. cerita yg boleh buat aku sengih, ketawa & nangis sampai bengkak mata...mmg hebatlah penulis tu. iye betul, aku pernah nangis sampai bengkak mata masa baca novel...malu??? ahhh xde istilah malu, dah sedih nangis je lah kan...hehehe

Monday, 7 May 2012

aku & buku ~ keINDAHan cinta IMAN - zuraidah othman



..... aku dah berjaya habiskan pembacaan novel pertama yg aku beli kat KLIBF 2012 baru2 ini...
mmg tak sabar nk baca novel sentuhan novelis yg sgt aku suka sejak zaman sekolah lagi...lama betul nak tgu buah tgn baru dr beliau...bila dh dpt ni mmg tak lepas peluang nk baca...

masa tgh baca...aku tersengih sorang2...kejap2 kang tegelak kecil dgn perangai indah & iman ...juga keletah 'anak2' segera mereka...pastu kejap2 pula hati aku membara aje dgn perangai kak long...iskkk kalo aku kat tpt indah, harus lebam2 kak long tu kena belasah agaknya..sbb aku mmg xde tahap kesabaran yg tinggi..lagi2 dgn budak yg kurang ajar dgn org tua...huh!!!

ending dia...?? dah tentulah happy ending...aku bg 5 bintang kat novel lni...aku suka dgn cara kak ZO garap cerita dia..tak buat kite bosan...ada part manis2, kelat2 & masam2 manis mcm asam boi...hehehe apa aku merapu nih?

kpd yg belum dptkan sila lah beli kat kedai buku terdekat, tak rugi membaca...cerita ini adalah cerita ringan & takkan buat korang pecah kepala...



Friday, 4 May 2012

aku & buku ~ klibf 2012 @ PWTC

....... korang dah pergi? aku sudah...yeahhh...sonok sungguh bila dpt sekali lagi menjejak kaki ke pesta buku...atau nama penuh dia (sila baca dgn slang london yer) Kuala Lumpur International Book Fair 2010 @ KLIBF 2012 ...

memula aku & bff sudah merancang utk tidak akan ke pesta buku pwtc thn ini...sebab?? aku blm gaji & br aje mula keje...bff pula nk bercoti2an dgn parents dia ke china...maka muktamadlah (kununnya) yg kami xmo pegi..

sekali...zuraidah othman, salah seorang novelis peberet kami ada keluarkan novel kat NB KARA. weiii dia dah lama x menulis hokay...(apa kes kalo dia menulis kena pg pwtc? mcm xde kat kedai bukukan..)

pastu ternampak pulak jadual bertugas & penampilan kak zuraidah othman kat booth NB KARA...ehhh gila x pegi? bkn senang nk jumpa penulis yg korang suka tau...bg aku jumpa penulis yg best lebih sonok ribu2 kali ganda dr jumpa artis...maka...dgn gigih aku & bff amek cuti pd 3/5/12 sbb nak ke pesta buku...kehkehkeh..

dibawah adalah sedikit gambo yg sempat dipetik kat sana...oh ya, kami berdua hanya beli novel dari booth NB KARA & Jemari Seni sahaja...juga buku utk amsyar & ajik (anak buah bff)...kami sgt takut nk survey buku kat booth lain sbb budget dh lari lintang pukang bulan ni, kang ada yg rebus buku wat sup utk makan sampai ujung bulan...hahahaha

dr kiri: bff, aku, kak suraya (editor NB KARA) & kak zuraidah othman (penulis  kesayangan)
aku suke sgt pic ni, sbb nmpk comel, & manis aje semua org :D

kak ZO & bff ...

nampak tak baju aku basah..cehh spoil betul..
nampak sgt betapa  berpeluhnya aku meredah lautan manusia


buku utk Amsyar...

hanya 10 buah novel yg aku sempat pancing hari itu..
dua org penulis yg dh lama xmenulis sudah kembali (zuraidah othman & ahadiat akashah)
kami sgt berpuas hati dgn layanan ramah mesra dr kak zuraidah othman & kak suraya yacob...dgn kak su mmg selalu jumpa, kak zu yg br 1st time jmpa pun sgt baik & peramah, suka sgt..paling best bila aku, bff & kak su main teka2 novel tulisan kak zu..habis keluar nama mak cik ibah, anak dia cok keria (novel why me), lagu hindustan & baju merah (alamak tetiba lupa nama novel) and byk lagi novel2 lain..meriah booth NB KARA dgn gelagat kami yg perasan mcm kat umah sendiri...hehehe

cuma sedikit frust sbb kak norhayati berahim sampai lambat sikit, so kami xdpt nk jumpa beliau...insyaAllah kite jmpa dilain masa ye kak yati....

Monday, 17 October 2011

aku & buku ~ Quartet



.....tiba2 mlm ni terasa nak merapu kat sini. lama dh wat blognye tapi tatau nak tulis ape, blur sepanjang zaman gitu...hikhik...

kisahnya...ari ni, aku berjaya menghabiskan novel Quartet ~ penulis Saidatul Saffaa hny dlm 5jam, perghh xpresskan...

nak jadi cerita, aku jadi bodyguard adik aku kat tpt keje dia..sbb tatau nak habiskan masa cemana dr kul 4pm - 10.30pm, aku buka novel yg dh lama aku beli kat pesta buku pwtc 27/04/11 ari tu. lamakan aku pekasamkan novel ni, bkn apa, beli byk2 jadi habiskan satu2 tu slow2, simpan stok sampai pesta buku thn dpn pulak..hikhik... (nmpk sgt budget dh kelaut nk beli novel baru..sedeyyy)

apa aku nk tulis psl novel ni..ringkasnya setiap dugaan yg kita lalui dlm hidup ini bersebab, cuma kita sedar ke tidak aje. nk terima dugaan tu dgn cara +ve atau -ve aje. ye lah, dah nama pun dugaankan, manusia biasa2 mcm aku ni (senang jadikan diri sendiriler sbg contohkan..) mana ada pk yg +ve dulu. puas nangis, sedey2 sampai kering air mata, kurus kering badan (itu bkn aku :P) br nk pk hikmah disebalik segala dugaan...itu pun kot2 terpikir..

mcm dlm novel ni, watak utama dia diduga perasaan berkali2 sampai dia dh habis air mata berbaldi2..sampai hati dia yg rapuh dh berkecai2 sampai tak boleh nk cantum lagi, sampai dia rasa nak bunuh diri..(iskkk..jgn wat camni ye..)

dlm kesedihan, dlm keadaan jiwa yg lemah dia disedarkan bahawa cinta pd Allah lah yg abadi. lebih kuat kita cintakan DIA lagi teguh jiwa kita mhadapi dugaan..maniskan..
dan bila kita semakin dekat & percaya padaNYA....sedar tak sedar DIA 'hadiah'kan kita dgn sesuatu yg sgt berharga..cutekan...

apa yg aku dpt dr novel ni..'dlm hidup setiap org akan ada dugaan. cuma dugaan itu dtgnya berbeza2 bg setiap org. bila apa yg kita mahu tak menjadi hak kita, itu bermakna Allah nak gantikan perkara itu dgn sesuatu yg lebih baik. jadi bersabarlah, berdoa, usaha & tawakal lah kpd DIA...hadiah yg DIA bagi akan dtg lebih cantik & molek dr apa yg kita terlepas hari ini..insyaAllah...'

ehhhh td aku ckp nk tulis ringkas2 aje..terlajak plak..hikhik...
ni gara2 minum espresso terlebihlah ni...haishhh kan dh x ngantuk..dh merapu panjang2...

kpd sesapa yg minat membaca novel melayu aku rekomen novel keluar Jemari Seni ni...bkn kisah cinta kosong merapu, ada pengajaran & peringatan kpd kita yg kekadang terkeluar dr landasan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...