Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, 19 August 2014

Resepi bergedil bilis simple...

Assalamualaikum...

Sebenarnya tak ada apa yg menarik nak dikongsi kat sini.
Tapi memandangkan tak nak blog suam2 kuku ni jadi sejuk beku,
maka meh la nak kongsikan juga resepi sempoi. Resepi bergedil orang 'rajin'.

Pernah rasa nak makan tapi malas nak buat?? Itulah perasaan aku semenjak dua menjak nih.
Tekak request macam2..tapi kederat malasss ya ampun. Petang tadi tiba2 aje terbau sedap dari dapur.
Rupa2nya emak tengah dlm proses buat bergedil. Buat campak2 aje..bahan pun pakai apa yg ada kat dapur.
Takde daun sup, daun bawang segala. Meh cek resepi. Oh ya sukatan ikut suka hati ya. Kitorang xsukat pun ikut sedap campak aje.

Bahan-bahan:
Ubi kentang (buang kulit & rebus)
Bawang goreng*
Cili merah*
Ikan bilis*
Sedikit garam
Sedikit gandum
Telor

Cara membuat:
1) blend bahan bertanda *
2) campurkan kentang yang dah lembut & bahan blend dlm satu bekas
3) tumbuk sampai kentang hancur dan sebati

4) perasakan dengan garam dan tambah sikit tepung gandum.
5) bentukkan adunan, celup dalam telor dan goreng.
6) sedia utk dihidangkan.

Sebenarnya boleh letak macam2 dlm bergedil ni. Daging/ayam cincang pun boleh.




Tuesday, 25 February 2014

Roti Flaxseed .....

Assalamua'laikum...

seperti yang dijanjikan, arini nak kongsi resepi roti flaxseed. Roti ni low carb & sangatlah sesuai utk sesiapa yang sedang berdiet atkins. 

resepi ni aku jumpa kat kelab diet atkins di FB. terima kasih kepada sesiapa yang mencipta & share resepi tu. roti ni walaupun tidaklah sesedap & segebu roti gardenia atau masimo tu, tapi bolehlah melepaskan perasaan teringin kat roti. bagi aku roti ni sedap & gebu (sendiri buat katakan..haha)

Resepi: Roti Flaxseed

Bahan-bahan:

- 2 cawan flaxseed (aku sukat 1 bekas blender kering) dikisar halus
- 3 biji telur
- 1 sudu baking powder
- secubit garam
- pemanis gantian (aku guna palsweet 2 paket)
- 1/2 cawan air
- 1/3 cawan minyak masak

Cara-cara:
- kisar flaxseed jadi tepung (ikut suka kalau nak kisar kasar pun boleh)
- campurkan semua bahan kering n gaul rata
- masukkan pula bahan basah, gaul rata
- rehatkan adunan dalam 5-10minit
- masukkan dlm dulang pembakar dan bakar selama 20 minit pada suhu 250C
- siap masak keluar dan sejukkan roti. bolehlah potong ikut size yang disukai. sedia utk dimakan.

* adunan ni tak jadi doh mcm buat roti biasa. dia seakan-akan adunan cekodok yang pekat. jadi kacau pakai sudu sudah memadai tak payah nak menguli bagai.


kalau sesapa nak tau flaxseed tu apa, bolehlah tanya pakcik google. yang pasti byk khasiat flaxseed ni. malas pulak aku nak taip panjang2. korang cari n bacalah sendiri ya. aku beli flaxseed ni kat jusco 500gm = RM 9.50. boleh cari kat bahagian organics.


kat atas ni rupa flaxseed yang dah diblend halus. rupa asal dia mcm bijan.


adunan yang dah siap, rehatkan 5-10 minit.


belasah bakar dlm loyang pat segi biasa aje. kalo nak letak dlm petitin pun boleh, jadi rupa macam mini burger.



fresh from oven katanya.


alamak, melekat sikit. potong pun senget benget...makcik mmg fail kalau benda2 berseni ni..hahaha


sandwich telor bogel (sbb takde salad) terus pagi sabtu aritu. 

Monday, 8 July 2013

Resepi Kerabu Kerang & Taugeh.....

maafkan gambar yg kureng cantik tu ye...

heh hari ni duk rajin nak share resepi tetiba. kat atas ni kerabu kerang & taugeh yang mak aku buat semalam. diulang, mak aku yang buat, aku tukang menyibuk merasa aje...hehehehe.

nak resepi tak? angguk dulu baru nak bagi..hahahaha. 

Bahan2:

taugeh (suka ati nak byk mana)
kerang rebus (ikut suka hati byk mana)
lengkuas, halia, bawang merah, cili padi (kisar halus)
kerisik
santan pekat
air asam jawa
garam

Cara2:

- taugeh dicelur (jgn lelama)
- kerang rebus dikopek kulitnya
- campur bahan kisar dengan kerisik, santan pekat, air asam, garam.
- gaul rata dengan kerang dan taugeh.
- siap utk dimakan. ratah2 gitu aje pun sodapppp..sesuailah kpd yang xmau mkn nasi tu kan..







Resepi Chicken Ball yang sihat katanya...

Assalamua'laikum...

salam pagi isnin. huwarghhhh ngantuk, penat gila. tak cukup tidur, tak cukup rehat. 2 hari mengelinjang ntah kemana pun tatau, sedar2 dah isnin. awat cepat sgt masa berlalu ni??

meh nak tayang apa yang aku buat smlm, stok utk bulan puasa katanya. dapat resepi ni dari group KDA kat FB. izinkan saya kongsi disini ya kepada yang empunya resepi, minta halal ye.


Resepi: Homemade Chicken Ball

Bahan-bahan:
850gm ayam cincang Ramly
secekak daun bawang - dihiris halus
sebatang carot - dihiris halus
hirisan cili - jika suka
(sayur2 lain yang disukai)
garam & lada sulah - secukup rasa.

Cara membuatnya:
- satukan ayam cincang & sayur2an yang dihiris
- perasakan dengan garam & lada sulah.
- didihkan air dalam periuk.
- bebolakan ayam dan rebus hingga bebola ayam tu timbul. itu tandanya dah masak.
- jika nak digoreng, boleh celupkan dalam telur dan goreng dlm minyak panas.

setelah siap digaul

siap utk dicampak dlm periuk direbus...

taraaaa...ready tu eat..

bebola ni boleh disejuk bekukan dlm peti ais. bila nak makan boleh dipanaskan. aku pikir nak wat sup sawi pecah telur. perghhhhhh terbaeklah. 

utk yang buat DA, sila jgn malu & segan mencuba. resepi ni sesuai amat utk Da + mudah, sedap & sihat gitu. :D

Friday, 8 March 2013

Resepi Baked Cheese Meatballs.....

.....yang sangatlah simple dan sedap teramattttt (konon!)...heheheh..

Dua hari lepas cuba buat makanan tersebut untuk kali pertama. Bawa sikit ke opis dan bagi kawan-kawan rasa. Sekali kena puji, *blushing* akak uolls...

percubaan pertama
Pastu Syikin (retis kat opis i tu lah) petik, jumaat hari wanita sedonia. Kami wanita jelitawan ni pun gediklah nak buat potluck. Ada pula yg request nak mkn  Baked Cheese Meatball tu lagi. Demi tidak menghampakan hati peminat (sila muntah!!) aku pun buat lagi malam tadi. 

Meh intai-intai resepi. Senang uolls...resepinya aku google. pastu ada bahan mcm tak berapa kena dgn piawaian aku, so aku tukarlah beberapa bahan yg aku agak-agak bersesuaian gitu. meh intai-intai kat bawah.

Bahan-bahan:

1 paket Ramly meatball
*1 tin Campbell mushroom soup
*1/4 tin susu cair
*1/4 tin air (jika perlu, mengikut kepekatan kuah)
*1 tin cendawan butang (dipotong)
*serbuk lada hitam (ikut suka)
*oregano (aku guna italian herbs --> tu yg ada kat dapur)
Mozarella cheese

Cara membuat:
- Panaskan oven.
- Campurkan bahan bertanda * didalam periuk. Kacau rata, jangan berketul. 
- Susun meatball dalam loyang, tuangkan mushroom.
- Taburkan mozarella cheese sesedap rasa.
- Bakar lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan cheese nampak kuning keemasan.

# aku memang tak letak garam sebab kuah tu dan cheese dan cukup masin.
## aku tak dadukan bawang & capsicum sebab malas. kalau nak letak lebih sedap.



meatball berenang dlm mushroom soup

ditabur dengan mozarella cheese

PANAS! PANAS! baru kuar oven

berkuah pekat, cicah roti pun sodap..

Loyang pat segi tu percubaan pertama. loyang bulat tu yang dibuat malam tadi utk potluck makan pagi kat opis pagi ni. dapatlah bawa dua loyang. makan ramai-ramai. suke tgk org makan & cakap sedap. tetiba aje perasankan. macam ler pandai sangat masak, padahal sempoi sangat resepinya.

Friday, 4 January 2013

Cucur Cosway Bio Protein.....

Haaaaaa meh nak habaq mai kat sesiapa yang dah terbeli Cosway Bio Protein tapi tak boleh telan jika dibancuh sebagai minuman. boleh rujuk sini. anda boleh gunakan bio protein itu dengan cara lain pula.

Kalau nak tau, Cosway Bio Protein ini boleh juga dibuat cucur. Lebih-lebih lagi sesiapa yang sedang berdiet (diet ATKINS contohnya) dan teringinnnnnn sangat nak makan cekodok atau cucur. meh saya kongsikan resepi simple tapi sodap dan berkhasiat. tapi maaf yer, gambar adalah tak sempat diambil.

Resepi: Cucur Cosway Bio Protein

Bahan-bahan:
4-5 sudu Cosway bio protein (sukatan ikut suka)
udang segar (boleh diganti dengan ikan bilis/ayam cincang/daging cincang)
daun bawang (boleh letak apa2 sayur yg disukai)
bawang merah
cili padi
sedikit garam
1-2 biji telur 
sedikit air (jika perlu)
minyak (untuk menggoreng)

Cara memasak:
- gaulkan semua bahan macam buat cucur biasa. 
- kemudian goreng dalam minyak yang panas.
- boleh juga digoreng macam pancake/lempeng (guna sedikit butter/minyak)

Rasanya??? adalah sedap ditekak saya. tekak orang lain saya tak pasti. saya suka letak sayur banyak2. Antaranya kubis dicincang halus, daun bawang, daun sup, taugeh. memang meriahlah cucur tu dengan sayur. kalau nak tahu sedap ke tidak, silalah cuba ya. (^-^)

Thursday, 12 July 2012

bendi tumis telur & ayam bakar.....

..... Assalamua'laikum, semoga sihat2 & baik2 aje hari ini ye... :)

masak apa semalam? hari ni nak tayang gambo & resepi simple2 campak2 org malas yg dimasak ptg semalam....yg paling best, hari2 nasi & lauk pauk habis licin.... :D

menu semalam, nasi putih, sayur bendi tumis dgn telur (extra pedas) & ayam bakar black pepper.

bendi tumis telur

resepi: sayur bendi tumis telur (extra pedas)

bendi dipotong serong 2-3 kerat
2-3 ulas bawang merah 
2-3 ulasbawang putih 
10 biji cili padi
udang kering (ikut suka byk mana)
telur ayam 2-3 biji
sedikit minyak zaitun
secubit garam
sedikit sos tiram

(bahan2 boleh disukat ikut suka hati)

- bawang merah, bawang putih, cili padi & udang kering ditumbuk kasar / blender (kalo malas mcm saya)
- dalam kuali panaskan minyak zaitun
- tumis bahan2 yg ditumbuk sampai garing
- masukkan bendi (kacau rata)
- masukkan garam & sos tiram
- boleh masukkan sedikit air (kalau nak)
- agak2 bendi dah lembut pecahkan telur & kacau rata


ayam yg masih berkurung dlm reban oven

resepi ayam bako tak payahlah ye..segan kite nak bgtau...disebabkan kerajinan melampau, ayam tu diperap dgn sos black pepper dlm botol aje. pastu masuk dlm oven...mudah, senang, ringkas...hehehehe...

Saturday, 2 June 2012

ayam rangup bersalut.....

.....Assalamua'laikum...selamat pagi, dah sarapan?


aku pagi ni dgn gigih memasak nasi lemak lauk sambal udang & ayam rangup bersalut...heh..rajin tak? puji la sikit...bukan selalu nak rajin macam ni...hehehehe


disini nak juga share resepi campak2 ayam goreng rangup dan sedap (perasan!) yg aku buat pagi ni...resepi sambal udang & nasi lemak tak payah le kan, mesti ramai dah pandai masak dua menda sedap tu.


harap maaf gambar blur. guna hp cap ayam :)

Bahan-bahan: (sukatan ikut suka, aku campak2 aje)

  • dada ayam (bahagian lain pun boleh) dipotong kecik2 (ikut suka nak besar mana)
  • sedikit garam
  • sedikit madu
  • cayenne pepper
  • serbuk lada hitam
  • mix herb/oregano (kalau ada)
  • telur 
  • tepung jagung (tepung goreng pisang pun boleh)
  • cheese (ikut suka)
  • oat (ikut suka)
  • minyak masak utk menggoreng


Cara-cara memasak:

  • ayam dicuci bersih dan perap dengan semua bahan kecuali tepung, telur, cheese, oat & minyak masak 
  • tepung, oat & cheese digaul bersama dalam satu mangkuk (aku tak letak cheese sebab lupa. haisshh!!)
  • panaskan minyak masak
  • isi ayam dicelup kedalam telur, kemudian salutkan dengan campuran tepung dan goreng dalam kuali sampai golden brown / kekuningan
  • angkat dan toskan minyak. sedia utk dihidangan dan dimakan
  • boleh mkn begitu sahaja, mkn dgn salad & fries, mkn dgn nasi lemak...suka hati nk mkn mcm mana pun. ayam ni kalau dah sejuk pun rangup. mak aku puji sedap (hehe kembang idung akak tau)
  • rempah ratus utk perap ayam tu boleh letak apa2 yg korang suka, ikut apa yg ada dalam dapur pun boleh. nak letak paprika, serbuk kari & apa saja yg sesuai.
kat bawah ni sajalah letak gambar sambal udang, nak kasi warna-warni sikit entry ni.  :-D





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...